Anda di halaman 1dari 2

Pada hari ini saya telah memilih standard kandungan 3.

7 menghasilkan penulisan
kreatif berbentuk imaginatif dengan betul. Manakala standard pembelajaran pula
3.7.2 menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif dengan betul.
Saya telah mengajarkan kelas 4 Arif mengenai karangan berbentuk cereka atau
imaginatif. Secara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini
berjalan dengan lancar.

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan
memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap
apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan
ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemungkinan akan memberi kesan
kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi
pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam
menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.

Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam
penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam
kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan
yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut
arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat
menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan pengajaran
ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.
Berdasarkan tinjauan yang telah saya buat, didapati masa yang digunakan untuk
menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya
gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil
untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran
tidak terlalu terjejas.

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan
bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan
kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran, penambahbaikan yang perlu
dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran di dalam
kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH.
Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PdP. Hal ini juga akan
memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari
permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Anda mungkin juga menyukai

  • Bawang Putih Bawang Merah
    Bawang Putih Bawang Merah
    Dokumen3 halaman
    Bawang Putih Bawang Merah
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Imbuhan
    Imbuhan
    Dokumen20 halaman
    Imbuhan
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Nota Ayat Aktif Dan Ayat Pasif
    Nota Ayat Aktif Dan Ayat Pasif
    Dokumen7 halaman
    Nota Ayat Aktif Dan Ayat Pasif
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Refleksi
    Refleksi
    Dokumen1 halaman
    Refleksi
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Senarai Nama 5r SKBB
    Senarai Nama 5r SKBB
    Dokumen2 halaman
    Senarai Nama 5r SKBB
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Nota
    Nota
    Dokumen67 halaman
    Nota
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Pementasan Drama Muzikal
    Pementasan Drama Muzikal
    Dokumen7 halaman
    Pementasan Drama Muzikal
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • RPH KSSR
    RPH KSSR
    Dokumen7 halaman
    RPH KSSR
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat