Anda di halaman 1dari 1

Pada hari ini saya telah memilih standard kandungan 3.

3, iaitu membina dan menulis


perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Manakala standard pembelajaran pula ialah
3.3.4 membina kerangka dan menulis pelbagai jenis karangan dengan betul. Secara
keseluruhannya, sebanyak 85% murid dapat menguasai pengajaran pada hari ini.
Manakala yang selebihnya masih dalam tahap yang sederhana.
Pembelajaran pada hari ini berfokuskan kepada karangan bergambar yang
mengkehendaki murid menulis karangan berdasarkan gambar bersiri yang telah
disediakan oleh guru. Oleh kerana murid kelas 4A pernah mempelajari cara menulis
karangan, maka tidak sukar untuk mereka menulis dan memahami cara menghasilkan
karangan tersebut. Pada langkah 1 murid didedahkan mengenai isi-isi penting yang
bertajuk terima kasih cikgu. murid-murid banyak menyumbangkan idea-idea yang
bernas ketika sesi perbincangan bersama guru.
Seterusnya, pada langkah kedua, saya telah meminta murid untuk duduk dalam
kumpulan dan membahagikan murid kepada 6 kumpulan untuk berbincang
mengenai pendahuluan, isi 1, isi 2, isi 3, isi 4 dan penutup. Pada awalnya murid-murid
masih berasa keliru namun apabila guru memberi pelbagai contoh, mereka dapat
menghasilkan rangka karangan yang baik.
Kelemahan yang sangat ketara semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
yang saya laksanakan ini, saya tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Hal ini
berkaitan dengan kelemahan saya untuk masuk ke kelas tepat pada waktunya,
masalah susun atur dan kebersihan kelas murid. Sesi pengajaran dan pembelajaran
sebenarnya dapat diselesaikan dengan mudah jika saya menguruskan masa dengan
baik. Oleh itu sebagai cadangan penambahbaikan, saya hendaklah menghabiskan
program pagi yang melibatkan tahun 5 lebih awal agar saya dapat menepati masa
waktu pengajaran. Manakala mengenai masalah susun atur dan kebersihan kelas
murid, saya hendaklah sentiasa mengingkatkan murid agar sentiasa mengemas dan
mengendalikan kelas mereka dengan baik.
Oleh yang demikian, seorang guru seharusnya peka dengan aspek pengurusan
masa dan persekitaran bilik darjah kerana perkara inilah yang menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai