Anda di halaman 1dari 16

46 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

UNIT 4
PENDEKATAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH 2
KOPERATIF, MASTERI, KONTEKSTUAL
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menghuraikan pendekatan koperatif, masteri dan kontekstual.
2. Membincangkan kelebihan pendekatan koperatif, masteri dan kontekstual.
3. Membincangkan bagaimana melaksanakan pendekatan koperatif, masteri dan
kontekstual dalam bilik darjah.
PENGENALAN
Pernahkah anda membaca mengenai pendekatan koperatif, masteri dan kontekstual? Jikalau
pernah, pernahkah anda melaksanakannya di dalam kelas anda? Atau adakah pendekatan
koperatif, masteri, dan kontekstual tidak mampu dilaksanakan di sekolah di Malaysia?
dakah anda tahu bahawa pendidikan adalah suatu wacana yang sangat berkuasa? melalui
pendidikanlah keperibadian seseorang individu itu terbentuk, bertukar kepada keperibadian yang
lebih baik atau sebaliknya. Pendidikan formal yang diberikan kepada murid-murid di sekolah oleh
guru-guru akan lebih bermakna jika disampaikan menggunakan pelbagai kaedah yang disesuaikan dengan
isi kandungan yang hendak diajar, dan mendidik murid-murid secara langsung untuk memiliki kemahiran
bermasyarakat.
Pembelajaran koperatif, masteri dan kontekstual adalah antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang mampu dilaksanakan di sekolah yang bertujuan untuk mencapai matlamat pendidikan melalui
pelbagai cara supaya suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan menjadi aktif dan seronok.
Murid-murid diharapkan dapat menguasai ilmu pengetahuan yang ditentukan serta dapat
bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri.
A
47 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
Apa itu pembelajaran koperatif?
aiklah. Sebelum kita mempelajari berkenaan pembelajaran koperatif, kita akan melihat dahulu apa
itu pembelajaran kolaboratif? Pembelajaran kolaboratif ialah suatu kaedah pengajaran dan
pembelajaran di mana murid-murid akan membentuk pasukan untuk meneroka suatu persoalan
penting atau merekacipta suatu projek. Misalnya sekumpulan murid membincangkan satu tugasan, atau
sekumpulan murid daripada sekolah berlainan bekerjasama atas talian.
Pembelajaran koperatif ialah sejenis pembelajaran kolaboratif yang spesifik. Dalam pembelajaran
koperatif, murid-murid bekerjasama dalam kumpulan kecil sewaktu menjalankan aktiviti yang berstruktur.
Mereka mempunyai akauntabiliti ke atas kerja mereka, dan kerja kumpulan mereka dibuatkan pentaksiran.
Murid-murid dalam kumpulan bekerja secara bersemuka dan belajar bagaimana untuk bekerja dalam
kumpulan sebagai satu pasukan.
Sewaktu bekerja dalam kumpulan kecil, murid-murid boleh berkongsi kekuatan mereka dan juga dapat
mengembangkan kemahiran mereka yang lemah. Kemahiran interpersonal murid-murid dapat
dikembangkan. Murid akan belajar bagaimana menangani konflik. Bila kumpulan-kumpulan koperatif
dibimbing oleh objektif yang jelas, murid-murid yang terlibat dengan pelbagai aktiviti dapat memahami
pelajaran yang diterokai.
Sebagai jaminan pembelajaran koperatif boleh berlaku, tiga perkara adalah perlu. Pertamanya, murid
perlu merasa selamat, tetapi dicabar. Keduanya kumpulan hendaklah cukup kecil agar semua ahli dapat
menyumbang. Ketiganya tugasan yang perlu dibuat bersama mestilah jelas.
Juga, kumpulan kecil dalam pembelajaran koperatif menyediakan:
Penglibatan aktif murid
Guru kadangkala menjadi pelajar, dan murid mengajar
Menghormati setiap ahli
Projek dan persoalan memdatangkanminat dan mencabar
Kepelbagaian dialu-alukan, dan setiap sumbangan dihargai
B
48 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
Murid mempelajari kemahiran menangani konflik bila ia muncul
Ahli menggunakan pengalaman lampau dan pengetahuan mereka
Matlamat dikenalpasti dengan jelas dan digunakan sebagai pedoman
Alat kajian seperti kemudahan internet disediakan
Murid diberikan autoriti ke atas pembelajaran mereka sendiri
Bagaimanakah pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan dalam bilik darjah?
agi menjawab soalan tersebut, mari kita melihat beberapa kaedah pembelajaran koperatif yang
paling banyak dikaji dan dilaksanakan dalam bilik darjah. Kaedah Pembelajaran Pasukan Murid
(Student Team Learning) adalah satu kaedah yang digunapakai oleh kebanyakan pembelajaran
koperatif. Semua kaedah koperatif berkongsi idea yang murid-murid bekerjasama untuk belajar dan
bertanggungjawab ke atas pembelajaran ahli pasukan selain diri mereka sendiri. Tambahan kepada idea
menjalankan kerja secara koperatif, kaedah Pembelajaran Pasukan Murid memberikan penekanan
kepada matlamat pasukan dan kejayaan pasukan yang hanya boleh dicapai jika semua ahli dalam
pasukan belajar. Dengan kata lain, tugas murid-murid bukanlah melakukan sesuatu sebagai satu
kumpulan tetapi belajar sesuatu sebagai satu kumpulan.
Tiga konsep utama dalam semua kaedah Pembelajaran Pasukan Murid ialah ganjaran pasukan,
akauntabiliti individu, dan peluang yang saksama untuk menang. Pasukan boleh memperoleh sijil atau
lain-lain jenis ganjaran jika mereka capai tahap suatu kriteria yang ditetapkan. Akauntabiliti individu
bermaksud bahawa kejayaan pasukan bergantung kepada pembelajaran individu setiap ahli kumpulan.
Akauntabiliti merujuk kepada aktiviti ahli kumpulan dalam membantu satu sama lain dan memastikan
semua ahli kumpulan bersedia untuk mengambil kuiz atau sebarang jenis pentaksiran tanpa bantuan ahli
pasukan. Peluang yang saksama untuk menang bermaksud murid menyumbang kepada pasukan
masing-masing melalui penambahbaikan ke atas prestasi mereka yang lepas. Ini dapat memastikan murid
yang berpencapaian tinggi, sederhana, dan rendah dicabar dengan saksama untuk melakukan yang
terbaik, dan sumbangan dari semua ahli kumpulan dihargai.
Antara Pembelajaran Pasukan Murid yang dibangunkan, tiga adalah Bahagian Pencapaian Pasukan
Murid (BPPM) (Student Teams-Achievement Divisions, STAD), Pertandingan-Permainan-Pasukan
(PPP) (Teams-Games-Tournaments, TGT), dan Jigsaw.
Apa itu Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (BPPM) (Student Teams-Achievement
Divisions, STAD) ?
B
49 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
PPMbermula dengan pembentukan pasukan pembelajaran yang terdiri daripada empat ahli yang
berbeza paras prestasi, jantina, dan etnik. Guru akan menyampaikan pengajaran, kemudian murid-
murid bekerja dalam pasukan masing-masing memastikan semua ahli menguasai pelajaran
berkenaan. Selepas itu, semua murid mengambil kuiz individu berkenaan perkara yang diajar tanpa
bantuan rakan.
Skor kuiz murid dibandingkan dengan purata skor yang mereka capai terdahulu, dan poin diberikan kepada
setiap pasukan berdasarkan darjah di mana murid mencapai atau melepasi prestasi awal mereka. Poin-
poin ini kemudiannya dijumlahkan sebagai skor pasukan, dan pasukan yang mencapai tahap kriteria yang
tertentu akan diberikan sijil atau lain-lain ganjaran. Seluruh kitar aktiviti, termasuk pengajaran guru, latihan
kumpulan, dan kuiz, selalunya mengambil 3-5 masa kelas.
BPPMtelah dilaksanakan di sekolah rendah hingga ke kolej bagi semua mata pelajaran. Ianya sangat
sesuai untuk mengajar mata pelajaran yang diberikan objektif yang sangat jelas.
Idea utama di sebalik BPPM ialah memotivasi murid untuk menggalak dan menolong satu sama lain
menguasai kemahiran yang telah disampaikan oleh guru. Jika murid mahukan pasukan mereka
memperoleh ganjaran, mereka mesti membantu ahli pasukan memahami pelajaran berkenaan. Mereka
mesti menggalakkan rakan sepasukan untuk melakukan yang terbaik, menunjukkan norma bahawa
pembelajaran itu penting, berharga, dan seronok. Murid akan bekerja bersama-sama selepas pengajaran
guru. Mereka mungkin bekerja dalam pasangan dan membandingkan jawapan, membincangkan
perbezaan antara dua atau lebih perkara yang sepatutnya sama, dan membantu satu sama lain jika ada
salah kefahaman. Mereka mungkin membincangkan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, atau
mereka menyoal satu sama lain berkenaan pelajaran yang dipelajari. Mereka bekerja bersama rakan
sepasukan, mentaksir kekuatan dan kelemahan supaya mereka berjaya dalam kuiz yang nanti.
BPPM terdiri daripada 5 komponen iaitu penyampaian pengajaran oleh guru, pasukan, kuiz, skor
penambahbaikan individu, dan penghargaan pasukan.
Penyampaian pengajaran biasanya ialah suatu syarahan-diskusi oleh guru dan boleh melibatkan
audiovisual, dan mesti fokus kepada sesuatu unit pengajaran. Pasukan pula menyediakan sokongan rakan
sebaya untuk prestasi akademik mereka. Guru menyediakan bahan untuk aktiviti pasukan seperti 2
helaian kerja dan dua helaian jawapan untuk setiap pasukan. Kuiz diambil secara individu. Skor
penambahbaikan individu yang digunakan memastikan mana-mana murid dapat menyumbang poin yang
tertinggi untuk pasukan. Manakala penghargaan pasukan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk.
Misalnya diberikan tiga aras anugerah, iaitu berdasarkan skor purata pasukan seperti berikut:
Purata Pasukan Anugerah
15 Pasukan Baik
20 Pasukan Cemerlang
25 Pasukan Gemilang
B
50 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
Bagaimana memastikan Skor Penambahbaikan Individu Adalah Saksama?
Setiap murid mesti ditentukan Skor Dasar Awalnya. Skor dasar mewakili skor purata murid daripada kuiz-
kuiz sebelumnya. Jika anda memulakan BPPM selepas anda telah memberi murid tiga atau lebih kuiz,
gunakan skor purata kuiz berkenaan sebagai skor dasar. Jika tidak, gunakan gred akhir murid pada tahun
yang lalu.
Contoh: Gred Tahun Lepas Skor Dasar Awal
A 90
A-/B+ 85
B 80
B-/C+ 75
C 70
Atau jika diambil daripada tiga skor ujian:
Contoh: 90, 84, 87 Skor Dasar Awal ialah 87
Seterusnya, Poin Penambahbaikan ialah berdasarkan darjah di mana skor kuiz (peratusan betul)
melepasi skor dasar mereka:
Skor Kuiz Poin Penambahbaikan
Lebih dari 10 poin di bawah skor dasar 0
10 poin di bawah ke 1 poin di bawah skor dasar 10
Skor dasar ke 10 poin di atas skor dasar 20
51 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
Lebih dari 10 poin di atas skor dasar 30
Kertas sempurna (Tidak mengira skor dasar) 30
Contoh bagaimana poin penambahbaikan dikira:
Murid Skor dasar Skor Kuiz poin penambahbaikan
Fatymah 90 100 30
Tony 85 100 30
Rusli 90 82 10
Salmi 85 74 10
Elli 85 98 30
Zeti 75 79 20
Aliah 55 40 0
Josh 55 44 0
Contoh bagaimana poin penambahbaikan dikira bagi satu set murid:
Nama Pasukan: Glamour
Ahli Pasukan Kuiz A
Fatymah 30
Tony 30
Rusli 10
Salmi 10
Total Skor Pasukan 80
52 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
Purata Pasukan 20
Anugerah Pasukan Cemerlang
Apa itu Pertandingan-Permainan-Pasukan (PPP) (Teams-Games-Tournaments, TGT)?
PP adalah sama dengan BPPM dalam semua sudut kecuali satu: Kuiz dan sistem skor
penambahbaikan individu tiada, sebaliknyadigantikan denganpenggunaan pertandingan akademik,
di mana murid bertanding sebagai wakil pasukan masing-masing dengan ahli dari pasukan lain
yang setara seperti mereka dari segi prestasi.. Jadi, kita akan membincangkan tentang permainan dan
pertandingan selepas ini.
Permainan. Permainan terdiri daripada soalan-soalan yang relevan dengan isi pelajaran direka untuk
menguji pengetahuan yang telah diperolehi murid daripada pengajaran guru dan latihan pasukan.
Permainan dimainkan di atas meja di antara 3 orang murid, di mana setiap murid mewakili pasukan yang
berlainan. Kebanyakan permainan adalah merupakan soalan-soalan yang dinomborkan di atas sehelai
helaian ditto. Seorang murid memilih satu kad yang bernombor dan cuba menjawab soalan yang
bersepadanan dengan nombor berkenaan. Satu peraturan cabaran membolehkan pemain mencabar
jawapan satu sama lain.
Pertandingan. Pertandingan selalunya dibuat di akhir minggu atau unit, selepas guru mengajar dan
murid dapat berlatih dalam pasukan. Sebagai memulakan pertandingan, guru akan meletakkan murid di
meja pertandingan - tiga orang murid yang mencapai pencapaian tertinggi di masa yang lalu di meja 1,
tiga murid seterusnya di meja 2, dan seterusnya. Selepas pertandingan yang pertama, murid menukar
meja bergantung kepada keputusan prestasi mereka yang mutakhir. Pemenang daripada setiap meja
akan bergerak ke meja yang lebih tinggi ( dari meja 6 ke meja 5); pemenang kedua tinggal di meja yang
sama, dan penskor terendah akan bergerak ke meja lebih rendah. Dengan cara ini, jikalau murid tersalah
letak kedudukannya pada awal pertandingan, akan akhirnya digerakkan ke atas atau ke bawah sehingga
mereka berada di aras prestasinya yang sebenar.
P
53 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
Bagaimana Pertandingan dilaksanakan?
Pada awal permainan, murid-murid dikehendaki memilih satu kad. Murid yang memperoleh nombor yang
terbesar akan menjadi Pembaca 1. Permainan akan diteruskan mengikut arah jam daripada Pembaca 1.
Ringkasan permainan adalah seperti berikut:
Pembaca - memilih satu kad bernombor dan mendapatkan soalan yang bersepadanan pada helaian
permainan. Baca soalan itu dengan kuat. Cuba menjawab soalan tersebut. Sekiranya pembaca tidak
tahu jawapannya, dia boleh meneka tanpa dikenakan penalti. Andainya soalan melibatkan pengiraan,
semua ahli perlu mengiranya untuk bersedia mencabar jawapan pembaca.
Pencabar 1 - Mencabar jawapan pembaca dengan memberikan jawapan berlainan atau meluluskan.
Pencabar 2 - Mencabar sekiranya pencabar 1 meluluskan. Bila semua sudah mencabar atau meluluskan,
pencabar 2 menyemak helaian jawapan. Sesiapa yang betul boleh menyimpan kad tadi. Kalau pembaca
yang salah, tidak mengapa tetapi jika mana-mana pencabar yang salah, dia hendaklah mengembalikan
kad yang dimenanginya sebelum ini (sekiranya ada)
Bagi pusingan seterusnya, semua bergerak satu kedudukan ke kiri. Di akhir permainan minta murid
mengumpulkan skor yang mereka perolehi dalam setiap permainan yang dimainkan.
Contoh satu permainan
Pemain Pasukan Permainan 1 Permainan 2 Total Hari Ini Poin Permainan
Alia Giants 5 7 12 20
Rahman Tesco 14 10 24 60
Daud TF 11 12 23 40
Menghargai Pencapaian Pasukan. Tiga aras anugerah diberikan, berdasarkan skor purata pasukan:
Purata Pasukan Anugerah
40 Pasukan Baik
54 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
45 Pasukan Cemerlang
50 Pasukan Gemilang
Contoh Rumusan Poin Permainan:
Nama pasukan: Giants
Ahli Pasukan 1 2 3 4 5
Alia 60 20 20 40
Jimmy 40 40 20 60
Loi 50 20 40 60
Raja 60 60 20 40
Salmah 40 40 60 20
Total Skor Pasukan 250 180 160 220
Purata pasukan 50 36 32 44
Anugerah Pasukan Gemilang Cemerlang
Apa itu Jigsaw?
igsawsesuai digunakan bila bahan yang hendak dipelajari adalah dalam bentuk naratif sepeti satu
bab, cerita, biografi, atau seumpamanya. Sama seperti pasukan koperatif yang lain, murid bekerja
dalam kumpulan yang heterogeneous. Murid-murid diberikan tugasan seperti suatu bab atau unit
untuk dibaca, dan diberikan helaian pakar yang mengandungi berlainan tajuk untuk setiap ahli pasukan
membaca secara berfokus.
Bila setiap orang sudah selesai membaca, murid daripada pasukan berlainan tetapi tajuk bacaan yang
sama akan berjumpa sebagai kumpulan pakar untuk membincangkan tajuk mereka lebih kurang selama
30 minit. Kemudian kumpulan pakar kembali ke pasukan masing-masing dan bergilir-gilir mengajar ahli
J
55 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
pasukan masing-masing mengenai tajuk mereka. Akhirnya semua murid menduduki suatu pentaksiran
yang meliputi semua topik, dan skor kuiz yang murid perolehi adalah juga merupakan skor pasukan,
sepertimana dalam BPPM. Juga seperti dalam BPPM, skor yang disumbangkan oleh murid kepada
pasukan masing-masing diasaskan kepada sistem penambahbaikan skor. Jadi murid bermotivasi untuk
mempelajari bahan itu dengan sebaik-baiknya dan bekerja keras dalam kumpulan pakar mereka agar
dapat membantu pasukan mereka dengan sebaik-baiknya.
Bagaimana jigsaw dilaksanakan?
igsaw mengandungi kitaran aktiviti yang berarahan yang terdiri daripada Pembacaan; Perbincangan
kumpulan-pakar; Laporan pasukan; ujian; pengiktirafan pasukan. Bagi fasa Pembacaan, masa yang
diperlukan ialah antara separuh hingga satu masa kelas (atau boleh ditugaskan sebagai kerja
rumah). Terpenting ialah murid menerima topik pakar dan bahan bacaan supaya mereka dapat
mencari maklumat mengenai topik berkenaan.
Fasa Perbincangan kumpulan-pakar, masa diperlukan ialah separuh masa kelas atau lebih. Perbincangan
antara kumpulang berlangsung dengan disediakan bahan bacaan untuk setiap murid. Setiap kumpulan
pakar bekerja di sebuah meja untuk setiap topik pakar. Setiap kumpulan pakar hendaklah tidak terdiri lebih
daripada 6 murid. Jika lebih, pecahkan kumpulan pakar itu kepada kumpulan yang lebih kecil. Lantik
seorang ketua perbincanganbagi setiap kumpulan pakar. Ketua kumpulan yang dilantik bukan semestinya
yang paling berkebolehan, yakni semua murid berpeluang untuk mengisi peranan itu di masa-masa yang
lain. Tugas ketua kumpulan ialah untuk memoderasi perbincangan, memanggil ahli kumpulan yang
mengangkat tangan dan memastikan semua orang mengambil bahagian. Ahli kumpulan sepatutnya
mengambil nota bagi semua poin yang dibincangkan.
Fasa Laporan pasukan juga memerlukan separuh atau lebih masa kelas. Mereka sepatutnya mengambil
masa 5 minit untuk mengkaji semula semua yang telah dipelajari. Jika 2 orang ahli pasukan berkongsi
satu tajuk, kedua-duanya menyampaikan pembentangan secara bersama.
Fasa ujian memerlukan separuh masa kelas. Murid mengambil ujian atau kuiz ini secara individu.
Manakala fasa pengiktirafan pasukan mempunyai persamaan dengan BPPM, termasuklah skor
dasar, poin penambahbaikan, danpengskoran- pasukan.
Sebagai pengetahuan tambahan, Kagan (1992) iaitu seorang lagi guru Pembelajaran Koperatif,
memperkenalkan pelbagai cara yang unik yang dipanggil struktur untuk menjalankan aktiviti berinteraksi
dalam sesebuah kelas secara koperatif. Cuba anda cari sendiri dan huraikan beberapa struktur seperti
Numbered Heads Together, RoundRobin, RoundTable, Think-Pair-Share, Three-Step-Interview, dan
Corners. Setelah mendapatkan maklumat dan rujukan, huraikan di sini setiap satu jenis struktur tersebut
dengan jelas supaya anda tahu dan faham bagaimana untuk melaksanakanya di dalam kelas anda.
J
56 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
Apa itu pembelajaran masteri?
embelajaran masteri ialah kaedah mengajar yang menganggap semua murid boleh belajar jika
disediakan keadaan-keadaan pembelajaran yang sesuai. Secara khususnya, pembelajaran
masteri ialah suatu kaedah di mana murid tidak meneruskan pembelajaran yang berikutnya selagi
murid tidak menunjukkan kecekapannya dalam pelajaran sekarang.
Kurikulum pembelajaran masteri umumnya terdiri daripada topik-topik kecil yang tersendiri yang mana
semua murid memulakannya bersama-sama. Murid yang tidak dapat melengkapkan satu topik dengan
memuaskan akan diberikan pengajaran tambahan sehingga mereka berjaya. Manakala murid yang
P
57 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
menguasai topik itu lebih awal akan melibatkan diri dalam aktiviti pengayaan sehingga seluruh kelas boleh
maju bersama-sama.
Pembelajaran masteri mempunyai banyak unsur tutorial yang berjaya dan menunjukkan sifat berdikari
dalam diri pelajar yang berjaya. Dalam persekitaran pembelajaran masteri, guru mengarahkan pelbagai
teknik pengajaran berasaskan kumpulan, selalu mendapatkan maklumbalas menggunakan ujian
diagnostik, formatif serta membetulkan kesilapan murid secara berkala. Penilaian yang dilakukan oleh
guru adalah condong ke arah ujian rujukan- kriteria berbanding ujian rujukan-norma.
Pembelajaran masteri boleh dilaksanakan sebagai pengajaran berkumpulan yang mengikut kadar-
kelajuan guru, memberi tutorial secara seorang-seorang, atau mengikut kadar- kelajuan sendiri dengan
berbantu bahan pengajaran yang telah diprogramkan. Ia mungkin melibatkan pengajaran guru secara
langsung, kerjasama dengan rakan sekelas atau pembelajaran berdikari. Ia memerlukan objektif
pembelajaran yang jelas didefinisikan, juga yang diorganisasikan ke dalam unit-unit kecil dan
berurutan. Dalam pembelajaran masteri terdapat banyak unsur pengajaran individu walaupun pengajaran
itu disampaikan secara dalam kumpulan di mana bagi murid yang berkebolehan dan bermotivasi boleh
maju ke hadapan sementara interaksi guru dimaksimumkan kepada murid yang sangat-sangat
memerlukan bantuan guru.
Bagaimana pembelajaran masteri boleh dilaksanakan di sekolah?
Kaedah pembelajaran masteri boleh dikembangkan dengan berkesan bila anda menentukan
bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran itu dihubungkan dengan perbezaan individu murid-
murid. Perkara utama dalam pembelajaran masteri ialah Ambil masa anda iaitu ambillah sebanyak
mana masa yang diperlukan untuk belajar dengan mantap. Masa yang diperlukan untuk belajar mestilah
dipadankan dengan aptitud. Tiada pelajar dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran ke perkara baru
sehingga perkara asas dan perlu diketahui terlebih dahulu dikuasai.
Dicadangkan supaya satu ujian-pra dan kajian semula dijalankan pada awal tahun persekolahan
berkaitan dengan perkara-perkara yang penting, fakta asas, kemahiran, atau konsep yang diperlukan untuk
menjamin kejayaan akan datang. Di hujung sesuatu unit pengajaran atau setiap dua minggu, ujian
dijalankan untuk mengetahui apa yang telah murid pelajari dan belum dipelajari. Bagi membaiki
kesilapan murid, terutamanya selepas satu ujian diagnostik selesai, pengajaran hendaklah diulang. Bila
telah diketahui poin atau bahagian mana yang tidak dikuasai murid dan anda mengajarnya semula, tidak
mustahil setiap murid boleh memperoleh gred A di akhirnya.
Murid-murid sepatutnya diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam kumpulan belajar. Bahan-
bahan pembelajaran alternatif sepatutnya disediakan kepada murid-murid. Anda hendaklah membuatkan
58 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
murid-murid merasakan bahawa mereka dinilai melalui prestasinya. Mereka mesti diperihalkan proses-
proses spesifik untuk mereka atasi kesusahan dalam menguasai pelajaran berkenaan.
Gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya, dengan membuat ubahsuaian kadar kelajuan murid itu
belajar dengan rutin pembelajarannya. Murid-murid boleh diajar dan boleh belajar. Di sekolah-sekolah
kini yang mengamalkan cepat-cepatlah menyebabkan pendidikan di sekolah tidak menyediakan cukup
masa untuk pembelajaran yang mendalam, mengingat, mengulang dan seumpamanya kecuali hanya
memaklumkan. Keadaan ini akan melahirkan pembelajaran yang cetek. Ini jelas berlaku di mana
hanya selepas beberapa bulan selepas peperiksaan, kebanyakan isi kandungan pelajaran itu tidak dapat
diingat semula.
Unsur terpenting sekali dalam pembelajaran masteri adalah:
1. Tentukan dengan jelas apakah yang akan dipelajari dan bagaimanakah ianya akan dinilai
2. Benarkan murid-murid belajar pada kadar kelajuan masing-masing
3. Menjalankan pentaksiran ke atas kemajuan murid dan juga menyediakan maklumbalas yang
sesuai ataumembuat pembetulan/menambahbaik ke atas murid yang belum menguasainya.
4. Menguji supaya kriteria akhir pembelajaran itu telah dicapai
Apa itu pembelajaran kontekstual?
ntuk menjawab soalan di atas, sila fikirkan beberapa soalan ini: Apakah cara terbaik untuk
menyampaikan konsep-konsep yang diajar kepada murid-murid supaya semua murid boleh
menggunakannya dan dapat mengekalkan ingatan mereka? Bagaimanakah setiap pelajaran
boleh difahami sebagai setiap satu yang terbina di atas satu sama lain? Bagaimanakah boleh
seorang guru berkomunikasi dengan berkesan dengan muridnya yang mengelamun tentang sebab,
makna, dan kerelevanan apa-apa yang mereka pelajari? Bagaimanakah hendak dibuka pemikiran murid-
murid supaya mereka boleh mempelajari konsep dan teknik yang akan membuka peluang untuk mereka di
sepanjang hayat mereka?
U
59 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
Adakah anda terfikir bahawa semua persoalan itu merupakan cabaran bagi semua guru setiap hari? Ya,
benar. Pembelajaran kontekstual dikatakan boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Mari kita lihat mengapa.
Sebahagian besar murid di sekolah tidak mampu membuat hubungkaitan antara apa yang mereka
pelajari dan bagaimana ilmu itu boleh digunakan. Murid-murid mengalami kepayahan untuk memahami
konsep akademik (seperti matematik), jika diajar secara abstrak dan stail syarahan, sedangkan mereka
perlu memahami konsep itu yang sangat berkaitan dengan tempat kerja atau dalam masyarakat.
Bagaimanapun, telah ramai guru mendapati murid-murid akan faham bila hubungkaitan dibuat di antara
maklumat/pengetahuan baru dengan pengalaman yang mereka sudah ada, atau dengan pengetahuan
yang mereka sudah kuasai. Juga bila murid diajar mengapa mereka mempelajari konsep-konsep tersebut
dan bagaimana konsep-konsep itu boleh digunakan di luar bilik darjah. Murid-murid juga belajar dengan
lebih berkesan bila mereka dibenarkan bekerjasama dengan murid-murid lain dalam kumpulan atau
pasukan.
Mengikut teori pembelajaran kontektual, pembelajaran berlaku apabila murid memproses maklumat
baru atau pengetahuan dengan cara yang ia dapat memberi permaknaan kepada mereka dalam kerangka
rujukan mereka sendiri (dalam dunia dalaman mereka sendiri iaitu ingatan, pengalaman, dan tindakbalas).
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sebegini beranggapan bahawa fikiran secara semulajadi
mencari makna dalam konteks, iaitu yang ada hubungan dengan persekitaran semasa seseorang itu,
dan ia mencari perhubungan yang memberikan makna dan kelihatan berguna.
Berdasarkan ini, pembelajaran kontekstual memberikan fokus ke atas pelbagai aspek persekitaran
pembelajaran, sama ada bilik darjah, makmal, makmal komputer, tempat kerja, atau ladang.
Pembelajaran kontekstual menggalakkan guru untuk memilih dan/atau mereka persekitaran pembelajaran
yang menerapkan sebanyak mungkin pengalaman yang berbeza (sosial, budaya, danpsikologikal).
Dalam persekitaran sebegini, murid-murid akan menemukan hubungan yang bermakna antara idea abstrak
dan penggunaan yang praktikal dalam konteks dunia sebenar; konsep-konsep akan disebatikan melalui
proses penemuan, pengukuhan, dan membuat kaitan.
60 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
Bagaimana pembelajaran kontekstual boleh dilaksanakan di sekolah?
Terdapat beberapa strategi yang berasaskan pembelajaran kontekstual yang boleh dilaksanakan di
sekolah untuk menjayakan pembelajaran iaitu: Menghubungkait, Mengalami, Menggunakan,
Bekerjasama, dan Pemindahan.
Menghubungkait: Iaitu pembelajaran yang mempunyai konteks dengan pengalaman hidup, atau
menghubungkan dengan pengalaman tersedia pelajar dengan konsep baru. Oleh itu peranan guru bawa
perhatian murid-murid kepada pemandangan, kejadian, dan keadaan semasa setiap hari. Kemudiannya
maklumat baru mesti dihubungkaitkan dengan suasana hari-hari supaya pengetahuan baru itu boleh
diserap atau satu masalah untuk diselesaikan. Contohnya, kejadian hujan boleh dijadikan contoh
bagaimana hubung kait persekitaran yang sedia ada seperti air, suhu, angin, awan dan perubahan suhu
memain peranan dalam memahami sains dalam kejadian hujan secara konkrit.
Mengalami: Mengalami pembelajaran dalam konteks penerokaan, penemuan, dan merekacipta
adalah jantung bagi pembelajaran kontekstual. Bagaimana termotivasi sekalipun murid kerana mengikuti
pengajaran seperti menonton video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, semuanya merupakan
pembelajaran yang secara relatifnya pasif berbanding pembelajaran di mana murid dapat
memanipulasikan peralatan dan bahan dan lain-lain bentuk kajian yang aktif. Contohnya, menyukat suhu
air panas menggunakan jangka suhu.
Menggunakan: Menggunakan konsep dan maklumat ke dalam konteks yang berguna selalunya
menunjukkan kepada murid bayangan masa depan (pekerjaan) atau ke suasana yang tidak biasa.
Selalunya pengalaman kontekstual ini diperolehi melalui pengalaman sebenar seperti membuat lawatan,
dan menjalankan amali di institusi-institusi. Contohnya, menggunakan jam randik menyukat tempoh masa
yang diambil untuk berjalan dalam jarak 100 meter.
Bekerjasama: Bekerjasama pembelajaran dalam konteks perkongsian, merespons, dan berkomunikasi
dengan murid-murid lain - adalah strategi pengajaran dalam pembelajaran kontekstual. Pengalaman
bekerjasama bukan sahaja membantu murid mempelajari bahan yang diajar, ia juga selaras dengan fokus
dunia sebenar. Majikan inginkan pekerja yang boleh berkomunikasi dengan berkesan, yang boleh
61 Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2
berkongsi maklumat dengan rela, dan yang boleh bekerja dalam pasukan dengan selesa. Contoh
mendapatkan maklumat dan melaksanakan projek tanaman jagung.
Pemindahan: Pembelajaran dalam konteks pengetahuan sedia ada, atau pemindahan, ialah
menggunakan dan membina pengetahuan baru di atas pengetahuan yang murid sudah ketahui.
Pendekatan ini adalah hampir sama dengan menghubungkait kerana ia mementingkan sesuatu yang
sudah biasa. Kebolehan menyelesaikan masalah dalam diri murid-murid akan berkembang jika anda
memastikan murid membina pengalaman baru di atas apa yang mereka sudah ketahui.
Cuba anda fikir dan rumuskan apakah persamaan di antara ketiga-tiga pendekatan
pembelajaran yang telah dibincangkan, iaitu Pembelajaran Koperatif, Pembelajaran Masteri,
dan Pembelajaran Kontekstual. Berbincanglah dengan rakan anda dan kukuhkan pendapat
anda itu dengan sebab-sebab yang nyata.
RUJUKAN
Slavin, R. E. (1995). Cooperative learning. 2
nd
Edition. Boston: Allyn and Bacon.
http://www.thirteen.org/edonline/concept2class/coopcollab/index.html Retrieved on 01 July 2011
http://en.wikipedia.org/wiki/Mastery_learningRetrieved on 01 July 2011
http://oaks.nvg.org/taxonomy-bloom.html Retrieved on 01 July 2011
http://www.cord.org/contextual-learning-definition/ Retrieved on 01 July 2011
http://www.texascollaborative.org/TheREACTstrategy.htm Retrieved on 01 July 2011
NANY

Anda mungkin juga menyukai