Anda di halaman 1dari 12

HBEF 1403

SENI DALAM PENDIDIKAN






Nama
Rosina

Kad Pengenalan
1234568-0-111

No Telefon :
012-1234567

E-mail :
roisna@gmail.com



Nama Pensyarah:




Semester Mei 2014




i
Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan Kepada Seni 1
2.0 Aplikasi Seni Dalam Pengajaran 1
3.0 Peranan Seni Dalam Pendidikan 6
4.0 Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran. 8
5.0 Kesimpulan 9
6.0 Bibliografi 10
























1
1.0 Pengenalan Kepada Seni
Menurut John Ruskin dalam pendahuluan bukunya Modern Painter edisi
pertama yang diterbitkan sejak 1888 menyatakan bahawa seni adalah bahasa visual
yang sukar difahami tetapi indah untuk direnungi. Pandangan serta kesimpulan yang
sama turut dinyatakan oleh seorang lagi penyair dan pengkritik seni dari negara itu,
Herbert Read dalam bukunya The Meaning of Art dan The Philosophy of Modern
Art. Dalam The Philosophy of Modern Art, Read menghuraikan makna yang paling
mendasar tentang seni yang disimpulkan daripada sebuah penelitian panjang serta
terperinci. Namun, biar apapun kesimpulan yang dibuat oleh Ruskin dan Read, makna
seni itu sendiri cukup menarik untuk dilihat dan direnungi dalam konteks
perkembangan mutakhir seni tampak di negara ini.
Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan kehalusan
tetapi sebuah medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat, bangsa dan
negara. Dengan lain perkataan, jika dapat disimpulkan daripada pandangan kedua-dua
pemikir tersebut, seni mampu memikul pelbagai fungsi termasuk sebagai medium
komunikasi dan persatuan. Melalui seni juga kita dapat berbicara tentang dunia yang
tidak pernah dibatasi oleh politik, geografi, bahasa dan kebudayaan.
Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia
yang diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan ini mendefinisikan seni sebagai
satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui
ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan
manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang
bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang
muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar. Seni juga diaplikasikan dalam
pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan
tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran
haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak
yang positif untuk seseorang individu. Apabila dasar pembelajaran seni ini
diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

2.0 Aplikasi Seni Dalam Pengajaran
Aplikasi seni dalam pengajaran ialah menggunakan aktiviti yang berkaitan
dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar
2
pelajarnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal
ini demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik
minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang minat
pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Aplikasi seni
di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran meneroka dan
pengalaman yang tersendiri kepada setiap pelajar. Di samping itu, Teori Kecerdasan
Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi peranan yang
lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia memperolehi
pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan logik
matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual,
interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis.
Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudkan bagi
membantu perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan
pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni
pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
mata pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan
ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual,
seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan
lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu
aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang
didengari.
Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud
di sekeliling kanak-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat
mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih
berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru
dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Warna merupakan elemen yang tidak
kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak
bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan putih.
Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut
digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.
Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder
dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita. Contoh-
3
contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna warni yang
terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi
kesan kepada manusia. Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti,
budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna panas dalam seni visual.
Sebagai contoh, warna merah yang menggambarkan perasaan marah, semangat
keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Misalnya, jika seseorang
individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti oren dan merah,
semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana memilih warna
tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang dan
nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi sedih dan
juga sayu seseorang.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka
muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu
atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu
kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi
seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita
seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh, bunyi tapak
kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini
merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya
berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri.
Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan
sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik
yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan
sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam
irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke
kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang
minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa
kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar
dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu
aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih
seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka
juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila
4
wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka
dengar.
Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan.
Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek
atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita
memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang
yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang
tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang
melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah
perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru
dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara
tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut.
Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art
Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi
sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan
baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan.
Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan
pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan
kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai.
Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan
berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini,
secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani dan menguruskan sumber
imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut
ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh
sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan
secara aktif. Menurut Howard Gardner pula kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-
mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang
pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Justeru itu, melalui aktiviti
yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid
akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana
5
mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa
yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea
atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.
Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi
semua matapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi
tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
berkesan. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa
kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan yang betul.
Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza
kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui
aktiviti yang bersesuaian. Dalam konteks pendidikan, guru memainkan peranan
penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang
diperkenalkan oleh Gardner. Guru juga hendaklah memainkan peranan dengan
menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping
guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan
memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.
Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga
pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru
perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna
dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama
menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni
dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti
dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama
dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru.
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan
menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni visual),
irama(seni muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran
matapelajaran sains , guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan
peliharaan kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains
sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-
6
kanak akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang
dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak
juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada
guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah perlulah diberi perhatian.
Mereka juga perlu diberi kebebasan untuk menggunakan warna dan mencampurkan
untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan
daya imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya
dapat meningkatkan daya kreativiti mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah
selesai dijalankan, guru boleh mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan
kajian yang mereka telah perolehi. Pembentangan bolehd ilakukan secara
berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam
kelas dengan optimum dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan
pembentangan tersebut menarik dan kreatif.

3.0 Peranan Seni Dalam Pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di
rujuk sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf R
adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak
dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak,
tujuannya tetap sama, seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain
membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan
peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang
utama dalam matapelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan.
Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan
ialah:
i. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni
dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan
papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid
berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah
untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara
bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain
itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama
melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam
7
penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk
mengikuti proses pembelajaran.
ii. Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang
dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota
kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok
dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam
Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan
galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang
harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin
terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
iii. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan
sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.
Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini
memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan
sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan
terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi
idea dan isi kandungan.
vi. Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama
ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan
sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan
sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-
aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada
tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran.
Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa
rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu,
setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin
keberkesanannya.
8
Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan
pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan
tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi
kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

4.0 Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

Matapelajaran : Bahasa Melayu (Tahun 2)
Tajuk : Mari Bertani
Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:
1) Muzik : Nyanyian lagu Pak Mamat Tukang Kebun
2) Pergerakan : Membuat gaya membanting padi, merumput dan
menyemai.
3) Seni Visual : Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami,
guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang
merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata
pelajaran yang diajar. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk
menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata
pelajaran Bahasa Melayu yang dipilih iaitu Mari Bertani. Dalam tajuk ini, guru
memilih untuk mengintegrasikan tajuk dengan Seni Visual dengan melakukan aktiviti
melukis dan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan
meminta murid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan.
Kemudian murid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka
tahu menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasi
dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini
dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.
Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk Mari Bertani dengan
menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid lebih mudah
untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh memilih untuk
menyanyikan lagu Pak Mamat Tukang Kebun beramai-ramai sambil membuat gaya
pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih. Aktiviti pergerakan yang dilakukan
merupakan integrasi seni pergerakan dalam tajuk dan sekali gus memberi kecekapan
9
psikomotor dalam kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya
murid-murid berasa seronok untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang
diajar.

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya amat
penting untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat para
pelajar mengikuti pembelajaran, ia juga dapat meningkatkan perkembangan diri
pelajar itu sendiri apabila terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh demikian, dengan penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu
pengajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di samping
itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat membantu meningkatkan kreativiti dan
minat seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang proses P&P berlangsung.






(2704 patah perkataan )













10
Bibliografi
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh
pada Jun 8, 2014 daripada http://www.docstoc.com/docs/19708001/APLIKASI-
TEORI-KECERDASAN-PELBAGAI-DALAM-PENGAJARAN-DAN-
PEMBELAJARAN

Kesan-kesan positif mengikuti pendidikan seni (2008). Diperoleh pada Jun 1, 2014
daripada http://www.scribd.com/Modul-Seni

Menilai seni: subjek seni di masa hadapan (2009). Diperoleh pada Jun 3 , 2014
daripada http://www. sitihayatimohdyusoff.blogspot.com

Peranan seni dalam pendidkan (2008). Diperoleh pada Jun 8 , 2014 daripada
http: //www.slideshare.net/.../peranan-seni-dalam-pendidikan -United States

Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Jun 14 , 2014 daripada
www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-Dalam-

Anda mungkin juga menyukai