Anda di halaman 1dari 19

NAMA PELAJAR : NOORAINI BT HAMDAN

NO. KAD PENGENALAN : 710622-13-5142



KUMPULAN : PPGPSV 1212

KOD DAN MATA PELAJARAN : BMM 3101

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

NAMA PENSYARAH : EN. MAZRI B. ABD. RAHMAN

TARIKH SERAHAN : 6 APRIL 2013











ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SOALAN 02

1.0 PENDAHULUAN 03

2.0 KONSEP 5P DALAM BAHASA MELAYU 04

3.0 PENGGABUNGJALINAN 05 - 08

4.0 PENYERAPAN 09 - 12

5.0 PENGAYAAN 12 - 13

6.0 PEMULIHAN 13 -14

7.0 PENILAIAN 15 - 16

8.0 RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 17 20

RUJUKAN 27

LAMPIRAN BORANG KOLABORASI 28










SOALAN:

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah
anda dikehendaki membuat :

1. Huraian secara mendalam tentang konsep 5P iaitu Penggabungjalinan,
Penyerapan, Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian dalam pengajaran dan
pembelajaran.

2. Menyediakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajarandengan mebgaplikasikan
konsep 5P tersebut. Langkah-langkah pengajaran itu hendaklah berdasarkan
kemahiran bahasa yang hendak pada hari tersebut iatu mana-mana Tahun bagi
Tahap 2 sahaja.




















1.0 PENDAHULUAN
Konsep 5P adalah singkatan bagi elemen penggabungjalinan, penyerapan,
pengayaan, pemulihan dan penilaian. Kelima - lima elemen adalah sangat penting
dan amat ditekankan penggunaannya di dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Setiap elemen ini penting untuk membantu guru
merangka strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif dan
menyeronokkan. Di dalam sukatan pengajaran Bahasa Melayu, konsep 5P
digunakan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Ini adalah untuk memudahkan
para guru di dalam melaksanakan tugas dan juga memastikan murid - murid terus
bertambah mahir dan sekaligus menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan
lebih mendalam.

2.0 KONSEP 5P DALAM BAHASA MELAYU
Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Semua ini
adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Kemahiran-kemahiran ini
adalah perlu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya sesi tersebut akan
menjadi lebih menarik perhatian murid dan berkesan kepada mereka.
Lima konsep ini sangat penting untuk semua murid jenis murid. Murid yang
lemah boleh menjadi lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar dan seterusnya
murid yang pandai boleh menambah pengetahuan mereka.



















Rajah 2.0 : Konsep 5 P dalam Bahasa Melayu

3.0 PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggabungjalinan adalah satu sesi pengajaran dan pembelajaran
yang membolehkan beberapa bidang kemahiran lain dari mata pelajaran lain dapat
disampaikan dalam satu masa yang sama. Dengan itu sesi pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.
a. Tujuan strategi penggabungjalinan ialah
Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.
Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai murid.
PENGGABUNGJALINAN
PENYERAPAN
PENILAIAN
PENGAYAAN
PEMULIHAN




b. Prinsip-prinsip penggabungjalinan pula ialah
Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
Kemahiran fokus utama dan sampingan hendaklah ditentukan dan dirancang
dengan baik.
Penggabungjalinan mesti setaraf dengan kebolehan murid.
Semua aspek pembelajaran yang hendak digabungjalinkan itu hendaklah
benar-benar difahami dan diketahui oleh guru mengajar.

c. Bentuk-bentuk penggabungjalinan ialah
Penggabungjalinan Kemahiran
Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan Aktiviti

3.1 Penggabungjalinan kemahiran


K1 - Kemahiran Mendengar
K2 - Kemahiran Bertutur
K3 - Kemahiran Membaca
K4 - Kemahiran Menulis
BM - Bahasa Melayu





Rajah 3.0 : Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa dalam satu mata pelajaran








BM
K1

K4



K2


K3






K1 - Kemahiran Bahasa
K2 - Kemahiran Muzik
K3 - Kemahiran Seni
BM - Bahasa Melayu







Rajah 3.1 : Penggabungjalinan Kemahiran lebih daripada satu mata pelajaran

3.2 Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran
dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan
sokongan dan sesuai dengan keperluan psikologi murid, pengalaman dan tahap
pencapaian murid perlu ditetapkan sebelum menggunakannya.


Bahan
Bahan Utama(petikan)
Rencana, Laporan, Berita, Ucapan
Komentar, Pengumuman, Ulasan, Iklan
Bahan
sokongan(rangsangan)
Gambar, Data, Rajah, Graf, Carta
Bahan lisan (rakaman)
Ucapan, Temu bual, Ulasan, Komentar,
Laporan, Pengumuman, Wawancara








BM


K3
K1



K2


Rajah 3.2 : Penggabungjalinan Bahan

3.3 Penggabungjalinan Aktiviti
Penggabungjalinan ini mementingkan ketelitian memilih jenis-jenis aktiviti yang
berkait rapat dan sesuai untuk digabungjalinkan. Sekurang-kurangnya dua atau lebih
aktiviti boleh digabungjalinkan mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu
merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan.

Aktiviti
Lisan
Berbual, berbincang, bertemu ramah,
berbahas, berceramah, bercerita, berlakon.
Bacaan dan Kefahaman
Memaham, mengecam isi penting,
meringaks, membuat ayat, memberi makna,
menghurai.
Tulisan
Esei, laporan, ulasan, ucapan, arahan, iklan,
mencatat isi

Rajah 3.3 : Penggabungjalinan Aktiviti

3.4 Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Dalam pengajaran Bahasa Melayu ,kita boleh memulakan sesi pengajaran atau set
induksi dengan mendengarkan lagu yang bertema atau berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran. Mendengar atau menyanyikan lagu itu bermaksud
kita menggabungkan kemahiran yang diambil dari mata pelajaran Pendidikan Seni.

4.0 PENYERAPAN
Penyerapan merupakan proses menyatupadukan pengetahuan daripada satu mata
pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam
pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti
kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kajian masa depan boleh diserapkan.

4.1 Tujuan Penyerapan
Aspek Penyerapan adalah untuk:


a) Menambahkan kefahaman dan kemahiran melalui aktiviti yang dijalankan,
b) Mendorong sikap dalam diri untuk menambahkan ilmu pengetahuan,
c) Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati,
d) Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu,
e) Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif,
f) Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati,
g) Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan
kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan
bukan bahasa yang lain mengikut konteks,
h) Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk
perkembangan diri, dan
i) Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh
rakan sebaya dan masyarakat.

4.2 Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.
i. Pengetahuan atau isi pelajaran
Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti
Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian
Tempatan, Muzik, Sains dan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata
pelajaran untuk mata pelajaran lain.
Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair dan sajak.
Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.
Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakat.

ii. Nilai Murni
Penyerapan nilai murni adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang
menerapkan unsur-unsur yang baik iaitu nilai murni yang merangkumi aspek
kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Nilai-nilai murni itu pula
hendaklah merujuk kepada perkara-perkara baik, mulia dan luhur. Nilai murni
boleh diterapkan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran seperti melalui


penyampaian pengetahuan tentang nilai yang dimasukkan dalam semua mata
pelajaran yang diajar oleh guru seperti melalui aktiviti-aktiviti bilik darjah, melalui
aspek kognitif seperti melalui kesedaran, keyakinan dan penghayatan.
Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid
secara aktif seperti aktiviti kerja kumpulan dan kerja projek.
Antara adalah senarai nilai-nilai murni:
Baik hati
Berdikari
Hemah tinggi
Hormat menghormati
Kebersihan fizikal dan mental
Jujur
Rajin
Kerjasama
Sederhana
Bersyukur
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Rasional
Semangat bermasyarakat
Semangat kewarganegaraan

ii. Kewarganegaraan
Unsur patriotisme yang diserapkan dalam pengajaran Bahasa Melayu
mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia.
Tujuannya adalah untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan
komitmen individu (murid) terhadap bangsa dan negara Malaysia.






iii. Peraturan Sosio-Budaya
Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan
bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat
Malaysia yang mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

iv. Kemahiran Bernilai Tambah
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi
membolehkan murid dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar
murid. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa
depan dan kecerdasan pelbagai.

4.3 Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Petikan tentang seorang murid yang baik digunakan sebagai alat bantu mengajar.
Semua maklumat dalam petikan berkaitan dengan sikap murid tersebut. Oleh itu,
secara tidak langsung, guru telah memasukkan konsep penyerapan nilai murni
berkaitan dengan Pendidikan Moral.

5.0 PENGAYAAN
Konsep seterusnya ialah pengayaan. Konsep ini adalah sejenis aktiviti pembelajaran
yang menarik dan mencabar kepada murid untuk mengembangkan sifat ingin tahu,
semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan
disediakan untuk semua jenis murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau
lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas.
Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran
asas tertentu bagi meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan
kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.
Program ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah:
Pembelajaran akses kendiri,


Kerja projek,
Bacaan tambahan,
Permainan dan rekreasi, dan
Pembelajaran berbantukan komputer.

5.1 Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kita boleh menggunakan komputer di
makmal komputer. Murid-murid dikehendaki menaip karangan mereka
menggunakan komputer. Aktiviti ini adalah konsep pengayaan.

6.0 PEMULIHAN
Pemulihan adalah dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan satu strategi yang guru lakukan
untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan
mengira (3M). Program ini hanya akan dilaksanakan setelah mengenalpasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Murid-murid dalam kategori pemulihan
perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai
sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain
dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.
6.1 Objektif pemulihan
Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:
a. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai
dengan mereka,
b. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan
kemampuan dan perkembangan mental individu,
c. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru,
d. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf
yang lebih maju,

e. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial


sama ada di dalam atau di luar bilik darjah,
f. Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri
dan berdikari,
g. Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa
yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

6.2 Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Aktiviti latih tubi merupakan satu konsep pemulihan. Dengan aktiviti ini kita boleh
menggalakkan mereka agar dapat menguasai kemahiran tertentu.

7.0 PENILAIAN
Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik yang dijalankan untuk
memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penilaian merupakan satu proses
untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau
kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif Pengajaran dan
Pembelajaran.

7.1 Jenis-jenis Penilaian
a. Penilaian Formatif

Penilaian Formatif ini lebih dikenali sebagai ujian kemajuan (progressive test) yang
melibatkan penaksiran yang sistematik, yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan tahap pengurusan sesuatu unit
kemahiran pelajaran muridnya. Maklumat yang dikumpulkan boleh digunakan
dengan segera dan berterusan untuk membimbing murid dan membantu guru dalam
mencapai matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini
menggunakan pemerhatian, latihan dan senarai semak untuk mengesan sama ada
murid itu sudah menguasai sesuatu kemahiran yang sedang diajar. Guru boleh
menggunakan maklumat ini untuk membimbing murid memperbaiki kelemahan
mereka ketika pembelajaran berlangsung atau semasa membuat latihan. Penilaian
ini boleh menjadi satu dorongan kepada murid untuk pembelajaran seterusnya.


Murid yang lemah sepatutnya mendapat bimbingan sementara murid yang pintar
seharusnya disajikan dengan aktiviti pengayaan yang mencabar.
Semasa melakukan penilaian formatif secara tidak formal, guru perlu
melaksanakan langkah-langkah berikut:
i. Menentukan unit atau tajuk pembelajaran
ii. Menentukan tahap atau peringkat pencapaian yang dikehendaki
iii. Menyusun perkara yang akan diuji dalam unit
iv. Membina item ujian
v. Mengesyorkan langkah pemulihan,pengukuran dan pengayaan bagi
kemahiran yang berkaitan.

b. Penilaian Sumatif
Penilaian kedua ini juga dikenali sebagai ujian pencapaian iaitu merupakan ujian
yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ia
mengukur pencapaian terhadap objektif yang luas merangkumi kesemua tajuk dan
bidang yang diajar dalam satu jangka masa tertentu. Dengan cara ini, guru dapat
menentukan satakat mana objektif pengajaran sudah dicapai di samping dapat
membandingkan pencapaian gred seseorang murid dengan murid lain. Penilaian
dijalankan dengan menggunakan ujian kertas pensel, kemahiran amali atau soal
jawab secara lisan (secara formal). Sebaik sahaja selesai memeriksa jawapan
murid, markah dan gred akan diberi untuk direkodkan dalam senarai semak dan
rekod profil murid. Maklumat yang diperolehi dapat membantu guru untuk menaksir
keberkesanan pengajarannya dan pembelajaran muridnya.

7.2 Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Guru menyediakan soalan-soalan di setiap akhir pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas samada soalan lisan atau bertulis.









8.0 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh : 20 Mac 2013
Masa : 8.30 pagi 9.30 pagi
Tahun : 5 A
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tajuk : Kesihatan Asas Kesejahteraan
Kemahiran : Fokus Utama :
6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan
daripada teks
Aras 1 : i. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada
pelbagai bahan bacaan

Fokus Sampingan :
8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang
sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi
sesebuah karangan.
Aras 1: ii. Menggunakan penanda wacana yang sesuai
dalam ayat.


Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1) Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya
yang sesuai
2) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana dan kata hubung



BB Mengajar : Petikan, laptop, LCD, lembaran kerja
Hasil Pembelajaran : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi
sampingan daripada teks
Aras 1 : i. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada
pelbagai bahan bacaan
8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana
yang sesuai dalam satu perenggan atau antara
perenggan bagi sesebuah karangan.
Aras 1: ii. Menggunakan penanda wacana yang sesuai
dalam ayat.

Nilai : Kebersihan fizikal dan mental
Ilmu : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
KBT : i) Kemahiran Berfikir
ii) Kemahiran Belajar
iii) Kemahiran Teknologi Maklumat
iv) Kecerdasan Pelbagai

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menghadiri ceramah kesihatan yang
disampaikan oleh jururawat di sekolah.

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata kerja, penanda wacana, ayat tanya
Kosa kata : kesejahteraan, karbohidrat, protein, vitamin


Kemahiran bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan
g k menulis
Langkah
Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set induksi
(5 minit)
Mendengar irama
muzik yang
dimainkan.
1. Guru mengarahkan semua
murid berdiri dan melakukan
senaman ringan mengikut
arahan guru.
BBM : laptop,
muzik

Penggabung
jalinan:
P.Muzik,PJK
Langkah 1
(5 minit)
Soal jawab tentang
senaman yang
dilakukan sebentar
tadi.
1. Guru mengaitkan aktiviti
senaman tadi dengan bahan
bacaan yang akan mereka
baca.

2. Guru menayang petikan
tentang kesihatan di komputer.
BBM : laptop,
LCD

Penyerapan :
PJK
Langkah 2
(15 minit)
Membaca petikan
mengikut bacaan
dan tunjuk ajar
guru
1. Murid membaca petikan
mengikut guru dengan sebutan
dan intonasi yang betul.

2. Guru mengarahkan murid
membaca petikan mengikut
kumpulan.

3. Murid membaca petikan
mengikut kumpulan.
BBM : laptop,
LCD, petikan

Pemulihan


Langkah 3
(20 minit)
1. Senaraikan
penanda wacana
yang terdapat
dalam petikan.

2. Membuat ayat
menggunakan
penanda wacana

Penilaian:
Guru melihat
semua hasil kerja
murid dari meja ke
meja.
1. Murid menyenaraikan
penanda wacana yang terdapat
dalam petikan.

2. Seorang murid mewakili
setiap kumpulan menulisnya di
papan tulis.

3. Guru mengarahkan murid
membuat ayat menggunakan
penanda wacana yang ditulis di
papan tulis ke dalam buku
latihan mereka.
BBM : papan
tulis, buku
latihan

Penilaian
Langkah 4
(10 minit)
Kelaskan makanan
mengikut
kumpulan
1. Guru mengedar lembaran
kerja yang mengandungi
borang pengurusan grafik.

2. Murid mengisi lembaran
kerja mengikut kumpulan.
BBM :
lembaran
kerja

Pengayaan
Penutup
(5 minit)

Rumusan
Guru bersoaljawab dengan
murid tentang penanda wacana
yang telah mereka pelajari dan
penanda wacana lain yang
murid tahu selain yang terdapat
dalam petikan.


Refleksi : ___________________________________________________________




Rujukan
Ahmad Mahmood Musanif (2001). Kamus Pelajar karisma. Kuala Lumpur: Tinggi
Interpersonal Guru.Selangor Darul Ehsan:PTS Profesional.

Kamarudin Hj Husin (1990) Pedagogi 4. Selangor Darul Ehsan- Siri pendidikan
Longman Press Sdn. Bhd.

Tengku Sarina Aini Tengku Kassim(2006).Kaedah Mengajar Dan Kemahiran

Tuan Jah Tuan Yusof (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia
Rujukan Internet :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran dimuat turun pada 1 Mac 2013

http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/ dimuat turun pada 1 Mac 2013

Anda mungkin juga menyukai