Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 2

Bincangkan bagaimana sepuluh mitos tentang sains membuka minda anda tentang salah konsep
yang mungkin ada pada anda.
Berikan satu contoh salah konsep yang dapat menjelaskan setiap mitos.
Mitos 1
Hipotesis menjadi teori dan kemudiannya menjadi hukum.
Hukum dan teori adalah dua perkara berbeza. Teori akan diterima pakai dengan adanya sokongan
hukum. Hukum terbina daripada prinsip, teori dan susun atur perkara serta penerangan ke atas
pengkelasan. Hipotesis Cuma jangkaan awal dan tanpa penerangan, hipotesis masih lagi berdiri
sebagai hipotesis dan tidak boleh dianggap sebagai hukum baru.
Mitos 2
Hipotesis adalah andaian berpengetahuan.
Hipotesis dibina melalui pemerhatian iaitu selepas menginferens. Walaubagaimanapun, hipotesis
masih belum boleh diterima kerana hipotesis berbeza mengikut individu yang membina hipotesis. Ini
meletakkan hipotesis sebagai andaian manakala pengetahuan adalah konteks yang berbeza dengan
hipotesis.
Mitos 3
Satu kaedah saintifik umum dan universal wujud.
Kaedah saintifik seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, membuat hipotesis,
pemerhatian, menguji hipotesis dan membuat kesimpulan sebenarnya tidak wujud. Kaedah
tradisional ini dikatakan sebagai kaedah universal kerana terikut-ikut dengan kaedah saintifik yang
dilakukan oleh kebanyakan saintis. Sains adalah persoalan teka teki yang tidak mempunyai
penyelesaian spesifik. Ia mempunyai ruang dan persekitaran yang bebas untuk diterokai bergantung
kepada kreativiti individu.
Mitos 4
Bukti yang dikumpul mencipta satu pengetahuan yang tepat.
Andaikan semua tikus berwarna hitam. Maka kita membuat pemerhatian ke seluruh dunia dan
mendapati memang benar semua tikus berwarna hitam. Satu hukum akan tercipta iaitu semua tikus
berwarna hitam. Tetapi apabila satu ekor tikus berwarna putih ditemui maka hukum semua tikus
berwarna hitam tadi boleh dipertikai dan menjadikannya tidak tepat. Ini menunjukkan fakta sains
sentiasa berubah dan dinamik.
Mitos 5
Sains dan kaedahnya adalah bukti tepat dan kukuh.
Sains adalah betul dan tepat apabila fakta yang dikemukakan boleh dipertikaikan. Tidak ada fakta
yang kukuh dan tidak boleh dipertikaikan dalam sains. Seperti contoh tikus tadi, fakta sains tidak
kekal lama dan boleh berubah selagi kajian semula dijalankan.
Mitos 6
Sains lebih berprosedur dan kurang kreatif.
Prosedur yang digunakan adalah untuk mencapai objektif namun ia dilihat membantutkan
perkembangan kreativiti guru dan murid. Guru sains perlu dapat membezakan bila keperluan untuk
mengikut prosedur sains dan membolehkan pelajar kekal kreatif.
Mitos 7
Sains dan kaedahnya boleh menjawab semua persoalan.
Mitos ini lahir apabila manusia menyerahkan semua persoalan bulat-bulat untuk diselesaikan oleh
sains. Sains dipelajari oleh manusia dan manusia juga mempunyai batasan masa dan kebolehan. Ada
banyak bidang yang tidak dapat diselesaikan dengan sains seperti etika, moral, estetik, sosial dan
meta fizik.
Mitos 8
Saintis mesti mencapai objektif.
Kebiasaannya, sebelum memulakan eksperimen atau kajian, objektif dinyatakan pada awal
eksperimen sebagai panduan. Mitos ini disokong dengan pendapat-pendapat yang menunjukkan
objektif sukar dicapai. Merujuk kepada mitos sebelum ini iaitu perlu ada tekaan dan penyangkalan
seperti penyangkalan hukum semua tikus berwarna hitam. Pengetahuan umum guru dan murid yang
berbeza juga menidakkan mitos ini kerana mereka tidak mencapai objektif yang sama. Tambahan
lagi apabila kajian membuktikan sesuatu yang baru maka kefahaman awal saintis akan berubah
menyebabkan objektif yang ditetapkan ditukar seiring dengan perubahan.
Mitos 9
Eksperimen asas pengetahuan saintifik.
Eksperimen bukanlah satu-satunya cara untuk mendapatkan pengetahuan saintifik. Terdapat banyak
cara lain menggunakan kemahiran proses sains untuk mendapatkan pengetahuan saintifik.
Mitos 10
Semua kerja-kerja sains disemak untuk memelihara ketelusan prosesnya.
Tidak semua kerja-kerja sains disemak. Kalau ada pun kuantitinya adalah sedikit kerana saintis sibuk
dengan tugasan dan kajian sendiri dan kalau betul disemak, ia memerlukan tenaga dan kos yang
tinggi.

Anda mungkin juga menyukai