Anda di halaman 1dari 4

Tugasan 1: membina item temu bual

Bertanya serba sedikit mengenai biodata guru dan perjalanan karier beliau
dalam bidang pendidikan
2008- sambung belajar ke maktab ipda kedah kpli
2009 posting di sekolah di pulau pinang (bkn ajar subjek major-bm)
2010-2014 sk jimah baru ikut suami (ajar subjek major)

1. Anjakan paradigm dalam pengajaran dan pembelajaran

Apakah antara cabaran yang perlu cikgu temui dalam pengajaran dan
pembelajaran sehingga cikgu rasa perlu membuat anjakan paradigm?
Sikap murid tidak boleh ditegur ada campr tangan ibu bapa

Apakah anjakan paradigm yang telah cikgu buat? Adakah anjakan itu
memberi impak pada pengajaran dan pembelajaran?
- Pendedahan kepada ict (kaitkan pdp dengan isu-isu semasa)
- Terapkan nilai murni dengan kaitankan dengan isu-isu semasa
- Ya, murid menjadi lebih aktif dan terlibat dengan proses pdp
2. Keselarasan dengan cabaran pendidikan semasa
Dalam mengharungi cabaran pendidikan semasa, para pendidik perlu
meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi seperti
aplikasi FROG, I-Think, KBAT dan sebagainya
Apakah pandangan cikgu tentang cabaran pendidikan semasa? Apa yang
cikgu lakukan untuk mempastikan ketahanan mental, emosi, rohani dan
fizikal bagi mendepani cabaran ini?
Gunakan pelbagai strategi dalam pdp


Bagaimanakah cara cikgu menerapkan atau menyelaraskan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan cabaran semasa ini? Adakah
pendekatan yang cikgu gunakan relevan dengan transformasi pendidikan
masa kini?
- Menggalakkan murid berbincangsesama rakan dan terapkan nilai serta
pengetahuan dengan isu semasa

3. Cara menghadapi tekanan dalam kalangan murid dan dalam diri sendiri
Profesion keguruan bukanlah satu profesion yang mudah. Seperti yang kita
sedia maklum, bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain
mengajar, guru juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari
semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku displin dan ringkasan
mengajar, mengendalikan persiapan hari sukan dan sebagainya. Justeru, guru-
guru sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga
boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar,
kebimbangan melampau dan kemurungan.
Apakah tekanan yang biasanya dihadapi oleh cikgu dan bagaimana Pula
cikgu meneruskan tekanan tersebut?
Kerja guru lebih bersifat pekeranian daripada mengajar PdP
Guru perlu pandai mengagihkan masa kerja sekolah habiskan
disekolah, di rumah masa habiskan dengan keluarga
Guru perlu bijak menguruskan diri
Bagaimanakah pula cara cikgu berdepan dengan masalah yang
melibatkan murid?
-guru perlu samakan level dengan murid
-banyakkan aktiviti bermain
Jangan wujudkan jurang antara murid
Perbanyakkan bbm bagi menarik perhatian murid
4. Pengurusan inovasi dan kreativiti
Apa pandangan cikgu tentang pengurusan inovasi dan kreativiti? Adakah
semua guru perlu memiliki kemahiran ini?
Pengurusan inovasi dan kreativiti sangat penting. Seorang guru perlulah
kreatif dalam menjalankan sesi PdP nya. Justeru itu, ya seharusnya
semua guru perlu memiliki kemahiran ini terutamanya guru matematik
saya dapat tahu bahawa cikgu banyak melaksanakan inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran
Apakah pendekatan atau cara yang cikgu lakukan dalam menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran dengan kreativiti yang tersendiri? Boleh
cikgu nyatakan contoh-contoh inovasi tersebut.
Bbb tetapi memaksimumkan penggunaannya
Menggunakan ict, audio, video (pembelajaran interaktif)

5. Peningkatan profesionalisme yang berterusan
Pembelajaran sepanjang hayat merupakan salah satu cara untuk meningkatkan
profesionalisme seorang guru
Apakah usaha yang cikgu lakukan bagi meningkatkan tahap
profesionalisme diri secara berterusan?
- Menjalankan tanggungjawab yang diberikan dan beri komitmen yang
tinggi pada profesion perguruan
Pada pandangan cikgu, adakah para pendidik perlu melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi? Mengapa?
Ya, perlu melanjutkan pelajaran ke tahap yang tinggi bagi
memepersiapkan diri dalam menghadapi cabaran dunia luar tetapi perlu
memastikan kerja sebagai guru tidak terabai
Soalan yang terakhir
Apakah harapan cikgu terhadap bakal guru-guru muda seperti saya?
- Harapan saya ialah bakal guru sekarang perlu rajin dan gigih dalam
mempertingkatkan PDP kepada murid, tidak boleh menggunakan
kaedah tradisional semata-mata
- Banyakkan komunikasi dua hala
- Terapkan nilai murni dalam diri murid bagi melahirkan modal insan yang
berguna
- Galakkan murid berfikir dan perbanyakkan pergunaan ict di dalam sesi
PdP
Ok, terima kasih kami ucapkan kepada cikgu amalina kerana sudi meluangkan masa
untuk ditemu bual. Kami berharap agar kami juga dapat menjadi guru cemerlang
sehebat cikgu. Segala nasihat dan panduan yang diberikan akan kami jadikan sebagai
bekalan untuk diri kami pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai