Anda di halaman 1dari 20

Transposisi

Kaedah enkripsi mesej yang melibatkan perubahan


penyusunan semula huruf / kumpulan huruf
mengikut peraturan atau sistem tertentu
Cipher
Algoritma atau prosedur yang ditetapkan untuk
menjalankan proses enkripsi ( mesej dienkod agar
maklumat tidak dapat difahami oleh pihak lain kecuali
pihak yang dibenarkan)[ atau dekripsi (proses
mengdekod mesej yang diterima kepada mesej yang
asal dan mudah difahami)
CIPHER PAGAR KERETA API
Huruf-huruf dalam mesej ditulis semula dalam dua
atau lebih baris. Kemudiannya, dicantumkan
semulauntuk membentuk mesej yang telah
dienkodkan.
Contoh:

Mesej KAMI TERTIPU OLEH MEREKA LAGI bila
ditulis dalam LIMA baris menjadiK E U M A A R O E
LM T L R AI I E E GT P H K I dan bila digabungkan
semula menjadi mesej
KEUMAAROELMTLRAIIEEGTPHKI
Penerima akan menyusun mesej yang diterima dalam
lima baris dan membaca mengikut arah
yangdipersetujui dengan si pengirim dalam contoh
ini dari atas ke bawah untuk mengdekod mesej
kepadayang asal.
Cipher Lintasan
Huruf-huruf dalam mesej ditulis semula mengikut
satu lintasan yang tertentu, misalnya mengikut
lintasan spiral dari luar ke dalam yang tersusun dalam
satu segiempat sama. Bilangan petak dalam segiempat
sama yang diguna merupakan rahsia antara si
pengirim dan si penerima


Cipher yang melibatkan mesejnya ditulis dalam lajur (column) berdasarkan
perkataan kekunci (satu perkataan) yang ditetapkan, dan kemudian mesejnya
ditulis semula mengikut lajur dan ruang yang dipilih secara berselerak
(berdasarkan kedudukan huruf dalam susunan alphabet).
Teks biasa : APLIKASI MATEMATIKA

Bilangan lajur ditentukan berdasarkan bilangan huruf pada perkataan
kekunci.



Perkataan kekunci : FUNGSI
Teks biasa disusun di setiap lajur, satu huruf demi satu huruf (di
bawah perkataan kekunci):
Teks kemudiannya ditulis semula mengikut turutan lajur.
Cipher ini kemudiannya berkembang kepada Double Transposition Columnar
Cipher.
Mesej yang telah ditransposisi, ditukarkan lagi melalui proses yang sama.
Ini bagi menjadikan mesej lebih sukar diterjemahkan.
Ia mula digunakan semasa Perang Dunia I oleh tentera Jerman.
Latin Square
Ia terdiri daripada siri perkataan 5 huruf yang
disusun dalam segiempat, yang dijumpai pada
dinding villa Rom di Pompeii dan Cirencester.
Latin Square dibaca sebagai rotas opera rukun arepo
sator', yang secara kasarnya bermaksud 'orang yang
memberi panduan kepada pembajak untuk menuai
benih '.
Segi empat Latin Square adalah simetri ianya boleh
dibaca dari kiri ke kanan, kanan ke kiri, ke atas atau ke
bawah.
Namun, terdapat mesej tersembunyi dan hanya
pengirim dan penerima yang tahu bagaimana cara
membaca mesej yang tersembunyi.
Penerima mesej bagi Latin Square adalah penganut
krsitian.
Mesej yang cuba disampaikan selepas menyusun
semula huruf (transposisi):

1. 'Paternoster' diulangi dua kali, yang bermaksud
'bapa kami
2. Paternosters membentuk salib, yang mempunyai
kepentingan Kristian.
3. Yang ditinggalkan A dan O, yang mewakili yang alfa
dan omega, yang awal dan akhir, juga signifikan
dengan ajaran Kristian.
Latin Square diletakkan di sebelah rumah yang
menawarkan perlindungan kepada penganut Kristian.
Contoh scytale
Alat untuk melaksanakan cipher transposisi.
Terdiri daripada silinder kayu yang digulung pada jalur
kertas dan ditulis mesej yang hendak disampaikan
sekitarnya.
Gulungan kertas dibuka setelah mesej ditulis.
Penerima hanya boleh baca dengan meggunakan
silinder yang sama diameter.
Digunakan oleh org Yunani kuno dan Sparta untuk
berkomunikasi semasa kempen ketenteraan untuk
peperangan.


Contoh:

Kelebihan
Mesej lebih mudah diterjemah dan kesilapan
penterjemahan sangat kurang



Jalur kertas mudah koyak. (pita papyrus)
Kelemahan

Anda mungkin juga menyukai