Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN

BIRO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN PROFESSIONALISME 2012/2013



JAM QUE PERKARA CATATAN

8.15 PAGI

PELAJAR
BERKUMPUL

PERHATIAN! SEMUA MAHASISWA PENDIDIK DIMINTA MELURUSKAN
BARISAN MASING-MASING









UCAPAN
ALU-ALUAN

Indah sungguh ciptaan Tuhan,
Mentari merah di waktu senja;
Awal bismillah saya mulakan,
Sebagai tanda pembuka bicara.

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t ,Salam sejahtera dan Salam Mahasiswa Pendidik.

Yang Berbahagia,
En. Tan Ying Kee ,
Pengarah IPG Kampus Perlis.

Yang Berusaha,
Dr Hamzah B. Hj. Ihsan,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Perlis,

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN

BIRO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN PROFESSIONALISME 2012/2013


Yang berusaha,
Encik Mohd Latfi bin Ahamad,
Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Perlis.

Yang Dihormati,
Pensyarah-Pensyarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit,
Para Pensyarah, Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Urusetia
Perhimpunan,
Seterusnya Para Mahasiswa Pendidik Yang Dikasihi Sekalian.

Diharapkan hadirin sekalian berada dalam keadaan sihat dan ceria.



BACAAN DOA

Bagi Memberkati Majlis Kita Pada Pagi Ini, Saya Mempersilakan Saudara

Amirul Muneer bin Zulkifli

Bagi Memimpin Bacaan Doa.


TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN

BIRO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN PROFESSIONALISME 2012/2013


Dipersilakan.


Amin amin Ya Rabbal Aalamin

Terima Kasih Diucapkan Kepada Saudara

Amirul Muneer bin Zulkifli

Atas Kesudian Memimpin Bacaan Doa Sebentar Tadi.




NYANYIAN LAGU

Seterusnya,

Hadirin Diminta Untuk Menyanyikan
1) Lagu Negeri Perlis
2) Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia dan ;
3) Lagu Pendidikan Teras Kemajuan.

Dengan Iringan Muzik.


TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN

BIRO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN PROFESSIONALISME 2012/2013


Terima Kasih Atas Nyanyian Yang Bersemangat Sebentar Tadi

















PENGUMUMAN

MOHON PERHATIAN!!
Disini Terdapat Beberapa Pengumuman:

1) Kor Sispa IPG Perlis akan menganjurkan satu program derma darah
pada 8 Ogos 2012 bertempat di Dewan Indera Kayangan jam 9.30 pagi.
Sehubungan dengan itu, para guru pelatih dijemput hadir bagi
memeriahkan majlis.

2) Bagi melicinkan pengurusan, sebarang bentuk slot atau pengumuman
yang hendak disampaikan pada perhimpunan mingguan atau
perhimpunan organisasi, hendaklah berhubung dengan JPP atau
pegawai HEP terlebih dahulu.

3) Perhatian kepada semua mahasiswa pendidik, pengambilan anggota
baharu bagi menyertai Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam IPG Kampus
Perlis telah dibuka. Mana-mana mahasiswa pendidik yang berminat
untuk menyertai, boleh menghubungi saudara Mohd Faiz bin Abdul
Wahab, PISMP Sains Semester 2.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN

BIRO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN PROFESSIONALISME 2012/2013



PERSEMBAHAN

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Anak Cina mengail ikan,
Mengail ikan di dalam telaga,
Persembahan sajak kami persembahkan,
Sebagai bingkisan halwa telinga.

Bagi meneruskan acara pada pagi ini,
marilah bersama-sama menyaksikan dan menghayati persembahan sajak
yang akan dideklamasikan oleh Abdul Munir Bin Abdul Nain, daripada PISMP
Pengajian Agama Semester 4.

Dipersilakan.





Terima kasih atas persembahan yang menarik sebentar tadi.









Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, saya menyerahkan majlis kepada wakil
Kor Siswa Siswi IPG Kampus Perlis.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN

BIRO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN PROFESSIONALISME 2012/2013


PENYAMPAIAN
HADIAH


Dipersilakan.



TAKLIMAT
PUAN NORYATI

Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput Pn Noryatibt Ismail
untuk memberikan taklimat ringkas.

Dengan segala hormatnya,dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada Puan Noryati binti Ismail di atas taklimat beliau
sebentar .




UCAPAN
KU DISIPLIN
HEP

Seterusnya,
Majlis Mempersilakan
Yang Berusaha,
Encik Badrul Zaman Bin Abdul Latiff
Ketua Unit Disiplin,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Untuk Menyampaikan Ucapan.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN

BIRO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN PROFESSIONALISME 2012/2013


Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.


Terima Kasih Diucapkan Kepada Encik Badrul Zaman Bin Abdul Latiff
Atas Ucapan Beliau Sebentar Tadi.






UCAPAN

Seterusnya, Majlis Mempersilakan

Yang Berbahagia,
En. Tan Ying Kee,
Pengarah IPG Kampus Perlis,

Untuk Menyampaikan Ucapan.

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.



Terima Kasih Diucapkan Kepada Encik Tan Yin Kee
Atas Ucapan Beliau Sebentar Tadi.


TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN

BIRO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN PROFESSIONALISME 2012/2013




LAGU NEGARAKU


Seterusnya,
Hadirin Diminta Bersedia Untuk Menyanyikan Lagu Negaraku Dengan Iringan
Muzik.






BERAKHIR

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan Berakhirnya Nyanyian Lagu Negaraku Sebentar Tadi, Maka
Berakhirlah Majlis Kita Pada Pagi Ini.

Assalamualaikum w.b.t







BERSURAI

SEKIAN,

Majlis Bersurai.


TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN

BIRO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN PROFESSIONALISME 2012/2013













TARIKH : 3 OGOS 2012
MASA : 8.15 PAGI
TEMPAT : DEWAN INDERA KAYANGAN
PENGACARA : MOHD ZAHID HAMIDI

Anda mungkin juga menyukai