Anda di halaman 1dari 8

7/30/2014

Nid Al-Kahfi: EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah


0

More

Next Blog

Create Blog

Nid Al-Kahfi
pergilah berjuang wahai teman
pergilah berjihad wahai taulan
carilah guru, dapatkan pengetahuan
tanggungjawab digalas dan bukannya beban
kewajipan manusia sepanjang zaman
"negeri China", pepatah berpesan
menuntutlah ilmu sehingga ke kuburan
menjadi peneman sepanjang zaman
ilmu bukan untuk dimegah, tetapi menjadi pedoman
yang membezakan manusia dan haiwan
yang mempunyai akal dan juga fikiran
sebagai khalifah amanah di diberikan
mentadbir alam ciptaan Tuhan
sesungguhnya, hidupnya insan
mempunyai tugas dan peranan
agar bersedia di hari kemudian....

MONDAY, JANUARY 21, 2013

EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah

1.0 Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah


Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan beberapa
model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada
kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi tingkah laku yang telah
dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah
Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan

TINTA..

Perkongsian Ilmu
Coretanku.....
Kenanganku.....
Kisah Hidup Aku...
Karya
NOTA PISMP
CARIAN
Search

Model Pengurusan Kelompok (Kounin).


Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah dan
tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti Curwin & Mendler, Model Melangkah

PENULIS

Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program Organisasi Bilik Darjah & Pengurusan Everston,
Model Aliran Kemahiran Goldstein & Mc Ginnis dan Model Penyelesaiaan Konflik & Mediasi Rakan Sebaya.

NId Kahfi gelaran diberi,


mengisi kelapangan mencoret
puisi, masih bertapak
mencungkil diri, agar bediri gah suatu hari
nanti, gelaran Doktof Falsafah angan dan
mimpi, harap tercapai hajat peribadi, menjadi
insan yang berbudi pekerti,..

1.1

Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner

Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat berkesan untuk mengajar tingkah laku
baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang kurang wajar. Model ini menekankan suatu
pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang
berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan. Teori
Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu
hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah,
pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan
positif ini boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negatif
pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang konsekuen tingkah laku.
Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu pengukuhan akan lebih kerap berlaku.Kedua,
tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan berlaku dengan kerap ataupun langsung tidak akan berlaku.
Ketiga, tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya tidak diperkukuhkan.
Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan bertambah teguh jika
pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan tidak
diberikan.
1.2

Nid Al-Kahfi

View my complete profile


SEMBANG-SEMBANG

ShoutMix
Live chat
software for
your website
Click here to
check it out now!
0.0016s

Model Disiplin Asertif Canter

Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini melatih
murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip
tersendiri.
Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua, tanggungjawab
merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga
http://nidkahfi.blogspot.com/2013/01/edu-3104-model-pengurusan-bilik-darjah.html

ShoutMix chat widget

1/8

7/30/2014

Nid Al-Kahfi: EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah

haruslah merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku
yang baik dan buruk.

ADAKAH ANDA MENYUKAI BLOG SAYA?


Sangat suka

1 (100%)

Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, guru asertif
menggangap murid mereka sebagai pesalah. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan
mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas. Perbuatan mereka ini mungkin
memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah
tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa menetapkan
peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid.
Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti guru asertif
percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka.
Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru dengan murid adalah positif dan
saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan

Suka

0 (0%)

Kurang suka

0 (0%)

Tidak suka

0 (0%)

Votes so far: 1
Poll closed

HATI SAYU KU...

guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun
bermusuhan dalam megawal kelas. Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid,
bercakap dengan hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara adil.
Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan sebab yang ingin
diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan peraturan yang guru hendak
melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan
bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi
ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran
kumpulan pun boleh dipertimbangkan.

2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER


Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada
tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku berdasarkan kajian-kajian
beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa
sahaja tingkah lakau yang berlaku sebaik sahaja ditunjukkan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang
tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi
tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial
antara individu.
Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen
luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan
tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang
bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila
rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang
diingini.
Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah dan pujian jika
murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat bising, melakukan kerja rumah
dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Untuk peneguhan negatif pula, guru memberikan
hukuman atau dendaan jika murid-murid melanggar peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang
mengajar dan guru merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian

This Flash Player w as created @ FlashWidgetz

CORAT-CORET HIDUPKU..
SHARE IT
Share this on Facebook
Tweet this
View stats
(NEW) Appointment gadget >>

MASA ITU EMAS

DAILY CALENDAR
A ds By Cl i cksor

ABOUT

kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan
peneguhan negatif apabila murid-murid melakukan rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan
dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian
semasa guru sedang mengajar.
Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan tingkah
laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan merupakan tindakan untuk
menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala dendaan pula merupakan tindakan yang
diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau
dibentuk oleh peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Menurut Skinner,
untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas seseorang
menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk

Su
6
13
20
27

M
7
14
21
28

July 2014
Tu W Th
1
2
3
8
9
10
15 16 17
22 23 24
29 30 31

F
4
11
18
25

5
12
19
26

There was an error in this gadget

kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan atau penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman,
anggukan atau pujian yang diperoleh daripada guru.
Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk membentuk
tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku yang seterusnya pula dipengaruhi
dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang tetap yang diberi setiap kali seseorang murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini.
Sebagai contoh, guru boleh melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti bilik darjah. Guru perlu
menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti memberikan pujian apabila setiap kali murid
tersebut mengangkat tangan atau dapat menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang
pemalu akan mula berani untuk mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat
bimbingan atau mendapat ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut. Apabila tingkah laku yang
http://nidkahfi.blogspot.com/2013/01/edu-3104-model-pengurusan-bilik-darjah.html

pow ered by

POPULAR POSTS

PSV 3104 - Corak dan Rekaan (Terancang)


1.0 PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual
bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat, memperkembang
keperibadian, memberi ke...
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

2/8

7/30/2014

Nid Al-Kahfi: EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah

diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut
apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid
sudah berani melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat tangan
apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian setiap kali murid melakukan perkara
tersebut tetapu hanya meneguhkan pada waktu-waktu tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah
laku tersebut. Tingkah laku ini juga boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan
dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak dipanggil oleh
gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti
bilik darjah.
3.0 MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER
Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah

(EDU 3104)
1.0 Model-Model Modifikasi Pengurusan
Bilik Darjah Dalam menguruskan bilik darjah,
ahli-ahli teoris dan para pendidik telah
mengemukaka...
EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah
1.0 Model-Model Modifikasi Pengurusan
Bilik Darjah Dalam menguruskan bilik darjah,
ahli-ahli teoris dan para pendidik telah
mengemu...
Pengantar Linguistik (BMM 3108)
1.0 Pengenalan Ilmu linguistik merupakan
ilmu yang mengkaji secara ilmiah atau
secara saintifik. Menurut Abdullah Hassan
(2009), kajian b...

laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter
berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta
memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih
menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan
penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model
ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.
Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara
tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk
mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk mengajar
tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan
sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah.
Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian, guru perlu
menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan
bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi
melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah

RPH Bahasa Melayu (Tema : Buah-buahan)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU MATA PELAJARAN
:
Bahasa Melayu TARIKH
: ...
FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN
5
Bahagian 5 101) Seekor cicak kecil boleh
memanjat dinding yang tegak, melekat
dengan badan terbalik atau melekap atas
kaca yang di bergil...
Terjemahan buku Couse in General
Linguistics. FERDINAND DE SAUSURE
3.0 Terjemahan Buku Ferdinand De
Saussure PENDAHULUAN Bab I SATU
RENUNGAN KE ARAH SEJARAH LINGUISTIK
Sains yang dibangunkan berdasar...
Bali oh Bali...
PIMSP Unit H2 Program
Akademik SeniVisual Bali 2011
13 17 Jun 2011 Gambar ni di
ambil dekat mana ea? haa.. itu

laku yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid
melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya
akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.
Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing muridmurid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa
diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling

yang a...

TOTAL PAGEVIEWS

2 4 0 0 4

mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.


Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara
professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang
selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada
perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif
Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.
a) Guru yang agresif
Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak bertimbang
rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk
mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan
menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan
murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guruguru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti Duduk, Diam, Dengar sini!..
Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan
menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar.

BLOG ARCHIVE

2013 (2)
January (2)
EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik
Darjah
PSV 3104 - Corak dan Rekaan
(Terancang)
2011 (17)
2010 (5)

PELAWAT

b) Guru yang tidak asertif


Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif terhadap
murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan
tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan
suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid
yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti Tolonglah
berkelakuan elok sikit atau Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!. Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak
konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini.
Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan muridmurid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan
guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.

http://nidkahfi.blogspot.com/2013/01/edu-3104-model-pengurusan-bilik-darjah.html

FOLLOWERS
Join this site
w ith Google Friend Connect

Members (7)

Already a member? Sign in

3/8

7/30/2014

Nid Al-Kahfi: EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah

c) Guru yang asertif

PENGIKUT

Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan
dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai
dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan
kerjasama antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan
disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan
asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas
kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan
yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan
diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga

FOLLOW BLOG SAYA DENGAN EMEL


Email address...

Submit

diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid
diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru
diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.
Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan apabila
peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk
tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan.
Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan
berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,
Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan atau Angkat tangan dan tunggu dengan
senyap, cikgu akan panggil awak.
Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Guru
yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan murid berasa takut dan
terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada
hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan
negatif terhadap pembelajaran dan guru.
Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam
bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya akan memberikan
tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas
dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan
menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru.
Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan murid. Guru
asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing. Mereka
menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh
diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif
bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina persekitaran
pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.
Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan. Canter
mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan
dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku. Peraturan dinyatakan dengan
jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas
oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta murid menghantar latihan yang sudah siap kepada
guru dan mengambil latihan pengayaan bagi memenuhi masa yang ada.
Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan
diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku
yang diingini dan boleh membina persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk
memberikan pengiktirafan kepada murid termasuklah memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid,
memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa.
Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak muridmurid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara
fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa
murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua dan
tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut
perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan
peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang dan
melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan.
http://nidkahfi.blogspot.com/2013/01/edu-3104-model-pengurusan-bilik-darjah.html

4/8

7/30/2014

Nid Al-Kahfi: EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah

Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin


kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa peraturanperaturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan pemahaman kepada murid-murid mengenai
kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid
bagaimana peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas akan
tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu menyemak kefahaman murid
terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh
murid-murid jika mengikut peraturan ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu
dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan menunjukkan
mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama
ada murid lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak
memahami.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya dapat dilihat, model disiplin Skinner dan model disiplin Asertif Canter saling
mempunyai perkaitan dan bersesuaian dilaksanakan di dalam bilik darjah. Guru-guru yang ingin
menggunakan model Skinner ini perlu menganalisa tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah terlebih
dahulu. Guru perlu mengkaji tingkah laku yang telah ditunjukkan dan akibat-akibat yang telah digunakan
terhadap beberapa tingkah laku yang telah ditunjukkan. Kemudian guru boleh membuat pelan modifikasi
tingkah laku dengan menyenaraikan tingkah laku yang memerlukan perhatian yang khusus. Kenal pasti
peraturan, peneguhan-peneguhan positif sekerap yang mungkin apabila murid menunjukkan tingkah laku yang
diingini.
Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemenelemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini manakala Model Disiplin Asertif Canter
berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan. Model Akibat Logikal Dreikurs pula menekankan kepentingan guru memberikan
kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik
darjah.
Model Modifikasi Tingkah laku Skinner sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan
oleh guru untuk membentuk tingkah laku melalui peneguhan berkala. Peneguhan postif ialah rangsangan yang
diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini manakala peneguhan negatif ialah rangsangan
dikeluarkan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Berbeza dengan dendaan yang merupakan
tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.
Model Disiplin Asertif Canter pula menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik
darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar
tanpa gangguan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan
lancar.
Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam ketiga-tiga model ini. Saya akan memulakan dengan
Model Modifikasi Tingkah laku Skinner. Antara Kekuatan untuk model ini ialah strategi-strategi modifikasi
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi di mana model ini menekankan tentang peneguhan. Murid-murid
akan membetulkan tingkah laku mereka. Seterusnya ialah penggunaan strategi modifikasi tingkah laku
mendesak guru menjadi lebih sedar dan peka tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Dan yang ketiga
ialah program modifikasi tingkah laku memastikan agar guru menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian
dispilin dalam bilik darjah.
Kelemahan Model Modifikasi tingkah laku Skinner ini pula menunjukkan murid dimanipulasi untuk
melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran yang dijanjikan dan bukan kerana kepuasan intrinsik. Yang
kedua ialah model ini agak merbahaya jika digunakan oleh guru yang kurang peka dan tidak beretika dan
boleh menimbulkan rasa benci dalam diri murid terhadap guru dan sekolah. Yang ketiga pula ganjaran bagi
seorang murid mungkin merupakan hukuman bagi murid yang lain. Guru juga sukar mengenalpasti ganjaran
yang selaras dengan keperluan setiap murid.
Kekuatan bagi Model Disiplin Asertif Canter pula ialah model ini memanfaatkan guru khususnya guru
permulaan. Guru tidak perlu fikirkan bagaiman untuk menangani tingkah laku bermasalah yang timbul kerana
sudah mempunyai satu rujukan sedia ada sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh pihak
pentadbiran. Kedua ialah merupakan tindakan ke atas tingkah laku murid, dan bukan wataknya. Apabila
peraturan bilik darjah dilanggar, guru menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif
berhubung peribadi murid yang berkenaan.
Kelemahan bagi Model Disiplin Asertif Canter pula ialah keberkesanan satu program disiplin tidak
boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah murid-murid daripada melakukan salah laku. Murid-murid perlu
diajar bagaimana dan betapa penting menjadi seorang murid yang berkelakuan baik. Kedua, model ini
http://nidkahfi.blogspot.com/2013/01/edu-3104-model-pengurusan-bilik-darjah.html

5/8

7/30/2014

Nid Al-Kahfi: EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah

mewujudkan persekitaran authoritarian di mana murid hanya akur kepada kehendak guru. Murid terpaksa
memikul tanggungjawab atas sebarang salah laku yang timbul.

Nama : Mohammad Yusof Bin Abd Latip


No I/C : 900301-01-6801
Unit : PISMP Ambilan Januari 2010, Unit H2
Assalamualaikum W.B.T. Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah dan rahmatnya,
dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek bagi kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Pengurusan bilik darjah merupakan perkara utama yang menjadi kepentingan bagi semua guru-guru dalam
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar segala objektif dan tujuan dapat dicapai.
Saya telah menerima tugasan KKBI bagi kursus EDU 3104 pada 22 Februari 2011 yang bertajuk Masalah
Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah. Objektif tugasan KKBI ini adalah bertujuan supaya guru
pelatih dapat mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat dalam pelbagai model disiplin dalam bilik darjah. Selain itu,
objektif tugasan ini juga adalah menerangkan kepada guru pelatih mengenai perbandingan dan perbezaan, kekuatan
dan kelemahan sesuatu model disiplin bilik darjah. Seterusnya, melalui pengetahuan yang diperoleh melalui tugasan
ini, guru pelatih dapat mengaplikasikan model disiplin yang dirasakan sesuai dalam pengurusan tingkah laku dalam
bilik darjah.
Dalam tugasan KKBI Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini, saya dikehendaki melaksanakan dalam
kumpulan bertiga atau berempat. Saya telah terpilih untuk berada dalam kumpulan yang mempunyai empat orang
ahli. Setelah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, kami pelatih unit H2 telah membuat pembahagian
kumpulan. Saya telah terpilih untuk bersama Nur Balkis Bt Omar, Siti Aishah Bt Halim dan Nur Izzati Bt Hasbullah
dalam kumpulan yang sama. Setelah itu, kami telah membuat perbincangan ringkas dan membahagikan tugasan
kepada setiap ahli kumpulan. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sub tugasan nombor enam,
iaitu untuk menjelaskan bagaimana guru dapat memanfaatkan mana-mana dua model disiplin dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Di kesempatan yang ada, saya telah membuat pencarian maklumat sama ada dalam buku ataupun di laman
sesawang mengenai tajuk yang signifikan dengan sub tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Melalui
pencarian tersebut, saya telah dapat beberapa bahan yang dirasakan sesuai dan perlu untuk menyempurnakan
tuntutan tugasan tersebut.
Sebelum melaksanakan tugasan, saya telah membaca secara ringkas terlebih dahulu model-model disiplin
yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh seperti Skinner dan Asertif Canter. Model Modifikasi tingkah Laku Skinner
telah diperkenalkan oleh Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) manakala Model Disiplin Asertif Canter pula
diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya juga melaksanakan tugasan KKBI daripada subjek yang lain.
Namun begitu, ini bukan merupakan alasan bagi saya untuk tidak menyiapkan tugasan ini. Berkat kesungguhan dan
dorongan daripada rakan-rakan, Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang melaksanakan tugasan KKBI ini. Melaluinya, saya
telah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama rakan sekumpulan. Saya telah dapat mempelajari sifat
sabar dalam melaksanakan tugasan dan ragam manusia. Jika sebelum ini saya berasa kurang sabar dan sering
terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu, kini saya telah mempelajari untuk mengatasinya.
Dalam penghasilan tugasan ini juga, saya dapat mengulangkaji pelajaran yang telah saya pelajari. Saya lebih
memahami apa itu model disiplin dan apa kepentingannya dalam menguruskan bilik darjah. Saya juga telah
memahami cara tindakan yang perlu dilakukan bagi mengawal keadaan bilik darjah iaitu dengan memberikan
peraturan dan menguatkuasakannya secara berterusan. Selain itu, murid-murid perlu diberikan dendaan dan
pembetulan di atas kesalahan yang telah dilakukan yang bertujuan untuk menghilangkan tingkah laku yang tidak
diingini.
Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat saya perolehi melalui tugasan KKBI
ini. Pengurusan bilik darjah yang berkesan sangat berkait rapat dengan kaedah, teknik dan pendekatan yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan gabungan yang mantap ini akan menyebabkan objektif
dan matlamat tercapai dengan jayanya. Akhir sekali, saya berharap ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi
melalui tugasan KKBI ini dapat membantu saya untuk menjadi guru yang cemerlang dan seterusnya menjadikan
generasi akan datang sebagai generasi yang berilmu pengetahuan yang tinggi selaras dengan hasrat wawasan
2020.
REFLEKSI PEMBENTANGAN
Pengurusan bilik darjah merupakan agenda utama bagi bakal guru dan guru kerana melalui
pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan.
Berdasarkan pembentangan tutorial minggu kelima yang telah dibentangkan oleh dua orang ahli kumpulan,
terdapat dua soalan yang perlu dijawab iaitu jelaskan tentang konsep dan pelaksanaan Penilaian Kendalian
Berasaskan Sekolah dan bincangkan peranan guru dalam pengurusan pentaksiran guru dalam bilik darjah.
Menurut pembentangan yang dibentangkan oleh Nur Balkis Bt Omar dan Siti Aishah Bt Halim, soalan
yang pertama iaitu konsep dan pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah terbahagi kepada dua
iaitu konsep dan pelaksanaan.
Berdasarkan bahagian pertama iaitu konsep, Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah dilihat lebih
http://nidkahfi.blogspot.com/2013/01/edu-3104-model-pengurusan-bilik-darjah.html

6/8

7/30/2014

Nid Al-Kahfi: EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah

bersifat formatif dengan mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat.
Melaluinya, guru dapat melaksanakan diagnostik yang bertujuan untuk mengesan perkembangan murid dari
semasa ke semasa dan seterusnya memberikan guru peluang untuk memperbetulkan kesilapan dan
memperbaikai kelemahan murid serta merta. Selain itu guru dapat mengenal pasti akan kelemahan dan
memperkembangkan lagi potensi yang ada pada murid.
Dalam Pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah, terdapat dua jenis penilaian yang
dilaksanakan di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merupakan Penilaian
yang dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh
memberikan maklum balas kepada guru tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
Melaluinya, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Bagi penilaian sumatif pula, Penilaian ini sering dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau
tahun. Penilaian ini membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan dijadikan sebagai
penanda aras tahap pencaapaian seseorang murid tersebut. Penilaian ini juga seringkali digunakan untuk
membuat pemilihan.
Untuk melaksanakan penilaian, guru bertindak untuk menentukan hasil pembelajaran yang hendak
dinilai disamping merancang dan membina instrumen penilaian. Setelah membina instrumen, guru perlu
melaksanakan penilaian serta merekodkan hasil penilaian murid. Setelah itu, guru perlu menganalisis
maklumat penilaian dan melalui maklumat tersebut, laporan dan tindakan susulan perlu dilakukan.
Selain itu, melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian
yang berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut bagi mencapai hasrat yang ingin
dicapai.
Pelaksanaan penilaian kendalian berasaskan sekolah yang sistematik perlu mengikut langkah-langkah
yang berikut iaitu yang pertama merancang penilaian dan menentukan hasil pembelajaran dan instrumen
penilaian. Setelah itu, instrumen penilaian perlu dibina dengan membuat jadual penentuan spesifikasi (JSU)
dan membina soalan atau instrumen. Setelah itu, penilaian yang dirancang perlu dilaksanakan melalui
pelbagai cara seperti pemerhatian, lisan dan juga penulisan. Setelah itu, segala maklumat berdasarkan
penilaian yang dibuat, keputusan perlulah di rekodkan dan di analisis maklumat tersebut mengenai tahap yang
diperolehi daripada murid. Jika perlu, keputusan hasil penganalisian maklumat perlu dilaporkan untuk
makluman pihak tertentu.
Setelah mengetahui kelemahan yang berlaku, penguasaan perkara yang diajar perlu dilakukan. Jika
murid-murid dapat menguasai perkara yang diajar, tindakan susulan perlu dilakukan sebagai pengukuhan dan
pengayaan dan meneruskan pelajaran yang baru. Jika sebaliknya murid-murid tidak dapat menguasai
perkara yang diajar, tidakan susulan pemulihan perlu dilakukan dan setelah itu penilaian perlu dibuat bagi
menilai tahap murid. Guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan
instrument yang perlu digunakan.
Seterusnya, dari segi perlaksanaan, peranan umum guru perlu diketahui oleh semua iaitu peranan guru
merangkumi pengurusan pentaksiran dalam bilik darjah. Keputusan pentaksiran juga mempunyai implikasi penting
bagi pembelajaran. Selain itu, guru dilihat berperanan menyemak kembali alat pentaksiran yang digunakan supaya
selaras dengan tujuan pentaksiran.

Peranan guru dalam proses penyediaan ujian dan peperiksaan pula, ujian dan peperiksaan perlu
merujuk kepada jenis buatan guru seperti ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Proses
penyediaan item-item ujian dan peperiksaan terbahagi kepada tiga fasa iaitu sebelum ujian, semasa ujian
dan selepas ujian.
Fasa sebelum ujian, bahan-bahan yang berkaitan dengan penilaian seperti sukatan pelajaran, buku rujukan,
soalan-soalan yang lepas diperlukan untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan soalan. Fasa
semasa ujian pula, guru berperanan memberikan pertimbangan yang serius kepada bilangan item, soalan-soalan
yang lepas, dan penggubalan item-item berdasarkan JSU mata pelajaran. Ketua panitia atau guru cemerlang
diperlukan sebagai pembimbing atau pakar rujuk. Setelah moderasi, guru perlu membuat pindaan yang disyorkan
oleh panel moderasi seperti ketua panitia, guru kanan mata pelajaran dan guru cemerlang. Setelah pindaan dibuat,
draf terakhir disemak dan diluluskan oleh panel moderasi. Bagi menjamin kualiti item yang dihasilkan, sebarang
kertas yang diconteng dengan draf hendaklah dihapuskan.
Setelah fasa ujian, guru perlulah membuat pertimbangan terhadap bilangan kertas yang sedia ada bagi
satu-satu tahun persekolahan. Seterusnya, kertas soalan dimasukkan dalam sampul mengikut gandaan 30 dan di
simpan di dalam almari berkunci dan dikeluarkan setengah jam sebelum pentadbiran ujian atau peperiksaan tersebut.

Posted by Nid Al-Kahfi at 6:38 PM

Recommend this on Google

No comments:
Post a Comment

http://nidkahfi.blogspot.com/2013/01/edu-3104-model-pengurusan-bilik-darjah.html

7/8

7/30/2014

Nid Al-Kahfi: EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah

Home

Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)


There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

SHARE IT
Share this on Facebook
Tweet this
View stats
(NEW) Appointment gadget >>

Picture Window template. Powered by Blogger.

http://nidkahfi.blogspot.com/2013/01/edu-3104-model-pengurusan-bilik-darjah.html

8/8

Anda mungkin juga menyukai