Anda di halaman 1dari 3

ULASAN ARTIKEL 1

ISU , MASALAH DAN CABARAN DALAM MERANCANG TRANSFORMASI KURIKULUMTransformasi bukan


hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang
kurikulum. Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk
menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya
ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang
dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Ini
bermakna kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses
memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut. Bahkan sejak awal kewujudan sistem
pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau
perubahan. Kini setelah memasuki alaf baru di abad ke-21, masyarakat dunia telah melalui satu lagi fasa
penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada
masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi;
pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi
tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka
panjang (Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002).
Posted by cikguazli at 07:31 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
ULASAN ARTIKEL 2
Konsep Kemahiran Profesional Kemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran
dan pakar dalam bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran profesional mampu
melaksanakan tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul. Bagi seseorang yang profesional, dia bukan
hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang
lain. Tiga ciri kemahiran profesional guru. Selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran ikhtisas
yang diikhtiraf, guru juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak
aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan
yang bermutu tinggi. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.
Tiga bidang ilmu yang diperolehi dari kemahiran belajar melibatkan penggunaan mental Bidang kognitif
Bidang afektif Bidang psikomotor Ciri guru yang menguasai kemahiran profesional berfikir Dapat
menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Mahir dalam penyusunan maklumat, konsep atau
idea. Berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang baru terutamanya dalam pengajaran. Peranan guru
sebagai pemudahcara Memberi bimbingan, motivasi dan menggerakkan murid-murid dalam kelasnya
agar menjalankan serta mengikuti aktiviti pembelajaran. Memastikan penggunaan strategi pengajaran
berpusatkan murid dan berpusatkan bahan belajar. Kemahiran menggurus bilik darjah oleh guru. 1.
Pengurusan rutin bilik darjah Kemahiran tersebut termasuklah menanda jadual kedatangan murid
setiap hari persekolahan, mengutip yuran yang dikenakan kepada murid-murid, menyemak keadaan
fizikal bilik darjah dan sebagainya. 2. Pengurusan peraturan-peraturan bilik darjah Guru harus
menyediakan dan mengurus peraturan-peraturan yang perlu ada di dalam bilik darjah. Kita juga harus
memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan itu. Memberi
ganjaran atau hukuman yang setimpal sekiranya murid-murid melanggar peraturan juga merupakan
salah satu kemahiran yang perlu dalam kemahiran mengurus peraturan-peraturan bilik darjah.
Penggunaan komputer dalam pendidikan. Tiga bidang komputer dalam konteks pendidikan ialah: 1.
Komputer Membantu Pendidikan (CAE) Iaitu penggunaan sistem komputer yang akan digunakan oleh
guru sebagai bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran serta membantu mencapai objektif
pelajaran. 2. Komputer Membantu Pengajaran (CAI) Merupakan penggunaan teknologi dan sistem
komputer dalam proses pengajaran. Aplikasi komputer digunakan oleh pelajar terutamanya ketika
mengikuti pelajaran terancang atau penggunaan modul-modul pengajaran. 3. Komputer mengurus
pengajaran (CMI) Penggunaan teknologi dan sistem komputer bagi tujuan mengumpul maklumat data
dan menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran di bilik darjah. Dua kemahiran profesional yang
perlu dikuasai oleh guru untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. 1. Kemahiran Belajar Guru
hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan
kemahiran dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai kemahiran belajar
agar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan sempurna. Sekiranya seseorang itu telah memiliki
pelbagai kemahiran dan pengetahuan hasil daripada pembelajarannya, maka dia akan dapat
menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain khususnya murid-murid. 2. Kemahiran Merancang Guru
yang mempunyai kemahiran merancang sebelum melaksanakan pengajaran akan berupaya memilih
bahan-bahan pengajaran yang sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar serta dapat merancang
aktiviti pengajaran yang sistematik. Sekiranya guru dapat merancang pengajarannya dengan baik, ini
akan menjamin keberkesanan pengajaran tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu
perkhidmatannya.
Posted by cikguazli at 07:29 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
ULASAN ARTIKEL 3
Tenaga pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan
pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian
Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000
sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan
mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman
dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut
menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka
berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi bidan terjun. Guru
yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa
Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang
subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
Posted by cikguazli at 07:27 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
ULASAN ARTIKEL 4
Akses Pendidikan Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam
pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan
pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT.
Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan: pembekalan komputer yang tidak
seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar
diperoleh; latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang
kurang berkesan; penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan bilangan guru
terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk
memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan
guru celik ICT.
Posted by cikguazli at 07:26 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
ULASAN ARTIKEL 5
Ekuiti Pendidikan Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan
di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang
berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan.
Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran
serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan
antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school).
(Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun
pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat
menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan
ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat
diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar
bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan
kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
Posted by cikguazli at 07:25 No comments:

Anda mungkin juga menyukai