Anda di halaman 1dari 39

1

2




Hasil Penulisan oleh Kumpulan 10:

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Semester 4 - Sesi Khas 2013/2014
Bachelor Pendidikan (Pendidkan Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Bahasa Melayu)





PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR. AHMAD FAUZI BIN MOHD AYUB
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SERDANG 43400 SELANGOR

3

ISI KANDUNGAN

Pengenalan ... 4
Definisi 4
Model PIT 5
Fasa 1: Menganalisa Kelebihan Relatif 6
Kenapa perlunya laman web subjek Bahasa Melayu?.. 11
Fasa 2: Menentukan Objektif & Penilaian 12
Fasa 3: Mencipta Strategi Integrasi . 15
Merekabentuk laman web mata pelajaran BM 17
Ciri-ciri yang diperlukan dalam sebuah laman web BM . 25
Fasa 4: Menyediakan Persekitaran P&P 27
Anggaran Belanjawan .. 28
Fasa 5: Menilai dan Menyemak Semula Pengintegrasian Teknologi 32
Senarai Semak .. 34
Kesimpulan 36
Lampiran ... 37
Rujukan 39



Human is the highest form of Technology. What
science has created (i.e. technology, gadjet or
application) is just an extension of our minds.
Human is the highest form of Technology. What science has created,
(i.e. technology, gadjet, application) is just an extension of our minds
4

PENGENALAN
Kita kini hidup di dalam suatu ekonomi yang berkuasakan teknologi, yang
bersumberkan maklumat dan yang berpandukan pengetahuan. Terjemahan kata hikmah
daripada Alexis M. Herman (1991) ini adalah sangat berkaitan dengan tajuk penulisan
kumpulan kami (K10) iaitu Membangunkan Laman WEB untuk Mata Pelajaran Bahasa
Melayu.
Setelah diberi beberapa pilihan, K10 berhasrat untuk menggunapakai model TIP
(Technology Integration Planning) atau dengan mudahnya kita kenali sebagai model
Perancangan Integrasi Teknologi atau Model PIT. Model ini akan kami huraikan
berselari dengan pengisian tajuk tugasan.
Tujuan utama penulisan adalah untuk mengintegrasikan Model PIT di dalam perancangan
dan usaha untuk membangunkan laman web subjek BM. Bagi tujuan melancarkan
penulisan beberapa abjad singkatan kata akan digunakan seperti BM, PIT, K10, ICT dan
TMK. Singkatan abjad kata ini ada kami lampirkan di bahagian akhir penulisan bersama
rujukan. Kumpulan sasaran penulisan adalah untuk golongan pendidik, warga guru serta
pelajar peringkat atasan.
DEFINISI
Bagi tujuan pemahaman bersama, mari kita singkap maksud web tersebut. WEB atau web
adalah perkataan BI dan ia bermaksud sarang labah-labah. WEB bukanlah suatu
singkatan kata untuk Worldwide Electronic Browser atau sebagainya. WEB dalam
definisi teknologi bermaksud untuk menunjukkan kesemua komputer adalah saling
berhubungan di antara satu sama lain seolah-olah seperti sebuah sarang labah-labah.
WEB ialah Where Everybody Belongs iaitu kita saling dan sentiasa berhubungan di
antara satu sama lain samada dengan mengunakan alat teknologi (komputer, gadjet dan
applikasi) atau tanpa alatan teknologi. Harus kita faham bahawa manusia itu sendiri
adalah suatu jenis teknologi peringkat tertinggi.
We are living in a new economy powered by technology, fueled by
information, and driven by knowledge Alexis M. Herman (1991)

5

MODEL PIT
Rujuk gambarajah di bawah untuk memahami struktur asas Model PIT.

Jika dihalusi, pendekatan Model ADDIE, Model ASSURE dan Model PIT adalah agak
serupa di mana kesemua model akan bermula dengan keperluan analisa untuk
pemecahan masalah dan berakhir dengan penilaian sebagai modal penambahbaikan.
Model PIT menggunakan pendekatan yang merangkumi keseluruhan aspek perancangan,
pembangunan dan pelaksanaan projek. Model PIT menekankan pengintegrasian di mana
usaha penyebatian yang jitu akan menghasilkan sebatian yang jitu.

{sumber foto: dari halaman google}
6

FASA 1: MENGANALISA KELEBIHAN RELATIF
Model PIT memulakan prosesnya dengan menganalisa kelebihan relatif. Secara tidak
langsung model PIT juga menganalisa akan kekurangan sesuatu pendekatan P&P kerana
dengan mengenal pasti kelebihan, maka kita akan berjumpa dengan kekurangan dan
kelemahan sesuatu projek.
Bagi menentukan kelebihan relatif dalam pembangunan laman web subjek BM, kita akan
bermula dengan persoalan dan permasalahan yang mesti dijawab. Jika tidak, ini akan
menggagalkan tujuan dan niat kita untuk meraih kejayaan dalam apa yang dicitakan.
Kejayaan atau kegagalan sesuatu projek bergantung kepada perancangan awal yang
dibuat samada ia dapat dipenuhi atau tidak. Oleh itu, analisis yang tepat hendaklah
dilaksanakan supaya proses pembangunan laman web ini akan dapat berjalan mengikut
perancangan. Pembangun juga hendaklah memahami setiap ciri yang diperlukan di dalam
pembinaan laman web.
Pengumpulan data dapat membantu pembangun (web designer) untuk melaksanakan
proses pembangunan laman web selaras dengan objektif yang akan dinyatakan seterus
dalam Fasa2 model PIT. Dalam proses pembangunan ini, secara asasnya ia akan
melibatkan 3 proses utama iaitu - input, proses dan output. Dalam Fasa1: keperluan
analisis, K10 akan membincangkan tentang analisis kumpulan sasaran, analisis maklumat
dan isi pelajaran, analisis keperluan perkakasan serta analisis keperluan perisian yang
digunakan.
ANALISA KUMPULAN SASARAN
Bagi membina laman web subjek BM, K10 telah memilih perlaksanaan laman web
tersebut hanya untuk sekolah rendah aliran perdana. Ianya akan melibatkan murid tahun
1 hingga tahun 5. Jadi ada 6 tahap modul yang diperlukan untuk membezakan murid
Tahun 1 hingga murid Tahun 6. Kita ambil satu contoh, iaitu untuk membina laman web
subjek BM untuk murid Tahun 1 sekolah rendah. Murid tahun 1 akan mempunyai
beberapa buah kelas. Kelas ini selalunya dibahagikan kepada murid yang cemerlang,
sederhana cemerlang dan yang kurang cemerlang. Secara amnya, modul laman web
7

subjek untuk murid tahun 1 harus dikategorikan pula kepada 3 bahagian. Ringkasnya,
kita sebagai pembangun laman web subjek BM harus mencipta 3 jenis pengisian untuk
murid tahun 1. Begitu juga untuk murid tahun 2, 3, 4, 5 dan 6. Daripada jumlah tersebut,
maka akan ada murid yang ketinggalan. Bagi murid ini modul khas harus dibangunkan
untuk murid yang ketinggalan kerana tahap minda mereka yang terlalu lemah.
ANALISA MAKLUMAT DAN ISI P&P
Seperti yang telah K10 maklumkan, maklumat yang harus dimuatkan di dalam laman
web subjek BM akan dibahagikan mengikut kategori Tahun 1 hingga 6 dan untuk setiap
murid bagi tahun tersebut akan dibahagikan lagi kepada modul bagi laman web murid
cemerlang, sederhana, kurang cemerlang dan modul khas untuk murid yang ketinggalan.
Untuk tujuan spesifik yang telah disebutkan, pembangun laman web BM harus
bekerjasama dengan guru untuk menentukan kandungan maklumat atau isi P&P yang
sesuai mengikut tahap minda murid mengikut kategori masing-masing. Dalam
penggunaan TMK untuk murid di sekolah rendah, kebolehan (ability) murid untuk
berhubung dengan alam persekitaran ICT mereka akan kita namakan sebagai ebility.
Ebiliti murid akan berbeza mengikut kebolehan penguasaan interaksi masing-masing.
ANALISA KEPERLUAN PERKAKASAN
Analisis keperluan perkakasan atau hardware akan melibatkan sumber kewangan. Modal
kewangan akan menentukan kecanggihan perkakasan ICT di sekolah rendah. Berapa
banyak jumlah komputer yang akan kita sediakan untuk murid, kelajuan akses talian
internet, rupa, warna, spesifikasi, ketahanan perkakasan dan pelbagai ciri lain akan
ditentukan oleh urusan belanjawan. Perkakasan ICT ini sebenarnya bukan hanya
diperlukan di sekolah, malahan ianya turut menempati perkakasan ICT murid di rumah.
Jika kita tinjau di kedai komputer, berbagai jenis jenama boleh di dapati seperti
HewletPackard, Acer, Apple dan banyak lagi. Perkakasan ini pula terbahagi kepada CPU,
Monitor, Keyboard, Mouse, serta gadjet dan aksesori komputer yang lain seperti wayar,
speaker dan sebagainya.

8

ANALISA KEPERLUAN PENGISIAN DAN PERISIAN
Analisis keperluan pengisian dan perisian atau softwares memerlukan model aplikasi.
Contohnya untuk menaip kita memerlukan software MsWord. Untuk melukis kita
memerlukan software PaintBrush. Kita juga boleh menggunakan Open Office Writer
untuk menaip di komputer. Kita juga boleh menggunakan Corel Draw untuk melukis. Ini
adalah jenis perisian yang selain dari jenama Microsoft. Persoalannya, adakah kita akan
menggunakan aplikasi sedia ada atau ingin merekacipta aplikasi baru yang bersesuaian
dengan kehendak P&P murid?
Oleh sebab itu, dalam membangunkan laman web BM beberapa soalan yang perlu
dijawab dan K10 lebih suka menganalisa persoalan dari sudut apa?, siapa?, kenapa?,
bila?, mana?, bagaimana?, dan, banyak mana atau berapa?
Mari kita tinggalkan dahulu masalah analisa keperluan untuk membina laman web subjek
BM. Bayangkanlah bahawa kita telah dapat merekabentuk sebuah laman web untuk
subjek BM. Secara tidak langsung, ini telah menjawab persoalan apa yang harus dibina
atau dibangunkan.
Permasalahan pokok setelah terbinanya laman web subjek BM ialah bagaimana kita
hendak mengimplementasikannya? Siapa yang akan melaksanakannya? Kenapa perlu
laman web ini dilaksanakan dalam P&P di sekolah? Bila kita hendak bermula? Di mana
hendak kita laksanakannya? Bagaimana sumber laman web tersebut boleh diakses oleh
murid? Berapa banyak sekolah, atau guru, atau murid yang boleh mengakses laman web
BM tersebut? Serta banyak lagi persoalan lain yang perlu kita jawab.
Persoalan seterusnya ialah adakah kita betul-betul perlu untuk membangunkan laman
web untuk mata pelajaran BM? Adakah pelaksanaan laman web BM ini setimpal dengan
kos, masa dan tenaga kita semua?
Jika kita terlalu fokus kepada persoalan dan permasalahan, maka kita tidak akan dapat
mengorak langkah seterusnya. Oleh itu, fokus utama dalam menyelesaikan masalah ialah
dengan mencari jawapan dan jalan penyelesian kepada masalah. Minda harus 20% fokus
9

kepada soalan dan pernyataan masalah dan 80% fokus untuk mencari cara dan jalan
menyelesaikan masalah atau mencari jawapan, bukannya sebaliknya.
Jawapan relatif yang perlu ada dalam membina laman web ialah anggaran kos, masa, dan
tenaga mestilah setimpal dengan pendekatan pengajaran guru. Fokus utama P&P pula
ialah output atau hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran murid pula mestilah ke arah
yang positif dan hasilnya hendaklah boleh dilihat, dicapai dan diukur. Hasil output inilah
yang akan menggariskan sejauh mana keberkesanan pelaksanaan ICT atau laman web
subjek BM tersebut. Harus kita tahu, bahawa laman web subjek BM ini hanyalah salah
satu daripada beberapa produk TMK (ICT product) yang digunakan dalam P&P di
sekolah. Ia hanya bertindak sebagai alat bantuan mengajar (ABM) kepada guru untuk
murid/pelajar.
ANALISA KEPERLUAN UMUM
Analisis, perincian, pentaksiran atau penilaian dalam membangunkan laman web yang
telah dibincang sebelum ini adalah keperluan yang khusus. Keperluan am dan umum juga
perlu diperhatikan dalam membina laman web bagi mata pelajaran BM. Oleh itu, di
dalam Fasa 1: Analisis Keperluan ini juga boleh diperincikan melalui sudut berikut
seperti dibawah:-
i. Keperluan Murid
ii. Keperluan Guru
iii. Keperluan Sekolah
iv. Keperluan IbuBapa Murid
Keperluan Murid
Bagi murid, apa yang mereka perlukan ialah sebuah komputer, yang mempunyai talian
lengkap untuk mengakses laman web tersebut lantas mempelajari mata pelajaran BM
secara online. Keperluan TMK untuk murid kurang upaya dan murid normal harus selari
dengan tahap intelek dan kebolehan serta pengalaman individu. Kebolehan psikomotor
10

murid dalam mengendalikan komputer harus dibina di peringkat asas supaya mereka
tidak merosakkan komputer dan juga perisian BM tersebut.
Keperluan Guru
Bagi guru pula, apa yang mereka perlukan ialah sukatan mata pelajaran untuk
jangkamasa 1 tahun. Bagi guru besar pula, beliau akan memerlukan sukatan mata
pelajaran dalam laman web tersebut untuk jangkamasa 6 tahun untuk tahap 1 hingga 6.
Laman web BM tersebut hendaklah menyediakan maklumat pembelajaran kepada murid
untuk tempoh tersebut. Guru juga memerlukan ebiliti yang sepadan dengan tajuk RPH
semasa yang hendak disampaikan. Sekiranya guru tidak terlatih atau tiada pengalaman
TMK, guru bagi subjek BM tersebut hendaklah diberi tunjuk ajar, taklimat, dan latihan
asas yang secukupnya sebelum memulakan P&P untuk murid di sekolah. Profesionaliti
dan ketrampilan guru dalam menyampaikan P&P dalam bentuk TMK haruslah di tahap
yang optima supaya mereka boleh menghasilkan sendiri pakej pengajaran berasaskan
komputer, sekiranya diperlukan.
Keperluan Sekolah
Bagi sekolah pula, pihak kementerian seharusnya terbabit dalam menyediakan prasarana
seperti bangunan dan makmal atau bilik komputer untuk P&P menggunakan TMK.
Sekiranya tidak semua bilik boleh disediakan komputer, maka memadai dimulakan
dengan sebuah makmal komputer untuk keperluan sekolah tersebut. Penyelanggaraan dan
baik pulih untuk komputer juga perlu. Pakar ICT harus diwujudkan di setiap sekolah
supaya guru boleh mendapat tunjuk ajar yang pantas sekiranya mereka menghadapi
kesukaran untuk mengajar atau menggunakan laman web BM tersebut. Pakar ini juga
harus mampu untuk tugas penyelenggaraan, tugas membaik pulih komputer,
membaharui perisian pengajaran mengikut kesesuaian semasa atau mencipta pakej
pengajaran berasaskan computer (PPBK).
Keperluan Ibubapa Murid
Dalam membangunkan laman web subjek BM, keperluan ibubapa juga harus di ambil
kira. Bagi ibu bapa yang tiada komputer dan talian internet untuk anak di rumah, mereka
11

terpaksa menggunakan khidmat cyber caf. Khidmat komputer di cyber caf bukanlah
percuma. Bagi murid yang duduk di luar bandar, mungkin tiada cyber caf dan juga
berkemungkinan ibubapa mereka tidak dapat menyediakan komputer untuk mereka ini
belajar. Ini adalah satu keperluan mendadak yang harus dikaji, dirinci, dianalisa dan
diatasi terlebih dahulu supaya perkembangan pembelajaran subjek BM di luar bandar
dengan menggunakan laman web BM tersebut adalah sejajar dengan perkembangan
pembelajaran murid yang menginap di bandar.
Selain itu, kita juga boleh menambah lagi keperluan umum ini kepada keperluan pihak
kementerian, keperluan masyarakat setempat, negara dan juga keperluan global.
Murid
Sekolah
Guru
Masyarakat
Negara
AntaraBangsa
IbuBapa


KENAPA PERLUNYA LAMAN WEB UNTUK SUBJEK BAHASA MELAYU?
Masalah yang dihadapi sekarang ialah makmal komputer sedia ada di sekolah tidak
digunakan sepenuhnya. Salah satu sebab ialah tiada perisian (software) subjek BM dalam
bentuk TMK yang boleh dijadikan laman rujukan atau eTeks P&P di sekolah. Maka itu,
membangunkan laman web subjek BM adalah satu langkah yang perlu dilaksanakan
kerana dunia majmuk kini menuju ke arah era globalisasi dunia tanpa sempadan.
12

Memetik ulasan dari Pn.Roslawati, di dalam www.lms.upm.edu.my pada 10 Julai 2014.
membina laman web Bahasa Melayu memang sangat bertepatan dengan cara
pembelajaran masa kini. Di sekolah pun telah ada Vfrog, murid telah mula didedahkan
dengan penggunaan ICT, kalau ada laman web mudahlah murid mendapatkan maklumat
tentang sesuatu perkara berkaitan Bahasa Melayu (ulasan ini telah disemak dan
diperbetulkan untuk kesesuaian penulisan)

Dengan adanya laman web terutamanya dalam BM dan untuk subjek BM, maka
mudahlah murid belajar di rumah atau di luar rumah seperti di cyber caf. Lebih
mudahnya jika kita katakan murid boleh belajar di mana-mana jua dan pada bila-bila
masa, asalkan mempunyai komputer sesuai yang boleh beroperasi dan ada talian akses
kepada internet. Murid juga akan ada lebih banyak lagi pilihan kerana telah wujudnya
laman web untuk mata pelajaran BM tersebut yang boleh dijadikan eTeks atau laman
rujukan. Inilah yang dikatakan sebagai pengkayaan pembelajaran melalui ICT atau TMK.

FASA 2: MENENTUKAN OBJEKTIF DAN PENILAIAN
Objektif utama bagi membangunkan laman web subjek BM ialah untuk merealisasikan
penggunaan TMK [ICT] dalam P&P bagi mata pelajaran tersebut. Ianya dipanggil
ePembelajaran (eLearning). Dengan adanya laman web BM tersebut sebagai laman
rujukan atau e-Teks utama kepada murid dan guru, secara tidak langsung, laman tersebut
dapat menggalakkan penggunaan ICT dalam kalangan murid.
Pembelajaran hanya boleh berlaku sekiranya murid dapat berhubung (associate) dengan
persekitaran. Pembelajaran berlaku apabila murid dapat memberi makna (give meaning)
dengan persekitarannya. Persekitaran ini termasuklah, guru, ibu bapa, rakan sebaya, alam
sekitar, rumah, sekolah, pasaraya dan apa jua yang terdapat di sekeliling kita. Apabila
murid dapat berhubung, memberi makna, maka datanglah nilai (value) untuk
perhubungan yang telah murid lakukan dengan alam sekitarnya.
13

Objektif seterusnya membina laman web tersebut ialah untuk memberi kemudahan dan
penjimatan kepada murid dan guru. Kemudahan yang dimaksudkan ialah dengan adanya
produk TMK itu tadi, P&P sekarang boleh berlaku bukan hanya disekolah, tetapi di
mana-mana jua (contoh: di rumah, di cyber caf, dengan ipad dan tablet) dan pada bila-
bila masa seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Dengan adanya produk TMK itu,
murid tidak perlu lagi menggunakan buku latihan. Guru juga tidak lagi perlu
mengagihkan lembaran kerja murid. Penyimpanan dokumen (document storage) seperti
buku latihan murid dan lembaran kerja guru sekarang boleh dilakukan secara maya.
Tambahan pula dengan cloud storage system yang telah diperkenalkan baru-baru ini,
ianya membolehkan murid yang sedang bercuti di luar negara mengakses rujukan fail
simpanannya tanpa membawa tumbdrive atau cakera padat (Rouse, 2011).
Objektif lain ialah untuk meningkatkan daya kreativiti dan psikomotor murid dalam
menganalisa sesuatu maklumat untuk belajar subjek BM secara kendiri.
Untuk menentukan objektif, kita harus tahu hala tuju yang tepat akan penyaluran dan
penyebaran nilai atau maklumat yang hendak di sampaikan oleh guru kepada murid. Dari
mana dan hendak ke mana? Bagaimana? Kenapa? Apa? Siapa? Bila? Banyak mana? Ini
adalah persoalan umum yang harus dijawab untuk mencari fokus dan objektif membina
laman web BM. Arah tujuan inilah yang dikatakan fokus atau titik pertemuan kita.
Setelah tahu arah tujuan, maka kita perlu pula mencari cara, peralatan serta jalan yang
terbaik untuk sampai ke destinasi yang seterusnya

14

Bagi tujuan pembentangan tajuk membangunkan laman web subjek BM ini, K10 telah
memilih untuk menggunakan model PIT untuk diaplikasikan dalam melaksanakan portal
TMK (laman web) tersebut untuk diaplikasikan dalam P&P di sekolah.
Objektif utama P&P ialah hasil pembelajaran murid atau output pembelajaran.
Seperti yang ditekankan, hasil atau output yang diharapkan hendaklah boleh dinilai,
diukur, dilihat dan dicapai. Terdapat beberapa instrument yang boleh digunakan untuk
menilai prestasi murid dalam pembelajaran menggunakan laman web subjek BM.
Seperti yang telah kami bincangkan di dalam forum Kumpulan10 kami di laman
http://lms.upm.edu.my/ berikut adalah beberapa instrument yang boleh digunapakai oleh
guru dan pihak sekolah atau kementerian untuk menilai murid:
i. Latihan di dalam Kelas (menggunakan Lembaran Kerja Murid)
ii. Mengadakan Ujian Berkala (menggunakan Kertas Ujian/Soalan)
iii. Mengadakan Pop Kuiz (di awal/akhir pembelajaran)
iv. Soalan Peperiksaan Bersepadu (seperti UPSR)
Penilaian yang dijalankan juga boleh berbentuk penilaian berkala (formative) atau
penilaian berkumpul (summative), formal dan tidak formal, objektif dan subjektif, umum
(berkumpulan, kelas, sekolah) dan khusus (peribadi, individual).
Bentuk penilaian dalam Bilik Darjah
Berbagai bentukcara penilaian formal dan tidak formal
Informal Formal
- pemerhatian
- lisan
- kuiz
- soal jawab
- perbincangan
- penilaian kendiri
- kertas ujian objektif
- soalan subjektif
- laporan
- latihan harian
- tugasan/folio
- peperiksaan akhir

15

Markah penilaian boleh dilakukan mengikut skala berikut:
i. Skala Positif dan Negatif - Ya atau tidak (Yes or No)
ii. Skala Abjad A,B,C,D,E cemerlang, baik, sederhana, memuaskan, gagal
iii. Skala 3 - Tinggi, Sederhana, Rendah
iv. Skala 5 - Sangat Tinggi, Tinggi, Sederhana, Rendah, Sangat Rendah
v. Skala 10 memberi markah dari 1 hingga 10
Kandungan KBSR merangkumi pengetahuan (intelek), kemahiran (jasmaniah), sikap
(emosi) dan nilai (rohaniah) yang berkaitan dengan bidang kognitif, afektif dan
psikomotor. Kurikulum ini bertujuan mengembangkan potensi J.E.R.I. murid. Oleh itu,
penilaian menggunakan laman web subjek BM juga hendaklah merangkumi aspek
kognitif, afektif dan psikomotor murid.
Skop penilaian murid pula boleh dilakukan dalam cara berikut:
i. secara serta merta
ii. secara berperingkat
iii. secara menyeluruh
iv. secara berterusan

FASA 3: MENCIPTA STRATEGI INTEGRASI
Dalam mencipta strategi kita harus tahu apakah yang menarik minat murid untuk belajar.
Kita juga harus tahu apakah yang boleh menarik minat guru untuk mengajar dengan
menggunakan TMK. Tiada satu cara yang mudah dalam menzahirkan tujuan sedemikian.
Jika P&P berpusatkan kepada murid, maka di mana pula kita ingin menempatkan guru.
Adakah guru hanya akan menjadi sebagai suatu alat? Jika P&P berorientasikan kepada
guru, maka bagaimana pula kita ingin melihat daya kreatif dan kritis murid.
Maka cara yang agak wajar untuk mengajar dan belajar ialah untuk menjadikan P&P itu
sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Murid harus seronok belajar dan guru juga harus
16

seronok mengajar. Belajar itu mestilah dijadikan sebagai sesuatu yang menyeronokkan
dan bukan membebankan. (Learning is Fun). Dengan mengambil pemahaman ini, maka
tugas untuk menyelitkan unsur permainan (the gaming of education) ke dalam P&P di
sekolah telah menjadi tajuk baharu di kebanyakan sekolah negara maju (McClarty, 2012).
Ini adalah satu ciri futuristik yang harus di terapkan di dalam P&P di sekolah sekarang.
Oleh sebab itu juga, bagi tujuan merekabentuk atau mencipta strategi P&P TMK di
sekolah, pengisian RPH dan juga laman web BM tersebut harus berfokuskan kepada
permainan, kerana perkara yang paling menyeronokkan bagi kebanyakan murid ialah
bermain (Pn Saba, forum www.lms.upm.edu.my). Kita boleh belajar dan mengajar sambil
bermain. Belajar sambil bermain mungkin akan memenatkan tetapi ianya tidak menjadi
sesuatu yang membosankan. Murid akan sentiasa seronok belajar semasa bermain.
Pembelajaran terjadi bila berlakunya perhubungan. Perhubungan pula terjadi apabila
berlakunya interaksi. Interaksi pula berlaku lebih cepat dan kerap dalam bentuk
permainan. Dengan adanya unsur permainan dalam pengajaran, murid boleh mendapat
kepuasan dan pelajaran pada masa yang sama.
Dengan sebab yang demikian juga, maka P&P, pada pendapat K10 harus berpusatkan
kepada ilmu. Guru harus belajar mendalami ilmu dalam TMK sementelah murid pula
akan mengikuti jejak langkah guru dalam mempelajari subjek BM tersebut dengan
menggunakan TMK. Tiada hujungnya di dalam menimba ilmu. Cuma ilmu itu boleh
dipelajari di sekolah atau di rumah, yakni secara formal dan tidak formal. Akan tetapi
pembelajaran iu tidak akan dapat menimbulkan kesan yang mendalam sekiranya P&P itu
hanya menyusahkan, membebankan dan juga membosankan.




17

MEREKA BENTUK LAMAN WEB MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
Terdapat banyak jenis laman web. Contohnya laman web peribadi, laman web
perniagaan, laman web syarikat dan korporat, laman web sekolah dan laman web jabatan
kerajaan. Kesemua laman web ini mempunyai 1 persamaan yang ketara - iaitu untuk
menyampaikan maklumat mereka, secara pantas dan meluas. Penyebaran maklumat
atau informasi berlaku dalam jarak beribu batu. Murid di Amerika boleh mengakses
bahan murid di Malaysia, dan juga negara lain, dan begitu juga murid di Malaysia boleh
mengakses bahan murid lain di mana-mana jua lokasi yang mempunyai akses kepada
internet. Ini menjadikan dunia alam maya TMK tiada bersempadan. Segala maklumat
boleh dipetik di hujung jari sahaja. Tidak semua maklumat yang disampaikan itu betul
dan bernilai. Sesetengah maklumat mampu memprovokasi minda seseorang murid.
Oleh itu pihak yang berkewajipan harus tahu cara untuk menyampaikan maklumat yang
bernilai, betul dan bermutu sahaja kepada murid. Untuk menjadikan maklumat itu
bernilai dan bermutu, ianya hendaklah dilakukan secara tepat, ringkas dan padat. Tepat
bermaksud maklumat itu menepati sasarannya. Ringkas bermaksud maklumat itu tidak
perlu panjang dan boleh mengelirukan tetapi pendek. Intipati sahaja yang diperlukan.
Padat bermaksud maklumat itu hendaklah menyeluruh dan meliputi segala subjek
pengajaran dan pembelajaran untuk hari itu. Maklumat itu hendaklah berupaya menarik
minat murid untuk belajar dan mengajarkannya kepada murid yang lain.
Bagaimanakah kita hendak menyediakan maklumat yang disebutkan itu? Membina laman
web subjek BM akan bermula dengan Carta Perjalanan (road mapping or
flowcharting). Menggunakan Gantt Chart juga boleh membantu perancangan dan
perincian dalam penyediaan bahan dan pengumpulan data sebelum membina laman web
BM tersebut. Proses sumbang saran (brainstorming) juga diperlukan semasa proses
input berlaku. Contoh carta perjalanan ada ditunjukkan di dalam gambarajah berikutnya.
18


Di atas adalah contoh carta perjalanan membina laman web subjek Bahasa Melayu (BM).

Di atas adalah pecahan bagi Laman Bahasa Melayu
Muka
Utama
Bahasa
Melayu
BM Tahun
1
Tahap 1
eTeks
eLatihan
eRujukan
Tahap 2 Tahap 3
BM Tahun
2
BM Tahun
3
BM Tahun
4
BM Tahun
5
BM Tahun
6
Bank
Soalan
Media
Sosial
Bahasa
Melayu
Tahun 1
Cemerlang Sederhana Memuaskan
Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
19


Di atas adalah pecahan bagi Laman Bank Soalan

Di atas adalah pecahan bagi Laman Media Sosial

Bank Soalan
Tahun 1
Cemerlang Sederhana Memuaskan
Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Media
Sosial
Forum Blog Chat FaceBook Twitter Instagram WhatsApp
20

MUKA UTAMA (MasterHomePage)

Di muka utama kita akan memaparkan hubungan (linkage) umum untuk:
i. muka laman utama,
ii. muka maklumat am
iii. muka prasarana
iv. muka nama ahli (murid sekolah rendah)
Sambungan (WebLink) Muka Utama:
i. Halaman Bahasa Melayu kotak warna oren
ii. Halaman Bank Soalan kotak warna hijau
iii. Halaman Media Sosial kotak warna biru
21


Halaman Utama akan memainkan slaid gambar yang sering bertukar:
i. Gambar - Logo KPM (foto1)
ii. Gambar - Murid Sekolah (foto2)
iii. Gambar Tema - Laman web BM (foto3)
.

22

Seterusnya, foto 3 di atas menggambarkan keseluruhan rekabentuk lamanweb subjek BM
tersebut dari atas hingga ke bawah jika di lihat di paparan skrin komputer. Di bawah
muka utama kita boleh memaparkan maklumat am yang penting seperti alamat
perhubungan untuk laman web subjek BM, nombor talian yang boleh dihubungi
sekiranya murid ingin mendapatkan maklumat dan alamat emel untuk kemudahan murid.
Gambar slaid di halaman utama ini boleh ditambah dengan gambaran yang lain supaya
muka utama ini tidak membosankan murid, seperti gambar kartun dan sebagainya yang
difikirkan wajar.
Katakan kita memuatnaik 20 slaid gambar di Muka Utama laman web subjek BM.
Daripada 20 gambar ini, kita boleh pilih 3 gambar yang sesuai untuk dijadikan
sambungan halaman (link pages) kepada Muka Utama untuk laman (subwebpages)
berikutnya iaitu :-
i. Gambar Tema untuk halaman Bahasa Melayu
ii. Gambar Tema untuk halaman Bank Soalan
iii. Gambar Tema untuk halaman Media Sosial

HALAMAN BAHASA MELAYU
Sambungan Halaman Bahasa Melayu akan dipecahkan mengikut darjah murid:-
i. Subjek BM Tahun 1
ii. Subjek BM Tahun 2
iii. Subjek BM Tahun 3
iv. Subjek BM Tahun 4
v. Subjek BM Tahun 5
vi. Subjek BM Tahun 6

23

LAMAN BM TAHUN 1
Untuk laman web subjek BM bagi Tahun 1, boleh dipecahkan lagi kepada 3 tahap:-
i. Tahap 1 (Band 5&6) - cemerlang
ii. Tahap 2 (Band 3&4) - sederhana
iii. Tahap 3 (Band 1&2) - memuaskan
LAMAN TAHAP 1 UNTUK SUBJEK BM
Untuk laman web subjek BM bagi tahap 1, barulah kita akan mengikuti pelajaran yang
sebenarnya bagi murid berkenaan. Akan tetapi tiada halangan bagi murid tersebut untuk
membuat soalan bagi mana-mana tahap. Contohnya, bagi murid Tahun 1 yang belajar di
Tahap 3, mereka boleh mempelajari dan membuat soalan murid Tahap 2 dan Tahap 1
sekiranya mereka mahu.
Untuk setiap tahap, kita akan menyediakan P&P murid mengikut saranan KBSR, seperti
halaman berikut:-
i. eTeks
ii. eLatihan
iii. eRujukan
LAMAN eTEKS
Halaman eTeks ini diwujudkan bagi menggantikan buku teks sedia ada. Dengan adanya
laman eTeks ini murid boleh belajar secara online, bagi menggantikan pembelajaran
secara tradisi atau secara manual dengan menggunakan buku teks sekolah sedia ada.
LAMAN eLATIHAN
Halaman eLatihan ini juga diwujudkan bagi menggantikan latihan yang guru berikan di
sekolah. Murid boleh download soalan dari eLatihan, menyiapkan latihan, dan
menghantarkan eLatihan tersebut kepada guru untuk disemak. Latihan boleh diadakan
24

secara objektif dan juga subjektif. Di laman ini, guru sekolah boleh membuat muatturun
(download) soalan kepada murid di dalam portal subjek BM tersebut. Murid juga boleh
menghantar latihan secara muat naik (upload) kepada emel guru yang berkenaan.
LAMAN eRUJUKAN
Halaman eRujukan disediakan kepada murid untuk pembelajaran tambahan, selain teks
sedia ada. Di dalam laman eRujukan ini boleh dimasukkan perbendaharaan kata baru,
kamus BM, simpulan bahasa, bidalan, pepatah, kata adat, sajak, pantun, puisi, syair,
contoh karangan dalam BM, perkataan sama erti dan berlawanan maksud, dan berbagai
lagi rujukan yang difikirkan sesuai dan wajar untuk murid.
HALAMAN BANK SOALAN
Halaman Bank Soalan pula merupakan latihan tambahan. Halaman bank soalan ini boleh
merupakan soalan terkumpul dari sekolah-sekolah lain yang berdekatan atau di seluruh
Malaysia. Murid boleh menguji minda mereka dengan menjawab soalan dari sekolah
yang lain. Skema jawapan untuk bank soalan dari sekolah lain boleh diupload dan
didownload melalui portal dan email guru yang berkenaan.
HALAMAN MEDIA SOSIAL
Halaman Media Sosial juga perlu diwujudkan untuk murid. Di halaman ini, murid
dibenarkan membuat blog sendiri, berforum dan juga berchatting. Penggunaan ruangan
forum dan chatting perlu dikawal selia. Oleh itu, ada etika sosial yang perlu dipatuhi dan
perlu ada moderator untuk memantau blog yang tidak diingini atau chatting dan forum
yang lari dari tajuk asal P&P. Guru boleh bertindak sebagai moderator. Murid hanya
dibenarkan berforum dan berchatting selaras dengan kehendak pembelajaran. Ruangan
blog adalah peribadi. Di sini murid boleh membina profil mereka untuk tayangan kepada
murid yang lain. Ruangan seperti facebook, twitter, instagram, youtube, skype dan
whatsapp berkemungkinan boleh diintegrasikan di dalam ruangan subjek BM ini
sekiranya wajar dan sesuai.
25

CIRI-CIRI YANG DIPERLUKAN DALAM SEBUAH LAMAN WEB BM
Seterusnya, dengan mengambil contoh ulasan rakan daripada forum
www.lms.upm.edu.my, berikut adalah ciri-ciri yang perlu ada dalam mereka cipta laman
web bagi subjek BM:-
1/ Maklumat & Pengisian
Maklumat (information) yang disogokkan dalam laman web tersebut hendaklah yang
berkaitan dengan subjek BM harian untuk murid yang tertentu tahap mindanya. Seperti
yang disebutkan, maklumat pengisian laman itu mestilah tepat, ringkas dan padat
(TRP).
Muka Asal (HomePage) atau muka utama laman web tersebut hendaklah mengandungi
alamat, nombor talipon dan emel guru sekolah yang boleh dihubungi. Maklumat juga
hendaklah mengandungi soalan lazim dan jawapannya (Frequently Ask Question FAQ).
Maklumat ini boleh dikategorikan sebagai maklumat am yang utama dan maklumat
khusus yang lainnya, yang boleh dimasukkan di ruangan prasarana.
2/ Keselamatan
Keselamatan (security) data murid hendaklah menjadi satu kerahsiaan peribadi bagi
murid dan juga guru. Seorang murid tidak boleh mengakses data peribadi murid yang
lain. Ini termasuk markah pencapaian dalam latihan dan bank soalan murid tersebut.
Namun demikian, ranking murid di sekolah atau pencapaian murid bagi keseluruhun
sekolah di Malaysia boleh diwujudkan. Ini untuk menggalakkan murid tersebut bersaing
dengan pencapaian murid di sekolah yang lain dan bukan hanya di sekolah mereka.
3/ Reka Bentuk
Reka Bentuk (design) yang menarik adalah sesuatu yang unik dan tersendiri. Ianya
adalah sangat subjektif untuk dijamakkan secara umum. Oleh itu rekacipta haruslah
bertukar-tukar bentuk setiap kali murid mengakses pengkalan web BM tersebut.
26

Perubahan hanya boleh dilakukan kepada slaid gambar iringan yang digunakan,
manakala yang lainnya harus dikekalkan sebagai identiti asal laman web tersebut.
Sekiranya web tersebut mempunyai ruangan mutiara kata, ini juga boleh ditukar ganti
dengan mutiara kata yang lain, setiap kali murid mengkases laman web subjek BM
mereka. Rekabentuk juga perlu menekankan unsur warna, grafik dan fon yang digunakan.
4/ Kemudahan/Prasarana
Kemudahan (prasarana) yang dimaksudkan di sini ialah seperti ikon, manual, penerangan
rinci cara menggunakan laman web, cara membina blog, cara dan etika berforum,
berchatting atau membina blog peribadi, FAQ dan cara untuk upload dan download
soalan dan latihan kepada guru
5/ Nama laman web
Nama URL laman web juga hendaklah ringkas, seperti www.BMT1.com untuk pelajaran
Bahasa Melayu Tahun Satu atau www.BMSR.com untuk pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Tidak perlu nama URL yang panjang, mengelirukan dan payah untuk
diingati.
Di bawah ini diperturunkan lagi beberapa isu penting dalam pembinaan laman web yang
dikutip daripada google.
1/ Hubungan dengan media sosial semasa yang lain (other social website links)
2/ Boleh diaplikasikan dengan talipon bimbit (mobile ready version)
3/ Pergerakan yang mudah (easy navigation) tidak tersangku-sangkut
4/ Mudah difahami dan mudah digunakan (user friendly) tidak perlu penerangan rumit
5/ Ringkas (simplicity) tidak padat dengan pengisian, warna dan pelbagai perkara.
6/ Sentiasa rawak, sentiasa berubah, dan sentiasa serba baru (up to date)
27

FASA 4: MENYEDIAKAN PERSEKITARAN P&P
Seterusnya setelah merekabentuk laman web tersebut, maka haruslah kita bergerak
menyediakan persekitaran untuk P&P. Menyediakan persekitaran P&P adalah jawapan
kepada segala pokok persoalan berkaitan TMK. Menyediakan bahan dan peralatan adalah
isi kepada TMK. Penyediaan persekitaran ini pula harus diintegrasikan dengan cara untuk
mengunakan bahan (manual pengguna). Suasana pembelajaran juga harus diambil kira.
Keadaan cuaca yang panas atau bising sudah tentunya mengganggu persekitaran P&P. Ini
adalah kekangan dan masalah yang harus diatasi dalam menyediakan persekitaran P&P.
Harus kita tahu bahawa persekitaran yang ideal bukan hanya ruang belajar yang
disediakan di sekolah, tetapi juga di rumah oleh ibubapa kepada murid. Jika ini tidak
disediakan kepada murid, maka ianya akan menjadi permasalahan yang akan
mengganggu gugat kejayaan pelaksanaan TMK secara total.
Di dalam menyediakan persekitaran, guru atau pihak sekolah harus menyediakan
peralatan utama, perkakasan iringan dan juga bahan bantu mengajar yang lain. Keperluan
utama persekitaran yang lain ialah keperluan guru dan keperluan murid
Untuk menyiapkan persekitaran tersebut sudah tentu ianya akan melibatkan kos dan
belanjawan dari pihak sekolah, kementerian dan juga masyarakat (ibubapa). Oleh itu,
sebagai permulaan, memadailah dengan mengadakan sebuah bilik atau makmal komputer
di setiap sekolah.
Makmal ini mestilah menpunyai sekurang-kurangnya 30 set kelengkapan komputer,
yakni CPU, monitor, keyboard dan mouse. Perkara lain yang diperlukan ialah alat
pencetak (printer) dan juga skrin paparan (whiteboard) serta skrin projektor. Setiap murid
perlu memiliki thumbdrive untuk tujuan muatturun eTeks, eLatihan dan eRujukan, untuk
menyalin dan juga menyimpan maklumat lain yang berada di luar kotak pembelajaran.
Guru pula perlu perkakasan lain seperti scanner, kamera digital, headphone dan speaker.

28


29

Gambarajah asas keperluan perkakasan/peralatan komputer


Sumber: Support (2012) Computer Parts Diagram Pictures.

Gadjet lain seperti CD ROM dan backup tape juga perlu untuk menyimpan perisian
software pembelajaran. Bagi tujuan mewujudkan makmal komputer ini, meja untuk
komputer dan kerusi diperlukan oleh murid dan juga guru. Domain atau web hosting juga
diperlukan bagi tujuan perisian isi pembelajaran secara online. Disamping itu kemudahan
internet juga perlu untuk semua rangkaian komputer murid. Sekolah juga memerlukan
server yang boleh menampung keperluan rangkaian komputer murid.


30



Berikutnya pula ini kami ketengahkan beberapa kelebihan dalam menyediakan
persekitaran berasaskan TMK yang dipetik daripada International Society for Technology
in Education (1998):-
Persekitaran Pembelajaran Tradisional
(Pembelajaran berpusatkan Guru)
Persekitaran Pembelajaran Alaf Baru-
TMK (Pembelajaran berpusatkan Murid)
Stimulasi melalui deria pendengaran,
penglihatan, dan menulis
Stimulasi menggunakan pengintegrasian
deria mata, telinga dan juga psikomotor
Menggunakan media cetak buku teks,
buku latihan, buku rujukan
Menggunakan pelbagai media audio,
video, foto (pengintegrasian sumber TMK)
Kerja berasingan (individu) kerja
kumpulan perlu semuka secara fizikal
Kerja berpasukan (colaborative) boleh
dilakukan dalam jarak yang jauh dgn TMK
Guru menyampaikan maklumat (ilmu) Murid dan guru saling bertukar maklumat
31

kepada murid pembelajaran sehala Pembelajaran secara dua hala
Pembelajaran secara pasif hanya
mendengar guru, membuat latihan, ujian
Pembelajaran secara aktif berasaskan
penerokaan dan penemuan dengan TMK
Pembelajaran berasaskan fakta dan
maklumat yang disogokkan sahaja
Pembelajaran secara kritis dan kreatif,
membuat keputusan dengan maklumat
Pembelajaran dalam konteks buatan
(artificial learning)
Pembelajaran dalam konteks dunia sebenar
(real life learning)
Sumber : ISTE standards for students resources
http://www.iste.org/standards/standards-for-students

Membina laman web subjek BM untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah
perlu untuk tujuan berikut (EDU 3105: Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran):-
i. Menarik perhatian murid
ii. Memotivasikan murid
iii. Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
pembelajaran kooperatif, kolaboratif, kemahiran berfikir aras tinggi,
pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan
projek.
iv. Melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilan
v. Meningkatkan anggapan bahawa murid sendiri yang mengawal pembelajaran
vi. Membantu guru menghubungkan murid kepada sumber pembelajaran
vii. Membantu guru menjejak perkembangan pembelajaran murid
viii. Menyediakan murid untuk menghadapi dunia yang sentiasa berubah
Segala tujuan yang diterangkan di atas adalah sangat berkaitan dengan penyediaan
persekitaran untuk P&P di sekolah.
32

FASA 5: MENILAI & MENYEMAK SEMULA INTEGRASI TEKNOLOGI
Setiap projek yang hendak dilaksanakan harus dinilai terlebih dahulu. Selepas setiap
pelaksanaan projek, ia harus dikaji, dan disemak semula. Test-run harus dilakukan.
Penelitian harus dicatatkan. Post morterm juga perlu selepas pelaksanaan projek integrasi
teknologi.
Bagi menilai dan menyemak semula pengintegrasian teknologi, kita harus kembali
kepada 3 langkah utama seperti yang disebutkan di gambarajah di bawah.
Pertamanya adalah visi dan misi yang telah kita cipta. Logo dan motto juga memainkan
peranan dalam mengenal visi dan misi kita. Keduanya, kita harus kembali semula kepada
matlamat, objektif atau tujuan kita membina laman web subjek BM tersebut. Akhirnya,
kita harus membangunkan langkah yang praktikal, sesuai dan wajar dalam mencapai
matlamat kita. Dengan kata lainnya, kita harus mengenal pasti cara atau kaedah yang
dipilih untuk membangunkan matlamat membina laman web tersebut.


{Sumber: EDU3105}
1-Membina Visi dan Misi
2-Mengenalpasti Matlamat
3-Membangunkan langkah
bagi melaksanakan Matlamat
33

Membina laman web subjek BM dengan kaedah PIT memerlukan perancangan dan
pelaksanaan. 5 langkah utama dalam merancang dan melaksanakan pengintegrasian
teknologi setelah terbinanya laman web tersebut ialah (EDU3105):
1 Menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk melihat semula perancangan
pembangunan sedia ada di sekolah dan membuat penyelidikan terhadap keperluan-
keperluan baharu yang difikirkan perlu.
2 Jawatankuasa bertindak harus memulakan tugasan dengan membina asas ilmu
pengetahuan dan maklumat dalam proses pembelajaran yang hendak dilaksanakan
dengan membandingkan maklumat teks, latihan dan rujukan pembelajaran sedia ada.
3 Seterusnya, jawatankuasa tersebut akan mendapatkan sebutharga dari pembekal dan
membuat perbandingan harga peralatan TMK dengan belanjawan sekolah, daerah atau
syor daripada pihak kementerian.
4 Jawatankuasa juga harus membangunkan tahap profesionalisme TMK guru ke aras
yang lebih tinggi supaya penggunaan TMK dapat dilaksanakan secara total di sekolah.
Sokongan dan latihan harus diberi dalam menggunakan teknologi di dalam bilik darjah.
5 Jawatankuasa juga harus memikirkan bagaimana cara untuk mengadaptasikan TMK
kepada murid di sekolah. Murid harus diberi jarak, ruang dan masa serta tunjuk ajar
untuk mengenali dunia TMK.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (BPK) telah
menggariskan 3 kaedah bagaimana TMK dapat diserapkan dalam pembelajaran
murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011: Buku panduan teknologi maklumat
dan komunikasi merentas kurikulum)
1. Belajar mengenai TMK
2. Belajar dengan TMK
3. Belajar melalui TMK

34



35



Senarai semak yang disediakan hanyalah sebagai contoh panduan kepada pembinaan
laman web bagi mata pelajaran BM.
36

KESIMPULAN
Perancangan dan pelaksanaan pengintegrasian teknologi dalam pendidikan dimulai
dengan perancangan asas yang akhirnya akan melibatkan pihak kementerian, pejabat
pelajaran negeri dan daerah. Pihak sekolah, guru dan juga murid memainkan peranan
utama dalam pengintegrasian TMK. Tidak ketinggalan ibubapa juga memainkan peranan
yang tidak langsung dalam menjayakan model PIT secara menyeluruh.
Langkah yang paling utama adalah untuk membina visi dan mengenalpasti matlamat
serta kaedah atau cara. Salah satunya ialah dengan menggunakan model PIT. Skop
pelaksanaan juga boleh dibuat dalam 4 cara iaitu, secara serta merta, berperingkat,
menyeluruh dan secara berterusan.
Model PIT terdiri daripada lima (5) fasa (rujuk laman lampiran berikutnya). Kesemua
fasa ini menyediakan satu garis panduan untuk merancang dan mengintegrasikan
teknologi atau penggunaan TMK (laman web subjek BM) secara berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

37

LAMPIRAN
Fasa2:
Menentukan
Objektif &
Penilaian
Fasa3:
Mencipta
Strategi
Integrasi
Fasa4:
Menyediakan
Persekitaran
Instruksional
Fasa1:
Menentukan
Kelebihan
Relatif
Fasa5:
Menilai &
Menyemak
Strategi
Integrasi

5 Fasa Utama Model P.I.T.
Perancangan Integrasi Teknologi - (dari perspektif yang berbeza)
38

Singkatan
BM Bahasa Melayu
BI Bahasa Inggeris
ICT Information and Communication Technology
JERI Jasmani Emosi Rohani Intelek
K10 Kumpulan 10
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PIT Perancangan Integrasi Teknologi
PPBK Pakej Pengajaran Berasaskan Komputer
RPH Rancangan Pengajaran Harian
TIP Technology Integration Planning
TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi
WEB Where Everybody Belongs




39

RUJUKAN

Alexis M. Herman (1999). Labor Day 1999: Futurework - Trends and Challenges for
Work in the 21st Century: Executive Summary (Repot daripada US Department of Labor:
Office of the Secretary). Dipetik pada 11hb April 2014 daripada
http://www.dol.gov/oasam/programs/history/herman/reports/futurework/execsum.htm

EDU 3105 (n.d). EDU3105: Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Bab 11:
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (muka 1-47). Dipetik pada 31 Julai 2014 daripada
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203105/Bab%2011-
Pengintegrasian_TMK.pdf

ISTE (1998). Section 2: National Educational Technology Standards for Students:
Technology Foundation Standards for Students (Terbitan International Society for
Technology in Education (ISTE), NETS Project). Dipetik pada 31 Julai 2014 daripada
http://www.iste.org/docs/pdfs/nets_for_students_1998_standards.pdf?sfvrsn=2

McClarty, Katie Larsen et.al. (2012) A Literature Review of Gaming in Education:
Research Report. Dipetik pada 1hb Ogos 2014 daripada
http://researchnetwork.pearson.com/wp-
content/uploads/Lit_Review_of_Gaming_in_Education.pdf

Rouse, Margeret (2011). Cloud Storage. Dipetik pada 1hb Ogos 2014 daripada
http://searchcloudstorage.techtarget.com/definition/cloud-storage

Support (2012). Computer Parts Diagram Pictures. Dipetik pada 31 Julai 2014 daripada
http://www.hdwallpaperspics.com/computer-parts-diagram-pictures.html

Anda mungkin juga menyukai