Anda di halaman 1dari 16

Falsafah & Konsep Pendidikan - 1

Pendahuluan Dalam falsafah berkaitan pendidikan, ianya melibatkan 2 pihak utama iaitu, guru dan murid. Manakala sekolah pula ialah tempat di mana proses pendidikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku. Pihak kementerian bertindak sebagai penaungnya. Falsafah pengkritik yang akan digunakan di dalam penulisan ini adalah dalam bentuk yang jamak (general). Merujuk tajuk jurnal (Zakaria dan Habsah, 2005) Falsafah pegangan pelajar bakal guru, penulis mengenalkan falsafah umum barat kepada pembaca sebagai satu panduan untuk digunapakai dalam pembentukan sesuatu dasar terutamanya pendidikan. Secara amnya, falsafah yang cuba diperkenalkan itu ialah 2 falsafah moden barat dan 2 falsafah klasik barat. Penulis telah menegaskan keutamaan falsafah dari sudut metafizik dengan mengatakan berpegang kepada kepercayaan bahawa alam kerohanian adalah sesuatu yang kekal dan benar, seorang perancang kurikulum misalnya, akan menekankan aspek kerohanian dan usaha mendisiplin akal sebagai elemen paling penting dalam kurikulum (m.15, p.4). Di samping itu, penulis telah mengetengahkan pandangan pragmatisme untuk dijadikan teras pendidikan masa kini bagi menyediakan pelajar dengan apa yang berlaku sekarang. Pragmatisme adalah suatu konsep falsafah moden barat. Moden berasal dari perkataan Latin modo yang bermaksud just now - sekarang. Apa yang cuba di utarakan oleh penulis sebenarnya ialah falsafah yang dijadikan panduan boleh mempengaruhi bukan sahaja guru tetapi ia juga boleh mempengaruhi perancangan dan pelaksanaan sesuatu dasar tertentu, seperti perancangan kurikulum yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan sebab yang demikian, maka wajarlah kita membuat persepsi awalan dan persediaan yang lebih terdahulu sebelum melibatkan mereka yang mempunyai falsafah atau pegangan yang berbeza terutamanya fahaman barat dalam mewacanakan perubahan dasar pelajaran, contohnya. Secara keseluruhannya, penulis jurnal telah jelas membentangkan objektif umum dan khususnya seperti mana yang ditulisnya iaitu objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti falsafah yang menjadi pegangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bakal menjadi guru. Secara khususnya objektif(m.15, p.7). Penulis menyasarkan objektifnya kepada perancang kurikulum dan pensyarah kursus, serta golongan pelajar secara tidak langsung. Batasan kajian penulis telah dijelaskan di muka surat 16 dalam perenggan ke 2 (m.16, p.2). Walau bagaimanapun, penulis tidak mendefinasikan dengan lebih khusus apakah bentuk, sifat dan ciri-ciri 4 falsafah umum barat (pragmatisme, eksistensialisme,
Falsafah & Konsep Pendidikan - 2

idealisme, realisme) yang menjadi pegangan pelajar UPM tersebut dengan jelas di awal penulisan. Mendefinasikan intipati khusus makna 4 falsafah umum tersebut boleh membantu kefahaman pembaca dari sudut falsafahnya dengan lebih jelas tentang persoalan yang dimaksudkan dalam konteks penulisan. Ini adalah kerana terdapat kepelbagaian falsafah dari barat. Asal usul lokasi setiap falsafah yang dimaksudkan juga harus disentuh secara tidak langung. Penulis hanya membentangkan falsafah pragmatisme secara khusus dari Amerika Syarikat dan yang lainnya secara umum.

Kefahaman Falsafah Falsafah pula secara umumnya boleh merupakan satu doktrin seperti falsafah Karl Marx (1818-1883) dan Nietzsche (1844-1900). Ia juga boleh merupakan suatu bentuk pandangan, pendapat, fahaman, mazhab atau persepsi atau cuma satu ideologi sekular yang dianggap oleh minda yang menerima seolah-olah ianya adalah satu falsafah kepada individu tersebut. Sesuatu yang dianggap falsafah oleh seseorang individu berkemungkinan tidak dianggap falsafah oleh individu yang lain. Secara amnya, falsafah itu walaupun wujudnya bersifat universal dan sejagat, namun pemahaman dan aplikasinya adalah bersifat individu dan peribadi. Keperibadian individu pula bukanlah melambangkan kefalsafahan kehidupannya, walaupun falsafah itu boleh dinilai dari sudut aksiologinya, iaitu nilai etika dan estetikanya. Ini adalah kerana keperibadian bukan hanya bersifat semulajadi, tetapi ia juga boleh dicipta dan dilakonkan semula sepertimana yang boleh dilakukan oleh pelakon filem popular. Penulis jurnal juga tidak menjelaskan mengapa falsafah umum barat menjadi pilihan dan dijadikan sumber pegangan. Kenapa tidak falsafah Islam? Pengkritik boleh menerima batasan kajian ini tetapi harus dinyatakan sebab kenapa dan mengapa fahaman barat itu lebih diutamakan. Walaupun ia hanya satu skop atau batasan kajian, adalah amat penting ianya dihuraikan kerana latarbelakang (pegangan) agama pelajar UPM tersebut juga perlu di ketengahkan selari dengan matlamat kajian beliau dengan ciri dan sifat populasi terkini pelajar. Penulis juga telah lebih maklum akan perkara ini seperti yang telah dinyatakan di atas dalam keutamaan falsafahnya dari sudut metafizik di muka surat 15 perenggan 4 yang menyentuh tentang cara mendisiplinkan akal sebagai elemen penting. Berdasarkan latarbelakang agama pelajar UPM tersebut melalui kepercayaan sedia ada mereka, maka tajuk penulisan jurnal adalah agak menyimpang. Pengkritik berpendapat bahawa perkataan panduan adalah lebih sesuai digunakan daripada perkataan pegangan kerana perkataan pegangan itu lebih bersifat terikat dan tidak bebas berbanding dengan
Falsafah & Konsep Pendidikan - 3

perkataan panduan. Ini jelas ditunjukkan di dalam isi penulisan iaitu Ini menunjukkan majoriti responden perempuan berpegang kepada falsafah ini. Ini menunjukkan majoriti responden perempuan berpegang kepada falsafah moden(m.18, p.3). Penggunaan perkataan panduan bersifat lebih bebas dan tidak menyatakan keterikatannya. Jadi tajuk penulisan jurnal yang dicadangkan ialah Falsafah panduan pelajar bakal guru adalah lebih tepat, kerana pengkritik percaya bahawa kebanyakan pelajar UPM tersebut berpegang kepada agama mereka masing-masing. Hal yang demikian menjadikan 4 falsafah umum barat tersebut hanyalah sebagai salah satu panduan kehidupan sahaja dan bukan pegangan pelajar bakal guru. Ini adalah kerana agak mustahil pegangan atau kepercayaan asal agama mereka sejak kecil lagi akan ditukar kepada pegangan berbentuk falsafah umum barat tersebut. Walau pun mungkin boleh terjadi menukar pegangan agama kepada pegangan falsafah, saya percaya jumlahnya adalah agak kecil dan minima. Perkataan pegangan juga mengatakan seolah-olah pelajar UPM tersebut sudah lebih meyakini fahaman kebaratan dan moden. Ini menunjukkan secara tidak langsung pegangan agama mereka tiba-tiba menjadi semakin menipis dan menyebabkan mereka boleh berpegang kepada salah satu daripada 4 cabang falsafah umum barat tersebut. Pada pendapat pengkritik, kepercayaan dan pegangan asal manusia adalah berasaskan ilmu agama (sila rujuk lampiran Rajah 1). Ilmu agama ini telah diturunkan pada awal zamannya secara tradisi. Pengaruh falsafah Yunani {Socrates (470-399SM), Plato (427-347SM) dan Aristotle (384-322SM)} telah menyebabkan kepercayaan barat terbahagi kepada dua iaitu kepercayaan agama dan kepercayaan falsafah. Bagi negara di Asia pula seperti benua India, Cina, dan Asia Tenggara, kepercayaan mereka adalah berasaskan kepercayaan agama yang akhirnya menjadi kepercayaan tradisi (bukan kepercayaan falsafah) seperti yang berlaku di India, Cina dan Malaysia. Hal yang demikian menyebabkan kepercayaan falsafah sebagai bersifat agak kebaratan. Hanya selepas penjajahan dan kesan daripada pengaruh penjajahan (kolonialisme Tanah Melayu: 1511-1957) seperti Portugis, Belanda, Sepanyol, Perancis dan oleh Inggeris maka bermulalah era kebaratan (moden) di negara Asia Selatan dan Asia Tenggara. Hal yang demikian terjadi tidak terkecuali Malaysia - di mana falsafah kehidupan kaum pada suatu waktu terdekat dahulu telah bertukar dengan menganggap bahawa sesuatu yang datang dari barat itu adalah bagus, elok, baik dan mendahului zaman sehingga menganggap produk sedia ada buatan sendiri sebagai tidak maju, tidak mengikuti era kemodenan, tidak berdaya saing dan ketinggalan zaman.

Kaedah Pembuktian Dari sudut metodologi pula, penulis menyatakan bahawa penulisannya adalah satu kajian deskriptif-korelasi. Dalam bab ini, penulis jurnal menggunakan kaedah yang bersesuaian
Falsafah & Konsep Pendidikan - 4

dengan kehendak analisisnya. Penulis telah menggunakan formula Cochran, skala indeks 1-10 dan pekali kebolehpercayaan Cronbrach Alpha. Cuma terdapat sedikit kelemahan di dalam Cronbach Alpha, di mana pengujikajiannya hendaklah dilakukan seeloknya 2 kali untuk menggalakkan pembuktian dan menyatakan kesahihannya. Penulis tidak menyatakan cara perlaksanaan Cronbach Alpha samada dilakukan sekali atau dua kali. Ini perlu ditegaskan kerana formula Spearman Brown juga adalah satu alternatif yang boleh digunapakai bersama-sama Cronbach Alpha dan dipertimbangkan untuk menguatkan lagi metodologi dan hasil dapatan kajian. Tambahan pula kajian ini adalah kajian deskriptif-korelasi seperti yang dinyatakan. Borang soal selidik penulis yang siap telah dihalusi oleh panel pakar Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Cuma adalah lebih wajar sekiranya borang kaji selidik tersebut dapat dipaparkan sebahagiannya jika tidak kesemuanya di dalam penulisan. Ini penting untuk meningkatkan kebarangkalian kebolehpercayaan pembaca. Sebarang maklumat yang terkini hendaklah disertakan bersama sebagai kata penguat kepada keadaan atau sifat yang hendak diperkata atau diterjemahkan. Seterusnya, penulis juga menggunakan perisian SPSS dan pekali korelasi Phi dan Cramers V bagi melaksanakan cara yang berkesan. Metodologi penulis jelas menunjukkan bahawa beliau amat faham tentang tatacara pelaksanaan yang diperlukan untuk membuktikan hujah penulisan beliau. Pembuktian (empirical) adalah amat perlu terutama di zaman globalisasi ini. Zaman global adalah zaman di mana pembuktian ialah kenyataan. Pembuktian adalah hakikat realiti masa kini (moden). Segala hal yang tidak dapat dibuktikan, maka ianya adalah tidak termasuk ke dalam akal pemikiran dan harus dibuang dan disisihkan. Ini adalah kerana api perubahan barat telah menjilat sistem pemikiran Orang Timur. Kesan penjajahan dan falsafah baru barat telah menyerap ke dalam peradaban zaman timur. Minda ganas manusia bertindak menerajui peradaban sehingga ada yang menganggap hal-hal yang berkaitan keagamaan sebagai sesuatu yang orthodok yang juga ketinggalan zaman. Tanggapan atau dogma sebegini membentuk falsafah demi falsafah dari zaman ke zaman. Sehubungan dengan pemilihan sampel pula, penulis tidak menekankan aspek keadilan bagi sampel data yang dipilih. Ini jelas di dalam tulisannya iaitu 68 pelajar (34.4%) adalah lelaki dan 116 pelajar (58.6%) adalah perempuan (m.17, p.4). Pengkritik berpendapat bahawa adalah lebih sahih sekiranya jantina yang dijadikan bahan ujikaji sama bilangannya, yakni jumlah sampel lelaki dan wanita perlu sekata. Contohnya, jika sampel lelaki 100 maka wanita juga perlulah 100 atau sekurang-kurangnya hampir 100. Ini adalah penting kerana dalam menjelaskan perbezaan pedoman (pegangan) antara jantina, persamaan bilangan responden lelaki dan wanita akan meningkatkan nilai
Falsafah & Konsep Pendidikan - 5

pembuktian (empirical) penulisan. Apa yang paling penting sekali di dalam penulisan dan pembuktian ialah untuk tidak menimbulkan sebarang bentuk keraguan kepada pembaca. Keraguan akan menurunkan nilai kebolehpercayaan minda. Bagi tujuan persamaan sampel ini juga, pengkritik mencadangkan supaya jumlah bilangan responden mengikut umur 19-25 tahun (golongan muda) dan 26-43 tahun (golongan tua) diseimbangkan, yakni jumlah sampel golongan muda haruslah sama banyaknya dengan sampel golongan tua. Hal yang demikian boleh meningkatkan kebolehpercayaan data. Dari sudut falsafah yang melibatkan realiti atau hakikat kewujudan, ilmu dan nilai, perbahasan dan alasan juga amatlah penting dalam menyampaikan falsafah atau konsep pemikiran kepada pembaca. Ia bertujuan supaya pembaca menjadi lebih prihatin emosinya (daya rasa) dan peka mindanya (daya fikir) dengan ketepatan maklumat dan fakta yang disogokkan. Bagi tujuan ini maka mengaplikasikan perjumpaan bersemuka (face to face interview) adalah cara yang lebih sesuai berbanding dengan memberi borang kaji selidik untuk diisi oleh responden. Penglibatan emosi dan minda akan lebih bersepadu sekiranya ada interaksi dua hala dari pihak yang menguji dan pihak yang diuji. Ini adalah kerana penggunaan borang kaji selidik tidak memberikan personaliti (impersonal). Ianya kaku. Penglibatan emosi boleh melahirkan lebih banyak nilai-nilai positif dari sudut aksiologi (etika dan estetika). Ini boleh meningkatkan nilai pembuktian. Seperti yang telah disebutkan, pembuktian adalah asas sains tulen, dan sains tulen pula adalah asas kepada pemikiran moden. Disebabkan tiada penglibatan emosi, pengkritik berpendapat berlakunya penurunan penglibatan (participation) responden sebanyak 20% iaitu 184 analisis berbanding 230 sampel awal yang diharapkan. Berkemungkinan juga faktor masa adalah sebab utama di mana penulis tidak sempat melakukan temuduga bersemuka. Selain menggunakan pelajar UPM, pengkritik juga mencadangkan supaya bahan ujikaji (responden) seharusnya dibuat di sebuah institusi pengajian yang berlainan seperti UPSI untuk dijadikan asas perbandingan dapatan (hasil kajian). Ini hanyalah cadangan pengkritik. Ianya juga sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan nilai pembuktian dan kebolehpercayaan serta menyisihkan lebih banyak keraguan pembaca. Apabila hal ini berlaku, maka penulis akan berjaya mempengaruhi pemikiran (minda) pembaca. Mempengaruhi fikiran adalah salah satu tujuan asal atau agenda utama untuk berfalsafah. Kita perlu menerima hakikat umum iaitu secara kasarnya, pada masa kini, tiada manusia yang akan berfalsafah untuk kepentingan sejagat. Tidak semua manusia dilahirkan sebagai ketua atau pemimpin yang berjiwa rakyat atau berfalsafah untuk kepentingan semua umat manusia lagi. Ego semulajadi manusia yang lahir dari daya pemikiran dan daya gerak emosi akan menjadikan falsafah sebagai alat untuk memartabatkan diri demi kepentingan peribadi atau segelintir umat. Akhirnya manusia
Falsafah & Konsep Pendidikan - 6

akan berfalsafah untuk mempengaruhi fikiran orang lain. Mempengaruhi fikiran orang lain secara tidak langsung akan menterjemahkan kuasa kita ke atasnya. Dengan menggunakan asas perbandingan sebagai penambahan pembuktian, maka secara tidak langsung falsafah (penulis) penulisan akan boleh terserap ke dalam jiwa pembaca kerana pembuktian menyokong ketepatan fakta (hasil kajian) dan maklumat dapatan. Penulis juga tidak membentangkan perincian hasil kajian (dapatan). Sepatutnya bilangan responden lelaki, peratusan lelaki, bilangan reponden wanita, peratusan wanita, jumlah reponden lelaki dan wanita yang berpedomankan idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme, dan peratusannya, hendaklah dibentangkan sebagai isi utama dapatan. Hal ini kelak akan menimbulkan keraguan kepada minda pembaca. Kenapa dirahsiakan? Keraguan, was-was dan syak wasangka akan menggagalkan tujuan untuk mempengaruhi minda secara tidak langsung.

Falsafah: satu pendekatan Mempengaruhi minda adalah tujuan asal minda pihak yang lain. Orang yang dipengaruhi dan orang yang mempengaruhi adalah dua unsur (konstituen) utama dalam berfalsafah. Falsafah tidak akan terjadi sebelah pihak sahaja. Falsafah memerlukan perhubungan dua minda. Persepsi penerima akan menjadikan falsafah itu benar, wujud, sahih atau salah dan tidak boleh diterima pakai sama sekali. Dengan sebab dan tujuan untuk mempengaruhi minda ini maka sains dengan jelas pembuktiannya telah dapat mempengaruhi minda manusia. Maka kerana ini jugalah sains telah dianggap sebagai cabang falsafah, manakala falsafah pula dikategorikan sebagai cabang sains sosial dan bukan sains tulen. Dengan pembuktian sains yang banyak dipelopori oleh Orang Barat maka sains secara tidak langsung akan dikaitkan dengan barat dan oleh itu juga sains agak kebaratan sifatnya. Falsafah juga melalui proses evolusi. Asal dahulunya manusia zaman Yunani berfalsafah untuk menggerakkan daya fikir (minda) dan daya rasa (emosi). Mereka berfalsafah kerana ramai yang tidak boleh menulis dan membaca. Maka bahasa dan lisan adalah sumber utama penyampaian kebijaksanaan dan ilmu, yakni secara berfalsafah. Selepas Zaman Renaissance banyak hasil karya terbentuk dan dihidupkan semula. Hasil dari ledakan kesusasteraan bangsa tersebut maka keluarlah Orang Barat dari Zaman Kegelapan (Dark Ages) mereka kepada Zaman Reformasi dan Zaman Revolusi Industri (Age of Enlightment) lalu merevolusikan pemikiran dunia moden termasuk Orang
Falsafah & Konsep Pendidikan - 7

Timur. Kuasa yang dahulunya di tangan Pope dan Cathedral telah bertukar haluan, jatuh ke tangan orang yang bijaksana membuktikan. Ini bermula apabila Martin Luther mencabar kuasa Gereja Katolik pada 1517 dengan Ninety Five Thesesnya. Kejatuhan kuasa Pope di Eropah telah menjejaskan kuasa ketua-ketua agama lain di serata tempat di dunia secara tidak langsung. Semakin ramai cerdik pandai yang boleh menulis dan membaca melahirkan kesusasteraan mereka sebagai perangsang minda dan pencetus perasaan. Walaupun falsafah adalah salah satu jenis kesusasteraan, namun sastera berbeza dengan falsafah. Sastera menekankan aspek keindahan, manakala falsafah ialah tentang kebijaksanaan. Hal ini juga berkaitan dengan fahaman falsafah Cina di mana mereka mengaitkan falsafah itu dengan cara orang bijaksana, kerana falsafah itu juga adalah tentang kebijaksanaan. Sastera mempunyai lebih banyak nilai estetika, manakala falsafah cenderung kepada nilai etika. Persamaannya, sastera dan falsafah bersatu dalam bahasa dan tulisan dan mempunyai satu tujuan yang sama, begitu juga sastera dan falsafah barat. Di zaman pasca moden, hasil kebijaksanaan dan keindahan ini diterjemahkan dalam bentuk kecanggihan teknologi komunikasi maklumat (ICT). Audio (muzik), video (filem), sms, mms, iphone, ipad, facebook, twitter, youtube, skype dan viber adalah contoh aplikasi yang digunakan untuk berfalsafah dan bersastera di zaman pasca moden. Berbalik kepada tajuk asal dan bagi tujuan penyeragaman sampel pula, pengkritik mencadangkan supaya responden di tahap tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga dan tahun keempat juga disekatakan. Jumlah bilangan sampel di semua tahap perlu sama banyak. Ini untuk membuktikan bahawa falsafah barat pelajar baru dan lama tiada mengalami perubahan ketara dari segi fahaman falsafah pelajar bakal guru tersebut mengikuti tahap pembelajaran mereka. Secara majoritinya pula, responden ujikaji adalah pelajar yang bijaksana iaitu mempunyai Purata Nilai Gred Timbunan (PNGT) 3.00 ke atas. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden didapati berfahaman barat moden iaitu pragmatisme (60.1%) dan eksistensialisme (17.2%). Hasil dapatan juga mendapati bahawa falsafah barat lama iaitu realisme (13.1%) dan idealisme (9.6%) mendapat sambutan yang sedikit. Falsafah barat moden ini menolak prinsip dan pandangan falsafah tradisional barat samada fahaman idealisme atau realisme. Fahaman barat moden secara tidak langsung mengatakan bahawa persoalan hakikat, ilmu dan nilai bukan ditentukan oleh sesuatu sumber mutlak dan hakiki. Fahaman barat moden juga mengatakan bahawa manusia berupaya membuat perubahan dalam menentukan cara dan matlamat yang telah ditentukan oleh Tuhan atau kuasa autoriti tertentu. Pernyataan ini sejajar dengan konsep pemikiran Islam mengikuti Firman Allah yang bermaksud
Falsafah & Konsep Pendidikan - 8

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (Surah (ke-13) Ar-Rad: Ayat 11). Mengikut penulisan, falsafah pragmatisme yang dipopularkan oleh Willian James (18421910) dan John Dewey (1859-1952) dari Amerika ini menganggap bahawa pengetahuan dan kebenaran diperoleh hanya melalui pengalaman dan proses penyelesaian masalah (m.19, p.3). Pengalaman dan persoalan sensori ini pada asalnya pernah dikupas oleh John Locke (1632-1704) yang mengasaskan teori empirisme yang dikembangkan dari penulis lain seperti Descartes (1596-1650) yang mengenalkan konsep rasionalisme. Penulis juga mengatakan bahawa falsafah moden pragmatisme ini seterusnya telah membawa kepada kemunculan dan kelahiran falsafah progessivisme (m.19, p.4). Progressivisme berpendapat pendidikan haruslah berpusatkan pelajar. Guru hanyalah fasilitator. Ilmu pengetahuan mestilah yang terkini dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Falsafah ini menekankan konsep bekerjasama dan dilakukan secara konsensus. Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan dalam falsafah progressivisme. Ini dinyatakan di dalam pernyataan yang berbunyi Mereka juga menganggap pendidikan adalah untuk kegunaan pada hari ini dan bukannya persediaan untuk hari esok(m.19, p.4). Ini berlawanan sama sekali dengan konsep idealisme dan realisme. Pemikiran dan anggapan bahawa pendidikan adalah untuk kegunaan hari ini sahaja melanggar logik dan ketatasusilaan kemanusiaan dari sudut Islam.

Intipati falsafah Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang membawa maksud bahawa bekerjalah kamu untuk hari ini seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu hari ini seolah olah kamu akan mati keesokan harinya. Falsafah ini sudah tentunya bukan falsafah umum barat. Ianya adalah kata-kata dari sabda Rasullullah s.a.w.. Malahan falsafah yang diujarkan oleh Rasullullah s.a.w. lebih mudah iaitu melalui sunnah besarnya yang 4 yakni siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Fatonah bermaksud bijaksana. Bijaksana adalah salah satu unsur dalam berfalsafah. Maka apa yang diucapkan Rasulluh s.a.w. tadi sebenarnya adalah satu kata-kata yang datang dari sifatnya yang bijaksana. Kebijaksanaan perlakuan ini akan memberi rahmat atau kebaikan kepada pelakunya. Apabila hal yang demikian terjadi, maka tinggilah nilai falsafah tersebut kepada manusia sejagat.

Falsafah & Konsep Pendidikan - 9

Oleh sebab itu, maka pengkritik tidak sehaluan pendapat dengan pragmatisme di cabangannya. Pengkritik berpendapat bahawa apa yang kita lakukan hari ini adalah hasil dari pemikiran minda semalam, dan apa yang bakal kita lakukan esok hari adalah hasil dari pemikiran minda kita hari ini. Justeru itu, pendidikan adalah untuk kegunaan pada hari ini dan juga persediaan untuk hari esok. Pengkritik juga tidak sehaluan dengan idea eksistensialisme yang menyatakan kebebasan mutlak adalah milik pelajar sehinggakan tidak perlu adanya sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Dari sudut yang lain, pengkritik akur bahawa P&P itu boleh berlaku di mana-mana sahaja. Perbezaannya ialah dilakukan secara rasmi (di sekolah) atau tidak rasmi. Berbanding dengan falsafah tradisional barat pula, pengkritik lebih suka menjuruskan penekanan kepada ilmu dan bukan kepada guru seperti apa yang diujarkan. Oleh sebab itu, P&P perlulah berfokuskan kepada ilmu - bukan berfokuskan kepada pelajar mahupun guru. Membina fokus minda adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Fokus minda pelajar sepatutnya ialah belajar untuk menuntut ilmu. Fokus guru mengajar pula ialah untuk memberi ilmu. Fokus sekolah pula untuk menyediakan sumber dan jenis ilmu melalui pengajaran dan pembelajaran. Tugas Kementerian Pelajaran pula ialah untuk menyediakan pusat kesinambungan ilmu. Pengajaran dan pembelajaran yang berpaksikan ilmu bersifat kekal. Sifat ilmu itu ialah ianya tidak akan pernah habis untuk dipelajari. Sifat pelajar berubah mengikut minda dan umurnya. Sikap guru pula boleh berubah dengan kuasa dan autonominya. Maka dengan sebab inilah pengajaran dan pembelajaran perlu berpaksikan ilmu. Hanya dengan cara ini kita boleh mencetuskan keikhlasan untuk belajar. Pelajar tidak seharusnya belajar hanya untuk lulus ujian dan peperiksaan. Pendidik pula tidak seharusnya mengajar hanya untuk memenuhi tuntutan peribadi harian dan bulanan. Ibu bapa pula mestilah berharap supaya anaknya mewarisi kemantapan ilmu dan bukan hanya fokus untuk menjawat kerja yang bergaji besar. Oleh sebab itu, sebagai penambahan kepada cadangan penulis, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai disyorkan hendaklah merangkumi aspek JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) sepertimana yang telah digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aspek-aspek ini mestilah mencakupi: i. ii. iii. iv. Daya fikir (minda (intellectual)-akal dan pemikiran) Daya rasa (emosi (emotional)-hati dan perasaan) Daya gerak (fizikal (physical)-pergerakan/pemotoran/luaran) Daya dalaman (rohani (spiritual) kewujudan, semulajadi, tenaga, nur)

Kesatuan kesemua aspek di atas akan mampu menerobos segala halangan, cabaran, ancaman dan masalah yang mendatang untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang,
Falsafah & Konsep Pendidikan - 10

gemilang dan terbilang sepertimana yang telah cita-citakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Daya dalaman yang berasal dari sifat ingin tahu itu akan mengerakkan daya fikir, daya rasa dan juga daya gerak secara serentak atau pada masa yang berlainan. Contohnya daya fikir atau berfikir sebenarnya merupakan suatu bentuk tenaga (Nur). Tenaga tidak boleh dicipta dan ia juga tidak boleh dihapuskan. Tenaga hanya bertukar bentuk. Dalam proses berfikir, kita hanya menukar bentuk daya (tenaga) tersebut dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Dari berfikir (daya fikir) kepada perlakuan atau tindakan (daya gerak fizikal) atau penyataan perasaan (daya emosi) bagi memenuhi tuntutan kerohanian kita (daya dalaman). Dari satu sudut yang lain, pengkritik bersetuju supaya pelajar mempelajari sesuatu mata pelajaran itu samada mereka suka ataupun tidak. Walaupun ia berasal dari falsafah lama barat, tetapi mata pelajaran yang boleh menjadi intipati ini sebenarnya akan menjadi asas, tunjang, pendokong dan tunggak utama kepada kesinambungan ilmu yang mana akan membentuk medula oblongata keilmuan pelajar tersebut. Keterpaksaan dalam menerima pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh membuatkan murid belajar erti kesinambungan hidup. Di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di California State Universiti, Fresno, USA misalnya, terdapat subjek intipati atau dasar yang dipanggil breadth yang diwajibkan kepada semua penuntutnya. Pelajaran breadth adalah matapelajaran wajib di kebanyakan universiti di Amerika. Ianya telah menular ke semua institusi pengajian tinggi lain di serata dunia, termasuk Malaysia. Dengan sebab ini jugalah maka kita melihat dari hasil dapatan kajian masih ada pelajar yang berfahaman realisme dan idealisme walaupun fahamannya agak kuno.

Falsafah Global Penulis walaubagaimanapun tidak membezakan dengan jelas falsafah idealisme dan realisme di dalam catatan jurnalnya. Ini berkemungkinan kerana falsafah ini tidak popular sehingga ianya menjadi tidak penting untuk dihujahkan. Untuk pengetahuan, Josiah Royce (1855-1916) adalah pengasas kepada idealisme manakala A.O. Lovejoy (1873-1962) adalah pengasas fahaman realisme. Perlu kita akui bahawa sebahagian besar penjajahan dan dominasi Orang Barat sangat hebat lebih-lebih lagi pada zaman pasca modenisme ini. Kuasa kini tidak lagi berada di tangan pemerintah atau pihak kapitalis sahaja. Kuasa kini menjadi milik jagoan wacana sosial seperti facebook, twitter dan youtube. Perubahan zaman membawa bersamasamanya perubahan kepelbagaian yang lain samada diingini atau tidak. Dunia menjadi kecil. Tidak kira samada anda berfahaman idealisme, realisme, barat moden, fahaman Buddha atau Hindu, segala maklumat sekarang berada di hujung jari anda sahaja. Hakikat
Falsafah & Konsep Pendidikan - 11

dunia global sedang mengecil di dalam pemikiran dan komunikasi menyebabkan kepelbagaian fahaman juga tradisi saling menembusi antara satu dengan yang lain. Ledakan maklumat sebegini berjaya dalam wacananya merentas waktu dan zaman yang akhirnya menghasilkan silang budaya. Kelahiran kuasa ekonomi baru dunia pula seperti Cina dan India sekarang telah menyedarkan kita bahawa falsafah kehidupan Orang Timur juga amat berkesan dalam menangani cabaran kehidupan kepelbagaian. Negara Cina menduduki tempat pertama, kedua India, ketiga Brazil dan keempat barulah Amerika di tangga ekonomi dunia. Kejatuhan ekonomi Eropah yang secara tidak langsung membawa ekonomi Barat menjunam secara perlahan-lahan telah membuka mata kita bahawa terdapatnya kelemahan dalam sistem dan falsafah kehidupan Orang Barat yang menyebabkan penurunan nilai matawang dollar, pound dan euro secara keseluruhannya. Maka sudah tentunya kita hampir sampai ke suatu zaman dalam sejarah dunia yang memerlukan suatu teori tentang cara untuk kita hidup bersama dijelaskan. Kita belum lagi tinggal di dalam syurga atau berada di dalam neraka, tetapi kita sekarang tinggal di alam realiti, dan realiti itu putih dan hitam sifatnya. Terdapat sudut pandangan yang bercanggah dalam kepelbagaian dunia masa kini dan semuanya ini perlu diatasi. Dalam era globalisasi dan pasca modenisme ini garisan hitam dan putih itu sudah tidak jelas. Oleh kerana itu, masing-masing meletakkan garis mereka sesuka hati. Inilah falsafah global dunia sekarang hasil dari ledakan maklumat dunia tanpa sempadan. Hakikatnya, tidak wujud kaedah falsafah yang tunggal kerana apa jua pandangan tentang cara membuat falsafah itu sendiri dapat dibahaskan. Dunia majmuk yang mempunyai kepelbagaian intelektual sentiasa mengecam kepercayaan ortodoks yang ekstrem (apatah lagi dalam situasi seperti sekarang dengan pertemuan silang budayanya kerana masingmasing akan menunjukkan kehebatan sendiri). Oleh itu, pengkritik berpendapat konsep falsafah samada dalam bentuk tunggal atau jamak akan sentiasa terbuka dan berubahubah mengikut masa dan kesesuaian zamannya.

Penutup Menyorot kembali kepada bab akhir penulisan jurnal berkenaan 5 cadangan dikemukakan, pengkritik bersetuju ianya adalah satu bentuk kolektif usul yang dipertimbangkan untuk perlaksanaan. Bagi melaksanakan cadangan tersebut, memerlukan perancangan, pendekatan, perlakuan dan pemurnian yang diaplikasikan dalam visi dan misi yang berterusan. yang boleh ianya perlu

Falsafah & Konsep Pendidikan - 12

Sebagai pelengkap kepada 5 cadangan tersebut, tatacara pelaksanaan pula hendaklah meliputi skop yang berikut iaitu ianya perlulah dilakukan samada: i. ii. iii. iv. Secara serta merta (bersegera) Secara berperingkat (beransur-ansur) Secara menyeluruh (holistik) Secara berterusan (bagi membentuk kesinambungan warisan)

Dengan mengaplikasikan metodologi yang tepat, wajar dan sesuai dalam kajian, sekurangtidaknya kita akan dapat: i. ii. iii. iv. Meningkatkan nilai pembuktian (empirical) terhadap hasil dapatan kajian Meningkatkan keyakinan dan kebolehpercayaan minda kita dan pembaca Menyisihkan sebarang keraguan, kekeliruan, was-was, syak dan wasangka Meningkatkan nilai-nilai sahsiah atau hubung kait kemanusian dengan penglibatan emosi - seperti pendekatan temuduga secara peribadi

Akhirnya pengkritik amat bersetuju sekali supaya satu kajian mendalam dibuat sebelum melaksanakan sesuatu kaedah atau dasar pengajaran atau pembelajaran yang melibatkan kurikulum, guru atau pensyarah, para pelajar dan pihak kementerian. Ini adalah kerana keseluruhan falsafah umum barat itu samada baru dan lama, secara tunggal atau jamaknya tidak dapat menjawab kesemua persoalan kehidupan. Pernyataan ini sebagai menyimpul cadangan terakhir penulis. Secara keseluruhannya penulis telah menyampaikan falsafahnya dalam jurnal secara berhemat dan tertib. Hujahannya juga pintar, tidak kosong dan mengandungi sokongan fakta. Walaupun terdapat sedikit kelemahan, ianya adalah sesuatu yang boleh diperbaiki dan dimurnikan. Josiah Royce (Ninian, 2008) pernah menyatakan bahawa kesilapan hanyalah suatu pemikiran yang tidak lengkap dalam mencari arah kebenaran. Kesimpulannya jika dikaji dari sudut metafizik, epistemologi, logik dan aksiologi, falsafah itu sebenarnya hanyalah satu bentuk ilmu yang pada pendapat pengkiritik boleh dihuraikan dalam 4 bentuk yang lebih mudah difahami (sila lihat lampiran Rajah 2). Secara ringkasnya, ada ilmu yang semua orang tahu, maka ianya bersifat umum. Ada ilmu yang hanya kita sahaja tahu, dan ini bersifat peribadi. Ada ilmu yang kita tidak tahu tetapi diketahui oleh orang lain, maka sifatnya istimewa kerana kita harus belajar daripadanya. Yang terakhir adalah ilmu yang kita tidak tahu dan tidak pula diketahui oleh orang lain jua, yang ini bersifat rahsia dan perlu diteroka bersama. Adakalanya kita harus melihat falsafah itu dari kacamata kita sendiri dan bukannya dari kacamata barat atau pihak lain.

Falsafah & Konsep Pendidikan - 13

Rujukan Utama: Zakaria Kasa dan Habsah Ismail (2005). Falsafah pegangan pelajar bakal guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru (Jilid 1, ms.14 -21).

Rujukan Lain: Bennett, Jonathan (2007). An Essay Concerning Human Understanding: Book I: Innate Notions by John Locke. Dipetik 27hb November 2012 daripada http://www.earlymoderntexts.com/pdf/lockess1.pdf Global Islamic Software Co. (GISCO) (2005). Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Melayu: Ar-Rad. Dipetik 29hb November 2012 daripada http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/ Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (2007). Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi: Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dipetik 29hb November 2012 daripada http://www.mohe.gov.my/portal/dasar-kpt/205-falsafah-pendidikan-kebangsaan.html Ninian Smart (2008). Falsafah dunia (world philosophies). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad Y.A.B. Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, KPM (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dipetik 29hb November 2012 daripada http://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/PreliminaryBlueprint-BM.pdf

Lampiran : Rajah 1: The chronicles of knowledge Rajah 2: Ringkasan ilmu (dari persepsi pengkritik) Salinan jurnal asal: Falsafah pegangan pelajar bakal guru

Falsafah & Konsep Pendidikan - 14

Lampiran Rajah 1: The chronicles of knowledge

Falsafah & Konsep Pendidikan - 15

Lampiran Rajah 2: Ringkasan ilmu (dari persepsi pengkritik)

We make a living by what we get, we make a live by what we give

Falsafah & Konsep Pendidikan - 16

Anda mungkin juga menyukai