Anda di halaman 1dari 16

Tujuan Membaca

SENARAI KANDUNGAN
Abstrak

muka surat

3 4 5

Pengenalan .. Definisi membaca

Tujuan membaca . 6 Pendapat 14

Kesimpulan.. 15 Bibliografi 16

Tujuan Membaca

BSTRAK

Menimba ilmu pengetahuan adalah tujuan utama membaca. Ianya kunci kepada kebangkitan sesuatu kaum. Di dalam pembentangan tajuk Tujuan Membaca penulis mengupas tujuan membaca yang telah dikumpulkan hasil perbincangan dengan ahli kumpulan. Membaca memerlukan ketajaman akal pemikiran (daya fikir) - maksudnya pembaca mestilah peka mindanya. Membaca juga melibatkan keprihatinan emosi (daya rasa) supaya apa yang dibaca bukan sahaja boleh difahami (terpahat di dalam hati) tetapi ia juga boleh dihayati (terpatri ke dalam jiwa) malah diterjemahkan hasilnya supaya menjadi suatu bentuk peradaban bangsa yang mampu menerajui apa jua zaman. Dengan kepekaan minda dan prihatinnya emosi dek kerana membaca semoga diharap akan terhasillah nilai-nilai etika dan estetika murni yang diinginkan bagi membentuk sebuah kesinambungan warisan dan keutuhan wawasan. Kata Kunci: membaca, definisi, tujuan

Tujuan Membaca

PENGENALAN Telah terbukti dalam sejarah, bahawa kejayaan sesuatu bangsa atau kaum dipengaruhi oleh kemampuan membaca dan menelaah yang diikuti dengan kemampuan menulis menerusi karya dan juga falsafah mereka. Plato, Aristotle dan Socrates adalah contoh pembaca dan penulis di zaman kejayaan Yunani-Romawi yang mana jejak tulisannya masih ada dan relevan sehingga zaman pasca modenisme ini. Ibnu Rusydi (Avero), Ibnu Sina (Avesina), Aljabar, Al-Ghazali adalah pembaca dan penulis zaman kejayaan Islam yang jejak tulisannya juga diabadikan sampai sekarang (Wahyu, 2010). Kecanggihan teknologi maklumat masa kini seperti facebook, twitter,

youtube, website dan blog terkini menambah kemudahan orang membaca dan
menulis. Pada saat ini secara peribadinya, masyarakat dan suku kaum bangsa yang tidak produktif menulis akan menjadi manusia yang konsumtif bacaan sahaja. Manusia yang tidak produktif hanya dapat menjadi pengguna sahaja dan tidak dapat mencetuskan perubahan yang pelbagai. Hanya manusia yang proaktif dan produktif sahaja dapat merangsang kembali keharmonian sosial, ekonomi dan politik masa kini dan akan datang.

Tujuan Membaca

DEFINISI MEMBACA Menurut Kamus Dewan Edisi 4 (2005) membaca didefinasikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Menurut Houghton (1997) pula membaca didefinasikan sebagai suatu proses di mana pembaca membina pemahaman maksud terhadap bahan yang dibaca (samada bahan bacaan itu berbentuk huruf, ayat, nombor, simbol atau gambar) sambil bertindakbalas terhadap peluasan makna bahan bacaan tersebut. Membaca melibatkan 2 perkara utama iaitu subjek dan objek. Subjeknya ialah pembaca manakala objeknya ialah bahan yang dibaca. Membaca

mempunyai pelbagai tujuan. Setiap individu membaca dengan sebab-sebab yang tersendiri. Di dalam kertas kerja ini dinyatakan secara menyeluruh sebahagian

daripada tujuan membaca yang dapat kami kumpulkan.

Tujuan Membaca

TUJUAN MEMBACA 1. Membaca untuk memperoleh maklumat dan fakta Antara tujuan membaca adalah untuk memperolehi maklumat dan fakta. Murid sekolah contohnya akan membaca buku teks sekolah mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai isi mata pelajaran yang dipelajarinya. Sekiranya murid membaca buku mata pelajaran sains, tujuan membaca buku teks itu tadi ialah untuk mendapatkan maklumat mengenai fakta sains seperti habitat haiwan, jenis tumbuhan, keperluan pemakanan, dan banyak lagi fakta yang boleh diperolehi dari buku sains. 2. Membaca untuk memperolehi pemahaman tujuan atau jalan cerita Pembaca juga boleh mengetahui tujuan atau jalan cerita dengan membaca. Novel ombak rindu misalnya mengisahkan jalan cerita tentang sebuah kisah percintaan tiga segi. Apabila kita membaca novel itu dengan sendirinya kita dapat menghayati jalan ceritanya yang indah dan bahasanya yang berbunga-bunga. 3. Membaca untuk mengetahui urutan susunan atau organisasi Apabila kita membaca carta organisasi pula, kita dapat memahami urutan susulan atau kedudukan individu dalam kelompok sebuah syarikat.Kita perlu membaca keseluruhan laporan sebelum kita membuat urutan yang betul.

Tujuan Membaca

4. Membaca untuk membuat kesimpulan Pembaca juga boleh membuat kesimpulan yang tersendiri dengan membaca sesuatu buku, cerita atau artikel. Jika pembaca tidak dapat membuat kesimpulan sendiri, pembaca boleh juga mengambil kesimpulan penulis sebagai hasil bacaannya. 5. Membaca untuk mengelompokkan atau mengklasifikasikan Di dalam mata pelajaran sains misalnya, murid di suruh membaca sambil mengklasifikasikan haiwan dan kumpulan atau kelompok yang tertentu. Hasil dari bacaan membolehkan murid membuat perbezaan dan persamaan dalam mengklasifikasikan benda dan juga tumbuhan. 6. Membaca untuk membuat penilaian Seseorang perlu membaca untuk membuat penilaian. Contohnya seorang guru akan membaca hasil kerja muridnya untuk diberi markah. Oleh itu murid perlu membaca hasil kerjanya terlebih dulu dan guru pula perlu membaca hasil kerja muridnya untuk membuat penilaian. 7. Membaca untuk memperbandingkan Dengan membaca juga kita dapat membuat perbandingan antara dua bahan atau dua keadaan. Membaca penting untuk seseorang itu membuat perbandingan.

Tujuan Membaca

8. Memahami secara menyeluruh isi buku Mereka yang suka membaca akan mudah memahami isi kandungan buku kerana penguasaanya dalam menangkap isi cerita bahan bacaan itu. 9. Membantu murid dalam penulisan Kajian mendapati mereka yang banyak membaca dapat menulis dengan baik kerana penguasaan yang dimiliki disalurkan menerusi penulisannya. 10. Membaca untuk mempelajari sesuatu maklumat yang baharu Apabila kita hendak mendapatkankan sesuatu maklumat yang baharu, cara yang paling mudah ialah membaca buku, majalah, risalah, facebook, twitter, youtube, website dan blog serta sumber-sumber lain. 11. Mengenali makna kata-kata Mereka yang banyak membaca dapat menambah perbendaharaan kata. Ini akan menjadikan orang yang suka membaca lebih banyak mengenali makna kata-kata. Dengan membaca kamus misalnya, kita boleh mengenali makna atau maksud kata tertentu. 12. Ingin mengetahui peristiwa penting yang terjadi di masyarakat setempat Kadang kala, ada juga pembaca yang membaca hanya untuk mengetahui berita tempatan. Membaca surat pekeliling dari Jawatan Kuasa Kerja Kampung

contohnya memberikan maklumat tentang kejadian penting dan semasa tentang sesuatu masyarakat di kampung tersebut.
Tujuan Membaca

13. Membaca untuk memperoleh kenikmatan dari karya sastera Ada juga pembaca yang membaca dengan tujuan untuk menikmati keindahan sesuatu karya. Membaca sajak misalnya boleh mencetuskan nikmat emosi kepada seseorang individu yang prihatin jiwanya. 14. Ingin mengetahui peristiwa penting yang terjadi di seluruh dunia Membaca suratkhabarnya misalnya dapat memberikan maklumat penting yang terjadi di sekeliling kita. Akhbar Berita Harian dan juga Utusan Malaysia misalnya banyak memberikan maklumat atau peristiwa penting yang berlaku di banyak tempat di seluruh dunia. 15. Ingin mencari maklumat barang yang sesuai untuk dibeli Bagi seseorang yang ingin membeli sesuatu barangan, membaca surat khabar atau membaca dengan cara melayari internet boleh memberikan maklumat tentang sesuatu barangan yang ingin dibelinya. 16. Ingin menilai gagasan penulis atau pengarang Ada juga pembaca yang membaca untuk menilai gagasan seseorang penulis yang diminatinya. Usman Awang misalnya mungkin boleh dikenali gagasannya melalui penulisan sajak-sajaknya.

Tujuan Membaca

17. Ingin memperoleh maklumat kekosongan pekerjaan Untuk orang yang ingin mencari pekerjaan, membaca surat khabar di bahagian iklan boleh memberikan maklumat tentang kekosongan pekerjaan di sesebuah syarikat. 18. Ingin mendapatkan keterangan tentang sejarah kehidupan seseorang tokoh Membaca dapat mengenalkan kita kepada tokoh yang ingin kita kenali. Contohnya, sekiranya kita ingin mengenali Tun Hussein Onn, kita boleh membaca kisahnya yang banyak dibukukan di perpustakaan Negara Malaysia. 19. Ingin mengisi masa lapang Bagi seseorang yang mempunyai banyak masa, kemungkinan juga boleh diisikan dengan membaca. Membaca buku, majalah, artikel boleh dilakukan di

perpustakaan, di internet dan di mana jua masa dan tempat yang difikirkan sesuai. 20. Membaca sebagai sebagai hobi Selain mengumpul setem atau memancing ikan, membaca juga boleh dijadikan sebagai hobi. Membaca adalah salah satu hobi yang sangat berfaedah kerana ianya meningkatkan ilmu. 21. Membaca untuk mengembangkan aspek jasmani Dengan membaca buku berkenaan latihan fizikal misalnya, seseorang boleh meningkatkan keupayaan jasmaninya. Membaca buku tentang cara senaman yang betul boleh membentuk jasmani yang sihat.
Tujuan Membaca

10

22. Membaca untuk emosi Bagi seseorang yang dalam kesedihan, membaca buku yang bercorak motivasi diri pula boleh mengembalikan ketengan emosi. Dengan ketenangan emosi yang

diperolehi dari pembacaan, jiwa dan raga akan menjadi lebih sihat dan ceria. 23. Membaca untuk rohani H. Sarwadi (2011) pernah menyatakan di dalam bukunya bahawa membaca juga boleh membina kekuatan dalaman atau rohaniah kita. Seseorang akan mendapat ketenteraman jiwanya apabila ia membaca buku-buku yang menyentuh aspek ketuhanan. Oleh itu membaca mereka membaca untuk mendapat ketenangan rohani. 24. Membaca untuk menyihatkan minda Selain memberi kesan jasamai, emosi dan rohani, membaca juga boleh menyihatkan minda kita. Apabila kita membaca, molekul dalam otak kita akan bekerja. Membaca umpama senaman kesihatan untuk minda manusia. Membaca dengan intonasi yang betul dapat menjadikan seseorang itu lebih kreatif. Contohnya membaca gurindam, mendeklamasikan sajak dan melafas pantun. Ini semua menjadikan membaca aktiviti yang menyihatkan minda.

Tujuan Membaca

11

25. Membetulkan idea-idea yang salah. Sebagai penutup tujuan membaca yang penting juga ialah untuk membetulkan idea-idea yang salah melalui pemahaman dan pengalaman kita yang telah lalu. Dengan membaca buku berkenaan kedoktoran contohnya, boleh memberikan seorang doctor atau pesakit jenis ubatan yang sesuai untuk sesuatu penyakit yang tertentu. Dengan ini ia dapat membetulkan kesilapan sedia ada disebabkan

kelemahan ilmu kita sendiri. 26. Membaca untuk mentafsirkan isyarat Membaca papan tanda di jalan raya membolehkan kita mentafsirkan isyarat. Contohnya, papan tanda 90km sejam menunjukkan kepada kita bahawa kelajuan kenderaan yang dibenarkan di jalan raya tersebut tidak boleh melebihi 90km. 27. Membaca isyarat dan gerakan badan Adakalanya, kita juga boleh membaca maksud seseorang dari tindakan dan gerak balas badannya. Contoh yang paling mudah ialah dengan membaca mimik muka seseorang boleh memberi tahu kita seseorang itu suka, benci, meluat, marah, sedih atau tiada berperasaan langsung.

Tujuan Membaca

12

28. Membaca untuk memahami simbol Sesetengah maksud atau makna tersembunyi di dalam symbol. Di dalam pelajaran matematik misalnya, terdapat banyak simbol digunakan. Setiap simbol ini membawa maksud yang tersendiri dan kita perlu memahaminya terlebih dahulu sebelum dapat menyelesaikan masalah matematik tersebut. 29. Membaca untuk memahami bahasa asing Kita juga membaca tulisan asing untuk memahami budaya dan cara hidup sesuatu bangsa tersebut dengan lebih dekat lagi. Seperti contohnya, kita boleh membaca tulisan dalam bahasa arab, cina atau lainnya. asing dapat menambah pengetahuan bahasa. 30. Mentafsir dan memberi maklumat. Lukisan, gambar, foto dan imej juga boleh dibaca. Ia membawa maksud dan makna yang tersendiri. Membaca gambar atau imej selalunya tidak melibatkan penggunaan perkataan atau angka. Pada zaman dahulu orang purba membaca simbol untuk memberi maklumat. Tujuan membaca dalam bahasa

Tujuan Membaca

13

PENDAPAT Pendek kata, walaupun membaca itu adalah sesuatu perlakuan yang universal tetapi aplikasinya boleh bersifat peribadi dan individu. Sepeti yang telah dinyatakan, setiap individu mempunyai tujuan yang berlainan untuk membaca. Penulis tidak berjumpa dengan satu sebab yang mutlak kenapa membaca itu harus mempunyai hanya satu sebab sahaja. Ada kalanya kita membaca untuk mengisi masa lapang. Individu lain pula ada yang menganggap membaca sebagai

membuang masanya. Ada yang membaca kerana disuruh dan terpaksa. Ada yang membaca secara sukarela. Ada yang membaca tanpa ada sebab. Kepelbagaian tujuan membaca ini bukan semestinya datang secara sebab yang kolektif. Walaubagaimanapun, apa yang penting sekali dalam membaca ialah hasil dari pembacaannya kerana hasil pembacaan itu merupakan intipati bacaan yang diperolehi selepas membaca (Yahya, 2008).

Tujuan Membaca

14

KESIMPULAN Membaca bukan hanya untuk tujuan minda. Di samping merangsang akal pemikiran, membaca juga adalah untuk mencetus emosi bagi membentuk kesedaran dalaman jiwa (jasadiah) bagi melahirkan keikhlasan rohaniah (raga). Hasilnya akan dapat dilihat dalam pergerakan tingkah laku manusia itu sendiri yang mana akan membawa perubahan sekeliling yang lebih bermakna untuk kebaikan sejagat. Dalam ertikata lain, membaca secara optimum dan produktif boleh mempengaruhi aspek J.E.R.I. (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) secara menyeluruh atau tidak langsung. Jika dilihat dari sudut hasil, pembacaan

sememangnya akan mempengaruhi daya fikir, daya rasa, daya gerak pemotoran atau fizikal dan daya dalaman kita. Hasil pembacaan yang berterusan sudah pastinya dapat melahirkan kesedaran dalam diri bagi membentuk nilai sahsiah, etika dan estetika insan yang lebih tinggi. Membaca juga boleh menjadi santapan rohani bagi jiwa yang dahagakan ilmu. Hasil dari kesedaran ini, maka haruslah kita membudayakan membaca sebagai satu tuntutan keilmuan untuk diwariskan kepada generasi mendatang bagi membentuk sebuah kesinambungan wawasan.

Tujuan Membaca

15

BIBLIOGRAFI Membaca (2005). Kamus Dewan (Ed. 4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Houghton Mifflin Company (1997). Definitions of Reading and Word

Identification. Dipetik 9hb Februari 2013 daripada


http://www.eduplace.com/rdg/res/teach/def.html H. Sarwedi MA Hasibuan (2011) Spiritual Reading: Hidup lebih bermakna dengan

membaca (Iqra la budda an taqra & Al-qira atu minhajul hayati oleh Raghib As Sirjani dan Amir Al-Madari) (Cetakan 1). Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise Sdn.
Bhd. (AQWAM) Wahyu (2010). 99 Ilmuwan muslim: Perintis sains moden. Selangor: Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd. (Diva Press) Yahya Othman (2008). Proses dan strategi membaca berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia

Tujuan Membaca

16

Anda mungkin juga menyukai