Anda di halaman 1dari 20

1 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

BBM 3212
SEMANTIK & PRAGMATIK BAHASA MELAYU

AKNA EBUDAYAAN

Tugasan 2 (Kumpulan): Soalan 30


Penulis:
Sabaryah @ Sabariah binti Shafiee J44884
Ruziah binti Ahmad . J44949
Afsah binti Rahim J44851
Roslawati binti Baharom . J44972

Program Pensiswazahan Guru (PPG)
Bachelor Pendidikan dengan Kepujian
Semester 4 - 2013/2014


Pensyarah:
Profesor Madya Dr. Zaitul Azma binti Zainon Hamzah
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor D.E., Malaysia.

2 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.


ISI KANDUNGAN Muka Surat
1. Pendahuluan 3

1.1 Pengenalan..... 3

1.2 Definisi 4

2. Sorotan Kajian Lepas 4

2.1 Definisi Jalal Ali Belshek 5

2.2 Definisi CARLA... 6

2.3 Dapatan Kajian M.L.Jones 7

3. Persembahan Isi Tugasan.. 7

3.1 Makna Kebudayaan 7

3.1.1. Perubahan Budaya. 10

3.1.2. Nilai, Maksud dan Makna 11

3.2 Implikasi 14

4. Kesimpulan 18

5. Bibliografi...... 19


3 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

M A K N A K E B U D A Y A A N
1. PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan
Sering kita alami apabila kita menziarahi ke rumah orang lain, yang bukan rumah kita,
seperti rumah kawan atau sanak saudara yang seagama, kita akan memberi salam sebagai
tanda hormat kita atau adab Melayu kita. Ini adalah satu contoh budaya atau amalan
orang Melayu kita dari zaman berzaman, dari dahulu sehingga kini. Budaya, amalan,
fahaman, mazhab, doktrin, tanggapan, pendapat, ikutan, kebiasaan, tradisi dan adat,
kesemua ini berkait rapat dengan apa yang dikatakan budaya. Kelompok masyarakat,
cara pemakanan, cara berpakaian, perlakuan tindakan, percakapan, tempat kependudukan
yang sama, leluhur yang sama atau asal keturunan, bangsa, pemikiran, jati diri, proses
sosiolisasi, perhubungan persekitaran, pengaruh kawan, media massa dan teknologi, dan
terutamanya bahasa adalah di antara ciri-ciri utama yang membentuk kebudayaan.
Baik sekarang mari kita tinjau apakah yang yang maksudkan dengan budaya itu dan
apakah makna kebudayaan yang sebenarnya seperti yang diajukan oleh soalan tugasan
kerana budaya atau kebudayaan itu amat meluas maksudnya. Makna tersebut bukan
sahaja mencakupi bidang linguistik, tetapi mencakupi sejarah, politik, ekonomi,
perniagaan, geografi, agama, filosofi, sosiologi, antropologi, etimologi, ontologi,
arkeologi, psikologi, dan banyak lagi jurusan bidang ilmu lain yang tidak disebutkan.
Seperti yang ditekankan oleh M.L.Jones (2007) dari Universiti of Wollongong Australia
bahawa Olie.R (1995) telah mengutarakan sebanyak 164 definasi tentang kebudayaan
yang telah dikumpulkannya sehingga tahun 1951.
Bagi menjawab persoalan tugasan makna kebudayaan ini pula, adalah lebih mudah jika
kita memecahkan pengertiannya frasa ayat ini kepada 2 bahagian persoalan iaitu; (1)
Apakah itu makna? dan (2) Apakah itu kebudayaan?

4 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

1.2. DEFINISI
Kamus Dewan (2005) telah mendefinasikan makna sebagai erti atau maksud
(sesuatu perkataan). Dalam istilah tugasan bahasa makna ialah unsur linguistik yang
dilihat dari segi fungsi tatabahasanya (contoh:sintaktik dan grammatik); atau dari sudut
kiasan, sebagai makna kata yang tidak merujuk kepada makna harfiah, tetapi dikiaskan
sebagai ibarat (tersirat); atau dari segi konteks, makna kata yang menunjukkan hubungan
antara ujaran dengan keadaan (pragmatik); atau dari segi leksikal, makna kata seperti
yang terdapat di dalam kamus (semantik) (Kamus Dewan, 2005).
Secara leksikologinya, kebudayaan pula didefinasikan sebagai keseluruhan cara
hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil
kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat,
tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi) (Kamus Dewan, 2005). Ianya didatangkan
dari perkataan budaya yang bermaksud 1. Tamadun, peradaban 2. Kemajuan fikiran,
akal budi (cara berfikir, berkelakuan dan yang berkaitan) 3. Bersifat budaya, yang
menerima kebudayaan, yang sudah maju (akal budi), cerita, adat, pakaian, tingkahlaku
(dan yang berkaitan) yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa (Kamus
Dewan, 2005).
Penambahan suku kata /ke/ dan /an/, di hujung dan di belakang kata /budaya/
menjadikannya /kebudayaan/. Kebudayaan atau budaya adalah agak sinonim.
Dengan itu kami akan menggunapakai kedua-dua istilah ini dalam perbincangan yang
seterusnya kerana ianya membawa erti yang agak serupa walaupun tidak sama.

2. SOROTAN KAJIAN LEPAS
Berikut adalah beberapa pendapat dan definasi dari sorotan kajian yang terdahulu tentang
makna kebudayaan. Untuk memudahkan penulisan, maka saya telah memilih 3 definisi
yang akan diperbincangkan bagi mendefinasikan makna kebudayaan sebelum
memberikan kesimpulan.
5 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

1. Definasi Jalal Ali Belshek, pelajar integrasi PhD dari University of Newcastle
Upon Tyne, England.
2. Definasi CARLA (Centre for Advance Research for Language Acquisition:
University of Minnesota) dari U.S. Department of Educations Title VI National
Language Resource Centers.
3. Dapatan kajian M.L. Jones tentang pendapat Hofstede dalam Oxford Business &
Economics Conference (2007).

2.1. Definisi Jalal Ali Belshek
Belshek menyatakan bahawa budaya mempunyai banyak definisi, dan ia memberi kesan
kepada lakuan semua orang dalam masyarakat mereka disebabkan oleh idea, nilai, sikap
dan corak normatif atau yang diharapkan daripada tingkah laku mereka. Kebudayaan
tidak diwarisi secara genetik, dan tidak boleh wujud dengan sendirinya, tetapi selalunya
dikongsi bersama oleh anggota masyarakat (Hall 1976, ms.16). Belshek mengambil
pendapat Hofstede (1980, ms.21-25) yang mentakrifkan budaya sebagai
"pengaturcaraan kolektif minda yang membezakan ahli-ahli satu kumpulan dengan
kumpulan yang lain", yang diturunkan dari generasi ke generasi. Ia berubah setiap masa
kerana setiap generasi menambahkan sesuatu yang tersendiri sebelum memindahkannya
kepada generasi yang seterusnya. Ia adalah satu kebiasaan apabila budaya seseorang itu
sering diambil mudah dan dianggap sebagai betul kerana ia adalah satu-satunya, atau
sekurang-kurangnya perkara pertama yang perlu dipelajari.
Belshek menambah bahawa budaya adalah satu konsep yang kompleks, dan tidak ada
definisi tunggal yang telah dicapai secara sepakat dalam kesusasteraan. Jadi, daripada
banyak definisi yang mungkin diperiksa, takrif mengikut panduan kajian beliau ialah:
budaya adalah satu set perkongsian yang berkekalan dari segi makna, nilai-nilai, dan
kepercayaan yang mencirikan kumpulan, negara, etnik, atau lain-lain dalam
menyesuaikan tingkah laku mereka (Mulholland, 1991).

6 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

2.2. Definisi CARLA (2014)
CARLA (2014) pula mendefinasikan makna budaya bagi tujuan maksud untuk Projek
Pengajian Antara Budaya. Budaya ditakrifkan sebagai corak berkongsi tingkah laku
dan interaksi, membina kognitif, afektif dan kefahaman yang dipelajari melalui proses
sosialisasi. Corak perkongsian ini dapat mengenal pasti ahli kumpulan budaya sendiri
sementara itu ia juga dapat membezakan mereka daripada kumpulan lain.
CARLA juga telah mengutarakan beberapa pendapat penulis lain tentang kebudayaan.
Tiga dari pendapat ini telah kami hidangkan daripada kutipan CARLA (2014) dan ianya
seperti berikut:
i. Kebanyakan ahli sains sosial hari ini memandang budaya sebagai terdiri daripada
aspek yang simbolik, ideational (konsepsi minda), dan aspek yang tidak nyata dalam
masyarakat. Intipati budaya bukanlah artifak, peralatan, atau lain-lain unsur-unsur
kebudayaan yang ketara tetapi tentang bagaimana ahli-ahli kumpulan mentafsir,
mengguna, dan menerima nilai-nilai, simbol, tafsiran, dan perspektif yang membezakan
seseorang dengan yang lain dalam masyarakat moden; ia bukannya objek material dan
aspek-aspek nyata yang lain dalam masyarakat manusia. Kebiasaannya, orang dalam
budaya itu sendiri yang mentafsirkan makna, simbol, artifak, dan tingkah laku mereka
dalam cara yang sama atau dengan lakuan yang agak serupa (Banks & McGee, 1989).
ii. Budaya ialah mempelajari dan berkongsi corak kemanusiaan atau model kehidupan;
kebiasaan harian, corak dan model ini menyerap ke dalam semua aspek interaksi sosial
kemanusiaan. Budaya adalah mekanisme utama dalam menyesuaikan manusia (Damien:
ms.367, 1987).
iii. Dengan kebudayaan kita memaksudkan kesemua reka bentuk sejarah penciptaan
tentang kehidupan, tersurat dan tersirat, rasional, tidak berapa rasional dan langsung tidak
rasional, yang wujud pada waktu tertentu sebagai petunjuk yang berpotensi bagi lakuan
manusia (Kluckhohn & Kelly, 1945).


7 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

2.3. Dapatan Kajian M.L.Jones (2007).
Kajian Michael L.Jones (2007) menghujahkan tentang pendapat utama Hofstede yang
menyatakan bahawa budaya ialah suatu pengaturcaraan minda secara bersama yang
membezakan satu kumpulan dengan kumpuan yang lain (Hofstede, 1980, ms.25), dan
pengaturcaraan mental ... corak pemikiran dan perasaan dan potensi bertindak (Hofstede
1991, ms.4).
Seterusnya, M.L.Jones (2007) menambah bahawa satu istilah yang penting dalam
definisi ini adalah perkataan 'pengaturcaraan'. Budaya bukan sesuatu yang mudah
diperolehi, ia adalah satu proses perkembangan yang perlahan yang menyerap ke dalam
masyarakat. Ia termasuk:
nilai-nilai pembelajaran (kepercayaan dominan dan sikap),
mengambil bahagian ritual (aktiviti kolektif) ,
pemodelan terhadap wira (role model), dan
simbol persefahaman (dari mitos, legenda, pakaian, jargon, lingo (dialek) )
Bahan-bahan budaya diperolehi sejak dari lahir lagi. Mereka dipengaruhi oleh keluarga,
sekolah, agama, tempat kerja, rakan-rakan, televisyen, surat khabar, buku-buku, dan
sumber-sumber lain (Jones, 2007).

3. PERSEMBAHAN ISI TUGASAN
3.1. MAKNA KEBUDAYAAN
Apa yang menarik di sini ialah kesemua penulis yang kami sebutkan dalam sorotan
kajian telah mengutarakan pendapat Hofstede yang berkonsepkan pengaturcaraan
minda secara bersama. Ringkasnya apa jua konsep yang mereka hujahkan,
kesemuanya berkaitan dengan konsepsi minda kita. Hal ini disebutkan oleh ramai
penulis dari dahulu kala sehingga kini kerana hanya dengan mindalah kita menemukan
sesuatu perkara (Al-Jailani, 2004).
8 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

John Locke (1632-1704) pernah menyatakan bahawa kesamaan seseorang individu
terkandung dalam kesamaan inti pati mindanya. Inti pati minda yang dibawa semenjak
kecil sehingga besar ini tidak akan berubah. Ianya merupakan kesinambungan memori
diri. Kesinambungan memori diri yang tidak berubah inilah sebenarnya yang menjadi inti
pati budaya (Abdullah, 2009). Dengan itu, budaya ialah suatu ciri individu yang asli,
tersembunyi dan abstrak, namun dapat dilahirkan dalam bentuk lakuan secara bersama.

Pendapat Locke ini disokong oleh penulisan Abdullah Hassan. Abdullah Hassan (2009)
menambah bahawa pada umumnya, segala peristiwa dan pergolakan sosial masyarakat
terakam dalam memori seseorang individu dan himpunan memori individu akan
menjadi himpunan memori sesebuah bangsa . Dengan sebab himpunan memori bersama
ini lahirnya budaya.

Peranan minda ini penting untuk difahami kerana minda amat mempengaruhi aspek
jasmani (gerak lakuan), rohani (sifat ingin tahu) dan juga emosi (rasa dan perasaan) kita.
Ianya seperti apa yang dihujahkan sendiri oleh Hofstede bahawa pengaturcaraan mental
ini akan membentuk corak pemikiran, perasaan dan potensi bertindak kita (Jones,
2007).

Jadi pendapat Belshek bahawa budaya berubah setiap masa kerana setiap generasi
menambahkan sesuatu yang tersendiri sebelum memindahkannya kepada generasi yang
seterusnya telah di sangkal dengan hujah yang dibawa oleh penulis Abdullah Hassan
dan emperisis John Locke. Ini diperkuatkan lagi oleh hujah Jones (2007) yang
menyatakan budaya bukan sesuatu yang mudah diperolehi, adalah satu proses
perkembangan yang perlahan yang menyerap ke dalam masyarakat. Namun, akhirnya,
Belshek bersetuju dengan budaya adalah satu set perkongsian yang berkekalan dari
segi makna, nilai-nilai, dan kepercayaan dengan mengambil pendapat Mulholland.
Corak berkongsi tingkah laku dan interaksi juga ditekan dalam definisi budaya
CARLA (2014), perkongsian interaksi sosial oleh Damien (1987), lakuan yang sama
oleh Banks & McGee (1989), dan juga Jones (2007) sebagai satu persefahaman dan
aktiviti yang kolektif.
9 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

Jadi bagi menjawab kedua-dua persoalan makna dan kebudayaan atau makna
kebudayaan, secara serentak, selari, beriringan atau berasingan, kita tidak akan dapat lari
dari menjawab persoalan-persoalan minda lain yang akan berhubungan atau berkaitan,
secara langsung dan tidak langsung, dengan kedua-dua frasa ayat tersebut, seperti
persoalan apa itu budaya atau apa itu kebudayaan? Kenapa terjadinya budaya?, Siapa
yang membuat budaya?, Bila terjadinya budaya itu? Bagaimana budaya itu boleh
berlaku?, dan juga seribu satu persoalan lagi yang akan menghantui benak minda kita
walaupun selepas kita mendefinasikannya dengan apa jua bentuk dan cara serta dari sudut
mana sekalipun kita menghujahkannya. Persoalan minda ini akan membentuk konsep dan
persepsi minda hasil dari tafsiran makna dan maksud yang kita ingin peroleh secara
bersama, kerana budaya itu wujud dalam persamaan dan bukan ketidaksamaan.
Persoalan-persoalan ini juga terbit kerana sifat ingin tahu kita tentang masa dan ketika
budaya itu berlaku, tempat dan kejadian kebudayaan itu terjadi, jarak atau ruang yang
meliputi budaya, dan cara terjadinya budaya itu, serta ciri-ciri lain tentang budaya dan
juga penetapan serta perubahan yang berlaku di dalam dan di luar budaya itu sendiri.
Sifat ingin tahu kita ini akan menjadi suatu hal yang akan berkaitan dengan pencarian
makna dalam mengungkap maksud sebenar budaya. Kesemua pencarian dan
pengungkapan ini asalnya dari dalam minda (ideational). Maka inilah sebabnya mengapa
pendapat Hofstede itu banyak dikemukakan oleh pelbagai pengkaji dan sarjana termasuk
Jones (2007), malahan Jones (2007) mengupas dengan lebih lanjut lagi pendapat
Hofstede (1980, 1984, 1991).
Jadi apa yang sebenarnya Belshek cuba nyatakan sebagai perubahan budaya itu
sebenarnya adalah lebih mirip kepada penciptaan budaya baru. Penciptaan budaya baru
itu adalah hasil dari pengaturcaraan mental bagi membentuk corak pemikiran dan
perasaan dan potensi bertindak seperti yang diajukan oleh Hofstede (1991). Penciptaan
budaya baru ini juga menunjukkan penciptaan pengertian makna baru, iaitu konsepsi
minda yang baru secara bersama, dan disetujui juga secara bersama. Tambah Jones
(2007) lagi, mereka dipengaruhi oleh keluarga, sekolah, agama, tempat kerja, rakan-
rakan, televisyen, surat khabar , buku-buku dan sumber-sumber lain. Sumber perubahan
ini termasuklah cara pemakanan, cara berpakaian, tempat tinggal yang baru, status sosial,
10 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

perhubungan sosial dan pengaruh persekitaran termasuk teknologi komunikasi terkini
seperti aplikasi teknologi sosial facebook yang melahirkan budaya facebook, aplikasi
komunikasi seperti iphone, ipad dan galaxy tab yang melahirkan budaya whatapps,
budaya twitter dan budaya instagram, contohnya. Ini adalah contoh budaya digital.
Budaya maklumat komunikasi, budaya informasi, hasil dari ledakan maklumat informasi
dan komunikasi dari rempuhan globalisasi dunia tanpa sempadan.

3.1.1. Perubahan Budaya
Pernahkah anda menemukan fenomena berikut. Sekiranya anda pergi masuk ke kedai
makan dan duduk di kerusi meja makan, anda boleh perhatikan ramai pelanggan yang
sedang menunggu makanan atau minuman akan melayan facebook atau gadget masing.
Anda juga mungkin tidak terkecuali. Adakah ini budaya? Atau hanya ikutan yang berasal
dari lonjakan perasaan untuk menunjukkan kebolehan masing-masing? Atau
menampilkan status sosial kita sebagai pengguna yang tidak ketinggalan zaman di alam
Teknologi Komunikasi Maklumat. Bolehkah fenomena sebegini dikatakan sebagai suatu
budaya baru bagi muda-mudi? Tidakkah anda perhatikan bagaimana keakraban
kelompok masyarakat juga sudah berubah? Jika dahulunya golongan tua sering
bertandang ke rumah jiran dengan mengucapkan salam sebagai tanda penghargaan,
sekarang telah digantikan dengan golongan muda yang berhijrah ke restoran dan
memenuhi kedai makan dengan bertanyakan kau dah makan ke belum?, ko nak makan
apa? Adakah ini satu petanda atau gejala? atau adakah ianya satu budaya? Di mana dan
ke mana menghilangnya salam hormat golongan tua kita?
Sekiranya fenomena tersebut adalah budaya, mengapa budaya itu berubah? Kenapa
budaya itu berubah? Bagaimana budaya itu boleh berubah? Siapa yang mengubah budaya
itu? Apa sebenarnya yang berubah dalam budaya itu? Di mana perubahannya budaya itu?
Bila perubahan budaya itu boleh berlaku? Banyak mana perubahan budaya itu? Sekali
lagi ini adalah persoalan yang melibatkan konsepsi, persepsi and asumsi minda. Berbagai
andaian dan tanggapan boleh dibuat bagi menjawab persoalan tersebut. Seterusnya,
jikalau budaya itu boleh berubah, apakah ia juga akan melibatkan perubahan makna
11 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

kebudayaan atau budaya? Jikalau makna kebudayaan tidak berubah, bagaimana sesuatu
kelompok sosial di dalam fenomena contoh tadi boleh memberikan perlakuan yang
serupa di mana-mana kedai, tempat makan dan restoran?
Kita ambil satu contoh lagi untuk menguatkan hujah perubahan ini. Masih ingatkah
zaman di masa kecil kita di mana dahulunya kita tidak mempunyai televisyen. Yang ada
hanya radio. Selesai makan malam di rumah terutama di kampung, apakah yang mereka
buat selepas makan? Jawapannya, mereka berehat sebentar dan kemudian terus masuk
tidur. Kedaannya berbeza kini. Di zaman pascamodenisme ini kita akan berehat di depan
TV dahulu, adakalanya sehingga larut malam malam, sebelum melenakan mata.
Persoalannya di sini, adakah ini satu budaya? Atau amalan, atau kebiasaan harian kita?
Mana-mana jawapan anda sebenarnya mempunyai makna dan maksud yang tertentu
dalam konsepsi minda anda.
Andalah yang memberikan makna dan anda juga yang menerima makna. Anda juga yang
mentafsirkannya dan anda juga yang akan mengatakan ianya tidak bermakna, tiada
makna atau tidak memberi makna langsung. Kenapa? Kenapa ia tidak boleh memberi
makna? Jawapannya, kerana makna itu tidak bernilai. Ia tidak memberi nilai atau
mempunyai nilai kepada anda. Makna hanya datang bersama-sama dengan nilai
(Shramko & Wansing, 2010). Ini adalah konsep nilai kebenaran (truth value) dalam
bahasa seperti yang diperkenalkan oleh Gottlob Frege (1891) . Adapun tanpa nilai, maka
tidaklah bermakna segala percakapan kita. Sesuatu yang mungkin amat bermakna bagi
kita boleh dianggap sebaliknya bagi minda pihak yang lain, kerana semua makna dan
maksud itu wujud di dalam minda masing-masing apabila kita mentafsirkannya.
3.1.2. Nilai, Maksud, dan Makna
Apa yang kami cuba tekankan di dalam tajuk kecil perubahan budaya tadi ialah tentang
perubahan nilai. Perubahan makna berlaku kerana nilai turut berubah. Nilai itu wujud dan
maujud di dalam bahasa. Kenapa Frege mengatakan ianya adalah nilai kebenaran?
(Shramko & Wansing (2010)). Kerana bersama dengan nilai tersebut ada unsur
kebenaran-bersyarat (truth-conditional value) (Speaks, 2010). Di dalam pelajaran ilmu
hisab, misalnya, seorang cikgu matematik akan mengajar 1+1=2 dan 2+2=4.
12 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

(A) Apabila kita mencontohkan 1 batang pensel dicampurkan dengan 1 batang pensil
yang lain, kita akan dapat 2 batang pensil. Betul (atau salah)
(B) Apabila kita mengambil 2 buah buku dan mencampurkannya dengan 2 buah buku
yang lain kita akan mendapat 4 buah buku. Betul (atau salah)
Jadi jawapannya untuk 1+1 bersamaan dengan 2 dan 2+2 bersamaan dengan 4 adalah
logik. Jawapannya boleh dilihat melalui contoh, dirasa dan disentuh. Maka mudah ditafsir
minda kerana ianya nyata dan masuk kepada akal kita. Akan tetapi apabila kita
mengambil 1 batang pensel merah and 1 batang pensel biru dan mencampurkannya, kita
masih mendapat jawapan 2 batang pensel, tetapi ianya mengandungi 1 pensel merah dan
1 pensel biru. Jadi maksud 1+1=2 dalam hakikat pensil sebagai contoh adalah logik,
tetapi minda kita boleh menafikannya dengan mengatakan ianya adalah suatu hal yang
tidak serupa kerana pensel merah tidak sama dengan pensel biru, walaupun kedua-duanya
adalah pensel. Dalam erti kata lain, walaupun 1+1 boleh memberi jawapan yang sama
(iaitu 2), namun maksudnya akan berbeza sekiranya kita ambil 1 pensel merah dan 1
pensel biru. Dengan demikian, untuk menyatakan kebenaran secara lebih bermakna, kita
perlu mencontohkan pensel yang serupa warna, ketinggiannya, saiznya, beratnya,
tajamnya dan jenisnya.
Begitu juga dengan buku. Apabila kita mengambil 2 buah buku latihan murid dan
mencampurkannya dengan 2 buah Kamus Dewan, kita akan mendapati jawapannya
adalah 4. Namun begitu, minda kita boleh menyangkal kebenaran jawapan itu sekiranya
kita melihat unsur lain yang agak pragmatik kerana buku latihan adalah tidak sama
dengan kamus.
Contoh yang diberikan hanyalah sedikit huraian mengenai nilai kebenaran dalam konsep
yang logik. Namun nilai kebenaran juga wujud dalam lain-lain hal seperti kepercayaan,
contohnya, kepercayaan agama. Jika dahulunya orang kita membaca kitab, sekarang anak
muda kita membaca facebook. Kenapa terjadi sedemikian, kerana kitab itu dalam bahasa
Arab. Ia tidak difahami oleh minda mereka. Bila tiada kefahaman, maka tiadalah datang
pengetahuan. Oleh itu tiadalah nilai dalam membaca kitab. Facebook juga yang mudah
13 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

difaham. Maka itu facebook bernilai, kerana ia boleh memberi nilai. Dari facebook juga
kita dapat menerima nilai, kerana itu ia bermakna.
Tahap intelektual pula misalannya, adalah berbeda dalam menentukan kebenaran.
Contoh: Betul (atau salah) ? (tidak tahu)
Bagi murid tahun 1 di sekolah rendah, simbol di atas tidak memberi makna kerana
mereka tidak tahu dan belum mempelajarinya. (Apabila tidak bermakna, maka tidak
bernilai). Bagi murid peringkat universiti, ramai daripadanya akan tahu simbol tersebut.
Kesimpulannya, nilai kebenaran ayat (simbol/ tanda/bahasa) dalam memberi makna akan
berbeda pada dasarnya dalam konsep minda seseorang. Maka dengan demikian, bolehlah
kita menyimpulkan sekali lagi supaya lebih kukuh simpulannya dengan mengatakan
bahawa makna tersebut juga akan membawa nilai maksud yang berbeza dalam tafsiran
mana jua minda. Ini adalah seperti apa yang dihujahkan oleh Paul H.Grice (1913-1988),
dalam pengertian semantik dan pragmatiknya (Neale, 1992). Grice mengatakan bahwa
konsep apa yang dikata dan apa yang diimplikasikan adalah 2 perkara yang berbeza,
yang pertamanya ialah semantik dan yang kedua ialah pragmatik (Zaitul Azma, 2000).
Kebolehan psiko-motor murid juga berbeda tahapnya. Ada murid yang boleh melukis
gambaran kucing, misalnya, dengan cukup sempurna. Namun ada juga yang tidak
sempurna gambaran lukisan kuchingnya. Hal yang demikian telah menyentuh pula suatu
bidang yang artistik. Ianya bukan lagi kognitif atau artikulatif bahasa.
Jadi nilai kebenaran sebenar yang dimaksudkan adalah bersyarat, kerana nilai makna itu
boleh wujud berdasarkan kepercayaan, tahap intelektual, ilmu pengetahuan, pengalaman
dan banyak lagi. Dengan sebab nilai yang demikian, maka Hofstede telah menyarankan 6
dimensi utama bagi mentakrifkan budaya sebagai "pengaturcaraan kolektif minda".
seperti berikut (Wikipedia, 2014):
1. Jarak kuasa (PDI-power distance),
2. Kepentingan diri (IDV-individualism)
3. Mengelak ketidakpastian (UAI-uncertainty avoidance)
4. Jantina-lelaki/perempuan (MAS-masculinity)
14 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

5. Orientasi jangka panjang (LTO-long term orientation)
6. Tolak ansur berbanding halangan (IVR-indulgence versus restraint)
Dengan mengambil pendapat memori individu Locke, teori himpunan memori yang
dibawakan Abdulah Hassan dan juga pengaturcaraan minda kolektif Hofstede dapatlah
kita fahami dengan jelas sekarang makna kebudayaan seperti yang telah dihujahkan oleh
mana-mana penulis, pakar dan juga sarjana, seperti Belshek, Jones atau CARLA.
Cara melihat makna kebudayaan itu harus lebih pragmatik dari yang dijangkakan
(expectation). Namun tanpa unsur linguistik yang semantik tidak pula dapat kita fahami
unsur yang pragmatik dan extralinguistik kerana masing-masing mempunyai peranan
penting dalam memberi makna dan maksud, kata, tanda, simbol, isyarat, atau ayat
mahupun nilai.

3.2. IMPLIKASI
Pencarian makna kebudayaan atau apa jua makna sebenarnya adalah satu proses lengkap
yang akan melibatkan 3 komponen utama iaitu; input, proses dan output. Oleh sebab
yang demikian, konsepsi minda kita secara semantiknya akan ingin berkisar terlebih
dahulu tentang asal-usul budaya, perkembangan budaya dan budaya semasa, kerana
dalam meninjau pengertian atau makna kebudayaan, kita tidak akan dapat lari dari
sejarah asal-usul dan perkembangan budaya yang membentuk kebudayaan terkini.
Namun, kita juga boleh mencari makna dalam cara yang lebih pragmatik dengan melihat
implikasi (atau maksud) ayat dalam menghuraikan makna, contohnya menggunakan
maksud definisi-definisi yang sedia ada.
Secara khususnya, mengkaji sejarah, evolusi dan budaya masa kini dalam mencari makna
adalah suatu hal yang amat berkait rapat dengan bahasa, kerana hanya dengan bahasa
sahaja minda kita akan mampu mengupas segala apa yang diperkata dan apa yang ingin
diimplikasikannya. Hanya dengan bahasa, maklumat boleh tersebar dari penutur kepada
pendengar, dari pemberi maklumat kepada penerima maklumat. Maka dengan bahasa
15 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

jualah nilai itu berpindah-randah. Dengan bahasa jualah kebudayaan itu bisa pupus, kekal
atau berubah, kerana nilai itu duduk di dalam bahasa, sebagai pengantara kepada makna.
Makna kebudayaan yang sebenarnya terkandung di dalam konsep pemikiran individu
yang difahami bersama untuk menghasilkan lakuan bersama yang lazim dilakukan oleh
sekelompok atau puak yang sama dengan menggunakan bahasa, simbol, isyarat atau
tanda yang serupa sebagai pengantara makna. Puak mana yang kita pilih akan
membezakan kita dengan puak yang tidak menjadi pilihan kita. Hasil potensi minda atau
output minda akan dapat kita lihat melalui perlakuan (atau percakapan) bersama mereka.
Inilah budaya. Perlakuan secara bersama oleh satu kumpulan ini akan membezakan
perlakuan secara bersama dengan puak atau kumpulan yang lainnya.
Potensi pengaturcaraan minda untuk melakukan perkara secara bersama yang akan bisa
mencorak pemikiran kita berikutnya, perasaan kita seharusnya, dan potensi bertindak kita
yang seterusnya, bergantung kepada beberapa faktor atau ciri yang lainnya. Ciri ini ada
yang agak tersembunyi, tersirat dan harus dilihat secara pragmatik bagi mencapai tujuan
dan maksud. Jones (2007) telah menghuraikan pendapat Hofstede tentang ciri-ciri ini
secara menyeluruh bersama kajiannya.
Berbalik kembali kepada budaya. Budaya masa kini misalnya adalah hasil dari
percampuran minda atau kepercayaan yang bersilang dari ideologi matrik yang
disebabkan oleh ledakan maklumat informasi dan rempuhan globalisasi dunia tanpa
sempadan. Inilah yang membentuk konsep pemikiran golongan muda-mudi terkini.
Hasilnya dapat dilihat melalui perlakuan yang diperlihatkan oleh mereka. Secara
langsung dan tidak langsung, gadjet teknologi berjaya menghasilkan perlakuan bersama
oleh sekumpulan individu disebabkan fahaman atau ideologi yang berkomunikasi,
terkomunikasi atau dikomunikasikan melalui sistem aplikasi media. Apabila perlakuan
kumpulan kecil ini membentuk kumpulan yang lebih besar, maka lahirlah budaya bangsa.
Oleh itu tidak dapat kita nafikan bahawa gadget, aplikasi dan perubahan teknologi akan
menjadi pemangkin kepada perubahan budaya, makna dan nilai (Jones, 2007).
Jika dahulunya budaya raja dan pembesar adalah yang boleh menaiki kereta lembu,
sekarang tidak lagi serupa, kerana sudah adanya kapal terbang dan jet. Jika dahulunya
16 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

atuk menaiki beca adalah satu budaya, maka sekarang budaya kita menaiki kereta. Jika
dahulunya pengorbanan dan keikhlasan adalah suatu budaya yang amat berharga dan
bernilai, tetapi sekarang wang ringgit menilai segala.
Budaya itu sebenarnya tidak berubah, kerana budaya adalah satu set perkongsian minda
dan lakuan bersama secara berkumpulan (Banks & McGee, 1989). Budaya itu tetap
wujud. Perubahan hanya dilihat berlaku kerana masa, tempat, orang, ruang, isi, situasi
dan keadaannya yang sudah berubah. Perubahan menjadi ketara kerana atuk, anak dan
cucunya tidak sama. Jikalau dahulunya orang tua kita yang rajin mengucap salam dan
berjumpa dengan temannya dari rumah ke rumah, anak kita pula lebih gemar mengadap
facebook dan twitter dengan laptop atau talipon bimbitnya di rumah.
Makna budaya atau makna kebudayaan itu juga tidak berubah. Makna itu kekal, akan
sering sama dari segi leksikal, sintaktik, gramatik atau semantik. Kekalnya makna itu
kerana kekalnya ia di dalam pemikiran. Sebab itulah dari dahulu sehingga sekarang kita
akan masih dan tetap mengucapkan salam apabila kita bertandang ke rumah sanak-
saudara, jiran tetangga, rakan dan taulan.
Yang berubah adalah konsepsi pemikiran kita terhadap nilai secara individu atau
peribadi dan secara bersama atau berkumpulan, yang ingin menentukan lakuan bersama
dan tindakan kita yang seterusnya (potensi). Ini melahirkan konsep bangsa seperti yang
disyorkan Ernest Renan (1823-1992) bahawa bangsa (nation) adalah sebuah kumpulan
yang ingin tinggal bersama (avoir fait de grandes chosesensemble, vouloir en faire
encore) yang telah menempa kejayaan hebat bersama-sama di masa lampau, dan
berhasrat meneruskannya (Nik Nazmi, 2006). Bangsa itu melambangkan budaya.
Sungguh minda itu berpotensi untuk mengubah pemikiran, perasaan dan lakuan.
Ringkasnya, bahasa itu bermakna, dan makna itu mempunyai nilai yang tersendiri
(samada positif atau negatif). Makna itu juga mempunyai maksud yang tertentu, yang
tersurat dan tersirat dalam konteks ujaran bahasa. Makna, maksud dan nilai ini akan
mempengaruhi minda. Aturcara minda akan membentuk konsep pemikiran yang
berpotensi untuk membangunkan aspek J.E.R.I. (jasmani, emosi, rohani, intelek). Lakuan
adalah output daripada input makna, maksud dan nilai. Lakuan bersama yang baru
17 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

menunjukkan pembaharuan (perubahan) budaya. Lakuan lama menunjukkan tiada
perubahan budaya. [Tiada perubahan tidak semestinya nilai tidak berubah, kerana nilai
itu duduk di dalam tafsiran minda, Cuma tidak dilahirkan sahaja]. Perubahan budaya
berlaku kerana terjadinya perubahan nilai hasil dari konsepsi pemikiran bersama
yang baru (berubah). Konsepsi pemikiran yang lama masih kekal dan utuh. Maka itu
budaya lama itu kekal tidak berubah. Pada umumnya, segala yang baru selalunya dirujuk
sebagai perubahan. Ia sebenarnya adalah pembaharuan, bukan perubahan. Nilai baru
yang terbentuk itu asalnya dari konsepsi pemikiran (aturcara minda).

Kita ambil satu lagi contoh. Kalau dahulunya, kita mengeja terimakasih, ialah dengan
mengadakan kesemua abjad /t/ /e/ /r/ /i/ /m/ /a/ /k/ /a/ /s/ /i/ /h/, sekarang tidak lagi
demikian. Cukup dengan abjad /t/ dan /k/ atau TK sahaja di dalam facebook dan twitter
kita sudah fahaminya bersama bahawa ia adalah tanda terima kasih. Ianya adalah lebih
praktikal, lebih menjimatkan masa serta menjimatkan kos untuk menulis tk daripada
menulis keseluruhan ayat terima kasih di dalam mesej talipon, walaupun secara
gramatiknya ianya adalah satu kesalahan ayat. Contoh lain, /klu/ = kalau, /nt/ = nanti, /pg/
= pergi atau pagi, /plk/ = pulak, /blkg/ = belakang, /ptg/ =petang.
18 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

4. KESIMPULAN
Akhirnya, selepas mencari dan mengkaji makna, kita harus mentafsirkan semula
pengertiannya, supaya ianya memberi suatu pengertian baru atau nilai yang bermakna
kepada minda kita dan minda pihak yang lainnya (dalam maksud yang serupa atau
berbeza), bagi menghasilkan pemahaman minda bersama yang seterusnya, tentang
makna atau makna kebudayaan tersebut. Nilai itu amat penting kepada makna. Sejauh
mana kita menilai, memberi nilai, menerima nilai; atau memberi dan menerima makna,
atau nilai dan makna; terpulang kepada cara kita mendefinasikannya.
Lantas setelah memecahkan persoalan tentang pengertian kebudayaan, kita juga telah
memecahkan pengertian tentang makna itu secara tidak langsungnya. Dengan
termeterinya pengertian budaya dan kebudayaan itu tadi, maka termaktublah jualah
istilah makna. Lebih mudah jika kita katakan bahawa makna itu hanyalah satu konsep
(konsep itu juga adalah satu makna), manakala makna kebudayaan itu pula ialah
suatu konsep pemikiran makna bersama tentang budaya.
Kesimpulannya, persoalan demi persoalan akan timbul, dan persepsi demi persepsi akan
terbit, sehingga akhirnya kita sendiri boleh lalai dan leka, hilang dan tenggelam di dalam
pertimbangan dan penilaian kita dalam pencarian makna bagi tujuan mengungkap
maksud sebenar erti kebudayaan, budaya atau makna yang lainnya. Hakikatnya, tidak
wujud satu kaedah mutlak dalam mendefinasikan sebarang makna kerana apa jua tafsiran,
pandangan atau pendapat tentang cara memberi dan menerima makna mahupun nilai itu
sendiri, akan sering dapat diperbahaskan. Dunia majmuk yang mempunyai kepelbagaian
intelektual terkini akan sentiasa mempersoalkan, lantas mengecam kepercayaan,
terutamanya makna yang ortodoks, yang ekstrem (apatah lagi dalam situasi seperti
sekarang dengan pertemuan silang budayanya yang semakin mencengkam) kerana
masing-masing akan menunjukkan keegoan dan kehebatan ideologi makna masing-
masing. Oleh itu, kami berpendapat konsep pemikiran makna samada dalam bentuk
tunggal atau jamaknya akan sentiasa terbuka dan berubah mengikut kesesuaian seadanya.
***
19 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.

5. BIBLIOGRAFI:
Abdullah Hassan (2009). Bahasa Melayu Di Persimpangan: Antara Jati Diri Dengan
Rempuhan Globalisasi. Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities (Jld.16, ms.59-
81). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Al-Jailani, As-Syeikh Abdul Qadir (2004). Sirrul Asrar (Secret of the Secret) (Ed. 6).
Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd.

Belshek, Jalal Ali (n.d.). The Influence of culture on the negotiation styles of British
students. Dipetik pada 6hb Mac, 2014, daripada
http://research.ncl.ac.uk/ARECLS/volume_3/jalalali.pdf
Budaya (2005). Kamus Dewan (Ed.4, ms.212). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Banks, J.A., Banks, & McGee, C. A. (1989). Multicultural education. Needham Heights,
MA: Allyn & Bacon. (CARLA, 2014)
CARLA (2014). Centre for Advance Research for Language Acquisition (University of
Minnesota): What is Culture: CARLA Definition: (Other Definitions of Culture). Dipetik
pada 6hb Mac, 2014, daripada http://www.carla.umn.edu/culture/definitions.html
Damen, L. (1987). Culture Learning: The Fifth Dimension on the Language
Classroom. Reading, MA: Addison-Wesley. (CARLA, 2014)
Frege, Gottlob, 1891, Function und Begriff. Vortrag, gehalten in der Sitzung vom 9.
Januar 1891 der Jenaischen Gesellschaft fr Medicin und Naturwissenschaft, Jena: H.
Pohle (Reprinted in (Frege 1986)). (Shramko & Wansing, 2010)

Hall, E.T. (1976). Beyond Culture. New York: Anchor Books/Doubleday (Belshek)
Hofstede, G. (1980). Culture's Consequences: International differences in work related
values. Beverly Hill, CA: Sage Publication (Jones, 2007)

Hofstede, G. (1984). National cultures and corporate cultures. In L.A. Samovar & R.E.
Porter (Eds.), Communication Between Cultures. Belmont, CA: Wadsworth (Jones, 2007)

Hofstede, G. (1991). Culture and Organisations. New York, McGraw-Hill (Jones, 2007)

Jones, M.L. (2007). Hofstede - Culturally questionable? Dipetik pada 6hb Mac, 2014,
daripada http://ro.uow.edu.au/cgi/viewcontent.cgi?article=1389&context=commpapers
(Also available on http://ro.uow.edu.au/commpapers/370/ ISBN : 978-0-9742114-7-3)
Kluckhohn, C., & Kelly, W.H. (1945). The concept of culture. In R. Linton (Ed.). The
Science of Man in the World Culture. New York. (ms.78-105). (CARLA, 2014)
20 / Makna Kebudayaan / Sabaet.al.


Makna (2005). Kamus Dewan (Ed.4, ms.983). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Mulholland, J. (1991). The Language of Negotiation. London: Routledge. (Belshek)
Neale, Stephen (1992). Paul Grice and the Philosophy of Language. (Review of Paul
Grice, Studies in the Ways of Words. Cambridge, Mass.: Harvard University Press, 1989).
Dipetik pada 11hb Mac, 2014, daripada
http://web.gc.cuny.edu/philosophy/faculty/neale/papers/NealeOnGrice.pdf
Nik Nazmi Nik Ahmad (2006). Bangsa Malaysia. Dipetik pada 9hb Mac, 2014, daripada
http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=380
Olie, R. (1995). The 'Culture' Factor in Personnel and Organization Policies.
International Human Resource Management: An integrated approach. A. Harzing and V.
R. J. London, Sage Publications: ms.124-143. (Jones, 2007)
Shramko, Yaroslav and Wansing, Heinrich (2010). Stanford Encyclopedia of Philosophy:
Truth Values. Dipetik pada 7hb Mac, 2014, daripada
http://plato.stanford.edu/entries/truth-values/

Speaks, Jeff (2010). Standford Encyclopedia of Philosophy: Theories of Meaning.
Dipetik pada 7hb Mac, 2014, daripada http://plato.stanford.edu/entries/meaning/

Zaitul Azma Zainon Hamzah (2000). Penggunaan Bahasa Dalam Pertuturan Kanak-
kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik (Tesis Ijazah Master Sastera, FBMK). Serdang:
Universiti Putra Malaysia

Anda mungkin juga menyukai