Anda di halaman 1dari 22

Bahasa Eufamisme

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 1 ]

Bahasa Eufamisme

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan

Muka Surat 3 3 3 4 4 6 7 8 10 10 11 12 13 16 19 21

1.1 Objektif 1.2 Batasan 1.3 Definisi. 1.4 Sejarah bahasa dan evolusi eufamisme 2.0 Contoh dan jenis bahasa eufamisme. 2.1 Hal berkaitan dengan najis 2.2 Hal berkaitan dengan seks, wanita dan anggota badan. 2.3 Hal berkaitan dengan kematian 3.0 Faktor yang mempengaruhi eufamisme 3.1 Adat resam & budaya 3.2 Pengaruh persekitaran. 4.0 Kesan eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia 5.0 Cadangan dan Pendapat. 6.0 Kesimpulan 7.0 Bibliografi

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 2 ]

Bahasa Eufamisme

PENGGUNAAN BAHASA EUFAMISME DALAM


KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

1.0

PENGENALAN
Objektif Tujuan permasalahan tugasan ini dijalankan adalah untuk merincikan bahasa

1.1

eufamisme dari segi definisi, sejarah, evolusi, faktor, jenis dan contoh bahasa eufamisme. Matlamat perbahasan juga akan meliputi penggunaan dan kesan bahasa terutamanya bahasa eufamisme di dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia masa kini. Secara umumnya kami mensasarkan penulisan ini kepada pembaca yang boleh memahami Bahasa Melayu. Kumpulan sasaran khusus kertas kerja ini adalah untuk para pendidik dan barisan pelapis negara terutamanya generasi muda (Gen-Y) supaya dapat memahami dengan lebih jelas akan eufamisme dan menggunapakai bahasa eufamisme tersebut dalam kehidupan seharian bagi mengekalkan ketamadunan dan peradaban Melayu yang semakin mula menghilang. 1.2 Batasan

Bahasa yang digunakan di dalam penulisan kajian adalah Bahasa Melayu. Secara tidak langsung, penutur non-natif Bahasa Melayu berkemungkinan tidak akan dapat menyerap apakah objektif sebenar yang hendak disampaikan di dalam penulisan ini. Batasan kertas kerja ini juga termaktub kepada penggunaan bahasa orang Melayu yang bermastautin khususnya di Semenanjung Malaysia.

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 3 ]

Bahasa Eufamisme

1.3

Definisi Eufamisme ialah variasi bahasa dan ianya adalah salah satu dari cabang stilistik

bahasa (Paklong, 2010). Eufamisme mempunyai ciri keindahan yang agak serupa dengan metafora, simile dan personafikasi dalam adab berbahasa. Definasi yang dipetik daripada website Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2008) menyatakan bahawa eufamisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar. Secara tidak langsung ungkapan ini menggambarkan ketinggian budi pekerti penuturnya dalam pertuturan harian, contohnya Ali meminta diri untuk keluar membuang air kecil. Maka dengan ini kita boleh mendefinasikan bahasa eufamisme sebagai bahasa sopan. Ia menggunakan perkataan yang positif bagi menggantikan perkataan yang negatif. Tujuannya ialah untuk menyampaikan maksud dan makna secara langsung dengan menggunakan ungkapan atau bahasa yang tidak langsung (indirect). Kebalikan dari eufamisme ialah disfemisme (Nordquist). Disfemisme ialah menggunakan perkataan yang negatif bagi menggantikan perkataan yang positif. Akan tetapi disfemisme tidak akan dirincikan di dalam pembentangan tugasan ini.

1.4.

Sejarah Bahasa dan Evolusi Eufamisme Jika ditinjau dari sudut sejarah, kematian bahasa yang telah tidak dituturkan tidak

meninggalkan sebarang bentuk fosil. Bahasa Aramaic misalnya sudah tidak lagi dipertuturkan secara global (Wikipedia, 2012). Maka dengan sebab ini pakar etimologi, pakar
Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 4 ]

Bahasa Eufamisme

bahasa dan sosiolinguistik, pakar sains dan pakar yang seangkatan dengannya telah banyak berselisih pendapat tentang asal-usul bahasa. Sungguhpun demikian, jika diteliti dari firasat keagamaan pula bahasa telah bermula secara otomatik bersama dengan penciptaan manusia pertama di dunia iaitu Adam (Brad Harrub et.al., 2013). Bagi eufamisme pula, ianya berasal dari perkataan Greek euphmisms yang bermaksud perkataan yang membawa kebaikan dan penggunaannya bermula sekitar tahun 1580-1660 (Dictionary.com, 2013). Eu bermaksud baik dan pheme percakapan

(Shoebotton, 2003). Maka eufamisme juga bermakna percakapan yang baik atau sopan. Akan tetapi ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan eufamisme akan menyebabkan penutur tersebut tidak bersikap terbuka dan tidak berterus terang. Dengan hal yang demikian ada yang menganggap eufamisme sebagai satu penipuan pintar berbahasa (Holder, 2012). Ianya seolah-olah menidakkan kebenaran dan menyebabkan penutur dikatakan bersifat hipokrit (Holder, 2002). Walaubagaimanapun jika dihalusi dari satu sudut yang lain pula, antara tujuan utama penutur menggunakan bahasa eufamisme sedemikian ialah untuk tidak menyinggung perasaan pendengar. Maka dengan sebab yang demikian terbitlah kepintaran berbahasa dalam kalangan masyarakat Melayu yang menggunakan eufamisme bagi menyatakan kesopanan, kesantunan dan ketinggian budibahasa orang Melayu. Secara tradisinya masyarakat Melayu di Malaysia telah menggunakan kesantunan berbahasa sejak dari azali lagi. Ianya telah bermula dalam kalangan pembesar dan golongan istana. Seperti contohnya, bagi kerabat yang telah mati atau meninggal dunia, perkataan mangkat akan digunakan bagi menggantikan perkataan mati. Orang yang telah meninggal

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 5 ]

Bahasa Eufamisme

dunia juga dipanggil almarhum dan bukan arwah. Bilik tidur diraja dipanggil bilik beradu. Makan disebut sebagai bersantap. Sakit disebut sebagai gering. Pergi disebut sebagai berangkat. Dalam zaman pasca modenisme ini, eufamisme ini telah berevolusi dengan sendirinya disebabkan berbagai pengaruh persekitaran. Contoh yang agak ketara masa kini ialah menggunakan perkataan mulut takde insuran bagi menggantikan perkataan celupar atau menggunakan simbol seperti orang Melayu ni ada banyak PHD iaitu perasaan hasad dengki. Orang Melayu juga menggunakan perkataan ba alif ba ya untuk menyatakan khinzir di depan khalayak ramai bagi menjaga sensitiviti kaum. Terjadinya bahasa eufamisme adalah kerana terdapatnya unsur pantang larang atau tabu (taboo) yang telah turun temurun dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Tabu adalah pantang larang yang tidak boleh diusik dan perlu dipatuhi bagi tujuan untuk mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat. Unsur tabu ini pula hanya terdapat dalam bidang yang tertentu sahaja seperti hal berkaitan seks, anggota badan tertentu, kehamilan, kematian serta najis (Teo Kok Seong, 2003). Unsur tabu ini wujud di dalam pertuturan atau percakapan seharian di antara anggota keluarga, masyarakat dan juga golongan pembesar dan istana. Tabu adalah salah satu sebab kepada kelahiran eufamisme tradisi.

2.

CONTOH DAN JENIS BAHASA EUFAMISME Jadual 1 berikut adalah sedikit contoh evolusi bahasa eufamisme yang sempat kami

petik sebagai rujukan kepada pembaca.

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 6 ]

Bahasa Eufamisme

Kata asal Berak Kencing Mati Mengandung Beranak Mayat Merogol bersetubuh keluar darah tetek

Evolusi bahasa eufamisme tradisi buang air besar buang hajat buang air kecil melepaskan hajat kecil meninggal dunia kembali kerahmatullah hamil berbadan dua bersalin dapat cahaya mata jenazah arwah mencabul kehormatan menodai tidur sama bersenggama datang haid datang bulan buah dada payu dara

Eufamisme moden pergi melabur selesai urusan dunianya

pergi bank

menjamah tubuh

Jadual 1: Contoh evolusi bahasa eufamisme 2.1 Hal berkaitan dengan najis Contoh yang biasa dikaitkan dengan penggunaan eufamisme ialah hal yang berkaitan dengan najis. Orang Melayu jarang sekali menggunakan perkataan pergi berak, misalnya. Berak adalah perkataan yang dianggap kotor dan jijik dan tidak bersopan. Maka penggunaannya akan digantikan dengan kata-kata yang lebih sopan secara abstrak. Orang Melayu akan mengatakan pergi buang air besar. Wal hal air besar itu juga boleh bermaksud banjir atau bah yang datang melanda. Perkataan air besar digunakan secara tidak langsung, kerana menggunakan perkataan berak dianggap bersifat kurang ajar malah dianggap tidak sopan. Begitu juga dengan perkataan kencing. Menyebut perkataan sedemikian adalah tidak

dibenarkan di dalam masyarakat Melayu. Inilah yang dikatakan sebagai unsur tabu tersebut. Adalah lebih beradab bunyinya apabila orang Melayu menyebut ingin membuang air kecil. Ini juga secara tidak langsung melambangkan ketinggian hemah dan keperibadian orang Melayu. Walaupun begitu, orang Melayu menggunakan perkataan berak pada binatang. Contohnya, kenapa kamu ni, macam ayam berak kapur aje?. Penggunaan berak pada binatang

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 7 ]

Bahasa Eufamisme

dibolehkan dalam penggunaan bahasa oleh orang Melayu. Ianya tidak menjadi pantang larang dalam masyarakat Melayu. Begitu juga dengan perkataan tahi. Najis hanya akan dikaitkan dengan manusia dan tidak kepada binatang. Orang Melayu akan menyebut najis manusia bagi menggantikan perkataan tahi manusia. Akan tetapi, orang Melayu tidak akan menyebut najis ayam. Menggunakan perkataan tahi ayam atau berak ayam kepada binatang tidak dianggap sebagai melanggar adat resam dan tatasusila kesopanan berbahasa di dalam kalangan masyarakat Melayu. Kehalusan berbahasa yang cukup tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu telah menjadi ikutan generasi berikutnya. Perkataan jamban misalnya juga telah digantikan dengan perkataan tandas. Lazimnya, orang Melayu akan malu untuk menggunakan perkataan kotor dan sensitif yang sebegini. 2.2 Hal berkaitan dengan seks, wanita dan anggota badan Perkataan yang dinyatakan secara berterus terang di dalam hal yang berkaitan dengan seks dan terutamanya wanita juga adalah dianggap terlalu sulit dalam masyarakat Melayu. Ianya dianggap tidak sopan, tidak tahu adab dan tidak tahu bahasa apabila seseorang anggota keluarga membicarakan hal yang berkaitan dengan seks atau wanita secara terbuka. Ini adalah adat resam yang telah menjadi budaya ikutan orang Melayu. Perkataan bersetubuh misalnya akan digantikan dengan perkataan tidur bersama. Dalam Bahasa Melayu Tinggi, perkataan bersenggama akan digunakan bagi menggantikan perkataan bersetubuh (Choo, 2012).

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 8 ]

Bahasa Eufamisme

Misalnya lagi, hal yang berkaitan dengan haid wanita juga tidak boleh dibicarakan di depan ahli keluarga dan khalayak ramai. Bagi menggantikan perkataan keluar darah wanita perkataan haid digunakan. Orang Melayu juga lebih selesa menggunakan perkataan datang bulan bagi menggantikan perkataan haid. Menggunakan perkataan haid dan datang bulan menyatakan kesopanan berbahasa dalam adab berbahasa orang Melayu. Lagi hal yang berkaitan dengan wanita ialah tentang kehamilan. Bagi ibu yang sarat mengandung, perkataan sedang hamil akan digunakan. Perkataan eufamisme yang lebih halus lagi ialah berbadan dua. Bahasa eufamisme orang Melayu juga wujud dalam hal yang berkaitan dengan anggota badan yang sulit. Perkataan tetek tidak akan digunakan secara nyata dan terang-terangan. Bagi menyatakan alat sulit wanita yang tersebut, perkataan buah dada akan digunakan. Hasil pengaruh masa, perkataan payu daru telah digunakan secara meluas dan formal oleh masyarakat Melayu di Malaysia. Bagi alat sulit lelaki, orang Melayu akan menggantikan dengan perkataan burung dan bagi wanita pula perkataan katak akan menggantikan alat sulit wanita yang kedua. Kadangkala orang Melayu akan mengatakan seperti begini. Eii tak malunya dia, nampak anunya. Anunya yang dimaksudkan di sini ialah alat sulit individu tersebut. Eufamisme ini dilanjutkan penggunaannya bagi menyatakan seluar dalam wanita dan juga seluar dalam lelaki. Kebiasaannya, orang Melayu akan memahami secara tidak langsung apabila si ibu menyebut tentang sotong di ampaian. Sotong yang dimaksudkan adalah seluar dalam. Ini adalah perkara sulit untuk dibicarkan secara terangan. Maka orang Melayu akan menggunakan bahasa yang lebih sopan dalam membicarakan hal-hal anggota badan dalaman yang sulit baik lelaki mahupun wanita dan hal-hal yang berkaitan dengan seks.
Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 9 ]

Bahasa Eufamisme

2.3 Hal berkaitan dengan kematian Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang prihatin. Mereka sangat arif dalam tingkah laku dan tutur bahasanya apabila membicarakan soal kematian. Untuk mengubat hati orang yang tengah berduka lara dan gundah gulana akibat kematian seseorang yang disayangi, perkataan mati akan digantikan dengan perkataan meninggal dunia. Bahasa Melayu yang lebih sopan bagi menggantikan meninggal dunia ialah kembali ke Rahmatullah. Adalah pantang datuk nenek dan moyang dahulu kala apabila ada mulut anak yang celupar menyebutkan perkataan mati kepada waris simati secara terbuka. Bagi menjaga hati dan perasaan waris simati perkataan yang lebih elok digunakan sebagai menghormati keluarga simati. Perkataan mayat disebut sebagai jenazah. Simati dipanggil arwah. Kesemua panggilan ini adalah bentuk perkataan eufamisme yang digunakan oleh masyarakat Melayu di Malaysia sehingga ke hari ini. Golongan istana pula sebagai contoh lainnya, menggunakan perkataan mangkat bagi menggantikan perkataan meninggal dunia. Masyarakat Melayu biasa tidak dibenarkan menggunakan perkataan istana atau bahasa istana dalam pertuturan dalam kelompok mereka. Ini melanggar adab kesantunan berbahasa yang telah dicipta semenjak awal oleh golongan pemerintahan istana. Halangan sebegini dari pihak istana adalah satu bentuk tabu yang wujud dalam masyarakat Melayu sehingga ke hari ini.

3.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EUFAMISME

Terdapat beberapa ciri yang mempengaruhi bahasa eufamisme di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Untuk memudahkan penulisan, kami hanya memetik 2 faktor utama yang mempengaruhi bahasa eufamisme.
Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 10 ]

Bahasa Eufamisme

3.1

Adat Resam & Budaya

Seperti yang telah dihuraikan melalui contoh dan jenis bahasa eufamisme, penggunaan eufamisme bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat resam dahulu kala. Ada sesetengah adat resam ini telah menjadi kewajipan yang harus dipatuhi dalam kehidupan bermasyarakat orang Melayu. Hasil ikutan adat resam ini telah membudayai kehidupan generasi Melayu seterusnya di Malaysia. Seperti contohnya, perkataan wafat masih lagi digunakan semenjak dahulu lagi bagi menggantikan perkataan meninggal dunia bagi Nabi Muhammad s.a.w. sehingga ke hari ini. Namun begitu, adat resam dan budaya yang turun temurun secara tradisi dari moyang, datuk, nenek, ibu dan bapa telah melahirkan generasi Melayu hari ini. Perubahan zaman telah membawa bersama-samanya perubahan semasa. Perubahan yang pelbagai ini telah membentuk adat resam dan budaya Melayu moden hari ini. Jika dibandingkan masyarakat Melayu tradisi dan masyarakat Melayu di Malaysia hari ini, teramatlah ketara perubahan bahasa eufamisme yang digunakan. Ini disebabkan perubahan api barat telah menjilat pemikiran orang timur. Ini menjadikan peribahasa, simpulan bahasa, bidalan dan perumpamaan tidak lagi dihiraukan, kerana ianya dikatakan ketinggalan zaman. Secara tidak langsung eufamisme tradisi juga telah tidak lagi diperdulikan. Hasil fahaman barat yang telah disampaikan melalui kecanggihan teknologinya telah berjaya mencorak adat resam generasi muda Melayu kini ke arah Facebook, Twitter, Instagram, Skype dan berbagai lagi aplikasi.

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 11 ]

Bahasa Eufamisme

Cukur jambul, majlis berkhatan tidak lagi disambut seperti dahulu. Budaya gotong royong nikah-kahwin telah diganti dengan katering. Ini menyebabkan eufamisme Melayu tenggelam secara perlahan-lahan. 3.2 Pengaruh Persekitaran

3.2.1 Pengaruh bahasa asing Pengaruh persekitaran telah menjadikan bahasa Melayu bercampur aduk dengan bahasabahasa yang lainnya seperti bahasa SMS dan bahasa pinjaman dari perkataan Inggeris. Bahasa SMS yang lebih ringkas dan universal seperti pls tq asap dan berbagai lagi kod bahasa yang lain telah digunakan secara berleluasa. Pengaruh asing ini sedikit sebanyak telah menghakis kesenian, keindahan, kebijaksanaan, kesopanan dan kesantunan berbahasa orang Melayu. Bahasa rojak yang diguna pakai seperti bahasa campuran separuh Melayu dan separuh Inggeris tidak lagi memungkinkan eufamisme tradisi digunakan secara meluas. Pengaruh persekitaran ini bukan sahaja termaktub kepada penggunaan dan cara berbahasa yang sopan, malah sikap, tingkahlaku, cara berpakaian, adab, tatasusila, ketertiban dan budi pekerti juga turut terhakis disebabkan hilangnya tradisi eufamisme Melayu. Hal yang demikian menyebabkan wujudnya kata beradat atau istilah adat yang mengingatkan kita supaya biar mati anak, jangan mati adat. Maksudnya di sini ialah adat itu bukan hanya harus dipertahankan sama seperti kita mempertahankan kasih sayang kita kepada anak kita, malah mempertahankan adat itu lebih besar perjuangannya kerana ianya adalah perjuangan bangsa yang akan menjamin kedaulatan negara di persada dunia and perjuangan bangsa adalah perjuangan bahasa. 3,2.2 Pengaruh lain yang pelbagai

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 12 ]

Bahasa Eufamisme

Faktor faktor persekitaran yang mempengaruhi eufamisme Bahasa Melayu ini sebenarnya ada banyak. Di antara pengaruh persekitaran yang utama termasuklah pengaruh media massa. Media massa yang mementingkan keuntungan lebih gemar berkomunikasi menggunakan bahasa sensasi, bahasa pinjaman dan bahasa popular dalam melariskan jualan. Pengaruh pemerintahan bercorak demokrasi juga berjaya membudayai pemikiran orang Melayu di Malaysia. Corak pemerintahan budibahasa orang Melayu dahulu kala dengan menggunakan adab berbahasa yang luhur telah bertukar kepada corak pemerintahan demokrasi autokratif yang menggunakan konsep kebebasan sebagai tiangnya. Kesantunan Bahasa Melayu akhirnya rebah sendiri dalam arus perubahan pembangunan dan modenisasi serta rempuhan globalisasi yang pelbagai. Rakan sebaya dengan sikap egosentriknya yang dipelajari melalui facebook dan twitter telah merancakkan lagi pelupusan eufamisme tradisi. Banyak lagi pengaruh persekitaran yang pembaca sendiri boleh fikirkan.

4.

KESAN EUFAMISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU


Selain dari bahasa Melayu, eufamisme sebenarnya juga mempengaruhi bahasa-bahasa

lain. Contohnya, bahasa Indonesia menggunakan kamar kecil bagi menggantikan tandas. Orang Inggeris menggunakan perkataan passed away bagi menggantikan perkataan died dan restroom bagi menggantikan toilet. Contoh ini hanya diambil sedikit sahaja sebagai selingan. Tema utama lebih menjurus kepada perbincangan eufamisme Bahasa Melayu.

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 13 ]

Bahasa Eufamisme

Salah satu ciri utama yang telah kami dapati di dalam tugasan permasalahan ini ialah eufamisme bahasa akan menggunakan perkataan yang baik dan yang terlebih baik dari perkataan asalnya. Perkataan yang baik ini dan sopan ini akan menghasilkan output bahsa yang baik dan sopan jua adanya. Dengan sebab itu, kami akan membincangkan kesan-kesan seterusnya penggunaan bahasa eufamisme dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Seperti juga penggunaan bahasa, kesan penggunaan eufamisme sangatlah meluas. Ianya meliputi diri atau individu, keluarga, masyarakat setempat, negara dan juga masyarakat antarabangsa. Masyarakat Melayu tradisi sememangnya terkenal dengan budi pekertinya yang luhur, kesantunannya yang tinggi, adabnya yang mulia, adatnya yang terpuji dan kesopanan berbahasa yang tiada tolok bandingnya. Kesemua ciri-ciri yang tinggi, mulia dan terpuji ini terserlah dalam kehidupan seharian diri, keluarga serta masyarakat setempat dan juga golongan pembesar dan istana yang memimpin rakyatnya yang mana menghasilkan variasa bahasa yang pelbagai seperti yang telah disebutkan. Dengan kewujudan unsur tabu seperti yang dinyatakan, kesan eufamisme ini juga berjaya diserap ke dalam pelbagai variasi bahasa yang lain seperti bidalan, perumpamaan, ayat kiasan, kata adat, peribahasa dan berbagai lagi stilistik bahasa yang sewaktu dengannya. Di antara kesan yang paling ketara ialah eufamisme tradisi telah melahirkan eufamisme moden dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Eufamisme moden adalah lanjutan daripada eufamisme tradisi. Secara amnya, eufamisme moden ialah penambahbaikan kepada eufamisme tradisi. Beberapa contoh perkataan telah diturunkan lagi di bawah sebagai penambahan kepada bahasa eufamisme.

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 14 ]

Bahasa Eufamisme

Kata asal Evolusi bahasa eufamisme tradisi Bini isteri teman hidup Kuli orang gaji pembantu rumah Bodoh buta hati kurang akal Orang cacat orang tidak upaya orang kurang upaya Gila sasau hilang akal kadam kuli pembantu alat sulit wanita katak anunya alat sulit lelaki burung anunya tahi berak najis betina perempuan wanita

Eufamisme moden
orang rumah amah

rendah mentaliti doh orang berkeperluan khas hilang pertimbangan masalah mental
penolong

bahan kumuh
kaum hawa

Dengan mengambil definisi bahasa eufamisme sebagai bahasa yang sopan, penulis mendapati kesan eufamisme ini telah mempengaruhi orang Melayu dalam menggantikan lebih banyak lagi perkataan yang negatif,agak kasar dan menyinggung perasaan kepada perkatan yang lebih sopan dan sedap di dengar telinga serta hati dan perasaan. Selain kesopanan dan kesantunan berbahasa, salah satu tujuan lain menggunakan bahasa eufamisme juga adalah untuk menjaga hati dan perasaan pendengar. Oleh sebab yang demikian, maka wujudlah pengaruh moden dalam sebilangan kecil masyarakat Melayu moden yang cendikiawan. Kesan eufamisme tradisi tidak begitu serupa dengan eufamisme moden. Eufamisme tradisi menekankan kesenian, ketinggian, keindahan dan kebijaksanaan berbahasa manakala eufamisme moden lebih telanjang dalam ungkapannya. Ini adalah kesan yang sangat ketara sekali dalam kalangan penutur eufamisme Melayu di Malaysia. Walaupun sajak, syair dan puisi mempunyai unsur eufamisme di dalamnya, ianya pula sangat bersifat intelektualistik dan terlalu panjang sehinggakan sukar difahami oleh kaum Melayu yang sebahagian besar masih lagi rendah mentalitinya. Ditambah pula dengan keengganan menggunakan eufamisme tradisi, generasi Melayu masa kini lebih banyak terdedah kepada eufamisme mendatang seperti word of wisdom dan popular quotes.
Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 15 ]

Bahasa Eufamisme

Golongan elit dan intelek Melayu contohnya lebih suka mencampur adukkan bahasa seperti menggunakan perkataan expecting yang bermaksud hamil. Pergi melabur untuk menggantikan perkataan melepaskan hajat besar. Dari sudut bahasa, memang ada salah dan silapnya menggunakan bahasa campuran sebegitu rupa. Namun begitu dari sudut berkomunikasi pula, penyampai maksud mungkin telah berjaya menyatakan kesopanannya secara langsung dan tidak langsung. Cacat-cela memang wujud di mana-mana, dahulu dan sekarang, kini dan selama-lamanya, selagi kita bernama manusia. Maka usahlah dipertikaikan silapnya bahasa. Yang penting adalah tujuan berbahasa (eufamisme) itu adalah untuk berkomunikasi secara yang sopan atau lebih sopan. Selagi kesopanan berbahasa itu wujud, maka apa jua bahasa yang dikomunikasikan dengan sopan boleh digunapakai bagi mengungkap maksud dan menyampaikan makna yang serupa. Akan tetapi, dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia, Bahasa Melayu adalah bahasa utama kepada eufamisme pasca modenisma.

5.

CADANGAN DAN PENDAPAT

Sebelum kami menyatakan kesimpulan, kumpulan kami ingin menghujahkan beberapa cadangan yang mungkin juga berbentuk pendapat sebelum mengakhiri penulisan penggunaan bahasa eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Cadangan utama penulis adalah untuk memperluaskan definisi bahasa eufamisme supaya kesopanan berbahasa bukan sahaja difahami dalam hal-hal yang berkaitan dengan kematian, seks, wanita dan anggota badan atau najis (atau secara tradisi), tetapi diperpanjangkan penggunaan supaya meliputi apa jua perkataan yang negatif dan berbaur negatif. Dalam hal
Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 16 ]

Bahasa Eufamisme

yang sedemikan, penulis menurunkan beberapa contoh ungkapan yang difikirkan bersesuaian dengan tujuan eufamisme bahasa itu digunakan bagi menyatakan kesopanan. Satu contoh ayat eufamisme akan berbunyi tanyalah anak kesayangan awak tu, kenapa tak tutup lampu sebelum keluar bilik. Di sebalik menggunakan kata tanyalah anak awak yang pemalas (pelupa) tu, . Ayat ini sebenarnya adalah ayat sindiran. Sindiran adalah sangat tajam dan boleh menusuk hati dan melukakan perasaan. Anak kesayangan yang dimaksudkan mungkin mempunyai sikap malas, pelupa atau mengambil mudah semua perkara. Dengan hal yang demikian, bagi menyatakan sikap negatif tersebut, ayat yang positif (eufamisme) digunakan. Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. Gurauan ungkapan sebegini juga selalu kedengaran di waktu majlis keraian seperti kenduri-kendara dan gotongroyong. Peribahasa ini bermaksud kalau kita tidak berusaha, manakan nak dapat hasilnya. Ini juga adalah satu bentuk eufamisme bahasa pada pendapat penulis. Ia menyatakan sesuatu perkara secara tidak langsung dengan menggunakan contoh sedia ada. Walaupun jenis ayat, perkataan, ungkapan atau rangkap eufamisme ada kalanya bertindanan dalam bentuk dan jenisnya yang lain, akan tetapi tujuannya tetap satu, iaitu untuk kebaikan dalam menyatakan kesopanan. Bulat air dek pembetung, bulat manusia kerana muafakat, adalah jugacontoh rangkap eufamisme. Kata adat ini bermaksud masyarakat tidak akan berpecah belah sekiranya kita bermuafakat. Bersatunya manusia kerana kesepakatan. Ia digunakan secara langsung dan tidak langsung oleh masyarakat di Negeri Sembilan (Buyong Adil, 1981).

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 17 ]

Bahasa Eufamisme

Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu juga wujud dalam majlis kemasyarakatan seperti perkahwinan. Seperti contohnya, di negeri Melaka, bakal pengantin lelaki akan berpantun dahulu sebelum dapat duduk di sebelah bakal isterinya. Dalam rangkap rangkap pantun ini, ada terselit eufamisme bahasa di dalamnya. Sayang anak, suami (isteri) orang, sayang cucu, anak orang. Ini adalah rangkap eufamisme yang pernah digunakan oleh orang tua-tua kepada anak-anaknya atau menantunya yang telah berkahwin dan mendapat cahaya mata. Maksud yang disampaikan cukup jelas kerana seorang nenek itu tidak lagi dapat menyayangi anaknya sendiri kerana dia telah menjadi isteri atau suami kepada orang lain. Nenek itu juga tidak lagi dapat menyayangi cucunya kerana cucu itu dilahirkan oleh orang lain dan bukan dirinya. Maka untuk memujuk diri sendiri, terbitlah ungkapan atau rangkap eufamisme yang sebegini bagi meredakan hati dan perasaan sendiri. Secara tidak langsung apa yang nenek itu hendak sampaikan ialah bahawa putuslah sudah kasih dan sayang. Patah tumbuh hilang berganti. Ini ialah contoh lagi istilah yang diguna pakai pada seseorang yang baru kematian isteri atau suami bagi menenangkan keadaannya, supaya redha menerima keadaan. Malah ada waris simati yang menjawab yang hilang tidak akan sama dengan yang diganti atau yang hilang tidak sama dengan yang menanti. Cara berbahasa sebegini jika dicantumkan maka ianya menjadi seperti pantun 2 kerat. Yang pergi, yang diganti dan yang menanti, semuanya kurniaan Ilahi. Inilah yang dikatakan bahasa eufamisme dalam masyarakat Melayu di Malaysia yang pernah dipraktikkan suatu ketika dahulu secara tradisi.

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 18 ]

Bahasa Eufamisme

Ini semua membuktikan bahawa eufamisme Melayu tradisi telah mampu memberikan identiti bahasanya yang tersendiri, sangat kreatif dan sangatlah kaya dari segi variasi atau stilistik berbahasa. Maka tidak hairanlah sekiranya pada suatu ketika dahulu eufamisme bahasa Melayu dihormati dan disanjungi di seluruh dunia sehingga menjadikan bahasa Melayu dikaji dan dipelajari malah telah menempatkan bahasa Melayu sebagai lingua franca atau bahasa perantara dunia pada kurun ke 14-16 (Wikipedia, 2013).

6.

KESIMPULAN

Use word that helps, and not word that hurts. Maksudnya dalam bahasa Melayu ialah gunakan perkataan yang menolong, dan bukannya perkataan yang menyakitkan. Ini adalah intipati kepada bahasa eufamisme. Bahasa eufamisme bukan sahaja boleh didefinasikan sebagai menggantikan perkataan yang negatif kepada perkataan yang positif tetapi eufamisme juga wujud lebih jauh dari lingkungan positif atau negatifnya ungkapan. Eufamisme sebenar menekankan tujuan berbahasa untuk meletakkan diri pada tempat yang lebih tinggi dan mulia. Dengan sebabsebab yang telah dinyatakan itulah kami telah mendefinasikan bahasa eufamisme sebagai bahasa sopan berdasarkan tujuan berbahasa itu dibuat kerana impaknya sangatlah mendalam sehingga sampai jauh ke dalam lubuk hati pendengar sehingga boleh mencetuskan nilai-nilai murni individu dalam kehidupan. Tujuan berbahasa adalah untuk keharmonian dalam mewujudkan diri yang boleh berkomunikasi secara sopan, beradab dan bertatatertib bagi tujuan untuk menyingkap

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 19 ]

Bahasa Eufamisme

maksud dan menyampaikan makna kepada sipendengar supaya beroleh kesefahaman yang padu dan kesepakatan dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Dalam negara yang berdaulat, bahasa eufamisme secara tidak langsung akan memberi implikasi global kepada masyarakat antarabangsa. Dengan eufamisme maka akan terbitlah budi pekerti yang luhur, akhlak yang mulia, tingkah laku yang terpuji, tatasusila yang tinggi dan jatidiri bangsa Melayu sebenar bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 20 ]

Bahasa Eufamisme

7.

BIBLIOGRAFI
Brad Harrub, Bert Thompson, and Dave Miller (2013). The True.Origin Archive:

Exposing the Myth of Evolution: The origin of language and communication: Adam-the first human to talk and communicate. (Copy right 2003). Dipetik pada 28hb Ogos 2013 daripada http://www.trueorigin.org/language01.asp Buyong Adil (1981). Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Choo Hung Fei (2012). Dewan Bahasa dan Pustaka: Ciri Bahasa Melayu Tinggi. Dipetik pada 15hb September 2013 daripada http://dwnbahasa.dbp.my/?p=537 Eufamisme (2008). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dipetik pada 28hb Ogos 2013 daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=eufemisme&d=10 Euphemism (n.d.). Dictionary.com Unabridged. Retrieved August 27, 2013, from Dictionary.com website: http://dictionary.reference.com/browse/euphemism Holder, R.W. (2002). How Not to Say What You Mean: A Dictionary of Euphemisms. Oxford: Oxford University Press. Nordquist, Richard (n.d.). About.com: Grammar and Composition. Dipetik pada 15hb September 2013 daripada http://grammar.about.com/od/d/g/dysphemismterm.htm Paklong Cikgu (2010). Scribd.com: Topik 2: Stilistik. Dipetik pada 31hb Ogos 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/36219332/stalistik

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 21 ]

Bahasa Eufamisme

Shoebottom, Paul (2003). Frankfurt International School: A guide to learning English: Euphamisms. (Copyright 1996-2003). Dipetik pada 15hb September 2013 daripada http://esl.fis.edu/grammar/easy/euphem.htm Teo Kok Seong (2003). Kesantunan berbahasa: kes bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa 3 (3): 14-23 Wikipedia Foundation, Inc. (2012). Wikipedia: the free encyclopedia: Aramaic Language. Dipetik pada 28hb Ogos 2013 daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/Aramaic_language Wikipedia Foundation, Inc. (2013). Wikipedia: the free encyclopedia: Lingua Franca. Dipetik pada 9hb September 2013 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Lingua_franca

Penggunaan Bahasa Eufamisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia [ 22 ]

Anda mungkin juga menyukai