Anda di halaman 1dari 28

-1-

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1. Sinopsis 3 2. Pendahuluan 3 3. Latar belakang Edward De Bono..... 5 4. Tujuh peringkat pemikiran Edward De Bono (CoRT1). 7 1. Baik, Buruk, Menarik 2. Ambil kira Semua Faktor. 9 3. Kesan dan Akibat daripada Kesan 4. Tujuan, Matlamat, Objektif..... 10 5. Pertama dalam Kepentigan 6. Alternatif, Kemungkinan, Pilihan... 10 7. Pandangan Orang Lain 5. Enam Topi Pemikiran Edward De Bono 11 6. Perspektif.... 13 7. Ilusi pandangan.. 14 8. Pemikiran De Bono dalam pembelajaran di sekolah... 15 9. Ringkasan Tujuh Peringkat Pemikiran De Bono.... 17 1. Bertanya 2. Mudahkan.. 20 3. Kelaskan 4. Hubungkan. 22 5. Lakukan 6. Sebatikan 24 7. Murnikan 10. Pendapat.. 26 11. Kesimpulan.. 27 12. Rujukan.... 28

-2-

1.

SINOPSIS

Dalam menghuraikan secara terperinci 7 peringkat pemikiran Edward De Bono dalam pembelajaran di sekolah, secara amnya kertas kerja ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu: 1. Latar belakang Dr. Edward De Bono (ms. 5-6) 2. Tujuh peringkat pemikiran Dr. Edward De Bono (ms. 7-12) 3. Pembelajaran di sekolah dalam 7 cara pemikiran Dr. Edward De Bono (ms. 15-25) Bermula dengan latar belakang Dr. Edward De Bono, 7 peringkat pemikiran pula akan dijana daripada program CoRT 1 dan buku 6 Thinking Hats beliau. Seterusnya 7 ringkasan pengajaran dari pemikiran Dr. Edward De Bono akan dimuatkan di dalam bahagian akhir beserta dengan ulasan pendapat dan diakhiri dengan kesimpulan.

2.

PENDAHULUAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2005) pemikiran bermaksud perihal berfikir (memikir) dan berfikir pula bermaksud menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu, (dalam ingatan) dan memikir pula bermaksud berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu termasuk menyangka dan menganggap. Dalam erti kata lain, berfikir adalah suatu proses menggunakan minda (otak) dalam mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka, mencari idea atau alternatif untuk membuat pertimbangan yang wajar bagi sesuatu keputusan atau rumusan. Secara amnya, berfikir terjadi secara spontan atau automatik dan semulajadi. Proses berfikir terjadi di dalam otak. Otak adalah deria yang sangat sensitif dan naluri semulajadi manusia pula sentiasa bersifat ingin tahu. Menurut Dr. Susan Ludington Hoe dan K. Golant (1987) pada asasnya pemikiran minda bermula
-3-

dari peringkat dalam rahim (fetus) lagi.

Di peringkat bayi minda akan mula

berfikir selari dengan penggunaan deria-deria asas iaitu mata, telinga, kulit atau tangan, hidung, lidah (merasa secara fizikal - manis, masam, masin dan pahit), hati (merasa secara ilmiah atau perasaan) dan otak (berfikir - membuat rumusan). Elemen dalam Gambarajah 1 adalah deria penting yang akan menjana pemikiran. Ini adalah alat yang akan menyebabkan otak atau minda berfikir. Elemen yang disebutkan sebenarnya adalah faktor luaran. adalah sifat ingin tahu (Hoe, and Golant, 1987, ms. 57). Faktor dalaman Ini adalah asas

pemikiran yang akan dibawa bayi tersebut apabila melangkah ke alam persekolahan. Gambarajah 1: Deria Asas Manusia

-4-

Foto 1 (di bawah): DR. EDWARD DE BONO (Wikipedia Foundation, 2012)

3.

LATARBELAKANG EDWARD DE BONO (De Bono, 2012)

Edward Charles Francis Publius De Bono atau lebih dikenali dengan nama mudah beliau Edward De Bono lahir pada 19 May 1933 di Malta (Wikipedia Foundation, Inc., 2012). Beliau bersekolah di St Edward College dan

kemudiannya belajar di Universiti of Malta dan Berjaya berjaya mendapat Ijazah Perubatan (Medical Degree) pada umur 15 tahun. Beliau menyambung sebagai Rhodes Scholar dan memperoleh Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang Psikologi dan Fisiologi di Christ Church, Oxford, London.
-5-

Seterusnya beliau mendalami terus ke peringkat Ph.D dalam bidang perubatan dan mendapat D.Phil di Trinity College, Cambridge, England. Beliau pernah

berkhidmat di universiti Oxford, Cambridge dan Harvard, kesemuanya di London. Beliau juga belajar undang-undang dan mendapat LLB Degree dari University of Dundee, England. Beliau juga mendapat Ijazah SeniReka (D.Design) dari Royal Melbourne Institute of Technology, Australia. Dr. Edward De Bono telah menulis banyak buku yang mana telah diterjemahkan ke dalam lebih dari 30 bahasa. Beliau juga telah memberi ceramah di lebih 50 buah Negara. Buku The Mechanism of Mind beliau yang diterbitkan pada tahun 1969 ialah berkenaan pemikiran kreativiti. Kemudiannya Edward De Bono telah

mengembangkan konsep tersebut kepada pemikiran secara lateral. Pada tahun 1988, Edward De Bono telah dianugerahkan hadiah Capire pertama di Madrid. Pada July 1994 Edward De Bono mendapat anugerah Pioneer Prize dalam Bidang Pemikiran di M.I.T. Boston. Pada Januari 1995, beliau menerima pingat tertinggi iaitu National Order of Merit dari kerajaan Malta. Pada September 1996, De Bono Institute telah dil ancarkan di Merbourne, Australia $8.5juta. Kehebatan cara pemikiran beliau telah digunakan oleh banyak syarikat besar seperti IBM, Dupont, Prudential, AT&T (USA), British Airways, British Coal, NTT (Japan_, Ericsson (Sweden) dan Total (France) termasuk Microsoft Corporation. Hasil kerja beliau disambut oleh banyak pihak dan Negara termasuk Lord Mountbatten, Pentagon, UN juga Komanwel. 6 Thinking Hats adalah antara buku terbaru beliau. Sedutan motivasi Dr. Edward De Bono juga boleh didapati secara langsung dari sesawang YouTube di internet. dengan sumbangan dari Ya yasan Andrews sebanyak

-6-

Foto 2 (di atas): contoh buku-buku Edward De Bono

4.

TUJUH PERINGKAT PEMIKIRAN EDWARD DE BONO (CoRT 1)

Edward De Bono adalah pengasas kepada pemikiran lateral dan pemikiran selari (parallel thinking) (CoRTthinking.com, 2012). Beliau juga telah membongkar banyak jenis dan bentuk pemikiran yang lainnya seperti pemikiran kreatif, pemikiran abstrak dan pemikiran konkrit. Secara amnya, beliau membahagikan pemikiran kepada 2 iaitu (BrainyChild.com, 2012): 1. Pemikiran Lateral (Lateral Thinking) 2. Pemikiran Vertikal (Vertical Thinking)

-7-

Pada tahun 1972 Edward De Bono membuka Cognitive Research Trust untuk mengajar konsep dan pemikirannya di sekolah-sekolah (De Bono, 2012). Pemikiran CoRT (CoRTthinking.com, 2012) diajar meliputi 6 aspek berikut:
1. 2. 3. 4. 5. 6.

CoRT 1 INTIPATI (Breadth) CoRT 2 PENGURUSAN (Organisation) CoRT 3 INTERAKSI (Interaction) CoRT 4 KREATIVITI (Creativity) CoRT 5 INFORMASI & PERASAAN (Information & Feeling) CoRT 6 PERLAKUAN (Action)

Rajah 1: Pemikiran CoRT 1 CoRT 1 adalah initipati atau asas pembelajaran pemikiran Edward De Bono. Secara khususnya, pemikiran CoRT 1 pula telah di bahagikan kepada 7 peringkat seperti lakaran dalam Rajah 1.

-8-

4.1. Baik. Buruk dan Menarik [Plus, Minus, Intereting (PMI)] Cara kita menilai baik dan buruk sesuatu adalah penting. Setiap sesuatu yang bermain difikiran boleh ditafsirkan sebaagai baik atau sebaliknya buruk (minus). Perkara yang tidak termasuk dalam baik atau buruk adalah menarik. Ianya boleh digunakan dalam sesi mesyuarat, perbincangan secara individu atau berkumpulan. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, kita harus menimbang sesuatu idea atau perkara dari sudut positif (baik) dan negatif (buruk) bagi mendapatkan keputusan yang terlebih baik. 4.2. Ambil kira Semua Faktor [Consider All Factors (CAF)] Dalam kehidupan, kita diberi pilihan untuk memilih. Dalam membuat pilihan yang tepat, kita harus mengambil kira semua perkara atau faktor, melihat dari semua sudut dan perpektif. Mengambil kira semua perkara adalah sesuatu yang amat penting dalam membuat keputusan atau rancangan. Ini adalah termasuk mengambil kira faktor luar jangka (unexpected). Kita harus tahu

menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan mana penting sahaja. Faktor kecil juga harus diambil kira. Ia mengajak kita untuk melihat dari semua perspektif. 4.3. Kesan dan Akibat daripada Kesan [Consequence and Sequel (C&S)] Sebab dan akibat, tindakan dan tindak balas, kesan dan akibat daripada kesan adalah perkataan yang serupa walaupun tidak sama. Setiap perbuatan akan meninggalkan kesan. Contohnya ialah, jika kita berbuat A, hasilnya ialah X. Jika kita lakukan B, hasilnya ialah Y. Ini adalah contoh kesan dan akibat daripada kesan tersebut. Dalam ertikata lainnya, ia adalah sebab dan akibat. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak semasa kerana ia akan menimbulkan akibat (secara langsung atau tidak langsung). Murid dan guru juga perlu memikirkan kesan-kesan sampingan lain akibat rancangan kita itu seperti iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.
-9-

4.4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)] Tujuan, matlamat dan objektif mengajar minda supaya lebih fokus kepada satau satu tujuan atau matlamat. Pemikiran sebegini perlu ada supaya minda tidak tersasar jauh dari matlamat dan tujuan. Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Inilah yang contoh diperkatakan - tujuan

tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Matlamat dan tujuan memudahkan minda mencapai objektifnya. 4.5. Pertama Dalam Kepentingan [First Important Priority (FIP)] Kita juga harus pandai membuat saringan. Perkara yang pertama seharusnya diutamakan. Perkara yang akhir perlu dikemudiankan. Perkara yag tidak penting harus dan boleh ditinggalkan dan tidak perlu untuk emasuki senarai minda kita. Para guru boleh membantu murid dalam aktiviti ini. Menggunakan alat-alat berfikir diatas boleh menimbul masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk tujuan pemikiran ini kita terpaksa memilih yang paling utama sahaja dan meletakkan kepentingan yang lain sebagai nombor dua dan seterusnya kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak. Apa yang paling penting ialah minda harus tahu keutamaan sendiri. 4.6. Alternatif, Kemungkinan, Pilihan [Alternatives, Possibilities, Choices (APC)] Perkara keenam ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai alternatif, pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang lebih meluas dan dari pelbagai sudut pandangan. Dalam menyelesaikan masalah, kita mempunyai banyak jalan, kemungkinan, pilihan dan alternatif. Kita lakukan rancangan demi rancangan, satu per satu - plan A, plan B, plan C untuk mendapat sesuatu keputusan. Sekiranya rancangan A tidak berjaya, kita tukar minda untuk melakukan rancangan yang B, rancangan C dan seterusnya
- 10 -

sehingga matlamat kita tercapai. Apa yang penting ialah minda kita harus lebih fleksibel apabila berdepan dengan masalah pemikiran sebegini. 4.7. Pandangan Orang Lain [Other Peoples View (OPV)] Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan perasaan dan minda orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandanan orang lain dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan berkemungkinan juga akan difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza oleh kerana kita melihat dari sudut yang berbeza.

5.

ENAM TOPI PEMIKIRAN EDWARD DE BONO

Pada tahun 1985, Edward De Bono telah mengasimilasikan (assimilate) peringkat-peringkat dan pemikiran-pemikiran beliau menggunakan konsep yang lebih mudah iaitu menggunakan Enam Topi Pemikiran atau 6 Thinking Hats (De Bono, 1999). Mengikut tulisan beliau, topi ini dibahagikan mengikut 6 warna seperti Gambarajah 2 supaya lebih jelas diingati oleh minda dan lebih sistematik. Secara ringkasnya, warna yang dipilih membawa makna dan maksud yang tertentu, sesuai mengikut tafsiran beliau. Contohnya, warna putih dikaitkan

dengan kertas computer. Secara ringkasnya topi putih adalah sesuatu yang natural. Topi putih adalah fakta dan informasi. Topi merah pula adalah emosi, kerana itu ia dikaitkan dengan api. Emosi akan kita sentiasa bertukar mengikut arahan minda. Topi hitam pula adalah perspektif dari sudut yang negatif.

Apabila ada unsur yang tidak baik, apa yang harus minda kita lakukan ialah mengambil langkah berjaga-jaga. Maka kerana itu topi hitam bermaksud berhati- 11 -

hati. Sesuatu yang negative mungkin berbentuk ancaman, halangan, cabaran dan kelemahan. Topi kuning pula dikaitkan dengan matahari. Ia sentiasa bersinar. Ini adalah berlawanan sifatnya dengan topi hitam. Topi kuning akan memandang dari sudut yang positif. Ia akan memandang dari sudut peluang, keperluan dan kekuatan.

Gambarajah 2: Enam Topi Pemikiran De Bono Topi hijau pula dikaitkan dengan sayuran, sesuatu yang tumbuh dan sentiasa membesar. Ini adalah idea minda yang harus dirangsang secara berterusan. Topi biru pula membawa maksud langit (blue sky). Ianya adalah pemikiran peringkat atasan. Topi biru akan mengawal selia proses kesemua topi yang lain. Selain menggunakan Enam Topi Pemikiran dalam perbincangan dan mesyuarat, kegunaan pemikiran menggunakan Enam Topi ini juga sesuai untuk

diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah.

- 12 -

6.

PERSPEKTIF

Kemahiran berfikir Edward De Bono secara lateral bukan sahaja untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara logik tetapi juga untuk melihat sesuatu masalah dari pelbagai sudut dan perspektif dalam menyelesaikan masalah tersebut menggunakan daya imaginasi dan pendekatan yang agak luarbiasa. Rajah 2: Sudut pandangan

Pandangan dari sudut atau perspektif yang pelbagai akan melahirkan persepsi dan pendapat yang berbagai. Edward De Bono telah membawa minda kita dari pemikiran lateral kepada konsep Pemikiran Selari (Parallel Thinking) di dalam buku 6 Thinking Hats. Pemikiran Selari bermaksud membawa semua pembaca melihat sesuatu objek tersebut dari sudut yang sama pada masa yang sama dan bukannya semua pembaca melihat dari sudut yang pelbagai pada masa yang sama. (Ingatkah lagi anda tentang cerita 3 orang buta dan seekor gajah? Apakah pengajarannya? Jawapan ada di minda anda). Seterusnya minda kita

disarankan supaya melihat dari sudut ini secara bersama-sama dan dilakukan secara satu persatu (moment by moment), dari satu sudut ke satu sudut lain.

- 13 -

Apa sebenarnya Edward De Bono cuba sampaikan kepada minda kita ialah bukan sahaja dari segi melihat tetapi untuk merenung lebih jauh dari itu. Penglihatan kita akan terbatas oleh halangan objek, tetapi renungan minda kita boleh menembusi objek itu sejauh kesampaian pemikiran kita. Tidak mustahil saya nyatakan bahawa jika kita melihat kotak itu secara keseluruhannya minda kita akan mendapat pandangan keseluruhan (overall view). Ini bermaksud apa yang ada diluar kotak itu akan menjadi sebahagian daripada pemikiran kita. Ini juga adalah salah satu intipati yang dimaksudkan dalam Pemikiran Kreatif (Creative Thinking) Edward De Bono.

7.

ILUSI PANDANGAN

Foto 3: Perempuan tua atau muda? (Angelo, 2012) Lihat pula contoh lakaran Foto 3 diatas ini. Anda lihat perempuan tua? Lihat kembali dari sudut mata perempuan tua di atas anda akan melihat itu adalah telinga perempuan muda. Adakalanya penglihatan sahaja tidak cukup untuk

minda kita merumus kepastian.

- 14 -

8.

PEMIKIRAN DE BONO DALAM PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

Pemikiran De Bono adalah sesuatu yang boleh dipupuk dan dibentuk dalam pembelajaran di sekolah. Walaubagaimanapun memupuk pemikiran De Bono perlu dilakukan secara berperingkat dan perlu dipermudahkan supaya ianya lebih mudah difahami murid atau pelajar. Sebelum minda melangkah lebih ke hadapan, kita perlu memerhatikan terlebih dahulu alat-alat yang akan menjana pemikiran di sekolah secara lebih khusus. Secara khususnya, faktor luaran (alat berfikir) yang akan menjana pemikiran atau minda murid dan pelajar dalam pembelajaran di sekolah adalah elemenelemen yang akan dibentangkan di helaian seterusnya berpandukan Rajah 3 berikut.

Rajah 3: Alat Berfikir di Sekolah


- 15 -

Alat berfikir ini akan digunakan oleh minda selari dengan deria asas yang disebutkan sebelumnya dalam Gambarajah 1 di dalam bab pendahuluan. Buku teks di sekolah erlu diklasifikasikan mengikut tahap umur iaitu, pra-sekolah, rendah, menengah, dan tinggi. Ianya mestilah menggunakan bahasa

penyampaian yang mudah diterima pakai oleh semua budaya dan kaum. Warna yang menarik juga harus digunakan untuk menarik minat murid kepada pembelajaran. Isi pembelajaran hendaklah mengikut kesesuaian umur dan harus mendorong minat murid kearah pembelajaran yang berbentuk interaktif. Untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik, isi pembelajaran harus digubal mengikut

kesesuaian deria asas sedia ada. Ianya juga harus mempunyai banyak nilainilai murni yang perlu disebatikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Soalan dan ujian boleh digubal berasaskan jawapan objektif bertumpu, bercapah (objektif yang lebih dari 1 jawapan), subjektif, lisan dan juga ujikaji makmal. Latihan yang diberikan boleh berbentuk penulisan, pemahaman, pembacaan, latihan amali, dan juga sukan. Guru pula adalah contoh terbaik dalam memperkayakan minda murid. Murid mungkin boleh mudah lupa apa yang guru ajarkan tetapi mereka juga akan lebih senang meniru apa yang para guru lakukan daripada apa guru yang diajarkan. Para pendidik perlu memahami konsep pemikiran De Bono terlebih dahulu sebelum menerapkan nilai-nilai murni eliau ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah pula, kebersihan seperti di bilik air, susun-atur, tatacara, sistem pentadbiran, kantin sekolah dan prasarana seperti perpustakaan, makmal sains, dan pusat bahasa akan menjadi alat berfikir seterusnya. Kawan-kawan disekolah juga boleh menjana pemikiran minda murid dan pelajar. Pergaulan yang sihat boleh menhasilkan nilai-nilai murni yang positif. Perbincangan secara berkumpulan boleh merangsang minda untuk berfikir dan
- 16 -

menggalakkan interaktiviti sesama rakan sebaya. Ancaman dari nilai-nilai yang negatif bersama kawan harus dielakkan supaya minda sentiasa bersih dan fokus ke arah pembelajaran. Penglibatan ibubapa dan penjaga pula adalah faktor sekunder yang amat penting dalam memperkasakan minda murid ke tahap yang lebih tinggi.

9.

RINGKASAN TUJUH PERINGKAT PEMIKIRAN DE BONO

7 Peringkat Pemikiran Edward De Bono ini adalah sesuatu yang sangat kompleks untuk difahami oleh minda murid atau pelajar di peringkat sekolah terutamanya sekolah tadika dan rendah. Ringkasan pengajaran yang cuba

disampaikan oleh pemikiran-pemikiran De Bono di dalam program dan bukubuku beliau boleh dimudahkan kepada 7 peringkat seperti Rajah 4 berikutnya:

Rajah 4: Ringkasan Tujuh Pemikiran Dr. Edward De Bono


- 17 -

9.1. BERTANYA Komunikasi adalah penting dalam pembelajaran di sekolah. Tujuan bertanya adalah untuk berkomunikasi. Berkomunikasi pula dilakukan dengan bahasa

yang mudah untuk difahami minda. Apabila pihak yang ditanya memberi jawapan, maka berlakulah interaksi. Interaksi akan mewujudkan perhubungan. Maka barulah pemikiran akan mengalir ke peringkat yang seterusnya. Bertanya adalah cara yang paling mudah untuk menjana pemikiran. Murid atau pelajar harus digalakkan bertanya samada soalan maupun jawapan yang tidak dapat difahami. Contoh-contoh soalan akan bermula dengan ayat Apa? Siapa? Bila? Di mana? Kenapa? dan Bagaimana? Bertanya adalah untuk mengumpul

maklumat. Ini ada dijelaskan di dalam Topi Putih Edward De Bono. Otak akan bertanya secara spontan untuk mencari jawapan dalam

menyelesaikan masalah menikut kata tanya asas yang berikut seperti Gambarajah 3.

Gambarajah 3: Kata Tanya Asas


- 18 -

Berpandukan kata tanya asas dalam Gambrajah 3, kita boleh menghasilkan Peta Minda seperti contoh dalam Rajah 5. Ia adalah contoh rekaan dari konsep peta minda (mind mapping) yang juga diperkenalkan oleh Edward De Bono di bawah program CoRT beliau. Rajah 5: Contoh Peta Minda

Ianya adalah satu aplikasi mudah dan boleh diguna pakai oleh murid apabila membuat karangan bahasa Malaysia atau Inggeris. Peta minda juga mengajar murid untuk memudahkan dan mengklasifikasikan objek dan subjek. Rajah 5 ialah satu contoh peta minda yang telah diolah mengikut miinda pelajar. Peta minda juga boleh digunapakai untuk memudahkan minda dan mengklasifikasikan kehendak minda mengikut kesesuaian kelasnya. Selain dari penglibatan murid dalam mengajukan soalan, para guru juga terlibat secara lansung dalam proses menjawab soalan atau memberi penerangan
- 19 -

kepada murid.

Ini dipanggil berinteraksi atau berkomunikasi. Para guru juga

harus bertanyakan pendapat murid. Ini ada dibentangkan di dalam Topi Hijau Edward De Bono. Selain itu para guru juga harus bertanyakan perasaan murid terhadap kaedah atau cara pembelajaran juga cara penyampaian. melibatkan Topi Merah. 9.2. MUDAHKAN Otak lebih senang berfikir jika sesuatu perkara itu mudah dan tidak kompleks. Musuh utama pemikiran ialah sesuatu yang kompleks (complexity) (De Bono, 1999, ms. 11). Sesuatu yang kompleks akan sukar untuk difahami dan tidak mudah diterima minda. Sesuatu yang kompleks boleh mengelirukan minda. Perasaan

Menimbal 6 bola pada satu masa susah untuk dilakukan. Menimbal 1 bola adalah lebih mudah (De Bono, 1999, ms. 11). Salah satu cara untuk memudahkan murid belajar dalam menghafal sifir ialah dengan menyuruh murid mengingat jawapan untuk satu sifir sehari sahaja berbanding dengan cara mengingat kesemua jawapan untuk 12 sifir. Contohnya jika guru matematik harus mengajar sifir 3. Hari pertama ialah menyuruh murid menghafal jawapan untu sifir 1 x 3. Jawapannya ialah 3. Hari kedua ialah

menyuruh murid menghafal jawapan untuk sifir 2 x 3. Jawapannya ialah 6. Hari ketiga ialah menyuruh murid menghafal jawapan untuk sifir 3 x 3. Jawapannya ialah 9. Sampailah hari ke-12 di mana murid harus menghafal sifir jawapan untuk sifir 12 x 3. Jawapannya ialah 36. Ianya memerlukan 12 hari untuk

menghafal sifir 3. Maka cara mudah untuk mengingatkan murid ialah belajar satu sifir satu. Minda akan lebih mudah untuk menghafal berbanding menghafal 12 sifir dalam satu hari. Begitu juga bagi guru Bahasa Inggeris. Murid harus digalakkan untuk menyebut satu patah perkataan dalam bahasa Inggeris sehari. Selama tempoh pembelajaran di sekolah selama 266 hari setahun, murid akan dapat menguasai 266 ayat atau perbendaharaan kata (vocabulary). Ini hanyalah contoh untuk

- 20 -

memudahkan sesuatu pembelajaran di sekolah menggunakan konsep pemikiran Edward De Bono. Memudahkan sesuatu kepada minda membolehkan murid lebih fokus kepada pembelajaran (De Bono, 1999, ms. 152). Pelajran harus diajarkan dalam bahasa yang mudah difahami. Contohnya, mengajar dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu kepada murid melayu dan bukan melayu. senang untuk difahami. 9.3. KELASKAN Perkara seterusnya ialah untuk mengklasifikasikan hasil pertanyaan tadi. Murid harus diajar untuk mengklasifikasikan benda atau objek. minda berfikir secara lebih sistematik. menghasilkan jawapan. yang betul. Ini membolehkan Bahasa melayu

Pertanyaan demi pertanyaan akan

Jawapan tersebut harus di letakkan pada klasifikasi

Contohnya rajah yang berbentuk bulat dan segi tiga harus

diasingkan mengikut bentuknya, Cara terlebih mudah untuk mengklasifikasikan sesuatu ialah menterjemahkan minda anda ke dalam kertas kosong secara rawak. Contohnya ialah peta minda yang telah disebutkan sebelumnya. Contoh seterusnya murid pandai harus diletakkan di dalam kumpulan yang sama. Ini adalah contoh klasifikasi yang telah dilakukan oleh guru di sekolah. Penyampaian kepada murid yang bijak dan kurang bijak juga akan jadi berbeza. Ini adalah kerana faktor penerimaan minda murid kurang bijak adalah lebih lambat berbanding murid pintar. Klassifikasi juga boleh membezakan antara yang baik dan yang tidak elok. Contoh seterusnya ialah murid boleh mengklasifikasikan nilai-nilai murni dari nilai yang buruk. Otak adalah sangat sensitif kepada ancaman. Nilai-nilai yang tidak elok harus diberi peringatan kepada murid. Contohnya ialah jangan datang lewat atau ponteng sekolah sekiranya tiada alasan yang munasabah. Topi Hitam

Edward De Bono ada menerangkan konsep yang negatif yang sebegini. Perkara yang positif dihuraikan dalam Topi Kuning beliau
- 21 -

9.4. HUBUNGKAN Otak lebih mudah mengingat sesuatu perkara sekiranya ia memberi makna kepada minda. Perhubungan antara fakta dan minda harus berlaku untuk otak mengingat. Otak lebih senang mengingati sesuatu sekiranya terdapat hubungan dengannya. Perhubungan pemikiran dan otak hanya boleh berlaku sekiranya minda boleh merumuskan sesuatu perkara secara logik. Jika diberitahu kepada seorang anak kecil jangan main api kerana api itu panas dan boleh membakar, si anak tidak akan percaya. Ini adalah kerana minda itu perlukan penjelasan kenapa api itu panas. Bagaimana panasnya api? Apakah yang api boleh lakukan kepada dirinya? Ini adalah soalan lazim kepada minda. Minda perlukan jawapan. Naluri semulajadi iaitu sifat ingin tahu akan mendorong si anak untuk melakukan perhubungan dengan api. Apabila bermain dengan api, maka si anak melecur tangannya. Selepas peristiwa ini si anak tidak akan

mengulangi perkara bermain api atau akan lebih berhati-hati apabila bermain api. Ini adalah kerana mindanya telah mendapat jawapan. Pengalaman telah

mengajar si anak untuk menjadi lebih dewasa. Hanya setelah beroleh jawapan (justifikasi) maka terjadilah perhubungan pemikiran dan otak. Menghubungkan gambar dengan sesuatu perkataan juga membolehkan minda berhubung dengan otak. Gambar bola lebih mudah untuk diingati setelah murid tahu bagaimana bentuk bola. Gajah lebih mudah dikenali setelah murid dipaparkan gambarnya. Menggunakan model juga membolehkan pemikiran

berhubung dengan otak dengan lebih cepat. Membawa murid ke zoo negara melihat bagaimana rupa gajah sebenar adalah lebih menyeronokkan daripada melihat gambar gajah sahaja. Perhubungan pemikiran tentang sesuatu perkara yang menyeronokkan, sedap, baik, elok, bagus akan lebih mudah diingati oleh otak berbanding sesuatu perkara yang tidak elok, tidak senang atau tidak mengembirakan. Ini adalah kerana otak juga berhubung kait dengan hati dan perasaan, Perasaan hanya

- 22 -

akan lebih senang terhadap perkara yang suka dan gembira daripada perkara yang mendukacitakan. Warna juga memainkan peranan dalam perhubungan pemikiran dan otak. Warna yang sesuai menjadikan imaginasi menjadi lebih jelas dan ketara. Warna juga memudahkan otak untuk mengingat dan menghubungkaitkan objek dan subjek (De Bono, 1999, ms. 13). Penggunaan warna akan juga merangsang minda. Oleh kerana itulah Edward De Bono menggunakan warna yang berbeza dalam konsep 6 Thinking Hats beliau. Setiap satu warna membawa maksud yang tertentu dalam tafsiran dan pengertian minda Edward De Bono. 9.5. LAKUKAN Pemikiran harus diterjemahkan bukan sahaja dalam bentuk perkataan tetapi juga dalam bentuk perbuatan. Berfikir sahaja tidak akan memberikan apa-apa

perbezaan kepada murid juga guru. Murid harus tahu untuk mengaplikasikan minda dalam bentuk perkataan dan perbuatan. Perkataan yang keluar dari

suara murid adalah hasil terjemahan mindanya. Perbuatan yang dilakukan oleh murid juga adalah hasil terjemahan mindanya. Pemikiran yang kompleks akan melahirkan perkataan yang kompleks dan juga perbuatan yang kompleks. Begitu juga sebaliknya. Aplikasi minda akan melibatkan perubahan perasaan. Perkara ini ada disebutkan di dalam buku 6 Topi Pemikiran De Bono. Di samping itu, para guru juga harus tahu untuk mengaplikasikan pengajaran yang sesuai dengan tahap minda murid. Hanya minda bertaraf kelas pertama boleh menghasilkan murid yang bertaraf sama dengannya. Untuk

memperkasakan minda murid, pemikiran Edward De Bono amat sesuai untuk diaplikasikan di dalam sistem pembelajaran di sekolah. Contoh aplikasi yang mudah ialah menggunakan Peta Minda. Selain menggunakan Peta minda kita boleh menggunakan grafik, carta, rajah, untuk menghubungkan minda. Apa

yang perlu difahami ialah aplikasi yang berlaku adalah hasil terjemahan minda.

- 23 -

Saranan cara pembelajaran di sekolah mengikut adaptasi pemikiran Edward De Bono ialah pembelajaran boleh dilakukan secara serentak dalam kumpulan juga secara individu. Pembelajaran di sekolah akan meliputi 6 aspek-aspek seperti Rajah 6 berikutnya:

Rajah 6: Enam aspek pembelajaran 9.6. SEBATIKAN Pemikiran Edward De Bono juga harus disebatikan di dalam pembelajaran di sekolah. Langkah ini adalah penting kerana sebatian yang jitu datang dari hasil yang jitu dari semua pihak yang terlibat. Peranan sekolah sahaja tidak akan mencukupi tanpa guru yang bertungkus lumus. Sukatan pelajaran yang sesuai sahaja tidak akan menjadi kenyataan jika murid sendiri tidak mahu

menggunapakai apa yang diajarkan.

Pembelajaran yang membosankan juga Pelajaran yang melampau akan

tidak akan menjadikan sebatian itu jitu.

membebankan murid dan melemahkan perasaan atau semangat juang dan daya saing murid yang kurang bijak. menjatuhkan moral murid. Keseronokan yang melampau boleh

Ibubapa yang tidak prihatin kepada pembelajaran

anak-anak akan menyebabkan si anak ambil tidak kisah tentang pelajaran.

- 24 -

Apa yang Edward De Bono ajukan di dalam buku 6 Thinking Hats ialah supaya kita melibatkan diri secara langsung (participate) dalam mencari jawapan kepada sesuatu masalah. Kerana itulah asimilasi amat penting dalam proses

pembelajaran di sekolah. Proses asimilasi melibatkan semua faktor, elemen dan komponen, aspek, perspektif dan persepsi. Proses asimilasi melibatkan semua pihak, objek dan subjek juga predikat. Bahan-bahan utama yang akan dijadikan proses asimilasi ialah faktor luaran yang telah disebutkan sebelum ini. Ini adalah bahan utama yang akan diasimilasikan untuk membentuk sebatian berkenaan guru, kurikukulum, kokurikulum, sekolah, kawan-kawan dan sebagainya juga minda itu sendiri. Sebatian yang kompleks akan menghasilkan baja yang

kompleks. Sebatian yang tidak kuat, rapuh isinya dan tidak cukup komponennya akan menghasilkan baja yang sebaliknya. Asimilasi adalah proses pengurusan dan mengawal selia hasil minda. konteks Topi Biru beliau. 9.7. MURNIKAN Penambah-baikan atau naik taraf adalah satu usaha yang harus dilakukan dalam apa jua bidang termasuk pembelajaran di sekolah. Dalam Topi Hijau Edward De Bono beliau mengesyorkan supaya minda selalu bersedia untuk pergi lebih jauh dari itu, sentiasa mencari jawapan yang lebih baik, penyelesaian yang mungkin mempunyai lebih dari satu jawapan atau alternatif yang sesuai dengan kehendak minda yang mana akan di setujui oleh perasaan kita. Minda hanya akan berhenti rehat apabila hati dan perasaan kita puas seketika. Dalam ertikata lain, memurnikan sesuatu hasil murid, hasil mesyuarat guru, hasil tulisan, reka grafik, sukan murid dan pelbagai lagi adalah satu usaha murni yang harus digalakkan dan ianya hendaklah dilakukan secara berterusan, Memperkayakan minda dengan ilmu yang pelbagai juga hendaklah dilakukan secara berterusan kerana hanya minda cemerlang, gemilang dan terbilang sahaja yang akan mampu menterjemahkan hasil usaha dan kerja sepertimana yang minda kita mahukan.
- 25 -

Ini diterangkan oleh Edward De Bono dalam

10.

PENDAPAT Anda adalah apa yang anda fikirkan (what you think makes you)

Foto 4: Topi pelbagai warna (the 7th Hat) Dalam melahirkan pendapat, ia tiada persoalan siapa salah atau siapa betul (De Bono, 1999, ms. xiii). Yang perlu dicari adalah kebenaran minda dalam mencari keputusan untuk bergerak maju ke hadapan. Sekiranya kita duduk di kandang yang salah, sudah tentulah kita tidak akan layak berjumpa kebenaran kerana hanya di kandang yang betul sahaja baharulah kita akan menghampiri kebenaran. 7 ringkasan pengajaran dari pemikiran-pemikiran Edward De Bono tadi akhirnya akan membentuk topi yang ke tujuh (the 7th Hat). Ianya adalah sebuah topi yang berwarna warni yang mempunyai kesemua warna 6 Thinking Hats beliau. Sebelum ini, kita melihat topi warna satu persatu secara saksama. Apa yang telah kita pelajari akan menjadi pengetahuan, pengalaman dan kebiasaan (habit). Maka tidak mustahil bagi kita akhirnya kita boleh menimbal bukan sahaja 6 bola, tetapi 7 atau lebih daripada itu pada satu masa yang sama. Ini adalah kerana kemahiran berfikir yang boleh dipelajari sekiranya minda mahu. Apa

yang kita lakukan adalah hasil terjemahan minda kita. Bila tiba masanya, kita akan layak untuk memakai topi berwarna warni itu setelah minda menguasai satu persatu konsep topi satu warna ke satu warna yang lain, secara keseluruhannya setelah diasimilasikan dengan sempurna.
- 26 -

11.

KESIMPULAN

Tugas para guru dalam pembelajaran di sekolah bukan lagi hanya untuk mengajar ilmu pengetahuan sahaja tetapi mereka juga perlu mengembangkan potensi murid secara menyeluruh terutamanya dari sudut intelektual. Dengan peningkatan intelek yang tinggi, maka ketinggian rohani, jasmani dan emosi secara langsung akan dapat dipertingkatkan. Kejayaan kita bergantung kepada keberkesanan cara kita berfikir (De Bono, 1999). Akan tetapi keberkesanan cara berfikir sahaja tidak mencukupi jika tidak disusuli dengan perbuatan atau perlakuan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Para guru dan pelajar perlu bertindak segera. Ianya perlu dilakukan sekarang dan juga secara berterusan. Jika tidak ianya akan menjadi satu

perkara dan usaha yang sia-sia seperti mencurah air di daun keladi. Edward De Bono telah mengajak kita untuk menggunakan minda secara lebih meluas. Kita harus merenung bukan sahaja apa yang ada di dalam kotak tetapi juga di luar kotak (out of the box) malah lebih jauh dari itu. Dalam konteks pembelajaran di sekolah selain daripada guru dan murid, ibubapa serta penjaga juga adalah terlibat sama secara sekunder dalam sebagai alat penjana pemikiran. Dalam menghadapi cabaran melakukan tugasan harian dan mengasimilasikan pemikiran De Bono dalam pembelajaran di sekolah adalah perlu bagi para guru menghayati kemahiran berfikir terlebih dahulu sebelum menerapkan nilai-nilai murni pemikiran beliau ke dalam sistem pembelajaran. Hanya dengan cara ini barulah diri dapat dimartabatkan dengan usaha-sama minda. Tidak dinafikan bahawa 7 peringkat pemikiran Edward De Bono (CoRT 1) dan 6 Topi Pemikiran beliau adalah sesuatu yang penting dalam pembelajaran di sekolah jika ianya dapat diaplikasikan dengan cara yang lebih ringkas atau dipermudahkan dan ianya mestilah dilakukan secara berterusan dengan sewajarnya.
- 27 -

12.

RUJUKAN

Angelo, Robert Wesley (Rev. 2012) Wittgenstein's Logic of Language. Dipetik Oktober 17, 2012, daripada http://www.roangelo.net/logwitt/gestalt-shift.html Berfikir (2005). Kamus Dewan (Ed. 4, ms. 410). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka BrainyChild.com (2012). Brainychild: Make your child smarter. Dipetik Oktober 24, 2012, daripada http://www.brainy-child.com/articles/edward-de-bono.shtml CoRTthinking.com (2012). CoRT 1 Edward De Bono CoRT Thinking Lessons. Dipetik Oktober 17, 2012, daripada http://www.edwdebono.com/debono/cort.htm De Bono, Edward (1999). Six Thinking Hats (Rev. ed.). New York: Back Bay Books. (Terbitan Asal 1985) De Bono, Peter (2012). Edward De Bono: Father of lateral thinking. Biography of Edward De Bono. Dipetik Oktober 17, 2012, daripada http://www.edwdebono.com/biograph.htm Hoe, Dr. Susan Ludington, & Golant K. (1987). How to have a smarter baby: The Infant Simulation Program for enhancing your babys natural development (Rev. Ed.). New York: Bantam Books. (Edisi Rawson 1985) Pemikiran (2005). Kamus Dewan (Ed. 4, ms. 411). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Wikipedia Foundation, Inc. (2012). Wikipedia: the free encyclopedia. Dipetik Oktober 17, 2012, daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Edward_de_Bono

- 28 -

Anda mungkin juga menyukai