Anda di halaman 1dari 3

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 1 SESI 2013/2014 (PJJ)

QGJ3043 PERGERAKAN DAN RITMA (20 MARKAH)


NAMA PELAJAR
NO. MATRIK
KUMPULAN

:ANUAR JUNAIDI B MD ISA


:D20111049898
:UPSI01(131PJJ)

Arahan: Sila jawab semua soalan dalam ruangan yang disediakan. Kembalikan file ini kepada
saya melalui tapak tugasan yang disediakan. Tarikh akhir penghantaran adalah pada 3
NOVEMBER 2013
Soalan 1
1. Bagi setiap tema pergerakan kreatif yang dinyatakan di bawah, senaraikan 2 contoh aktiviti
pergerakan kreatif yang mengandungi unsur tema pergerakan tersebut.
(10 markah)
a.Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa
Cara tubuh badan bergerak dan bertujuan untuk membantu pelajar mengawal pergerakan
mereka supaya dapat melahirkan perasaan melalui pergerakan.
i.Beban
Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan,misalnya beban. Kesan dariada
beban ini akan menghasikan kesan halus-ringandan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Misalnya,
seseorang yang sedang mencangkung akan sukar untuk berdiri jika pergerakannya adalah berat-kuat iaitu
seolah-olah dia memikul benda berat. Namun adalah mudah untuk berdiri jika pergerakan adalah halus dan
ringan contohnya menyelam.
ii. Masa
kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan
gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat.Contohnya pergerakan secara serta merta ialah
sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara
pergerakan kawal lambat ialah membayangkan cara burung terbang tinggi.
b.Kesedaran Ruang
Tema ini memfokuskan pergerakan yang mengaplikasikan penggunaan ruang dalam ekspresi
perasaan. Ruang digunakan dalam menimbulkan mud atau perasan. Misalnya, ruang ditolak
seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka.
Perasaan gembira dikemukakan apabila tubuh badan digunakan untuk meneroka ruang, iaitu
melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Tema kesedaran ruang terdiri daripada lima
subtema iaitu kawasan, arah, laluan, aras dan ekstensi.
i. Kawasan
Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini member tumpuan kepada ruang diridan ruang am. Sebagai
contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh badandigunakan untuk meneroka ruang dengan cara
melompat-lompat dari satu tempat kesatu tempat. Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan
pergerakan ini jugamelibatkan penggunaan arah

ii. Arah
Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang,ke sisi, ke atas dank e
bawah. Contohnya dalam melakukan aktiviti pergerakanmelompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat akan
melibatkan juaga arahpergerakan tersebut. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan
arahdengan teratur boleh dilakukan dengan menggunakan peta
c.Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa
Tema ini memfokuskan kepada kelancaran pergerakan dalam penggunaan ruang dan masa.
i. Aliran
Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunkan ruang dan masa dalammelakukan gerakan.
Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu
aliran bebasPergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan tubuh badanberda di
udara dan sukar diberhentikan
aliran terikatpergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan inimudah
berhenti dan badan berada dalam keadaaan seimbang.
ii. Ruang
Salah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepadakesedaran tentang cara
menggunakan ruang untuk melakukan pelbagai pergerakan.Daya cipta kreatif dapat dihasilkan dan
dipertontonkan apabila individu itu dapatmenunjukkan cara menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus.
Ruang terusialah ruang yang digunakan secara langsung dengan berada dalam lingkungankawasan yang tidak
luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah. Contohberjalan menggunakan pergerakan lurus,
melengkung dan zig-zag. Ruang tidakterus ialah kawasan atau ruang yang digunakan secara tidak langsung
digunakandalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luasberbanding ruang
terus
d.Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat
Tema ini memfokuskan kepada pergerakan yang melibatkan penggunaan tubuh badan secara
bebas sebagai alat persembahan.
i. Lompatan asas
Terdapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuatlompatan tidak ditetapkan.
Pengalaman lompatan in berguna untuk membolehkanmurid menyedari bahawa cara lompatan berbeza akan
member kesan yang berbezab.
ii. Bentuk tubuh badan
Penekaan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaranbentuk badan semasa
dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepadakeadaan seimbang sebagai satu pergerakan dan
perkaitan antara bahagian tubuhbadan yang melibatkan regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar
(sepertitembok), lurus (seperti panah), bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru).
iii. Gaya isyarat
Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidakmenyokong beban badan.
Contohnya kedua tangan melambaikan sedangkan beratbadan disokong oleh kedua belah beban badan
e.Penyesuaian terhadap kawan
Penyesuaian terhadap rakanpenyesuaian terhadap rakan adalah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan
atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan.
Contoh aktiviti dalam kemahiran ini ialah :

Aktiviti 1
i.Kerja berpasangan
Kerja berpasangan membolehkan hubungan dengan rakan dapat dilakukan bersama-sama berdasarkan
peralihan tem pat meniru sama ada selari ataupergerakan meniru bertentangan. Daya kreatif dapat dipupuk dan
dipertontonkan secara unik .
Arahan tugasan
Anda dan rakan anda telah ditugaskan untuk membersihkan kelas. Lakukan tiga tugasan aksi pergerakan
meniru selari dan tiga pergerakan meniru bertentangan.Gunakan tamborin atau tepukan tangan semasa
melaksanakan tugasan sebagai ritma.
Contoh Aktiviti
ii.Kerja Berkumpulan
Penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan. Perhubungan dengan rakan boleh secara: ketua dengan pengikut
kumpulan bekerjasama
ahli-ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan
Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan adalah cara-cara
penyesuaian terhadap rakan. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan rakan dari kedudukan
dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain. Daya cipta
kreatif dapat dilihat cara sekumpulan berkomunikasi melalui pemerhatian pergerakan ahli-ahli
dalam kumpulan itu.
2. Bincangkan 5 faktor kecergasan fizikal yang perlu ditingkatkan dalam diri setiap murid
sebagai persediaan melakukan aktiviti pergerakan gimnastik.
1. Daya Tahan Kardiovaskular.
Keupayaan melakukan kerja dalam jangka masa yang lama yang melibatkan keseluruhan
badan contohnya berjogging.
2. Kelembutan.
Kebolehan meregang otot atau ligamen bagi membolehkan sendi bergerak dengan bebas
dalam julat pergerakan yang maksimun. Contohnya aktiviti split.
3. Kekuatan Otot.
Daya yang dapat dikenakan kepada otot atau sekumpulan otot dalam satu pengecutan
maksimun. Contohnya mengangkat objek besar.
4. Daya Tahan Otot.
Keupayaan otot bekerja dalam jangka masa yang lama tetapi kurang dari keupayaan
maksimun. Contohnya melakukan aktiviti bangkit tubi.
5. Komposisi Badan.
Ia merujuk kepada peratus lemak dalam badan.
(10 markah)

Anda mungkin juga menyukai