Anda di halaman 1dari 18

1

BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI









2

1.1 PENGENALAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI

Program latihan industri (LI) merupakan suatu komponen penting kurikulum program
diploma dan sarjana muda yang ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terdahulunya dikenali sebagai Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Program LI diwajibkan kepada
semua pelajar bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal serta
berupaya menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang bakal diceburi.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan
teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur
dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Kursus ini akan membina
semangat dan sikap yang proaktif dikalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan
keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang. Garis Panduan ini sah untuk
digunapakai bagi pelajar-pelajar.

1.2 MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI

Matlamat utama program latihan industri ini adalah untuk memberikan peluang
kepada pelajar menjalani latihan praktikal di sektor pekerjaan dalam bidang kejuruteraan,
teknologi dan pengurusan bagi meningkatkan kemahiran profesional dan kemahiran
interpersonal sebagai seorang profesional.





3

1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri di luar kawasan kampus mahupun di dalam kawasan kampus
merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan kepada setiap pelajar. Para pelajar
mestilah lulus latihan industri ini kerana ia merupakan sebahagian daripada tempoh
pengajian yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti bagi membolehkan seseorang
pelajar itu layak untuk menerima diploma ataupun sarjana muda mengikut kursus yang
telah diambil.
Objektif utama latihan industri ini adalah seperti berikut :
i Mendapatkan pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi dalam bidang
masing-masing.
ii Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan para professional dari
pelbagai bidang.
iii Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisasi profesional.
iv Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonal dan komunikasi.
v Menjalinkan dan mengeratkan hubungan dengan ahli profesional di luar kampus.

1.4 PERATURAN LATIHAN INDUSTRI

i Pelajar hendaklah menumpukan sepenuh masa, perhatian, tenaga, dan keupayaan kepada
program latihan industri.
ii Pelajar hendaklah patuh dan taat kepada penyelia atau majikan yang menyelia kerja
praktikal dalam organisasi yang berkenaan.
4

iii Pelajar juga dikehendaki hadir pada waktu yang telah ditetapkan kecuali mempunyai
masalah-masalah yang tertentu yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan, jatuh
sakit, di kalangan keluarga yang meninggal, atau sebab-sebab lain yang boleh diterima
oleh majikan.
iv Para pelajar dilarang sama sekali membocorkan rahsia atau memberi sebarang maklumat
kepada pihak luar atau sebarang mengenai urusan perniagaan semasa menjalankan latihan
tersebut.

1.5 OBJEKTIF MENYEDIAKAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Laporan industri merupakan satu laporan dalam bentuk penilaian ke atas pelajar
yang menjalani latihan industri yang mana ia dapat menggabungkan segala aktiviti-
aktiviti yang telah diperolehi dan dilaksanakan semasa berada dalam tempoh latihan.
Laporan ini merupakan satu bukti yang menunjukkan gerak kerja yang dilakukan oleh
pelajar semasa dalam tempoh latihan. Di antara objektif utama penyediaan laporan latihan
industri adalah seperti berikut:

i. Melatih pelajar menyediakan satu laporan rasmi yang bertulis.
ii. Membolehkan pelajar mendokumentasikan atau melaporkan segala aktiviti-aktiviti yang
telah dilaksanakan sepanjang tempoh latihan industri di dalam bentuk laporan yang
lengkap bertulis mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
iii. Supaya pensyarah dapat menilai sejauh mana prestasi dan kejayaan seseorang pelajar
semasa menjalankan latihan industri.
iv. Membolehkan pelajar mengemukakan beberapa saranan, cadangan dan kesimpulan
terhadap latihan yang telah dijalankan.
v. Menjadikan bukti bahawa pelajar telah menjalani latihan industri dengan jayanya.

vi. Menghasilkan satu laporan yang menepati garis panduan yang telah ditetapkan.

5


1.6 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

Kepentingan latihan industri kepada pelajar merupakan satu alternatif yang baik
untuk diterapkan kepada pelajar yang baru untuk mengenal erti pekerjaan yang sebenar di
dalam bidang yang diceburi. Antara kepentingannya adalah:

i. Memberikan peluang kepada pelajar supaya dapat merasai situasi alam pekerjaan yang
sebenar.
ii. Sebagai teori dan penerangan berbentuk nasihat yang diperolehi semasa kuliah dapat
diadaptasikan bagi menyesuaikan diri dengan situasi pekerjaan yang dilaksanakan semasa
berada di firma.
iii. Memberikan pengalaman dan pengetahuan yang baru kepada pelajar yang mana tidak
diperolehi semasa berada di firma.
iv. Sebagai langkah utama sebelum menempuh kehidupan sebenar setelah tamat pengajian
kelak.
v. Meningkatkan rasa tanggungjawab dan amanah serta patuh pada setiap arahan.










6

1.7 PROFIL SYARIKAT




JABATAN KERJA RAYA DAERAH LEDANG

Ledang adalah sebuah daerah yang baru diwujudkan di negeri Johor, Malaysia.
Ibu Daerah Ledang ialah Tangkak. Daerah Ledang merangkumi Bandar Tangkak,
Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Kundang Ulu dan
Gersik. Asalnya, daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan
bahagian selatan oleh Sungai Muar.
Daerah Ledang merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor
secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 9 Jun 2008M bersamaan 5 JamadilAkhir
1429H dirasmikan oleh Sultan Johor secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan
239,751 ekar atau 97,024 hektar. Mengikut bancian penduduknya berjumlah 132,778
orang (2010). Kedudukannya agak strategik di mana Daerah Ledang terletak di tengah-
tengah negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.
Daerah Ledang mempunyai 6 Mukim iaitu Tangkak, Serom, Gersik, BukitSerampang,
Kundang dan Kesang.
7

Lokasi Pejabat JKR Daerah Ledang adalah di alamat; Pejabat Jurutera Daerah,
JKR 1606, Jalan Sialang, 84900 Tangkak, berhadapan dengan Pejabat BesarMajlis
Daerah Tangkak. Bangunan asal adalah merupakan stor penyelenggaraan jalan zon utara
JKR Daerah Muar. Pegawai pertama yang telah ditempatkan di JKR Daerah Ledang
adalah Encik Zulkifli Bin Naim, seorang Pembantu Jurutera Kanan yang dipindahkan dari
JKR Daerah Segamat pada 17 Mei 2010 bersama dengan pekerja selenggara jalan seramai
24 orang semuanya. Jurutera Daerah pertama JKR Daerah Ledang adalah Encik Abu
Bakar Bin Ibrahim yang telah mula bertugas pada 16 Jun 2010 hingga kini. Sehingga
tarikh penulisan ini, JKR Daerah Ledang telah mempunyai 89 pegawai dan kakitangan
yang menjalankan perlaksanaan projek dan menyenggara bangunan dan jalan raya dalam
daerah Ledang.

1.7.1 Objektif Jabatan

Untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam khususnya jalan, bekalan
air, bangunan lapangan terbang, pelabuhan dan pangkalan bagi memenuhi keperluan
pembangunan negara dengan sentiasa memberi tumpuan kepada :

i. Jangka masa secepat yang mungkin.
ii. Kos yang ekonomik.
iii. Rupa bentuk dan mutu yang terbaik






8

1.7.2 Misi dan Visi JKR Ledang.

MISI JABATAN

1. Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

2. Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan
perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.

3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.

4. Kami berusaha untuk menyediakan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada semua
kakitangan.

5. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.

6. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.

7. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.

8. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.

9. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

VISI JABATAN

Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat
Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan
Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan
Inovatif Serta Teknologi Terkini.

9

1.8 PROFIL SYARIKAT
1.8.1 Carta Organisasi

10



11

12

1.8.2 Fungsi Setiap Bahagian
BAHAGIAN BANGUNAN
Melaksanakan projek-projek pembinaaan bangunan dan rumah-rumah kedi Jabatan yang
dibiayai melalui Peruntukan Negeri.
Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan Agensi dan Jabatan Persekutuan di
mana perbelanjaan di bayar melalui Peruntukan Negeri.
Penyelenggaraan bangunan-bangunan Kegunaaan Am dan Kuarters untuk Kerajaan
Negeri dan Persekutuan.
Menyelaras kerja-kerja persiapan untuk keraian rasmi.
Pihak agensi pelanggan mendapat khidmat nasihat teknikal apabila diperlukan.


BAHAGIAN JALAN
. Melaksanakan, Menyelia Dan Memantau Pelaksanaan Projek-Projek.
.Pengurusan Pembangunan Tepi Jalan/ GIS/ Aduan/ Skala.
.Merancang, Mengurus Dan Memantau Pelaksanaan Projek Jalan Dan Jambatan
Persekutuan.
.Merancang, Mengurus Dan Memantau Pelaksanaan Projek Jalan Dan Jambatan Negeri.
.Menyelia dan mengurus Pelaksanaan Projek Jalan dan Jambatan Kerajaan Negeri Dan
Projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.
.Mengurus Dan Menyelenggara Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan.
.Mengurus Dan Memantau Projek Keselamatan Jalan.


BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Memastikan Projek-projek Kerajaan berjalan dengan efisien, teratur serta dengan kos
yang optimum disamping memenuhi ciri-ciri public accauntability, prosedur dan dasar
kerajaan melalui perkhidmatan kepakaran ukur bahan yang efektif dan khidmat nasihat
yang berkesan.

13

BAHAGIAN KEWANGAN
Melaksanakan tugas dalam mengawal peruntukan.
Menyediakan pembayaran bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan jangkamasa secepat yang mungkin.

TUGAS BAHAGIAN PENTEDBIRAN
Menentukan pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan cekap, effisen dan teratur
dari segi urusan perjawatan, perkhidmatan, pentadbiran dan keselamatan.
Memastikan semua urusan pentadbiran Jabatan berjalan dengan cekap dan kemaskini
pada keseluruhannya.
Memastikan urusan Pejabat dan Personel sentiasa di kemaskini.
Memastikan keselamatan Jabatan ditahap yang maksima.
Sentiasa memantau kebersihan, keindahan, dan keceriaan pejabat.












14

1.8.3 Projek Yang Terlibat
Terdapat banyak projek yang telah dan akan dilaksanakan oleh JKR Daerah
Ledang. Berikut merupakan beberapa projek yang telah dikenal pasti:

a) Nama projek : Cadangan Menaik taraf Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM)
Kemas Sagil, Mukim Tangkak, Johor.
Kontraktor : IZINRIA SDN. BHD.
Tarikh Mula : 18/03/2013
Tarikh Siap : 3/9/2014

15



b) Nama Projek : Membina Jalan Pintas Jalan Asahan , Melaka - Jalan
Jementah, Segamat. (Fasa 1 Site Clearing).
Kontraktor : Muar Usaha Bakti SDN.BHD
Tarikh Mula : 27/08/2013
Tarikh Siap : 27/02/2016

16


c) Nama Projek : Penswastaan Penyelengaraan Jalan-Jalan Persekutuan
Di Semananjung Malaysia (Zon Selatan Johor).
Kontraktor : Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd.
Tarikh Mula : 30/04/2014
Tarikh Siap : 30/05/2014







17

d) Nama Projek : Guard Rail, Retaining Wall, Turfing.
Kontraktor : Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd.
Tarikh Mula : 6/8/2014
Tarikh Siap :










18

e) Nama Projek : Widening, Gabion & Roadline
Kontraktor : Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd.
Tarikh Mula : 23/6/2014
Tarikh Siap :

Anda mungkin juga menyukai