Anda di halaman 1dari 8

Melihat bagaimanakah pembinaan negara bangsa dapat diselarikan dengan konsep Satu

Malaysia.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka
sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar
dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi
bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep
ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip
Rukun Negara.
Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat
Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam
semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling
mempercayai antara kaum. Satu Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang
mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana
Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Satu Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur,
berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan
tanggungjawab kepada negara. Satu Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan
memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki
kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa
dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling
ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan
komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad
demi kepentingan dan kemajuan negara.
Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga
dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi bumi bertuah ini. Pemimpin yang
bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh
semua lapisan masyarakat.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan
kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira
kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka
adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah
negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada
menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Satu Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina
Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.
Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan,
dedikasi dan kesetiaan.
Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai Satu Malaysia, iaitu budaya
kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan
integriti.

Konsep Satu Malaysia


Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Gagasan tersebut
merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan
dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara. Satu
Malaysia akan memastikan tiada golongan atau satu kaum yang terpinggir di negara ini tetapi
pada masa yang sama tidak menolak dasar affirmatif. Yang penting kerajaan akan berlaku adil
kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan transformasi besar.
Dasar affirmatif bagi membantu orang Melayu yang paling ramai miskin dan ketinggalan
(berbanding dengan kaum lain), akan diteruskan. Sememangnya ada keperluan untuk
meneruskan dasar affirmatif atas realiti sejarah dan kontrak sosial sambil kerajaan
memperhebatkan pencapaian dalam meningkatan taraf hidup semua kaum.
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam
konsep Satu Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia
dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan
nilai-nilai tersebut adalah:
1.Budayakecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendahhati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti
Pembinaan Negara Bangsa selari dengan Konsep Satu Malaysia
Matlamat kerajaan untuk membina Negara Bangsa adalah selari dengan gagasan Satu Malaysia;
rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato Sri Mohd
Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat Satu Malaysia ialah
membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi
bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Tidak ada

sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang disediakan bagi menyerlahkan segala
keupayaan dan potensi masing-masing.
Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, saya yakin dan
percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan merupakan
aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan perhatian yang
bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian Pelajaran akan terus menyokong
pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan
semangat kebangsan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara
kita dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak
prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah
perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu
memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan
negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya
perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau
kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada
kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan
tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep Satu
Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana
semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan
cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat
penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas
bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan
dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai
integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama Satu Malaysia iaitu
kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.
Justeru, dalam semangat Satu Malaysia, seluruh komuniti dan warga, wajar memelihara integriti
negara. Masyarakat Malaysia harus mengatakan tidak kepada sebarang anasir ataupun
penggugat keamanan dan kesejahteraan sosial rakyat.
Caranya dengan tidak memberi dokongan dalam bentuk moral dan material kepada pihak yang
terang-terangan mengamalkan budaya politik luar tabie demi kepentingan diri. Rakyat
Malaysia sudah cukup matang untuk menilai antara kaca dan permata. Mampu memilih dan

mengiktiraf kerajaan yang bekerja untuk rakyat dan kerajaan yang sering mempergunakan
rakyat.
Kematangan rakyat Malaysia dan kesedaran merekalah yang memungkinkan negara ini terus
aman, kerana realitinya mereka memilih kerajaan yang mampu penuhi aspirasi zaman.
Kebolehan dan daya intelektual komuniti Malaysia membolehkan negara ini terus kukuh
pentadbirannya, makmur ekonomi dan sejahtera penghidupan komunitinya.
Oleh itu adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh rakyat negara bangsa ini untuk bersamasama mempertahankan kewibawaan wilayah dan kehormatan negara daripada terus diporakperandakan oleh kalangan mereka yang sentiasa mengintai peluang. Sesungguhnya pembinaan
negara bangsa perlu diselarikan dengan gagasan satu Malaysia agar matlamat perpaduan dapat
dicapai.

Melihat bagaimanakah guru boleh memainkan peranan di sekolah bagi mencapai hasrat
pembinaan negara bangsa dalam konteks Satu Malaysia.
Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia, usaha membina
Negara Bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya hidup bersatu padu dalam
aman dan damai. Dalam era globalisasi dan perkembangan ICT yang pesat, usaha ini menjadi
penting kerana pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia
tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara. Ini boleh menjejaskan
perpaduan negara. PIPP menggambarkan Bangsa Malaysia terdiri daripada individu dan
masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran
agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik,
liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik. Faktor pemangkin kepada
usaha Membina Negara Bangsa ini adalah :
a)

Bahasa kebangsaan

b)

Intergrasi nasional

c)

Kewarganegaraan

d)

Patriotisme

e)

Demokrasi

Matlamat dan dasar yang dihasratkan dalam teras Membina Negara Bangsa adalah untuk
memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada
ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik,
liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.
Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia
menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal
pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk dan
mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum
dan sukan.
Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia, empat fokus utama yang digariskan dalam PIPP
adalah :
i)

Memperkasakan bahasa kebangsaan

ii)

Memantapkan perpaduan Negara dan intergrasi nasional

iii)

Memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya Negara

iv)

Memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari

Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan
semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut.
Definisi dan konsep Pembinaan Negara Bangsa
Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama
seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta
semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang
membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia,
tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Hasrat untuk membentuk
sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:
membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang
dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompokkelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan
keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang
tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, proses pembinaan negara bangsa
tidak boleh dicapai dalam tempoh yang singkat dan peranan guru amat penting untuk
memastikan kejayaannya. Kerajaan berharap golongan guru bekerja dengan lebih keras kerana
mereka menjadi tonggak kejayaan konsep ini lantaran hubungan rapat dengan anak-anak murid
khususnya di peringkat awal.

Peranan Guru Menjayakan Pembinaan Negara Bangsa


Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu bangsa iaitu
Bangsa Malaysia di kalangan murid-muridnya bermula dari usia yang muda, seperti kata
pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat guru diberi amanah yang berat
kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri murid. Nilai kesucian,
kesabaran, kesempurnaan dan keamanan perlu disemai di kalangan anak bangsa. Guru juga perlu
berfungsi mewujudkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.
Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai
kaum di negara ini. Oleh itu aktiviti pendidikan haruslah member keutamaan kepada usaha-usaha
memupuk dan mengekalkan semangat satu bangsa dan satu negara di kalangan pelajar. Guru
dapat memainkan peranan dalam beberapa cara seperti dinyatakan bagi mencapai hasrat
Pembinaan Negara Bangsa.

1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan


Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum dalam
perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Pelajar-pelajar perlu diberi kesedaran tentang
kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan
bahasa komunikasi di Malaysia. Tanggungjawab guru untuk menyemai semangat cintakan
Bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Malaysia,
menghormati dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia.
Beberapa strategi pelaksanaan ke arah memperkasakan Bahasa Kebangsaan,
memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menggalakkan minat membaca dan mewujudkan
Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Antara program yang telah dijalankan seperti Bulan Bahasa
dan Sastera, Bulan Membaca, kem penulisan, teater, kuiz dan sebagainya. Ini menunjukkan
komitmen guru dalam memastikan semua pelajar dapat menguasai bahasa Malaysia.
Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan
Guru-guru dan pelajar pelbagai kaum bersama-sama menyertai aktiviti yang ditentukan seperti
RIMUP. Selain menggalakkan sekolah-sekolah tiga jenis aliran berinteraksi dan menjalin
kefahaman serta memupuk semangat bertolak ansur dan muhibah di antara mereka, murid-murid

dari ketiga-tiga buah sekolah juga dapat berkumpul di bawah satu bumbung yang sama dan
menjalankan pelbagai aktiviti bersama.
Contohnya : merentas desa, perkhemahan, pertunjukan kebudayaan, sambutan hari kebangsaan,
gotong-royong untuk keceriaan sekolah dan kawasan sekitar sekolah. Pertemuan dan
bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang akan menyemai perpaduan di antara
pelajar. Kekerapan mereka bersama akan mengeratkan perhubungan antara ketiga-tiga kaum
walaupun mereka bersekolah di sekolah berasingan.
Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya
sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu
apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar
berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Walau di mana mereka
berada, objektif peperiksaan adalah sama dan guru-guru akan mengajar sukatan yang sama untuk
pelajar-pelajarnya.
Meningkatkan Perpaduan Kaum
Pada peringkat awal sekolah, jati diri murid boleh dipupuk melalui kurikulum, program kokurikulum dan sukan. Guru sebagai pendidik perlu memastikan diri bersedia untuk berusaha
lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik untuk
memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran.
Elemen perpaduan dapat diterapkan dalam aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan semangat
patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat
pelbagai kaum. Contohnya pertandingan bola sepak, bola jaring, hoki, bola baling, bercerita,
nyanyian dan olahraga. Melalui aktiviti seperti ini, kerjasama antara kaum dapat diterapkan dan
perpaduan akan wujud dengan sendirinya.
1.

1.

Penerapan Nilai Murni

Guru-guru perlu menerapkan nilai murni dalam semua matapelajaran yang diajar Penerapan
nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik murid-murid agar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Fungsi utama pendidik ialah sebagai agen pemasyarakatan
dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting adalah kesepaduan
empat sifat utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual yang akan menghasilkan
keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak.
Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang
hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya semangat
patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum. Guru perlulah memainkan peranan
agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik agar objektif mata pelajaran ini tercapai
untuk menjayakan pembinaan Negara Bangsa.

Rumusan
Pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan usaha yang gigih dan
kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum di Malaysia. Melalui pendidikan
diharapkan segala usaha menyemai semangat perpaduan, cinta dan setia kepada negara dapat
diperkembangkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Pembinaan Negara Bangsa dapat memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional
dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan
negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi. Guru diharap dapat memainkan peranan yang
penting dalam menjayakan pembinaan negara bangsa kerana perpaduan perlu dipupuk sejak
dibangku sekolah lagi agar ianya menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia.
Kesemua strategi pelaksanaan dan pelan tindakan dalam teras Membina Negara Bangsa ini telah
dirancang dengan mengambil semua pertimbangan yang sewajarnya, supaya Negara Bangsa
Malaysia dengan acuan sendiri dapat dihasilkan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan
guru mempunyai peranan utama untuk membentuk anak-anak bangsa Malaysia seperti yang
dihasratkan dalam matlamat pembinaan Negara Bangsa.

Anda mungkin juga menyukai