Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan
kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik
isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai
segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan
juga bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan
sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang
mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan
menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya
juga merupakan kesusasteraan.
Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaaya
manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia
terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat
berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa
Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah.
Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid
dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan
membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya, ke
arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan masyarakat.
Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERI).
Komponen sastera meliputi pendedahan bahan-bahan sastera seperti;

I. Pantun
II. Sajak
III. Syair
IV. Cerpen

Anda mungkin juga menyukai