Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENDAHULUAN

Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi
yang berkesan. ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah
lebih baik atau lebih hebat.dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin
yang berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi
organisasi. Pemimpin atau peneraju dan merupakan orang yang akan
menentukan halatuju organisasi dan kaitangan. Pemimpin IPKB adalah
perancang, misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan
terhadap pencapian matlamat organisasi.

Kejayaan organisasi dan maruah kakitangan dikatkan dengan kualiti
kepimpinan. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu
peminpin yang dapat menigkatkan martabat organisasi.

Kewibawaan dan kecermerlangan kepimpinan di sekolah mempunyai
perkaitan dan pengaruh yang kuat ke atas kualiti produk (guru-guru dan
kakitangan serta pelajar). Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu
supaya berusaha mencapai objektif kumpulan atau organisasi. Kepimpinan ialah
proses mempengaruhi kelompok, mengarah aktiviti mencapai matlamat yang
sama. Kepimpinan tidak boleh lari dari pengaruh mempengaruhi pemimpin dan
orang yang dipimpin. Pemimpin penting dalam pembentukan dan hala tuju
organisasi. Kepimpinan berlaku apabila seorang mendorong, memujuk dan
mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah pencapaian sesuatu objektif
organisasi. Kepimpinan ialah seni atau satu proses mempengaruhi kegiatan
manusia mencapai gol organisasi.Kunci dalam kepimpinan ialah pengaruh.
pengaruh ini memainkan peranan yang dominen dalan kejayaan sesuatu
kepimpinan.

Anda mungkin juga menyukai