Anda di halaman 1dari 4

HUBUNG KAIT PENGALAMAN GURU DENGAN ISU ETIKA KEGURUAN DAN

CARA MENGATASINYA.

Dalam diri setiap murid, peranan dan akauntabiliti guru sememangnya memberikan
impak yang besar. Namun demikian, dunia pada hari ini semakin bergerak dengan
amat pesat. Tanggungjawab guru semakin berat seiring dengan kehendak masyarakat
dan dasar kerajaan.
Guru kini berhadapan dengan pelbagai isu seperti yang perlu ditangani dengan
sikap profesional dan terbuka. Persoalan seperti sikap guru, kesantunan guru, kerja
sambilan yang dilaksanakan oleh guru dan berniaga di sekolah kini menjadi isu yang
perlu ditangani dengan berhemah supaya kerjaya ini tidak terus terpesong daripada
landasan yang sepatutnya. Oleh itu, guru sebagai insan yang terlatih perlulah bijak
mencari pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Dua butir, Encik Bobby Bin Abu Hanifah, terdapat beberapa isu yang
berhubung dengan kod etika dan akauntabiliti guru yang pernah dihadapi oleh beliau.
Dalam aspek kod etika keguruan, beliau menekankan sikap profesional semasa
menjalankan tugas. Menurut beliau apa-apa sahaja keputusan yang dibuat hendaklah
tidak berat sebelah dan mestilah adil.
Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam
melaksanakan sesuatu akauntabiliti berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta
kepakaran. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang
menentukan kualiti moral, bidang tugas dan nilai. Etika profesional bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan
peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Menurut Encik Bobby lagi, dalam menjalankan sesuatu pekerjaan di sekolah, kita
mestilah bertindak sebagai satu kumpulan. Bergerak dalam satu pasukan dan tidak
boleh sendiri-sendiri. Sebagai seorang penjawat awam, guru perlu berusaha untuk
meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah. Hal ini mengutamakan kerjasama
semua guru. Tugas utama guru adalah untuk memberikan perkhidmatan yang
berkualiti. Semua guru perlu meningkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Guru perlu bersama-sama mengambil berat hal ini kerana hal ini menentukan hala tuju
sekolah.
Selain itu, beliau juga menegaskan supaya menerapkan sikap berhemah dalam
diri sendiri dan orang lain dalam memimpin sesuatu organisasi. Seorang pemimpin
mestilah berhemah dalam semua perkara maknanya bertolak ansur tetapi mesti ada
juga batas-batasnya.
Encik Bobby juga menekankan aspek akauntabiliti guru dalam mentadbir
ataupun memimpin sesebuah sekolah. Aspek ini tidak tertumpu kepada pentadbir
sekolah sahaja, malah kepada semua guru mahupun penjawat awam. Akauntabiliti
bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti dilaksanakan dengan
penuh tanggungjawab. Seseorang penjawat awam yang telah diberi tanggungjawab
untuk melakukan sesuatu tugas bermaksud beliau telah diamanahkan melaksanakan
tugas tersebut.
Perkhidmatan Awam juga mentafsirkan akauntabili sebagai satu sifat yang jujur
iaitu apabila diberikan amanah mestilah bertanggungjawab kepada pegawai atasan
yang terdekat dan lebih utama kepada diri sendri.
Mengikut kamus dwibahasa pula, perkataan tugas dan akauntabiliti dihuraikan
sebagai nbertanggungjawab kepada seseorang atau sesuatu.
Bagi Encik Bobby, sebagai pemimpin dan guru disekolah aspek akauntabiliti
yang penting ialah sikap bertanggungjawab terhadap sesuatu keputusan yang dibuat.
Maknanya seseorang pemimpin itu mestilah mengadakan perbincangan terlebih dahulu
kemudian bermesyuarat dan seterusnya membuat keputusan yang seadil-adilnya.
Selain itu beliau juga menekankan aspek akauntabiliti terhadap murid. Setiap
guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain.
Perkara ini adalah merupakan hasrat yang sepatutnya diamalkan.
Guru juga perlu bersikap adil terhadap semua murid tanpa mengira latar
belakang mahupun pencapaian akademiknya. Guru juga perlu mengajar dan
membimbing murid dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik
darjah tanpa sebrang bayaran.
Yang terakhir, Encik Bobby juga menekankan akauntabiliti terhadap rakan
sejawat. Akauntabiliti terhadap rakan sejawat menuntut guru supaya mengelakkan diri
daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik
seseorang guru dihadapan murid atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
maruah seorang guru.
Dalam usaha untuk memelihara etika perguruan ini, semua guru seharusnya
tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan tugas sebagai
guru. Sebagai seorang guru, sepatutnya perlu sentiasa bersama-sama berganding
bahu berusaha meningkatkan taraf profesionalisma masing-masing.
Dalam menjaga kod etika dan akauntabiliti guru, banyak cabaran yang telah
dilalui oleh Encik Bobby sebagai guru biasa ataupun sebagai pentadbir. Beliau berkata
semasa beliau menjadi guru biasa banyak cabaran tertumpu kepada cara-cara
bagaimana hendak mendidik murid-murid. Pelbagai karenah murid yang beliau telah
hadapi. Realiti yang berlaku, banyak guru mengajar disiplin mata pelajaran ke arah
mencapai kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Justeru akan berlaku
perubahan moral. Sepatutnya guru mengimbangi anatara kecemerlangan akademik
dengan kebajikan dan keselamatan murid. Selain itu beliau perlu menangani murid
yang mempunyai masalah disiplin. Katanya lagi, guru perlu bijak untuk membentuk
murid tersebut supaya mempunyai jati diri dan nilai-nilai murna dalam dirinya.
Pengalaman Encik Bobby sebagai pemimpin pula ialah sebagai guru besar.
Sebagai guru besar yang baru bertugas cabaran dan tanggungjawab juga semakin
berat dirasai oleh beliau. Antara cabarannya ialah menjaga dan melayani karenah para
guru itu sendiri dan juga murid-murid.
Selain itu, beliau juga perlu menghadapi dengan masalah yang timbul seperti
infrasruktur sekolah yang mengalami kerosakan seperti ketiadaan air atau elektrik dan
kekurangan barang-barang dan peralatan sekolah.
Kata Encik Bobby untuk menangani masalah-masalah dan cabaran-cabaran
tersebut, perkara yang paling penting ialah beliau perlu tahu punca masalah yang
timbul. Kemudian beliau akan berbincang dengan pentadbir sekolah yang lain. Setelah
itu, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan semua guru sekolah untuk
menyesaikan masalah tersebut. Hal ini termasuklah cabaran dalam membentuk akhlak
dan prestasi murid ataupun membaik pulih kemudahan infrastruktur sekolah.
Selain itu, jika ada guru yang bermasalah, guru tersebut perlu berjumpa dengan
beliau secara individu untuk mengetahui masalah yang timbul pada diri guru tersebut
ataupun masalah yang berlaku di bilik guru.
Yang terakhir, untuk menangani cabaran dan masalah, guru sebagai pemimpin
perlulah matang. Guru besar boleh menghadiri kursus-kursus atau taklimat-taklimat
yang dianjurkan oleh pihak PPD, JPN atau kementerian tentang bagaimana cara-cara
mengendalikan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai