Anda di halaman 1dari 9

TUTORIAL 2.

2
Adakah penggunaan kalkulator dan komputer (teknologi) dapat menggantikan
peranan guru Matematik di dalam bilik darjah? Setujukah, anda dengan
persoalan di atas. Ulasan pendapat anda.

Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi
kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya. Matematik yang diajar di sekolah
perlu turut berubah. Desakan-desakan untuk perubahan mungkin muncul dari
perkembangan dalam ilmu matematik sendiri, kegunaan matematik dalam
masyarakat umum yang kian bertambah ataupun penemuan-penemuan psikologi
mengenai pembelajaran matematik. Bagi ahli matematik, matematik adalah satu
bahasa yang unik di mana ia melibatkan komunikasi konsep-konsep melalui simbol.

Menurut Inder (1982), Mathematics is a language - a way of describing,
recording in mathematical sentences and interpretating the symbols used to
relationship.

Pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan
mereka memahami sesuatu konsep, teorem, keupayaan menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan
strategi-strategi heuristik yang tertentu. Mengapakah ramai pelajar tidak mampu
mengaplikasikan kemahiran dan konsep matematik yang telah dipelajari ? Kenapa
matematik dikatakan sukar? Matematik dianggap sukar kerana pada dasarnya ia
adalah berbentuk hiraki. Pemahaman tentang satu konsep adalah perlu untuk
mempelajari suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami sesuatu
konsep asas boleh menjejaskan pembelajaran matematiknya. Apakah kriteria yang
digunakan oleh seorang pelajar dalam mempelajari matematik? Bagi seorang
pelajar, mendapat maklumat dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar
kerana ia melibatkan cara memikir dan membuat. Tiga aktiviti utama yang terlibat
dalam matematik adalah penerokaan/penyiasatan, penyelesaian masalah dan
pembuktian.
Kalkulator dan komputer merupakan satu alat teknologi yang mudah didapati
abad ini. Setiap rumah sudah pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah kalkulator
ataupun komputer untuk kegunaan harian. Penggunaan kalkulator dan komputer
sebagai bahan bantu pembelajaran amat diperlukan masa kini seiring dengan
kemajuan sains dan teknologi. Teknologi elektronik kalkulator dan komputer adalah
alatan penting dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelesaian matematik.
Alatan ini membekalkan imej visual bagi idea-idea matematik, ianya juga
memudahkan jalan kerja untuk mengatur dan menganalisa data, serta menjalankan
komputasi dengan cekap dan tepat. Di samping itu, alatan teknologi dapat
meyokong penyiasatan dan penerokaan yang dijalankan oleh murid-murid dalam
semua aspek matematik, termasuklah geometri, statistik, algebra dan nombor.
Apabila teknologi sedia wujud dalam proses pembelajaran murid-murid, mereka
dapat lebih menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau
kesimpulan, merenung atau membuat refleksi, menaakul dan menyelesaikan
masalah.









Mesin kira atau kalkulator merupakan sebuah peranti elektronik yang kecil
dan murah yang digunakan untuk melakukan pengiraan aritmetik asas. Kalkulator
adalah satu bahan bantu belajar berasaskan teknologi yang boleh menarik dan
memotivasikan pelajar. Ianya lebih murah berbanding bahan bantu belajar (BBB)
yang lain dan hanya memerlukan beberapa kemahiran asas untuk
Gambar 1, menunjukkan kalkulator saintifik.
Gambar 2, menunjukkan kalkulator grafik.
Gambar 3, menujukkan komputer.
1 2
3
3
menggunakannya. Di samping itu, kemahiran pengunaan kalkulator akan menjadi
semakin penting dan lebih ditekankan apabila pelajar di peringkat persekolahan
yang lebih tinggi. Ianya juga menghasilkan output yang maksimum dengan input
yang minimum iaitu pelajar dapat meningkatkan kemahiran matematik hanya
dengan menekan beberapa butang kalkulator.
Penggunaan kalkulator untuk sekolah menengah telah diaplikasi dalam
sukatan pelajaran matemaik. Namun penggunaan di peringkat sekolah rendah
masih belum menampakkan akan dilaksanakan. Mengapa? Adakah kita
menganggap pelajar sekolah rendah tidak mampu menggunakan kalkulator dengan
cara yang betul? Adakah kita bimbang perkembangan mereka akan terbantut. Cuba
kita renung dan teliti era perubahan pendidikan di seluruh dunia masa kini, masa
bergerak pantas, manusia sentiasa mengejar masa, setiap persoalan dan
pertanyaan diperlukan dengan jawapan dengan kadar segera hatta menerima wang
baki dari peniaga. Jadi mengapa perlu kita biarkan pelajar kita mengira secara
manual. Terlalu banyak alat-alat moden yang boleh membantu mereka
menyelesaikan masalah matematik mereka dengan cepat, tepat dan jimat.
Kaklulator juga mempunyai pelbagai peranan. Ianya boleh digunakan untuk
sebilangan besar topik matematik untuk setiap tahap. Dengan penggunaan
kalkulator pelajar berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih
mendalam tentang konsep dan kemahiran matematik topik-topik yang berkaitan.
Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan di luar negara dan
juga di Malaysia didapati ratio yang menunjukkan bahawa murid-murid sekolah
rendah yang menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan
pencapaian lebih memberangsangkan daripada mereka yang tidak
menggunakannya. Pemerhatian-pemerhatian yang menyeluruh juga menyokong
penggunaan kalkulator dalam bilik darjah. Maka, mengapakah kita di Malaysia masih
mangamalkan kemahiran mengajar yang ketinggalan zaman kepada murid-murid
kita? Terdapat kajian yang menunjukkan murid-murid takut terhadap matematik
akibat daripada penggunaan algoritma kertas pensel yang panjang lebar dan
memerlukan banyak langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam
operasi pendaraban dan pembahagian. Telah banyak kajian menunjukkan bahawa
penggunaan kalkulator akan menukar sikap murid terhadap matematik dan juga
meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik. Menurut
Bernard R. Yvon Compelling case for Calculators Arithmatic Teacher Volume
381990/91 menyatakan penggunaan kalkulator dalam matematik mempunyai fungsi,
kelebihan dan bonus yang boleh disimpulkan seperti berikut :
Memberikan motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan
berterusan.
Membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat
penyelesaian.
Membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan
diberikan kepada murid pada peringkat yanglebih awal.
Murid berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam
tentang topiK-topik yang berkaitan.
Membolehkan murid mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan pola-
pola yang diperhatikan.
Menggalakan murid menguasai saiz dan nilai nombor (bijak nombor).
Murid tidak merasa bosan menyelesaikan problem solving malah mahu
menyiapkan walaupun menggunakan masa yang lama.
Murid merasa yakin bahawa kalkulator dapat membantu memperbaiki kebolehan
untuk menyelesaikan masalah matematik mereka.
Membina sikap yang positif dalam matematik. Murid akan merasa seronok
dengan matematik seeing the beauty and enjoying the fun of mathematics.
Membina keyakinan diri. Sebagai alat motivasi untuk murid sebagaimana
seorang tukang kayu yang dapat mengukir kayaunya dengan baik dan cepat jika
mempunyai peralatan yang cukup.
Pelajar yang menggunakan kalkulator dalam matematik mempunyai sikap yang
lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Boleh berdikari. Murid dapat belajar secara penyiasatan sendirian dengan
penggunaan kalkulator.
Penyiasatan yang mudah. Murid boleh menyiasat sendiri jawapan dengan
kaedah tanpa perlu bantuan guru.
Kerjasama dan tanggung jawab. Murid lebih bertanggung jawab apabila diarah
untuk menjaga keselamatan alatan.

Berdasarkan fungsi dan kebaikan seperti yang dinyatakan di atas, ianya
sudah cukup untuk membuktikan serta menggalakkan penggunaan kalkulator dalam
pengajaran matematik di sekolah rendah. Biasanya murid sekolah rendah terutama
yang lambat mengalami kesukaran semasa menyelesaikan soalan matematik yang
melibatkan penggunaan ayat, bukan kerana mereka tidak faham atau tidak tahu
membuat transformasi, tetapi kerana mereka bermasalah dalam menjalankan
algoritma operasi itu. Dengan menggunakan kalkulator, murid-murid di sekolah
rendah boleh menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian
masalah. Mereka tidak akan diganggu oleh kesukaran membuat kiraan yang
panjang lebar. Soalan yang lebih mencabar dan realistik juga boleh diberikan. Ini
secara tidak langsung akan mejadikan pembelajaran matematik lebih bermakna dan
menyeronokan. Sebenarnya, banyak masalah hanya memerlukan anggaran
jawapan dan bukan jawapan tepat. Oleh itu murid-murid harus diajar cara
membezakan dan menentukan kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah yang diberikan, sama ada memerlukan hanya anggaran, pengiraan
congak, penggunaan algoritma kertas pensel ataupun kalkulator. Contohnya
kemahiran mengganggar adalah satu kemahiran yang paling berkuasa sekali dalam
kehidupan seharian kita. Setelah membeli barang-barang di pasar raya, kita boleh
mengganggar sama ada kiraan bil oleh juru wang betul atau tidak. Seseorang murid
yang mahir membuat anggaran akan cepat mengecam kesilapan kiraan seperti 223
+ 489 = 1099 kerana 200 + 400 tidak mungkin menjadi 1000. Oleh itu, murid
digalakan membuat anggaran sebelum mengira. Setelah mendapat jawapan yang
betul dengan kalkulator, galakan murid menaakul sama ada jawapan yang didapati
itu munasabah atau tidak ini akan menyebabkan motivasi belajar matematik di
kalangan murid sekolah rendah akan meningkat.
Bukan itu sahaja, penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat
memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang
lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan
supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh
komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam
pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran
matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu
tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian
masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang
tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu
melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan
bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa
matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan
fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah
tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan
setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui
penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :
pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap
yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat
membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah
dan berkesan
Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang
ketara
Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik
khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh
kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit,
kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga
kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau
bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah
banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah
dan sedang dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran,
keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer.
Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti berikut
Penghasilan Bahan Kurikulum
Latih Tubi
Tutorial
Ulangkaji
Pemulihan dan Pengayaan
Simulasi
Pengiraan
Alat Bantu Mengajar
Tutee
Selain itu, penggunaan komputer juga menggalakkan dalam penggunaan
multimedia. Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan
integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd,
1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu
pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar
memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh &
Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan
multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya
ialah multimedia boleh;
1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan
masing-masing.
2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.
3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan
4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar
5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali
Oleh itu, keberkesanan penggunaan teknologi dalam sebuah bilik darjah
matematik bergantung kepada seseorang guru. Teknologi bukanlah satu penawar
mujarab kepada masalah-masalah dalam proses pengajaran pembelajaran
matematik. Seperti mana alat bantu mengajar yang lain, teknologi boleh digunakan
sama ada secara optimum ataupun dengan serba kekurangan. Guru patut
menggunakan teknologi untuk mempertingkatkan lagi peluang pembelajaran murid-
murid dengan memilih atau membina tugasan-tugasan matematik yang bernas serta
yang dapat mengambil kesempatan untuk mengeksploitkan apa yang dapat suatu
teknologi itu buat dengan berkesan seperti dalam melukis graf, membuat visualisasi
dan menjalan komputasi. Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan simulasi
untuk memberi murid-muridnya suatu pengalaman situasi masalah yang sukar
direkacipta tanpa teknologi. Ataupun guru boleh menggunakan sumber data dan
sumber maklumat dari internet dan World Wide Web untuk merekabentuk tugasan-
tugasan matematik bernas bagi murid-murid. Hamparan elektronik, perisian geometri
dinamik dan mikrodunia komputer merupakan alat-alat teknologi yang berguna untuk
mengemukakan masalah-masalah matematikal yang bernas.
Teknologi tidak akan menggantikan seseorang peranan guru matematik.
Pada amnya, apabila murid-murid menggunakan alat-alat teknologi dalam aktiviti
matematik, mereka biasanya nampak lebih meluangkan banyak masa bekerja dan
mencari penyelesaian bagi masalah matematik sehingga menwujudkan satu
keadaan di mana peranan guru nampaknya tidak penting lagi. Tetapi gambaran ini
adalah tidak tepat dan mudah disalahfahamkan. Seorang guru matematik
sebenarnya memainkan banyak peranan penting di dalam sebuah bilik darjah yang
kaya dengan teknologi, membuat keputusan yang akan membawa kesan yang
penting kepada pembelajaran murid-muridnya. Pada peringkat awalnya, gurulah
yang mesti mempertimbangkan dan membuat keputusan tentang bilakah dan
bagaimanakah teknologi akan digunakan di dalam bilik darjah. Sambil murid-murid
menggunakan teknologi seperti kalkulator ataupun komputer dalam bilik darjah, guru
pula dapat menggunakan peluang ini bukan sahaja untuk memantau dan mencerap
murid-murid tetapi juga untuk memfokus kepada pemikiran dan penaaklulan murid-
murid.
Tambahan pula, sambil murid-murid bekerja dengan teknologi, murid-murid
dapat mempamerkan pelbagai pemikiran dan penaakulan matematikal mereka,
yang pada amnya susah dicerap oleh guru tanpa bantuan teknologi. Maka teknologi
dapat membantu dalam pentaksiran, memberi peluang untuk guru mengkaji serta
memeriksa proses yang telah digunakan oleh murid-murid dalam penyiasatan
matematik mereka dan hasil penyiasatan masing-masing. Justerunya, dengan
teknologi, maklumat yang berlimpah banyak sedia ada bagi guru untuk membuat
refleksi dan membuat keputusan memilih tindakan susulan bagi pengajaran
matematiknya.
Kesimpulannya dalam menangani transformasi pendidikan pada masa kini
kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan perlu kita mengambil kira bahawa
perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi.
Lazimnya sesuatu inovasi itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan dan
diakomodasikan menjadi amalan biasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu
diberi latihan yang kukuh mengenai strategi pengajaran yang berkesan, menarik dan
memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan falsafah
pendidikan negara akan terlaksana.


AHLI KUMPULAN :
1. SANGARAN MANICKAM
2. PIRIYANGA SAMBASEVAM
3. HEENISHA LACHEMYKANDEN
4. CHANDRALEKHA MEGANATHAN
5. KOKILAVANI MANOKARAN

Anda mungkin juga menyukai