Anda di halaman 1dari 32

KOKILAVANI A/P MANOKARAN

SANGARAN A/L MANICKAM



HEENISHA A/P LACHEMYKANDEN

PIRIYANGA A/P SAMBASEVAM

CHANDRALEKHA A/P MEGANATHAN



Pendekatan heuristik adalah pendekatan pengajaran yang
mengemukakan pelbagai data dan pelajar diminta untuk
membuat kesimpulan dan menyelesaikan sesuatu masalah
dari pelbagai aspek dengan menggunakan data tersebut serta
pelaksanaannya dalam pengajaran adalah dengan
menggunakan kaedah penemuan dan kaedah inkuiri.
Pendekatan heuristik adalah: -

Aktiviti pelajar menjadi fokus perhatian utama dalam belajar.

Berfikir secara logik adalah cara yang paling utama dalam mencari
sesuatu.

Proses mengetahui dari sesuatu yang sudah diketahui menuju kepada
yang belum diketahui adalah jalan pelajaran yang paling rasional dalam
pelajaran di sekolah.

Pengalaman yang penuh tujuan adalah tonggak dari usaha pembelajaran
pelajar ke arah belajar berbuat, bekerja, dan berusaha.

Perkembangan mental seseorang berlangsung selama ia berfikir.


Dengan prinsip ini menunjukkan bahawa pendekatan heuristik boleh
mendorong pelajar bersikap berani untuk berfikir.

STRATEGI TEKA DAN UJI
HEURISTIK DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Heuristik merupakan konsep yang lebih umum dan boleh digunakan untuk menyelesaikan
sebarang jenis masalah. Berikut adalah beberapa jenis heuristik yang boleh digunakan
dalam penyelesaian masalah.

Heuristik secara teka dan uji / cuba jaya

Dalam strategi teka dan uji, kanak-kanak akan meneka penyelesaian pada awalnya dengan
tekaan yang munasabah sesuai dengan kehendak soalan.

Maka kanak-kanak juga akan memeriksa untuk melihat sama ada tekaan mereka betul atau
tidak.

Jika tidak, langkah itu adalah untuk mempelajari sebanyak mungkin tentang penyelesaian
berdasarkan tekaan sebelum membuat tekaan seterusnya.

Strategi ini boleh dianggap sebagai satu bentuk percubaan dan kesilapan, di mana
maklumat mengenai ralat membantu kita memilih apa untuk percubaan seterusnya.

Proses ini diulang sehingga jawapan yang betul ditemui.

Segala tekaan dan uji / cuba jaya tidak dibuat secara rambang atau rawak sahaja.




Tiga cara
melaksanakan
teka dan
uji/cuba jaya
cuba jaya
secara
rawak
cuba jaya
secara
inferens
cuba jaya
secara
sistematik

STRATEGI GAMBARAJAH

Heuristik menggunakan gambarajah



Heuristik melakar gambarajah boleh membantu
pelajar memahami sesuatu masalah dengan lebih
jelas. Selepas melukis gambarajah secara kasar dan
jelas, pelajar boleh menandakan maklumat yang
diberikan dalam masalah pada gambarajah itu.

STRATEGI GRAF DAN JADUAL

Heuristik membuat jadual, carta dan graf


Heuristik membuat jadual, carta dan graf membabitkan pelajar
menyenaraikan secara teratur semua kes yang mungkin dalam
jadual, carta dan graf sehingga jawapan yang dikehendaki itu
diperolehi. Ianya dapat digunakan dalam merumuskan data atau
membantu pelajar melihat corak ataupun
pola maklumat. Membuat jadual, carta dan graf adalah berguna
apabila kita tidak dapat menterjemahkan sesuatu masalah ke
dalam bentuk ayat matematik.

Ali mendapati kurungan ternakan ayahnya
terdapat 54 batang kaki dan 20 ekor ternakan.
Ternakan itu terdiri daripada kambing dan
ayam.
Tentukan bilangan kambing dan ayam.

Langkah 1
Memahami soalan
Tentukan bilangan kambing dan ayam.
Mempunyai 54 batang kaki.
Ada 20 ekor ternakan.
Iaitu kambing dan ayam.
Berapakah bilangan kambing dan ayam?

Langkah 2
Merancang soalan
1. Membuat tekaan dan menguji samada jawapan yang diperoleh betul atau
salah.
2. Proses ini diulang sehingga jawapan yang betul ditemui. Langkah-langkah
dalam strategi ini adalah seperti berikut:
Teka jawapan.
Semak jawapan yang diteka . Adakah ia penyelesaian kepada
masalah tersebut?
Gunakan maklumat yang disemak untuk meneka jawapan
lain.
Ulang langkah di atas sehingga anda mendapat jawapan yang
betul.

LANGKAH 3
Melaksanakan penyelesaian

13 ayam 2 = 26 kaki
7 kambing 4 = 28 kaki

26 kaki + 28 kaki = 54 kaki

Langkah 1
Memahami soalan
Tentukan bilangan kambing dan ayam.
Mempunyai 54 batang kaki.
Ada 20 ekor ternakan.
Iaitu kambing dan ayam.
Berapakah bilangan kambing dan ayam?


Langkah 3
Melaksanakan strategi







Kambing = 7
Kaki = 28

Langkah 2
Merancang strategi
Menggunakan gambar rajah.
Segi empat sama sebagai
kambing.
Segi tiga sebagai ayam.
Bulat sebagai batang kaki.






Ayam = 13
Kaki = 26
Jumlah kaki = 28 + 26 = 54

Langkah 4

Menyemak jawapan
Kambing mempunyai 4 kaki, manakala ayam
mempunyai 2 kaki.
Kami memilih bilangan kambing ialah 7 dan bilangan
ayam ialah 13.

Kambing = 7 x 4
= 28

Ayam = 13 x 2
= 26


= 28 + 26
= 54 kaki


Langkah 1
Memahami soalan
Tentukan bilangan kambing dan ayam.
Mempunyai 54 batang kaki.
Ada 20 ekor ternakan.
Iaitu kambing dan ayam.
Berapakah bilangan kambing dan ayam?

Langkah 2
Merancang strategi
Mengurus maklumat dalam jadual.
Jadual mengandungi bilangan kambing,
bilangan kaki kambing, bilangan ayam,
bilangan kaki ayam dan jumlah kakinya.
Mencari pasangan mana yang ada 54 batang
kaki.

Langkah 3
Melaksanakan strategi

Kambing Ayam Jumlah kaki
Bilangan kambing Bilangan kaki
kambing
Bilangan ayam Bilangan kaki
ayam
1
4 19 38 4 + 38 = 42
2
8 18 36 8 + 36 = 44
3
12 17 34 12 + 34 = 46
4
16 16 32 16 + 32 = 48
5
20 15 30 20 + 30 = 50
6
24 14 28 24 + 28 = 52
7
28 13 26 28 + 26 = 54
8
32 12 24 32 + 24 = 56
9
36 11 22 36 + 22 = 58
10
40 10 20 40 + 20 = 60
Langkah 4
Menyemak jawapan
Kambing = 4 kaki x 7
= 28 kaki
Ayam = 2 kaki x 13
= 26 kaki
Jumlah kaki = 28 + 26
= 54 kaki

JUSTIFIKASI
Kami memilih strategi yang kedua sebagai strategi yang berkesan
untuk masalah ini iaitu strategi melukis gambar rajah. Dengan
menggunakan strategi ini kami dapat menyelesaikan masalah ini
dengan mudah. Kami juga dapat menyelesaikan masalah ini tanpa
membazirkan masa.

Strategi ini juga strategi yang sangat efektif kerana strategi ini
kelihatan sangat menarik dengan gambar-gambar yang berbentuk
bulat, segi empat sama dan juga segi tiga. Ia juga sangat menarik sebab
warna- warna yang digunakan ialah menarik.


Apabila kami menggunakan strategi gambar rajah ini kami tidak
berasa bosan sebab melukis adalah satu kerja yang semua orang suka.
Oleh itu, kami menyelesai masalah ini dengan gambar-gambar dan
warna- warni dengan penuh gembira.

Strategi ini juga membantu kami untuk memahami sesuatu
masalah dengan lebih jelas dengan cara menandakan maklumat yang
diberikan pada gambar rajah itu. Oleh sebab itu, kami menyelesaikan
masalah pertanian ini dengan mudah, iaitu dengan menggunakan
strategi melukis gambar rajah.

Penguasaan kemahiran dalam penyelesaian masalah adalah penting
bagi seorang individu. Ini kerana ia merupakan proses dimana individu
tersebut menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman sedia
ada untuk menyelesaikan masalah. Guru memainkan peranan penting
dalam pembelajaran matematik kanak-kanak. Kita sebagai bakal guru
perlu mengaplikasikan kemahiran, pengetahuan dan pemahaman ini
bagi mencungkil minda dan pemikiran pelajar ke aras yang lebih
tinggi. Oleh itu, pelajar dapat menyelesaikan masalah yang diberikan
dengan sempurna dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai