Anda di halaman 1dari 2

06 Januari 2010

DIA PERNAH BERHASRAT UNTUK MEMPERISTERIKAN AKU



Awak..
Baru saya paham sekarang kenapa awak tiba-tiba menghilang dari hidup saya.
Baru saya mengerti pemergian awak secara senyap dari diari hidup saya.
Awak nak mencari keredhaan-Nya.
Awak lebih mencintai-Nya.
Bermacam andaian yang lahir atas pemergian awak tu..
Semuanya buruk-buruk belaka..
Sampai hati saya berfikiran macam itu terhadap insan yang pernah
menyayangi saya sepenuh hati nya.
Bahkan,
Ada satu ketika,awak melabel saya sebagai bakal permaisuri hidup awak.
Tetapi,
Itu dulu.
Itu sebelum awak melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian idaman saya.
Awak juga pernah mengajak saya untuk menuntut di tempat yang sama ketika
itu selepas saya tamat program matrikulasi saya.
Saya ingat lagi.
Sampailah satu masa,
Awak tiba-tiba menyepi.
Tiada message dari awak.
Tiada panggilan dari awak.
Saya cuba menghubungi tetapi awak tak memberi sebarang respon.
Awak seperti hendak menjauhkan diri dari saya.
Oleh sebab itulah timbul andaian buruk mengenai awak dari saya.
Saya andaikan awak hanya bermulut manis.
Saya andaikan awak hanya bijak berjanji.
Rupa-rupanya,
awak menjauhkan diri kerana awak nak berjuang untuk agama.
Berjuang untuk ilmu.
Berjuang untuk berjaya.
Dan.
Jika kita berjodoh,
Mungkin kita akan dipertemukan.
Mungkin ketika itulah awak berjuang untuk 'cinta'.
Mungkin awak tidak mahu mencintai pada yang tak pasti.
Mungkin awak tidak mahu berharap pada mimpi.
Saya dah faham sekarang.
Walaupun hati saya telah berpunya.
Saya masih pegang janji-janji awak.
Kita tunggu dan lihat.
Terima kasih kerana pergi menyepi.
Kerana pemergian awak,
saya sedar mana yang hak dan batil.
Terima kasih 880423!~
Saya berharap kita akan bersua kembali..
InsyaAllah...

Anda mungkin juga menyukai