Anda di halaman 1dari 13

SEJARAH SENI LUKIS MALAYSIA

INSTITUSI SENI LUKIS: AKADEMIK SENI LUKIS NANYANG DI SINGAPURA



Tujuan

Mengetahui sejarah penubuhan dan pelukis-pelukis tanahair yang dilahirkan
Mengetahui tema dan stail pelukis Akademik Seni Lukis Nanyang

Sejarah Penubuhan Akademik Seni Lukis Nanyang

Safrizal Shahir (2005) menjelaskan bahawa Akademi Seni Lukis Nanyang, juga dikenali
sebagai Nanyang Academy of Fine Arts ini ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Lim Hak Tai
dan rakan-rakannya merupakan institusi latihan seni halus formal yang pertama di Tanah
Melayu. Kumpulan pelukis dan tenaga pengajar awal yang biasa dikaitkan dengan institusi
ini ialah Lim Hak Tai, Cheong Sooi Peng, Chen Wen Hsi, Georgette Chen Li Ying, Chen
Chong Swee dan Kuo Ju Ping. Kumpulan ini telah membina gelombang yang besar dalam
perkembangan dan sejarah seni lukis moden Malaysia dari aspek kegiatan, pengkaryaan dan
pendidikan seni. Pelbagai paparan diketengahkan oleh pelukis Akademi. Paparan tampak itu
secara semangatnya amat tempatan menerusi tema lanskap dan alam benda secara nyata. Dr.
Tan Chee Khuan (1994) menyifatkan Lim Hak Tai seorang yang berwawasan kerana tidak
mengambil kesempatan tetapi sebagai pemangkin menerusi institusi yang ditubuhkan.

Hassan Mohd. Ghazali (1999) mencatatkan bahawa penubuhan Akademi ini adalah antara
yang terawal selepas beberapa persatuan seni lukis ditubuhkan sejak awal 1920-an. Walaupun
seni lukis di Tanah Melayu bermula sejak zaman penjajahan British tetapi kegiatan seni lukis
di institusi pengajian tempatan hanya bermula dengan tertubuhnya Penang Free School pada
1816. Selepas itu, beberapa institusi iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris pada 1922,
kumpulan Penang Impresionist di Pulau Pinang tahun 1928, Persatuan Pelukis Cina atau
United Artist Malaysia tahun 1929 dan Penang Chinese Art Club tahun 1936. Menurutnya
lagi, Kegiatan pelukis Nanyang ini banyak dipengaruhi oleh lukisan-lukisan dari negara
China. Menurut Dr. Tan Chee khuan (1994), sebahagian tenaga pengajar yang awal di
Akademi adalah pelukis-pelukis cina Singapura yang bergabung menerusi kumpulan Salon
Art Studies Society. Mereka mendapat pendidikan di sekolah-sekolah seni seperti Sekolah
Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti Seni Shanghai. T.K. Sabapathy
(1983) menyifat Akademi ini adalah pusat pendidikan formal yang pertama dalam bidang
seni. Antara pelukis-pelukis awal tanahair yang mendapat pendidikan formal di Akademi
terutamanya dalam bidang cat minyak seperti Kuo Ju-Ping, Chung Chen Sun, Lai Foong Moi,
Chew Laitong, Jehan Chan, Tan Choon Ghee, Khoo Sui-Hoi and Lu Chon.

Pembelajaran di Akademi terhenti ketika perang dunia kedua pada tahun 1941 tetapi
disambung semula dan telah bertukar tempat. Hassan Mohd. Ghazali (1999) mencatatkan
bahawa Akademi ini dibuka di sebuah bilik kecil bertentangan dengan taman hiburan Gay
World di Geylang, Singapura pada tahun 1937. Setahun kemudian berpindah ke bangunan
yang terletak di 93, Jln. Seranggon, Singapura. Selepas perang kedua tamat, Akademi
disambung semula pada tahun 1946 dan berpindah tempat di 49, St. Thomas Walk,
Singapura. Ketika itu, Akademik diterajui oleh Tseng Chee Dahy dan Tsi Yan Fu sebagai
lembaga pengarah yang meneruskan cita-cita akademik.

Pelukis-Pelukis Nanyang Dan Stail

Menurut Muliyadi Mahamood (2003), perkembangan awal seni cetak kontemporari tanahair
boleh dirujuk kepada kegiatan seni cetak potongan kayu oleh pelukis-pelukis Akademik Seni
Lukis Nanyang di Singapura seperti Lim Yew Kuan, Chuah Mia Tee dan Tan Tee Chie.
Karya cetakan mereka telah mengambil tema atau menggambarkan suasana kehidupan
masyarakat, seperti kehidupan buruh kasar, peniaga dan kehidupan penduduk di kawasan
setinggan dan kampung melayu. Menurutnya lagi bahawa tema sedemikian diambil adalah
kerana disebabkan oleh prinsip seni pelukis Nanyang, kecenderungan media massa dan
pengaruh seni cetakan kayu Cina.

Antara pelukis terkenal Nanyang iaitu Cheong Soo Peng yang juga salah seorang tenaga
pengajar Akademi ketika itu amat aktif mempamerkan karya beliau sejak di Akademi lagi.
Syed Ahmad Jamal (1973) menyatakan bahawa stail karyanya amat mempengaruhi penuntut-
penuntut sehingga mereka meniru gaya karyanya. Ini jelas kelihatan ketika pameran-pameran
seni lukis di tahun 1950-an dan awal 1960-an. Hassan Mohd. Ghazali (1999) menyatakan
bahawa kemasukan pelukis dari negara China selepas perang dunia kedua tamat seperti
Cheong Soo Peng telah menjadi tenaga pengajar di situ. Selain Cheong Soo Peng, pelukis
lain iaitu Cheng Wen Shi, Madam Georgette Chen adalah merupakan tenaga pengajar yang
membawa kepada pendekatan berbeza kerana berlainan latar belakang pendidikan. Pelukis-
pelukis Akademi seperti Cheong Soo Peng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan
Chen Chong Swee secara umumnya mendapat latihan di Akademi Seni di Shanghai, Kanton
dan Amoy terdedah dengan pengaruh modenis Aliran Paris. Cheong Soo Peng merupakan
lepasan Akademi Seni Xiamen dan Akademi Seni Xinhua di Shanghai. Chen Chong Swee,
Chen Wen His dan Liu Kang lepasan Akademi Seni Xinhua. Manakala Georgette Chen
menuntut di Salon Paris dan Liu Kang di Academie de la Grande Chaumiere, Paris.

Mereka ini berperanan mengembangkan tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura.
Pelukis Nanyang juga terkenal kerana menggabungkan tradisi Barat dan Timur dalam hasil
karya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai Gaya Nanyang. Susie Koay (1994)
menjelaskan Gaya Nanyang dilihat sebagai satu gabungan gaya Barat (gaya aliran Paris)
dan Timur (ciri asas lukisan cina) menerusi latar belakang pelukisnya. Gabungan pelukis
Nanyang yang berbeza latar pendidikan disebut sebagai pertembungan dua gaya. Maka
tidaklah menghairankan bahawa karya-karya pelukis-pelukis ini pada asasnya berorientasikan
seni barat dan mengikut Barat dan Timur dengan bebas. Memetik kenyataan T.K. Sabapathy
yang ditulis oleh Susie Koay (1994) menyarankan agar ia dilihat sebagai satu skema berupa
yang menukarkan rangsangan eksperimental dengan menggunakan gaya-gaya dan teknik-
teknik yang berasal dari dua sumber: Tradisi gambaran Cina serta Aliran Paris (School of
Paris).







Pengenalan

Perkembangan seni halus di Malaysia berlaku secara berperingkat-peringkat berkaitan
dengan lukisan, catan, cetakan dan arca. Melalui bidang seni halus ini, pelukis dapat
meluahkan rasa hati untuk disampaikan kepada audiens. Secara umumnya, perkembangan ini
dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu:

a. Zaman sebelum Perang Dunia Kedua

b. Zaman selepas Perang Dunia Kedua
Tahun 20an

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta
pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis
gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat
mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak
ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan catan lanskap dalam aliran Realisme,
zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19
apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh
rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme,
Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca
daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau
Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu
jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di
China.
Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni
halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam
kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka.
Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur.
Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk
Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.

Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya.
Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924.
Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.

Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang
pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis
Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam
semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-
lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.

Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan
penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang
kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik
pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang
Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim
Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana
perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri
seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.


Abdullah Ariff

Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang.
Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya.
Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang
telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee
Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk
mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. Ooi Hwa adalah pelukis cat air aliran
Impressionist dengan kesan-kesan cahaya yang kuat.

Yong Mun Seng

SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan
Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-
sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan
rakyat ketika itu.

Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk
membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan
menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan
penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang
digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-
perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun
terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana
hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring
bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya
sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain
daripada tanah liat.

Tahun 1930an

Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus
Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art
Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.

Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing,
terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi
peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi
berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga
1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.

Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai.
Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian
dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-
pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li
Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura
selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton
dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.

Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni
moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana
menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya
dikenali sebagai Nanyang.

Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di
Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-
pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-
pelukis lain.

Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun Sen,
dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini
termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden,
Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan
Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah
mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan
adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan
berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang
untuk menjayakan pameran ini.

Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan secara
tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat
menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif. Pameran ini
merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya
Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah
dipindahkan.

Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah
pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan
seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan
terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan
di kawasan desa dan pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun
pada tahun 1941.

Tahun 1940an

Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti
Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang
merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru Sekolah St
Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga Presiden persatuan
tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung tinggi sebagai
pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan
Seni Singapura.

Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti seni di dalam
dan di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira bangsa dan darjat.
Walker, pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa pelukis terkemuka
seperti Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat air yang terunggul di mana beliau
juga memberi ilham serta menjadi mentor kepada golongan pelukis generasi ini.

Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis Singapura berhijrah ke Singapura dari
Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan di Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke
Jakarta pada 1932 dan bekerja sebagai pelukis komersil. Pada tahun 1947, beliau mendapat
biasiswa kerajaan Belanda untuk menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau seterusnya
dilantik sebagai pelukis Istana Presiden oleh Presiden Sukarno.

Pada Disember, 1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti kebudayaan.
Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan-kumpulan kebudayaan China.
Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau Pinang telah
dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945 keseniang di Pulau Pinang telah
dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di bawah
Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi warganegara
Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School
of Art.

Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis Amerika
Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme abstrak, Seni
Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan sebagainya. Pelukis-
pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran
seni.

Mohammad Hoessein Enas

Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan,
penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun
1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur . Hoession seterusnya
menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang
terkenal.

Tahun 1950an

Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh Tay
Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin Kok, Kim
Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru
sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United
Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis
tempatan.

Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang
berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran bertajuk mpat
Pelukis Kembali yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan dengan
seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia
membuat lawatan melukis ke Bali.

Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi sokongan,
menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan
kerajaan.

Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng
Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan souter
sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai bendahari dan
juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran seni secara tetap
untuk ahli-ahli mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan
serta pelukis luar negara yang membuat lawatan.

Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris.
Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan seni yang serius di Kuala Lumpur. Peter Harris
merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni
di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada
guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang
mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor,
Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon
Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.

Syed Ahmad Jamal

Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh ekspatriat dan ahli-ahli seperti
Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal dan
Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis di Sekolah
Lelaki Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran.

Dzulkifli Buyong


Jolly Koh

Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan
Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas.
APS bertujuan untuk mengumpul serta menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu. Ahli-
ahlinya telah mencontohi penasihat mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal kerana potret
realistik dalam cat minyak dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris
Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof
Abdullah dan Zakariah Noor.

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat
yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi
Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau. Mereka
memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan
dan pameran.

Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di
Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah
(kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan
yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang
bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya
mereka.

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM
Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-
karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik
Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun
Sen.

Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah
membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali
Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor
Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.

Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi
yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi
dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Chuah Thean Teng

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah
Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis
Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong
Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan
kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni
antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo
Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

Tahun 1960an

Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik
perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi
seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang
kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa.
Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-
acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli
politik dan diplomat.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya
ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang
seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun.
Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat
tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti
Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi
memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966.
Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang
Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga
baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia
menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and
Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan
Industrial Design.

Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus
diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush
Painting, Photography dan Commercial Art.

Tahun 1970an

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat
avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan ew Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman
Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini
telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar.
Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan
pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

Redza Piyadasa

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran
semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan
metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong
Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal
1970an.

Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan
ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan
Pelukis SeMalaysia.

Abdul Latiff Mohidin

Tahun 1980an

Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah
badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama
dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar
negara.

Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-
guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang
lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan
oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini termasuk Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan
Kemanusiaan. USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan, Fotografi, Teori-teori Seni,
Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan
Asia Moden dan latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah
Senilukis.

Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi
sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badan-badan swasta seperti
firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada , telah mula membeli karya-karya
untuk dijadikan koleksi simpanan.

Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan
munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme dan karya-
karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini.

Anda mungkin juga menyukai