Anda di halaman 1dari 4

Syarikat saya sering mengadakan seminar motivasi untuk pekerja.

Penceramah semin
ar sering mengambil contoh dan kata-kata dari pakar motivasi bukan beragama Isla
m seperti Anthony Robbins dll. Dan juga mencadangkan kami banyak membaca buku tu
lisan mereka seperti "Unlimited Powers, Personnel Power".
Apakah pandangan ustaz akan hal ini. Dan bolehkan dicadangkan di sini buku-buku
Motivasi yang ditulis oleh orang Islam.
Terima Kasih.
---------------------------
sas@mastic.gov.my

Jawapan
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Kita sudah tentu biasa mendengar nama-nama seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sin
a, al-Masudi, Miskawaih, Ibnu Khaldun, al-Biruni, Ibnu Rushd, Ibnul Haiyyan, Uma
r al-Khaiyam, al-Khawarizmi dan lain-lainnya. siapakah mereka?
Mereka adalah para cendikiawan dan ilmuwan Islam yang menjadi jaguh dalam bidan
g masing-masing pada zamannya. Malahan, tamadun hari ini wajib berterimakasih at
as sumbangan besar yang telah diberikan oleh mereka. Tamadun modern hari ini ada
lah kesinambungan dari tamadun yang telah dicipta oleh para cendikiawan Islam da
hulu. Walaupun kegemilangan mereka cuba dipadam dari lipatan sejarah, namun haki
kat kebenarannya tiada siapa yang boleh mengubahnya.
Bagaimana tamadun kegemilangan Islam yang tiada tandingnya walau dizaman manapun
bermula? Mereka tidak bermula dari atas.. Mereka tidak bermula dari bawah.. Mer
eka bemula dari bawah. Mereka merangkak-rangkak dari bawah.
Semangat dan keazaman mereka ini semenjak awal lagi telah dipacu oleh al-Quran d
an Sunnah kekasihNya Muhamad s.a.w. Kegelapan yang mengurung kotak pemikiran mer
eka semasa zaman jahiliah bertukar kepada cahaya yang terang benderang dengan da
tangnya nur Islam. Cuba bayangkan, dari sebuah bangsa yang tidak bertamadun, gem
ar berkelahi, keras hati, yang sanggup menanm anak perempuan hidup-hidup sehingg
a para penakluk tidak sanggup untuk menjajah telah bangkit dengan mencipta tamad
unya sendiri yang tiada duanya di atas mukabumi ini.
Dari mana mereka bermula? Dengan semangat al-Quran dan al-Sunnah mereka memindah
kan teknologi luar ke negara Islam. Segala ilmu yang ada di negara mana sahaja,
sejauh manapun jaraknya mereka usung pulang. Sesampainya di negara Islam, mereka
pelajari, kaji, kembangkan dan seterusnya disemadikan di dalam bentuk penulisan
, kuliah, praktik dan sebagainya. Dari pelbagai ilmu yang di import, mereka tida
k menelannya begitu sahaja. Ianya diproses semula dan diadun bersandarkan kepada
petunjuk wahyu dengan penuh rasa ghairah. Mereka berkeyakinan ilmu yang benar t
idak akan bertentangan dengan wahyu.
Akhirnya, dengan ilmu-ilmu yang mereka proses dan adun semula telah membawa kepa
da kejayaan pembinaan tamadun yang berdiri dengan idientitinya sendiri.
*******************
Antara kejayaan cemerlang mereka dalam bidang keilmuan Islam adalah disebabkan o
leh keperluan mereka terhadap perkara berkenaan dalam perkara-perkara yang menya
ngkut soal hukum-hakam syarak. Sebagai contohnya, umat Islam diwajibkan untuk me
ngerjakan sembahyang fardu lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan. Kewajipan ini
amat berkait rapat dengan ilmu pengetahuan Geografi dan Astranomi. Mereka diwaj
ibkan lagi dengan zakat. Ia amat berkait rapat dengan ilmu matematik dan perakau
nan. Kewajipan ibadah Haji pula amat berkaitan dengan ilmu pengangkutan, geograf
i dan kedoktoran. Umat Islam di arahkan agar mempertahan negara dari serangan m
usuh. Dengan ini mereka perlulah mendalami ilmu persenjataan dan peperangan deng
an sebaik-baiknya agar Islam akan tetap terus terpelihara. Mereka menuntut ilmu-
ilmu yang ada hubungannya dengan hukum-hakam Allah agar mereka dapat mengabdika
n diri kepada Allah dengan cara yang lebih sempurna.
Lihat pula zaman yang kita berada sekarang ini, kita berkemampuan mengulang kemb
ali sejarah yang pernah diciptakan oleh umat Islam terdahulu. Dengan cara yang s
ama. Dengan pendorong yang sama. Dengan semangat yang sama. Zaman kita ini amat
memerlukan kepada teknolgi-teknologi baru yang akan menjadikan pengabdian kita k
epada Allah Taala lebih baik dan sempurna lagi.
Kita sepatutnya berusaha mengubah kecelaruan sistem pendidikan yang ada kepada s
atu sistem yang lebih efektif. Kecelaruan ini menyebabkan kaburnya arah tujuan.
Ke mana hendak di bawa segenggam ilmu yang ada ini. Sistem baru yang perlu diwuj
udkan ini, hendaklah suatu sistem yang beransur-ansur membawa ke arah menjadi tu
an kepada ilmu. Oleh itu, Islamisasi ilmu perlu dilakukan secara berterusan.

Seruan yang dilaung-laungkan oleh Jamaluddin al-Afghani, Muhamad Abduh dan Rashi
d Redha suatu ketika dahulu supaya umat Islam kembali secara total kepada al-Qur
an dan sunnah adalah titik permulaan zaman kebangkitan abad 20. Ketika sebahagia
n umat mengharamkan mempelajari ilmu-ilmu modern dari barat, manakala sebahagian
yang lain secara tanpa batasan menelan bulat-bulat ilmu-ilmu berkenaan, mereka
dengan tenang memaparkan jalan penyelesaiannya.
Pembaharuan ini adalah suatu yang pahit untuk didirikan walaupun hasilnya amat
manis sekali. Ia banyak menelan korban (bukan berbentuk nyawa). Tokoh-tokoh refo
rmasi ini terpaksa menelan dengan pahit terhadap caci maki sebahagian umat. Mala
han sampai ke tahap mengkafirkan. Beberapa tokoh sekular Mesir seumpama Thoha Hu
sain adalah di antara korbannya. Beliau pengkagum tamadun barat yang tergelincir
pemikirannya dari idea asal Muhamad Abduh. Namun jangan pula kita lupa, dari ta
ngan beliau (muhamad Abduh) lahirlah tokoh-tokoh penggerak umat ini. Kemudian ge
narasi berikutnya, lahirlah beberapa tokoh lain yang menjadi pembaharu pada zama
n masing-masing, seperti Hasan al-Banna dll.
Dengan seruan Muhamad Abduh agar pintu ijtihad dibuka semula dan taklid perlu di
hapuskan, maka terongkailah kebekuan dan ketertutupan yang melanda para ulamak s
ebelum ini. Para ulamak mula melakukan reformasi (sehingga kini masih terus berj
alan) terhadap ilmu-ilmu syariat. Banyak masalah fikah yang melanda umat abad in
i dapat diselesaikan dengan begitu baik sekali. Sehinggakan kita dapat melihat f
ikah itu hidup segar kembali, berkembang dan sesuai dengan peredaran zaman. Pemb
ahasan, rujukan dan kajian dari kitab-kitab klasik dibuat dengan cara baru yang
lebih praktikal. Bukan dengan cara yang akan membawa kita kembali semula kepada
zaman kitab-kitab itu ditulis. Jika dahulu, mempelajari kitab-kitab karya ulamak
silam bermakna pelajar kena tutup mulut. Wajib ikut! Tetapi sekarang, diserapka
n agar mempelajarinya secara kritis.
Hasilnya, kita dapat melihat penyelesaian hukum-hakam syariat yang hidup seperti
metode yang dipraktikkan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi, majlis fatwa al-Azhar dan
dari jabatan Syeikh al-Azhar sendiri.
****************
Ketika kami belajar di pondok dahulu, bukanlah semua yang diajar itu dari ilmu-i
lmu syariat. Subjek-subjek akademik juga ada diajarkan, seperti ilmu logik (mant
iq), ilmu astranomi/falak (sebahagian pondok), ilmu hisab, ilmu al-Balaghah, nah
u, sorof dsbnya.
Dari sudut objektifnya.. Ilmu-ilmu ini kami pelajari untuk dijadikan sebagai ala
t memahami ilmu-ilmu syariat. Seperti ilmu balaghah, kami pelajari agar dapat me
mahami bentuk-bentuk penggunaan ayat di dalam al-Quran.
Ilmu logik pula adalah salah satu dari cabang ilmu falsafah yang disusun oleh da
ri Aristotle. Ia kami pelajari untuk memahami isikandungan kitab-kitab klasik
tauhid (ilmu kalam). Oleh kerana kitab-kitab tersebut banyak yang disusun pada z
aman kegemilangan ilmu falsafah, maka isikandungannya banyak menghentam idea-ide
a dari golongan yang bertentangan. Mereka juga menggunakan pendekatan ilmu logik
dalam menyampaikan idea-idea mereka. Dalam kitab-kitab ini juga mengetengahkan
metode mengenal Allah dengan cara ilmu logik (yang disesuaikan dengan syarak). C
ontoh, Allah itu wujud. Apa dalil aqlinya? Ada alam ini, kerana setiap benda mes
ti ada yang menciptakannya. Mustahil alam ini ada tetapi tiada yang menciptakann
ya. Oleh itu Allah itu wajib ada. Mustahil Allah itu tiada. Inilah adalah pendeka
tan ilmu logik. Ilmu logik juga dipelajari untuk memahami kitab-kitab usul fikah
dan lain-lainnya yang berkaitan secara tidak langsung.
Point yang hendak diketengahkan di sini ialah, ilmu logik yang kami pelajari ad
alah versi klasik. Sedangkan ilmu logik sudah semestinya berkembang dengan pesat
sebagaimana ilmu-ilmu lain. Kami dizaman modern ini sepatutnya bukan mempelajar
i ilmu logik versi lama tetapi versi baru. Sebab apa? Sebab ilmu tersebut terhen
ti perkembangannya (ilmu logik berteraskan wahyu) selepas jatuhnya tamadun Islam
. Yang berkembang sekarang berkemungkinan sukar untuk disesuaikan dengan praktik
terhadap ilmu-ilmu syariat. Ia perlu diperoses semula. Boleh jadi, perlunya ses
eorang yang melakukan proses semula teori Edward de Bono..
Ilmu logik adalah ilmu berfikir dengan cara yang betul. Dianggap sebagai ilmu se
gala ilmu. Ia banyak menekankan tentang definasi. Setiap sesuatu perlu diberi de
finasi terlebih dahulu, kemudian barulah diselesaikan masalah yang dihadapi. Dan
, dikatakan bahawa tamadun barat berdiri atas ilmu ini, dengan menekankan terhad
ap definasi sesuatu.
Begitu juga dengan ilmu astranomi, sebahagian pondok masih menggunakan teori-teo
ri dan peralatan klasik sedangkan ia telahpun banyak menerima perkembangan.
Perbicaraan khusus adalah diperlukan untuk membahas soal-soal ini.
*****************
Setelah, meneliti penjelasan di atas, kita kaitkan pula dengan soalan yang sauda
ra kemukakan:
Syarikat saya sering mengadakan seminar motivasi untuk pekerja. Penceramah semin
ar sering mengambil contoh dan kata-kata dari pakar motivasi bukan beragama Isla
m seperti Anthony Robbins dll. Dan juga
mencadangkan kami banyak membaca buku tulisan mereka seperti "Unlimited Powers,
Personnel Power".
Apakah pandangan ustaz akan hal ini. Dan bolehkan dicadangkan di sini buku-buku
Motivasi yang ditulis oleh orang Islam.
Jawapan: Soalan saudara adalah di sekitar boleh atau tidak kita mempelajari, mem
baca ilmu-ilmu yang ditulis oleh orang kafir. Berikut ini saya terjemahkan fatwa
yang diberikan oleh Syeikh Athiyah Saqar di dalam Ahsanul Kalam, vol 10, hal 67
6:
Soal: Apakah hukum dari sudut agama mempelajari subjek-subjek falsafah yang ditu
lis oleh para ulamak Islam atau yang bukan Islam? Dan sejauh manakah bahayanya s
erta manfaatnya dengan mempelajari subjek-subjek berkenaan?
Jawab: Tidak mengapa mempelajari subjek-subjek falsafah, jika ia bertujuan untuk
meluaskan pemikiran dan memperbandingkannya dengan Islam. Mana-mana yang berses
uaian kita terima, jika tidak kita tolak serta memperjelsaskan bentuk penolakkan
tersebut. Atas asas inilah beberapa buah buku (kitab) telah dihasilkan yang mem
bicarakan tentang Agama, aliran dan pelbagai aqidah- yang betul dan yang tak bet
ul. Ia di bahas dan didiskusikan oleh para ulamak secara ilmiah menurut pertimba
ngan agama dan akal yang sihat.
Terdapat bahaya yang besar terhadap orang yang mempelajarinya tanpa dapat membez
akan antara yang haq dan yang batil, atau menolak yang batil tanpa penjelasan te
ntang kebatilannya.
Al-Quran sendiri ada menyebutkan tentang qaidah-aqidah orang yang engkar kewujud
an Allah, atheis dan yang mengengkari hari kebangkitan, hisab dll. Dengan menyeb
utkan dalil di atas kebatilan apa yang mereka Itikadkan. Ini dilakukan oleh al-Q
uran, sebagaimana ia ada menerangkan dalil-dalil tentang akidah-akidah yang bena
r yang dibawa oleh Islam.
Dahulu, masalah ini pernah dipertelingkahkan mengenai hukum mempelajari ilmu log
ik yang diasaskan oleh orang-orang Yunan klasik. Sebahagian ulamak membolehkan,
sebahagiannya mengharamkan:
Ibnu al-Sholah dan al-Nawawi mengharamkan. Sebahagiannya mengatakan perlu dipela
jari, dan sebahagian yang lain mengatakan harus (jaiz) sahaja.
Maksud harus di atas ialah bagi orang yang mampu membezakan antara yang baik dan
yang buruk dari ilmu ini.
*****intaha Athiyah Saqar******
Ilmu motivasi adalah sebahagian dari cabang ilmu yang berguna, tetapi amat disay
angkan sekali ia telah diasaskan dan dikembangkan oleh orang-orang yang bukan Is
lam. Oleh itu di dalamnya sudah tentui ada yang bertepatan dengan Islam dan ada
yang tidak bertepatan. Dan bagi mereka yang dapat membezakan antara yang baik da
n yang buruk, serta dapat memberi penjelasan mengapa ia buruk, diharuskan membac
a dan mempelajarinya. Yang tidak dapat berbuat demikian adalah diharamkan, keran
a khuatir ia akan terpesong pemikiran. Kerana ilmu motivasi banyak berasaskan ke
pada keyakinan diri dan potensi yang ada untuk menolak mereka kepada satu usaha
yang diharap-harapkan dapat memberi kecemerlangan.
Saya ada membaca sebuah buku motivasi karya Kim Woo Choong, pengasas Daewoo. Buk
u ini amat baik sekali, tetapi ia tidak terlepas dari beberapa idea yang perlu d
itolak kerana tidak sesuai dengan budaya hidup Islam. Namun banyak nilai-nilai b
aik yang boleh diambil darinya.
Agar manfaat dari ilmu motivasi ini dapat dikecapi oleh semua umat Islam dengan
lebih sempurna, adalah menjadi kewajipan (fardu kifayah) ke atas umat Islam untu
k mengolahnya semula ke dalam acuan Islam.

Buku motivasi yang ditulis oleh orang Islam, saya kira jika di Malaysia, bolehla
h saudara mendapatkan buku-buku yang mungkin ditulis oleh pakar motivasi seperti
Dr hasan Ali dll. Apakah kualitinya sesuai dengan citarasa saudara Wallahu alam.
Mengenai buku yang saudara sebutkan, bolehlah dibaca seandainya saudara mampu me
mbezakan mana yang haq dan mana yang batil.
Wallahu alam.

Anda mungkin juga menyukai