Anda di halaman 1dari 1

Kata Ganti Nama Diri

1. Mariam otak cair. (Dia, Beliau) selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
2. (Saya , Kami ) akan menghantar borang itu esok, kata Siti kepada Cikgu Halim.
3. Cikgu, (saya , kami ) hendak berjumpa Guru Besar sekarang, kata Lily dan Susan kepada Cikgu Wong.
4. Datuk Tiong Kim Sing wakil rakyat Bintulu. ( Dia , Beliau ) akan merasmikan bangunan sekolah baharu itu.
5. ( Saya , Beta ) akan berangkat ke Singapura pada hari Sabtu ini, titah Sultan Mohamad Shah.
6. ( Kami , Saya ) akan melawat nenek di kampung, kata Mary dan Tina kepada Mei Hua.
7. ( Kami , Saya ) akan berlatih bermain pingpong dengan Kenneth pada hari Jumaat, kata Sebastian
kepada Jayden.
8. Sultan Idris raja yang adil. (Beta , Baginda ) disayang rakyat jelita.
9. Hashim seorang anak yang rajin. ( Dia , Mereka ) selalu membantu ibu bapa membuat kerja rumah.
10. Ibu dan jiran menaiki bas ke pasar. ( Dia , Mereka, Beliau ) membeli sayur-sayuran dan buah-buahan di
pasar.
11. Kakak rajin mengulangkaji pelajaran (-nya, dia ) .
12. ( Kamu , Kami ) ada berapa adik beradik?
13. Di manakah letaknya rumah ( kamu , saya )? tanya Kim Seng kepada Raju.
14. Mei Mei dan Mei Ling suka membantu orang. ( Mereka , Kami ) disukai ramai kawan.
15. Esther, Laura dan saya suka melukis. ( Mereka , Kami ) belajar melukis pada setiap hari Ahad.
16. John dan Jimmy berkata kepada saya, Mari ( kita , kami ) berbasikal di taman itu.
17. Saya dan Roland suka bermain badminton. ( Dia , Kami ) akan bermain di halaman rumah pada hujung
minggu.
18. Mak Cik Lina mengajak saya sekeluarga ke rumahnya. ( Dia , Beliau ) memasak pelbagai jenis lauk yang
enak.
19. Kim Seng dan Hock Ming berkata kepada Johnathan, ( Kami , Saya ) akan melawat ke ladang itik datuk
pada cuti sekolah yang akan datang.
20. Datuk dan nenek sedang menonton televisyen di ruang tamu. Selepas itu, ( mereka , kamu ) makan
sambil berbual-bual.
21. Walaupun bergelar putera raja, namun ( beta , baginda ) tidak bersikap sombong.
22. ( Saya , Beta ) akan bersantap sekejap lagi, kata Sultan Halim kepada Laksamana.
23. Mari ( kita , kami ) tolong Cikgu Kong, kata Daniel, Kim Luk dan Muthu.
24. ( Kami , Kita ) harus menjaga kebersihan sekolah, pesan Guru Besar.
25. Bersenam baik untuk kesihatan ( kita , kami ).

Anda mungkin juga menyukai