Anda di halaman 1dari 1

Alhamdulillah, sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan

lancar. Pada hari ini, saya memilih standard kandungan 2.6 membaca dan memahami
pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat
membaca. Manakala bagi standard pembelajaran pula, saya memilih membaca dan
memahami pelbagai bahan bukan sastera untuk mengenal pasti nilai murni. Secara
keseluruhannya, objektif saya, iaitu membaca teks petikan Mencari Rezeki di Ibu
Kota dengan intonasi yang betul dan suara yang jelas serta menyenaraikan 4
daripada 5 nilai murni yang terdapat dalam teks petikan Mencari Rezeki di Ibu Kota
dengan betul, telah terlaksana. Seramai 100% murid mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran pada hari ini.
Sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini banyak menggunakan bahan
bantu mengajar. Sebagai contoh pada awal pengajaran, saya menunjukkan pelbagai
gambar pekerjaan dan meminta murid mengenal pasti apakah kaitan dengan
pengajaran pada hari ini. Saya juga menggunakan contoh gambar duit, gambar
mesin atm, lembaran kerja, lirik lagu dan muzik. Semua bahan bantu mengajar ini saya
gunakan dengan sepenuhnya untuk menarik perhatian murid untuk terus belajar.
Kekuatan yang saya kenal pasti sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
pada hari ini ialah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Murid-murid mendengar
semua arahan yang diberikan oleh guru. Hal ini kerana guru menggunakan suara yang
lantang dan jelas untuk didengar. Manakala dari segi arahan pula, guru memberi
arahan secara tepat dan ringkas agar murid tidak keliru. Arahan yang panjang dan
berjela-jela akan menyebabkan murid tidak faham dengan apa yang ingin
disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, saya ingin elakkan perkara-perkara
tersebut berlaku dalam kelas saya kerana guru yang baik ialah guru yang dapat
mengawal kelas dengan sepenuhnya.
Terdapat juga kelemahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada
hari ini, iaitu standard pembelajaran dan objektif yang telah saya tetapkan telalu
rendah arasnya untuk murid-murid kelas 4 Arif. Murid-murid kelas 4 Arif dapat
menyelesaikan semua tugasan-tugasan yang saya berikan dengan cepat dan betul.
Oleh yang demikian, saya sebagai guru sepatutnya mencari dan menghasilkan satu
aktiviti yang menatik tetapi dapat mencabar pemikiran mereka agar mereka dapat
berfikir di luar kotak pemikiran.
Pada masa yang akan datang, saya akan menghasilkan pelbagai aktiviti yang
menjurus kepada pemikiras aras tinggi agar pembelajaran yang dilaksanakan dapat
menarik minat murid untuk terus berfikir. Dalam Pelan Induk Pendidikan Malaysia juga
ada menyebut bahawa murid-murid haruslah didedahkan dengan aktiviti yang
memerlukan murid berfikir aras tinggi. Oleh yang demikian, selepas ini saya haruslah
memilih hasil pembelajaran yang sesuai dengan tahap pemikiran murid-murid kelas 4
Arif.

Anda mungkin juga menyukai

  • Bawang Putih Bawang Merah
    Bawang Putih Bawang Merah
    Dokumen3 halaman
    Bawang Putih Bawang Merah
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Imbuhan
    Imbuhan
    Dokumen20 halaman
    Imbuhan
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Nota Ayat Aktif Dan Ayat Pasif
    Nota Ayat Aktif Dan Ayat Pasif
    Dokumen7 halaman
    Nota Ayat Aktif Dan Ayat Pasif
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Refleksi
    Refleksi
    Dokumen1 halaman
    Refleksi
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Senarai Nama 5r SKBB
    Senarai Nama 5r SKBB
    Dokumen2 halaman
    Senarai Nama 5r SKBB
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Nota
    Nota
    Dokumen67 halaman
    Nota
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • Pementasan Drama Muzikal
    Pementasan Drama Muzikal
    Dokumen7 halaman
    Pementasan Drama Muzikal
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat
  • RPH KSSR
    RPH KSSR
    Dokumen7 halaman
    RPH KSSR
    Princess Fyfie Sofianah
    Belum ada peringkat