Anda di halaman 1dari 2

Ada apa apa

soalan?
Jawapan-jawapan kepada soalan-soalan
anda mudah didapati di laman web
kami!

Lungsuri
http://www.mom.gov.sg




Klik pada lambang ASK MOM
Taip soalan-soalan anda dan
tekan butang Ask


This brochure is updated on 10 January 2014.
LR 12
Panduan untuk
Pekerja

Saya ingin tahu
berkaitan cuti
tahunan dan hak cuti
sakit.

Apa yang harus saya
lakukan?



?
TIPS
Tiada hak cuti perkahwinan dan cuti
ihsan, kesemuanya bergantung
kepada syarat-syarat perjanjian
perkerjaan.


Berbincang dengan majikan anda ber-
kaitan hak cuti anda sebelum mem-
buat temujanji dengan MOM

Surat-surat yang perlu untuk
membuat tuntutan anda
dengan kami?


1. Surat Perlantikan Kerja
2. Salinan boring permohonan cuti
3. Surat Gaji yang menyatakan baki
hari cuti
4. Cuti Sakit: Salinan Sijil Perubatan
dan bil Perubatan dari klinik

Anda berhak kepada cuti tahunan dan cuti sakit berbayar
jika anda dilindungi di bawah Akta Pekerjaan dan telah
bekerja sekurang-kurangnya tiga bulan

Apakah hak cuti tahunan saya?
Semak pada perjanjian pekerjaan anda tentang hak cuti
tahunan anda. Jumlah hari cuti tahunan bergaji bergan-
tung kepada apa yang termaktub dalam perjanjian
tetapi tidak kurang dari kadar berikut:


Apakah Hak Cuti Sakit Saya?
Semak perjanjian kerja anda perihal hak cuti sakit ta-
hunan anda. Jumlah cuti sakit tahunan bergaji bergan-
tung pada apa yang dinyatakan dalam perjanjian
pekerjaan dan tidak kurang dari berikut:





Tahun Perkhidmatan Berterusan Hari Cuti
Pertama 7
Kedua 8
Ketiga 9
Keempat 10
Kelima 11
Keenam 12
Ketujuh 13
Kelapan dan seterusnya 14
APA LANGKAH
SELANJUTNYA...
APA YANG ANDA PERLU
LAKUKAN...
SOALAN-SOALAN LAZIM

S: Apakah jumlah keseluruhan cuti sakit bergaji?
J : Jumlah hari pesakit luar hospital dan cuti yang boleh diambil
adalah dihadkan pada jumlah bilangan hari cuti sakit hospital
anda layak menerima.Sebagai contoh, jika anda telah mengambil
cuti sakit 14 hari tahun ini, bilangan cuti sakit hospital anda boleh
ambil adalah 46 hari.(60-14 = 46) Jika anda berada di bulan ke 4,
5 and 6 perkhidmatan, jumlah cuti sakit juga dihadkan pada
kelayakan masing-masing.

S: Saya telah bekerja dengan majikan saya selama lebih 3 bulan
tetapi kurang setahun. Bagaimanakah perhitungan bilangan
cuti tahunan bergaji saya?
J. Anda boleh menggunakan formular di bawah ini:
Jumlah bulan dalam perkhidmatan dibagi dengan 12 X hak cuti
tahunan untuk tahun berkenaan.

Contoh untuk 5 bulan bekerja dan hak bercuti 7 hari.
Hak cuti = 3 hari
Jika jumlah tidak lebih dari 0.5,
bundarkan cuti ke bawah dan
kalau lebih dari 0.5, bundarkan
cuti ke atas

S: Doktor saya mengeluarkan sijil perubatan (MC) menyatakan
cuti hospital tetapi saya tidak dimasukan kedalam wad di hospi-
tal. Adakah ini dianggap cuti hospital?
J: Ya, pekerja tidak semestinya dimasukkan ke wad
Hospital.

S: Adakah majikan saya dikehendaki membayar perbelanjaan
perubatan saya?
J: Anda semestinya telah bekerja dengan majikan tersebut se-
kurang-kurangnya 3 bulan dan majikan dikehendaki membayar
yuran berjumpa doctor. Untuk kos perubatan yang lain-lain
seperti ubat-ubatan, rawatan atau yuran ward, ini semua bergan-
tung pada syarat faedah perubatan yang disediakan oleh perjan-
jian pekerjaan atau perjanjian bersama yang ditandatangani
antara syarikat dan kesatuan.

S: Apakah yang perlu saya lakukan jika majikan tidak memberi-
kan saya cuti tahunan sejak saya mula-mula bekerja?
J: Anda boleh membuat aduan terhadap majikan anda dengan
MOM. Lungsuri lelaman web MOM: https://
appointment.mom.gov.sg/ dan pilih jenis temu janji Salary and
Employment Related claims atau talipon 64385122.

Perhatian: Anda hanya boleh membuat tuntutan dalam masa 6
bulan. Contohnya, jika tuntutan anda ialah perihal perkara pada
bulan 15 Desember 2013 maka anda perlu membuat tuntutan
tersebut menjelang 15 June 2014
Seorang pekerja diberi cuti sakit bergaji sekiranya:-

1. Pekerja telah memberitahu atau berusaha memberitahu
kepada majikan tentang ketidakhadirannya dalam tempoh
48 jam. Jika gagal, pekerja tersebut akan dianggap telah
tidak hadir bekerja tanpa izin atau sebab-sebab munasa-
bah.
2. Cuti sakit ialah yang telah disahkan oleh doktor syarikat
atau oleh doktor pemerintah (termasuk doktor dari institusi
perubatan awam yang diiktiraf dan senarai institusi terse-
but boleh didapati di lelaman MOM)

Perhatian: Pekerja mesti berjumpa dengan doctor yang telah
dilantik syarikat kecuali kliniknya tidak mudah dikunjungi atau
dalam keadaan kecemasan.
Adakah anda dilindungi di bawah Akta Pekerjaan?

Anda dilindungi di bawah Akta Pekerjaan (tanpa kira kebang-
saan anda) jika anda dalam perkhidmatan kontrak dengan maji-
kan anda dengan gaji seperti berikut:-
a) Pekerja tukang yang bergaji tidak lebih $4,500 gaji asas bu-
lanan
b) Pekerja yang bergaji tidak lebih $2,000 gaji asas bulanan
Anda tidak dilindungi dibawah Akta tersebut jika anda berjawa-
tan pengurusan atau eksekutif, pelaut, pembantu rumah dan
berkerja dengan Badan Berkanun atau Pemerintah.
Tempoh Lama
Perkhidmatan
Jumlah Hari
Cuti Sakit
Jumlah Hari
Cuti Hospital
3 bulan 5 15
4 bulan 8 30
5 bulan 11 45
6 bulan dan selebih 14 60
S: Adakah saya berhak mengambil cuti sakit bergaji dalam
masa bercuti tahunan/ cuti tanpa gaji / hari rehat / cuti
awam / bukan hari bekerja?
J: Anda tidak berhak kepada cuti sakit bergaji pada hari hari
tersebut kerana anda tidak diperlukan bekerja pada hari-hari
demikian.

Anda mungkin juga menyukai