Anda di halaman 1dari 1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh. Yang berusaha Tn Hj Abu Hassan b Abu


Bakar, Guru Besar cemerlang SK Sekendi. Pn Siti Ambariati GPK Kurikulum. En Syarifuddin b
Abdan, GPK HEM, En Ngazuddin b Masjudi GPK KO_KU. Guru-guru dan murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kita bersama-sama
melaksanakan majlis pelancaran program NILAM. Satu program yang cukup bermakna bagi
memupuk budaya membaca dikalangan murid sekolah rendah, disamping mempelbagaikan aktiviti
galakan membaca yang kreatif, inovatif dan berkesan. Secara tidak langsung, dapat menerapkan naluri
gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Program ini merupakan
salah satu aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah bagi tahun ini.
Hari pelancaran ini diadakan bertujuan untuk melancarkan satu program aktiviti galakan
membaca dikalangan murid dengan memberi ganjaran atau pengiktirafan bagi yang melebihi skala
pencapaian yang telah ditetapkan
NILAM yang merupakan akronim bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca sebenarnya hasil
cetusan idea Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasrat, niat serta matlamatnya begitu murni sekali
iaitu untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah yang seterusnya akan
melahirkan pelajar-pelajar yang suka membaca dan cintakan ilmu. Budaya merupakan suatu cara
hidup. Jadi, membudayakan tabiat membaca bermakna menjadikan amalan membaca sebagai suatu
cara hidup yang tiada penghujungnya. Membaca merupakan suatu proses pembelajaran sepanjang
hayat.
Namun, di kesempatan yang ada ini, suka saya menegur sikap segelintir murid kita yang hanya
membaca sekadar untuk peperiksaan. Selesai menghadapi peperiksaan. Mereka tidak sudi lagi untuk
menyentuh buku-buku atau sebarang bahan bacaan bercorak ilmiah. Senario ini jelas menunjukkan
bahawa mereka tidak menjadikan amalan membaca sebagai suatu budaya atau suatu proses
kelangsungan pembelajaran. Kegagalan membudayakan amalan membaca inilah yang menyebabkan
masyarakat dan negara kita akan terus ketinggalan .
Dengan berlangsungnya Program Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah ini, diharap murid-
murid dapat memahami dengan lebih jelas tentang program ini dan bagaimana untuk mereka mencapai
Tahap Jauhari NILAM. Saya juga berharap agar lebih semua murid menanamkan minat sukakan
membaca dan boleh terus meminjam banyak buku dari Pusat Sumber Sekolah untuk memantapkan
pegetahuan dan menambah ilmu mereka.

Anda mungkin juga menyukai