Anda di halaman 1dari 13

Gunung Vesuvius

1
Gunung Vesuvius
Gunung Vesuvius
Gunung Vesuvius dilihat dari puing Pompeii, yang musnah dalam letusan 79 M.
Ketinggian 1,281meter (4,203 ka)
Lokasi
Lokasi Provinsi Naples, Itali
Koordinat
40490U 14260T
[1]
Koordinat: 40490U 14260T
[1]
Geologi
Jenis Stratovolcano
Umur batu 25,000 tahun
Lengkung/jaluran gunung berapi Lengkok gunung berapi Campania
Letusan terakhir 1944
Mendaki
Laluan termudah jalan
Gunung Vesuvius (dalam Itali Monte Vesuvio dan dalam Latin Mons Vesuvius) merupakan gunung berapi strato di
timur Naples, Itali. Ia merupakan satu-satunya gunung berapi di tanah besar Eropah pernah meletus dalam tempoh
seratus tahun lalu, walaupun ia tidak lagi meletus ketika ini. Dua lagi gunung berapi di Itali, (Etna dan Stromboli)
terletak di pulau.
Gunung Vesuvius terletak di perairan Teluk Naples, lebih kurang sembilan kilometer (enam batu) dari timur Naples
dan tidak jauh dari pantai. Ia kelihatan menonjol dalam persekitaran teluk yang cantik, apabila dilihat dari Laut
Mediterranean, dengan berlatarkan Naples.
Gunung Vesuvius terkenal kerana meletus pada 79 Masihi yang mengakibatkan kemusnahan bandar-bandar Rom
Kuno Pompeii dan Herculaneum dan kematian 10,000 ke 25,000 nyawa. Ia meletus banyak kali sejak itu dan hari ini
dianggap sebagai salah satu gunung berapi yang berbahaya di dunia kerana bilangan penduduk sebanyak 3,000,000
orang yang tinggal berdekatan dan kecenderungannya untuk meletus (Plinian). Ia merupakan kawasan gunung berapi
di dunia yang paling padat penduduk. Gunung Vesuvius dianggap oleh Greek dan Rom sebagai suci bagi dewa
Heracles/Hercules, dan pekan Herculaneum yang dibina di atasnya dinamakan sempena namanya.
Gunung Vesuvius
2
Asal-usul nama
Beberapa teori mengenai asal-usul nama Vesuvius termasuk:
Heracles merupakan anak tuhan Greek, tuhan Zeus dan permaisuri Alcmene dari Thebes. Zeus juga dikenali
sebagai Hus () sebagai tuhan hujan dan embun. Dengan demikian, Heracles juga dikenali sebagai Husou
huios ( ), "Anak kepada Hues." Mentransliterasikan "" sebagai "V" (seperti yang biasa dilakukan),
dan huruf upsilon yang lainnya (dengan nafas yang kasar) juga dengan V (berbanding kebiasaan "HY") dan
ditukarkan kepada akhiran nominatif "us", menjadikan VESVVIVS Vesuvius.
Daripada perkataan Oscan festf yang bermaksud "asap".
Daripada Proto-Indo-Eropah kata akar ves- = "perdiangan"
Wikipedia:Sumber petikan
Penampilan fizikal
Pemandangan dinding kawah Vesuvius, dengan
berlatarbelakangkan Torre del Greco
Vesuvius merupakan gunung "berbonggol" yang tersendiri, terdiri dari
sebuah kon yang besar (Gran Cono), separuhnya dikelilingi oleh
puncak kaldera yang berbibir curam disebabkan oleh runtuhan struktur
terdahulu yang pada asalnya lebih tinggi dipanggil Monte Somma.
Gran Cono tersebut terjadi sewaktu letusan pada 79. Untuk sebab ini
juga, gunung berapi tersebut turut digelar Somma-Vesuvius atau
Somma-Vesuvio.
Kaldera tersebut mula terbentuk dalam satu letusan pada 17,000 (atau
18,300) tahun lalu
[2][3]
dan menjadi besar berikutan oleh letusan yang
tidak terkawal yang berakhir dengan letusan pada 79. Struktur ini telah
memberikan namanya kepada istilah "somma volcano", yang
menggambarkan mana-mana gunung berapi dengan kaldera berpuncak mengelilingi satu kon yang lebih baru.
Ketinggian kon utama sentiasa bertukar oleh letusan-letusan yang berlaku tetapi pada masa ini berketinggian
1,281m (4,202kaki). Tinggi Monte Somma ialah 1,149m (3,770kaki), dipisahkan dari kon utama oleh lembah
Atrio di Cavallo, yang panjangnya lebih kurang 3batu (5km). Cerun-cerun gunung tersebut tercalar oleh aliran lava
tetapi sarat dilitupi tumbuh-tumbuhan, dengan belukar di altitud lebih tinggi dan ladang anggur di bahagian lebih
rendah. Vesuvius masih dianggap sebagai gunung berapi yang aktif, walaupun aktivitinya yang terkini menghasilkan
tidak lebih dari stim daripada lohongnya di bahagian bawah kawah. Vesuvius merupakan gunung berapi strato pada
convergent boundary di mana Plat Afrika dibenam di bawah Plat Eurasia. Lavanya terdiri dari andesit yang likat.
Lapisan-lapisan lava, serpihan, abu gunung berapi, dan pumis membentuk gunung tersebut.
Gunung Vesuvius
3
Pembentukan
Pemandangan Somma-Vesuvius, dari biara di
Sorrento Peninsula
Vesuvius terbentuk hasil dari pelanggaran dua plat tektonik, iaitu
African dan Eurasian. Plat African ditolak lebih rendah, jauh ke dalam
bumi oleh plat Eurasian. Kerak bumi menjadi semakin panas sehingga
ia mencair, membentuk magma, sejenis cecair batu. Oleh kerana
magma kurang padat berbanding batuan pejal di sekelilingnya, maka ia
ditolak ke atas. Apabila ia menjumpai permukaan Bumi yang tidak
kuat, ia merempuh keluar lalu menghasilkan gunung berapi.
Vesuvius merupakan salah satu gunung berapi yang membentuk
lengkung gunung berapi Campanian. Lain-lain lengkung termasuklah
Campi Flegrei, sebuah kaldera besar beberapa kilometer ke barat laut,
Gunung Epomeo, 20kilometer (12 bt) di barat pulau Ischia, dan
beberapa gunung berapi bawah laut di selatan. Lengkung tersebut membentuk rantaian besar gunung berapi di
penghujung selatan, terhasil oleh proses benam diterangkan di atas, yang memanjang hingga ke barat laut sepanjang
Itali hingga ke Monte Amiata di Selatan Tuscany. Vesuvius satu-satunya yang pernah meletus dalam sejarah
kebelakangan ini, walaupun ada beberapa lagi gunung berapi yang lain pernah meletus dalam beberapa ratus tahun
lepas. Banyak gunung berapi lain samada pupus atau tidak pernah meletus untuk berpuluh ribu tahun.
Letusan
Pemandangan Vesuvius dari udara
Gunung Vesuvius telah meletus banyak kali sebelum ini. Letusan yang
terkenal pada 79 Masihi didahului oleh beberapa letusan lain pada
masa prasejarah, termasuk sekurang-kurangnya tiga letusan yang nyata
sekali lebih besar, yang paling diketahui adalah letusan Avellino lebih
kurang pada 1800 SM yang menelan beberapa penempatan Zaman
Gangsa. Sejak 79, gunung berapi tersebut juga pernah meletus
berulang-ulang, pada 172, 203, 222, kemungkinan pada 303, 379, 472,
512, 536, 685, 787, lebihkurang 860, lebihkurang 900, 968, 991, 999,
1006, 1037, 1049, lebihkurang 1073, 1139, 1150, dan boleh jadi juga
terjadi letusan pada 1270, 1347, dan 1500. Gunung berapi tersebut
meletus lagi pada 1631, enam kali pada abad ke-18, lapan kali pada abad ke-19 (terutamanya pada 1872), dan pada
1906, 1929, dan 1944. Tidak terdapat letusan sejak 1944, dan tiada letusan yang sebesar atau memusnahkan pernah
berlaku sejak letusan pada 79.
Letusan-letusan tersebut berbeza-beza dari segi kedahsyatannya tetapi dicirikan oleh ledakan-ledakannya yang
digelar Plinian sempena Pliny the Younger, seorang penulis Rom yang merekodkan gambaran terperinci mengenai
letusan pada 79 tersebut, termasuk kematian pakciknya.
[4]
Ada masanya, letusan-letusan dari Vesuvius sangat besar
hinggakan seluruh selatan Eropah diselimuti oleh abu; pada 472 dan 1631, abu Vesuvius gugur di Constantinople
(Istanbul), lebih 1,200kilometer (750 bt) jauhnya. Beberapa kali sejak 1944, tanah runtuh di dalam kawah
menimbulkan awan-awan dari debu abu, menimbulkan amaran palsu mengenai satu letupan gunung berapi.
Gunung Vesuvius
4
Sebelum 79 Masihi
Gunung tersebut mula membentuk 25,000tahun lalu. Walaupun kawasan tersebut tertakluk kepada aktiviti gunung
berapi untuk sekurang-kurangnya 400,000tahun, lapisan paling bawah dari bahan letusan dari gunung Somma
terletak di atas Campanian Ignimbrite yang berusia 34,000tahun terhasil oleh kompleks Campi Flegrei, dan
merupakan hasil dari letusan plinian Cordola lebih 25,000tahun lalu.
Ia terbentuk oleh satu siri aliran lava pada masa lalu, dengan beberapa ledakan lebih kecil dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun, corak ledakan itu berubah kira-kira 19,000tahun lalu kepada urutan ledakan plinian yang lebih
besar, yang mana berakhir dengan letusan pada 79. Letusan-letusan itu dinamakan sempena curahan tephra yang
dihasilkan oleh letusan-letusan berikut:
Letusan Basal Pumice (Pomici di Base), 18,300tahun lalu, VEI 6, kemungkinannya letusan yang paling ganas
dan menjadi saksi kepada pembentukan asal kaldera Somma. Letusan itu dituruti oleh satu tempoh letusan-letusan
yang kurang ganas dan berlava.
Letusan Green Pumice (Pomici Verdoline), 16,000tahun lalu, VEI 5.
Letusan Mercato juga dikenali sebagai Pomici Gemelle atau Ottaviano 8,000tahun lalu, VEI 6, yang didahului
oleh satu letusan yang lebih kecil sekitar 11,000tahun lalu (dipanggil letusan Lagno Amendolare).
Letusan Avellino (Pomici di Avellino), 1660 SM 43tahun, VEI 6, didahului oleh dua letupan lebih kecil sekitar
5,000tahun lalu. Lohong letusan Avellino jelas sekali terletak 2km di barat kawah ketika itu, dan letusan tersebut
memusnahkan beberapa penempatan Zaman Gangsa. Tinggalan luar biasa kejadian itu yang masih terpelihara
dijumpai pada May 2001 berdekatan Nola oleh arkeologi Italy, dengan pondok-pondok, periuk-periuk, ternakan
malahan tapak kaki haiwan dan manusia, dan juga rangka-rangka. Penduduk di situ telah tergesa-gesa
meninggalkan kampung, membiarkannya tertanam di bawah pumis dan abu, terpelihara, sama seperti keadaan di
Pompeii. Letusan itu lebih besar daripada yang berlaku pada 79 (VEI 5) dan 1631 (VEI 4) dengan mendapan
luapan pyroclastic bertaburan hingga ke barat laut lohong, luapan tersebut bergerak sejauh 15km daripadanya,
dan terbaring jauh ke dalam di kawasan yang sekarang diduduki Naples.
Gunung berapi tersebut kemudian memasuki tahap di mana letusannya lebih kerap tetapi kurang kuat hingga letusan
Pliniannya yang terkini yang memusnahkan Pompeii.
Letusan yang terakhir mungkin berlaku pada 217 SM. Berlaku gempa bumi di Italy pada tahun berlakunya letusan
tersebut dan matahari dilaporkan kelihatan kabur-kabur disebabkan oleh jerebu atau kabus kering. Plutarch menulis
mengenai langit terbakar berdekatan Naples dan Silius Italicus menyebut di dalam pusi epiknya Punica yang
Vesuvius bergemuruh dan mengeluarkan api selayaknya Gunung Etna pada tahun itu, walaupun kedua-dua penulis
menulis kira-kira 250tahun kemudian. Sampel teras ais Greenland daripada sekitar tempoh tersebut menunjukkan
keasidan yang agak tinggi, yang diandaikan disebabkan oleh kandungan hidrogen sulfida dalam atmosfera.
Gunung Vesuvius
5
Fresco menunjukkan Bacchus dan Agathodaimon
dan Gunung Vesuvius, seperti dilihat dari House
of the Centenary, Pompeii.
Gunung itu kemudian senyap selama beratus tahun dan digambarkan
oleh penulis-penulis Rom dilitupi oleh kebun-kebun dan ladang
anggur, kecuali di puncaknya yang berceracak. Dalam satu bulatan
besar cenuram yang tegak terdapat satu ruang rata yang cukup besar
untuk memuatkan perkhemahan tentera pemberontak Spartacus pada
73 SM. Ruang ini tidak syak lagi merupakan kawah gunung berapi.
Gunung tersebut mungkin cuma mempunyai satu puncak pada masa
itu, berdasarkan pada satu lukisan dinding "Bacchus and Vesuvius",
dijumpai dalam sebuah rumah penduduk Pompeii, House of the
Centenary (Casa del Centenario).
Beberapa hasil kerja yang terselamat ditulis lebih 200 tahun
mendahului letusan pada 79 itu menggambarkan gunung tersebut
mempunyai unsur-unser gunung berapi, walaupun Pliny the Elder tidak
menggambarkan gunung tersebut seperti itu dalam tulisannya Naturalis
Historia:
[5]
Ahli sejarah Greek, Strabo (ca 63 BCAD 24) menggambarkan
gunung tersebut dalam Book V, Chapter 4 dalam tulisannya
Geographica
[6]
sebagai mempunyai puncak yang rata dan gersang
dilitupi dengan batuan berwarna abu yang berjelaga, dan mencadangkan yang mungkin gunung itu pernah
mempunyai "kawan berapi". Beliau juga turut bertanggapan yang kesuburan lereng gunung tersebut mungkin
disebabkan oleh aktiviti gunung berapi, sepertimana Gunung Etna.
Dalam Book II, De Architectura,
[7]
arkitek Vitruvius (ca 80-70 BC -?) melaporkan bahawa api pernah wujud
dengan banyaknya di bawah gunung itu dan ia pernah menyemburkan api ke padang-padang di sekelilingnya.
Beliau turut menyatakan yang Pumis Pompeiian terbakar daripada sejenis spesies batu lain.
Diodorus Siculus (ca 90 BCca 30 BC), seorang lagi penulis Greek, menulis dalam Book IV dalam tulisannya
Bibliotheca Historica bahawa dataran Campanian dipanggil berapi (Phlegrean) disebabkan gunung Vesuvius,
yang pernah menyemburkan api seperti Etna dan menunjukkan tanda-tanda api yang pernah membakar dalam
sejarah purba.
Menjelang 79 kawasan tersebut, seperti sekarang, padat dengan kampung-kampung, pekan-pekan dan bandar-bandar
kecil seperti Pompeii, dan lereng-lerengnya dilitupi dengan ladang-ladang anggur dan kebun-kebun.
Letusan pada 79
Menjelang abad pertama, Pompeii hanya salah satu daripada sebilangan besar pekan-pekan yang terletak di
sekeliling kaki Gunung Vesuvius. Kawasan tersebut mempunyai populasi yang cukup banyak yang berkembang
makmur hasil daripada kawasannya yang terkenal dengan kesuburan hasil pertanian. Banyak komuniti kejiranan
Pompeii, yang paling terkenal Herculaneum, turut menderita kehilangan atau kemusnahan semasa letusan pada 79
tersebut. Letusan pada 79 itu, yang dijangka berlaku selama kira-kira 19jam, melepaskan kira-kira 1 batu persegi (4
kilometer persegi) abu dan batu di atas kawasan yang luas ke selatan dan tenggara kawahnya, dengan kira-kira 3m
(10batu) tephra jatuh ke atas Pompeii. Abu putih yang dihasilkan oleh letusan ini sebahagian besarnya mengandungi
leucite dan phonolite.
Gunung Vesuvius
6
Gegaran awal
Outbreak of the Vesuvius. Lukisan oleh pelukis
Norwegian painter I.C. Dahl (1826)
Letusan pada 79 didahului oleh gempa bumi yang kuat tujuh belas
tahun terdahulu pada 5 Februari, 62,
[8]
yang menyebabkan kemusnahan
meluas sekitar Teluk Naples, dan terutama sekali kepada Pompeii.
Sesetengah dari kerosakan tersebut belum pun sempat dibaiki ketika
gunung berapi itu meletup. Bagaimanapun, ini mungkin disebabkan
oleh kejadian tektonik bukannya yang berkaitan dengan kebangkitan
semula gunung berapi tersebut.
Satu lagi gempa bumi yang lebih kecil berlaku pada 64 M; ia
direkodkan oleh Suetonius di dalam biografinya Nero,
[9]
dalam De Vita
Caesarum, dan oleh Tacitus dalam Book XV, Annales
[10]
kerana ia
berlaku ketika Nero berada di Naples mengadakan persembahan
pertama kalinya di teater awam.
Suetonius merekodkan bahawa maharaja itu meneruskan nyanyiannya sepanjang gempa bumi itu berlaku sehingga
lagu baginda tamat, sementara Tacitus menulis bahawa teater tersebut runtuh tidak lama selepas dipindahkan.
Orang-orang Rom menjadi sudah biasa dengan gegaran kecil di kawasan itu; penulis Pliny the Younger malahan
menulis yang mereka "tidak merasa cemas kerana perkara itu biasa di Campania". Pada awal Ogos tahun 79, mata air
dan perigi mengering.
[11]
Gempa bumi kecil mula berlaku pada 20 Ogos, 79 menjadi lebih kerap empat hari
berikutnya, tetapi amaran-amaran tersebut tidak disedari (dinyatakan di sini orang-orang Rom tidak mengetahui
tentang gunung berapi, dan hanyalah konsep berjerebu yang sama dengan gunung-gunung lain seperti Gunung Etna,
kediaman Vulcan), dan pada tengah hari 24 Ogos, bencana gunung berapi pun bermula. Letusan tersebut
mebinasakan kawasan itu, menenggelamkan Pompeii dan penempatan lain. Secara kebetulan pula hari itu adalah
sehari selepas Vulcanalia, suatu perayaan tuhan api Rom.
[12]
Sifat letusan
Letusan Vesuvius pada 24 dan 25 Ogos tahun 79, terungkai pada dua fasa:
[13]
letusan Plinian yang berlangsung
selama lapan belas hingga dua puluh jam dan menghasilkan hujan pumis ke arah selatan kon gunung tersebut yang
membentuk setebal 2.8 meter di Pompeii, diikuti oleh aliran pyroclastic atau nue ardente dalam fasa kedua, fasa
Pelan yang mencapai hingga ke Misenum tetapi tertumpu ke barat dan barat laut. Dua aliran pyroclastic menelan
Pompeii, membakar dan melemaskan mereka yang ketinggalan di belakang. Oplontis dan Herculaneum menerima
bahagian yang paling hebat daripada aliran itu dan ditenggelamkan oleh abu dan mendapan pyroclastic.
[14]
Kedua-dua Pliny
Pliny the Younger
Satu-satunya saksi kejadian itu yang boleh dipercayai dirakamkan oleh Pliny the Younger, yang berusia 17 tahun
pada masa letusan itu berlaku,
[15]
dalam dua surat kepada ahli sejarah Tacitus.
[16]
Beliau menyaksikan kejadian itu
dari Misenum (berseberang teluk, kira-kira 35kilometer (22 bt) daripada gunung berapi) sementara pakciknya
belayar lebih dekat, beliau menyaksikan awan luar biasa yang tebal dan naik dengan pantas di atas gunung tersebut:
Saya tidak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kemunculannya kecuali dengan
membandingkannya dengan pokok pine; kerana ketinggiannya naik dengan mendadak seperti batang pokok
yang tinggi, yang berpecah-pecah di atasnya seolah-olah dahan-dahan pokok.... Kadang-kadang ia lebih cerah,
kadang-kadang juga lebih gelap dan bertompok-tompok, sepertinya ia berisi dengan samada lebih atau kurang
tanah dan bara. (Buku Surat-surat keenam, Surat 16.)
Ini merupakan gumpalan letusan, sekarang ini dianggarkan lebih tinggi dari 32km (20batu).Wikipedia:Sumber
petikan
Gunung Vesuvius
7
Selepas beberapa ketika beliau menggambarkan awan itu meluru menuruni lereng bukit dan meliputi segala-gala di
sekelilingnya, termasuk laut di sekitarnya. Ini dikenali hari ini sebagai aliran pyroclastic, iaitu awan yang
mengandungi gas yang amat panas, abu dan batu yang meledak dari gunung berapi. Ahli geologi telah menggunakan
ciri-ciri magnetik daripada lebih 200batu gunung berapi dan serpihan-serpihan (cth atap genting) yang ditemui di
Pompeii untuk menganggarkan suhu aliran pyroclastic ini. (Apabila batu yang lebur membeku, mineral magnetik
dalam batu tersebut menunjukkan arah medan magnet Bumi. Jika bahan tersebut dipanaskan melebihi suhu tertentu,
dikenali sebagai suhu Curie, medan magent batu tersebut boleh diubahsuai atau dilaraskan semula sama sekali.)
Kebanyakan bahan yang dianalisa mencapai suhu antara 240C (464F) dan 340C (644F) (dengan hanya sedikit
bahagian menunjukkan suhu lebih rendah 180C (356F)). Ini menunjukkan bahawa suhu awan abu tersebut adalah
850C (1,560F) ketika timbul dari mulut Vesuvius dan menyejuk ke bawah suhu 350C (662F) apabila ia
sampai ke bandar. Secara teori, gelora mungkin menyebabkan air yang sejuk termasuk ke dalam awan abu tersebut.
(Cioni, et al., 2004). Ini dipanggil letusan tahap Plinian, dinamakan sempena kedua-dua Pliny muda dan tua.
Pliny menyatakan yang beberapa gegaran bumi dirasakan ketika letusan itu berlaku dan diikuti oleh satu goncangan
tanah yang sangat. Beliau juga menyatakan bahawa abu yang sangat tebal luruh dan kampung di mana beliau berada
terpaksa dipindahkan, dan matahari terlindung oleh letusan tersebut dan sepanjang waktu siang itu tenggelam dalam
kegelapan. Juga, laut disedut pergi dan datang semula oleh satu "gempa bumi", suatu fenomena yang sekarang ini
dikenali sebagai tsunami.
Pliny the Elder
Bapa saudara Pliny Pliny the Elder merupakan pegawai armada Rom di Misenum, pada masa itu memutuskan untuk
menyiasat fenomena tersebut dengan lebih dekat. Armada tersebut turut cuba menyelamatkan mereka di kaki gunung
berapi tersebut apabila, ketika kapalnya bersedia untuk meninggalkan kawasan tersebut, seorang utusan tiba dari
sabahat Pliny yang tinggal di pantai berdekatan kaki gunung berapi memohon beliau datang menyelamatkannya.
Beliau bertolak merentasi teluk tersebut tetapi berhadapan dengan bara panas yang menghujan tebal, ketulan pumis
dan kepingan batu yang turut mengubah pinggir laut dan kedalaman air, menutup laluan beliau ke pantai dan
menghalang beliau untuk mendarat di sana. Angin dari selatan turut menghalang beliau dari mendarat, tetapi beliau
teruskan juga ke selatan ke Stabiae (kira-kira 4.5km daripada Pompeii) di mana beliau mendarat dan berlindung
bersama seorang rakannya Pomponianus. Pomponianus sudah pun memuatkan kapalnya dengan muatan dan bersedia
untuk belayar keluar, tetapi angin menghalangnya dari berbuat demikian.
Pliny dan kumpulannya melihat api keluar dari beberapa bahagian gunung tersebut (kemungkinan aliran pyroclastic
dan surge, yang kemudiannya memusnahkan Pompeii dan Herculaneum). Selepas semalaman, kumpulan tersebut
memutuskan untuk berpindah sekalipun terdapat hujan ''tephra'' kerana keadaan mengganas yang berterusan boleh
meruntuhkan bangunan. Pliny, Pomponianus dan teman-teman mereka berjaya berjalan balik ke pantai dengan
mengikat bantal ke kepala mereka sebagai perlindungan dari batu-batu yang jatuh. Pada masa ini, terdapat terlalu
banyak abu dalam udara menyebabkan kumpulan tersebut sukar untuk melihat dalam gelap dan memerlukan obor
dan tanglung untuk mencari jalan. Mereka berjaya sampai ke pantai tetapi mendapati airnya telah teruk terganggu
akibat dari gempa bumi yang berterusan, lalu gagal untuk melepaskan diri melalui laut.
Pliny the Elder rebah dan meninggal, dan dalam surat pertama kepada Tacitus, anak saudaranya mengagak ini kerana
pakciknya telah menyedut gas sulfurik beracun. Bagaimanapun, Stabiae terletak 16km daripada lohong (secara
kasarnya di mana pekan moden Castellammare di Stabia terletak) dan teman-teman beliau tidak terjejas oleh asap
itu, jadi lebih berkemungkinan Pliny yang gemuk gedempol itu mati disebabkan sesuatu yang lain, contohnya strok
atau serangan jantung. Mayat beliau ditemui tanpa sebarang kecederaan pada 26 Ogos, selepas kepulan asap
memencar cukup untuk cahaya matahari kembali kelihatan.
Gunung Vesuvius
8
Nahas letupan
Bersama-sama Pliny the Elder, antara bangsawan yang terkorban dari letusan tersebut adalah Agrippa (anak lelaki
kepada puteri Yahudi Drusilla dan peguam cara Antonius Felix) dan isteri beliau.
[17]
Anggaran populasi Pompeii dari 10,000 hingga 25,000, dan Herculaneum dianggarkan mempunyai populasi
kira-kira 5,000. Tidak diketahui jumlah kematian yang disebabkan oleh letusan itu, walaupun lebih kurang
1,150mayat atau acuan yang terbentuk dalam mendapan abu telah ditemui di dalam dan sekitar Pompeii. Lebih
kurang 350 jasad ditemui di Herculaneum (300 dalam kubah ditemui pada 1980). Bagaimanapun angka ini
semestinya mewakili anggaran kurang daripada jumlah sebenar kematian merentasi kawasan yang terjejas oleh
letusan tersebut.
Tiga puluh lapan peratus mangsa di Pompeii ditemui dalam jatuhan mendapan abu, sebahagian besar di dalam
bangunan. Mereka ini dianggap terbunuh disebabkan oleh runtuhan bumbung, dengan sejumlah kecil mangsa
ditemui di luar bangunan kemungkinan terbunuh oleh atap genting atau oleh batu-batu besar yang dilontar keluar
oleh gunung berapi tersebut. Ini berbeza daripada apa yang dialami sekarang, di mana sejak lebih empat ratus tahun
lalu hanya sekitar 4% mangsa yang terbunuh oleh jatuhan abu semasa letusan berlaku. Baki 62% jasad ditemui di
Pompeii dalam mendapan pyroclastic surge, dan besar kemungkinan terbunuh disebabkannya berkemungkinan
juga daripada kombinasi lemas kerana abu, letupan dan serpihan yang berterbangan. Berbeza daripada mangsa yang
ditemui di Herculaneum, pemeriksaan pakaian, fresco dan rangka menunjukkan suhu yang tinggi bukannya
penyebab utama.
Herculaneum, yang lebih dekat dengan kawah, terselamat dari jatuhan tephra oleh arah tiupan angin, tetapi tertanam
23 meter (75 batu) ke dalam mendapan disebabkan pertambahan pyroclastic. Boleh dikatakan kebanyakan, atau
semua, mangsa dalam pekan ini terbunuh disebabkan oleh pertambahan ini, lebih-lebih lagi dengan bukti suhu tinggi
yang ditemui pada rangka mangsa-mangsa yang ditemui dalam kubah, dan kewujudan kayu berkarbon dalam
kebanyakan bangunan.
Pompeii dan Herculaneum tidak pernah dibangunkan semula, walaupun mereka yang terselamat dan juga penjarah
pernah menjalankan usaha menyelamat secara meluas selepas kemusnahan tersebut. Letusan itu mengubah haluan
Sungai Sarno dan meninggikan pantai, jadi sekarang Pompeii tidak lagi wujud samada di atas sungai tersebut atau
bersebelahan dengan pantai.
Lokasi pekan-pekan tersebut akhirnya dilupakan sehinggalah pada abad ke-18 ditemui semula secara tidak sengaja.
Vesuvius sendiri mengalami beberapa perubahan besar cerun-cerunnya digondolkan oleh tumbuhan dan
puncaknya telah banyak berubah akibat dari kuasa letupan tersebut.
[18]
Tarikh letusan
Letusan pada 79 didokumenkan sejarawan sezaman dan diterima umum sebagai bermula pada 24 Ogos.
Bagaimanapun penggalian arkeologi di Pompeii menunjukkan bahawa pekan tersebut ditenggelami beberapa bulan
kemudian.
[19]
Sebagai contoh, mereka yang tertimbus dalam abu kelihatannya memakai pakaian yang lebih panas
berbanding pakaian nipis musim panas yang dijangka tiba pada Ogos. Buahan dan sayuran segar dalam gerai-gerai
adalah perkara biasa dalam Oktober, sebaliknya buah musim panas yang biasa terdapat semasa Ogos telah pun dijual
dalam bentuk jem atau buah kering. Balang penapai arak telah dikedapkan, dan ini semua hanya berlaku sekitar
penghujung Oktober. Syiling yang ditemui dalam dompet seorang wanita tertanam dalam abu termasuk syiling
kenangan yang sepatutnya ditempa pada penghujung September. Sehingga kini tiada teori sahih mengapa
terdapatnya percanggahan sebegini.
Gunung Vesuvius
9
Letusan seterusnya dalam abad ke-3 dan 19
Letusan Vesuvius dilihat dari Portici, oleh Joseph
Wright (ca. 1774-6)
Sejak letusan pada 79, Vesuvius telah meletus lebih kurang 36 kali. Ia
meletus lagi pada 203, semasa hayat sejarawan Cassius Dio. Dalam
472, ia memancutkan berkepul-kepul abu yang dilaporkan tersebar
sehingga ke Constantinople. Letusan pada 512 adalah sangat teruk
hinggakan mereka yang mendiami lereng-lereng Vesuvius
dikecualikan daripada cukai oleh Theodoric the Great, raja Gothic
Italy. Letusan seterusnya direkodkan pada 787, 968, 991, 999, 1007
dan 1036 dengan yang pertama kali direkodkan dengan aliran lava.
Gunung berapi tersebut menjadi tidak aktif pada penghujung abad
ke-13 dan dalam tahun berikutnya sekali lagi ia dilitupi dengan
kebun-kebun dan ladang anggur seperti masa lalu. Malahan bahagian
dalam kawah juga dipenuhi dengan rumpun pokok renek.
Vesuvius memasuki fasa baru dan begitu membinasakan pada Disember 1631, apabila satu letusan yang besar
menenggelamkan banyak perkampungan di bawah aliran lava, membunuh kira-kira 3,000nyawa. Curahan air panas
juga dipancutkan, menambahkan lagi kemusnahan. Aktiviti sesudah itu menjadi hampir berterusan, dengan letusan
yang agak teruk berlaku pada 1660, 1682, 1694, 1698, 1707, 1737, 1760, 1767, 1779, 1794, 1822, 1834, 1839, 1850,
1855, 1861, 1868, 1872, 1906, 1926, 1929, dan 1944.
Letusan dalam abad ke-20
Letusan pada 1906 sangat membinasakan, membunuh lebih 100orang dan memancutkan lava paling banyak pernah
direkodkan daripada letusan Vesuvian.
Letusan besar yang terakhir berlaku pada Mac 1944 dan ia memusnahkan perkampungan San Sebastiano al Vesuvio,
Massa di Somma, Ottaviano, dan sebahagian San Giorgio a Cremano
[20]
. Pada ketika letusan itu berlaku, United
States Army Air Force (USAAF) 340th Bombardment Group berpengkalan di Pompeii Airfield berdekatan
Terzigno, Italy, hanya beberapa kilometer daripada dasar timur gunung tersebut. Tephra dan abu panas terutamanya
memusnahkan permukaan kawalan fabrik, enjin dan cermin depan Plexiglass dan menara kecil pengebom sederhana
B-25 Mitchell 340th Bombardment Group. Walaupun ditaksirkan antara 75 hingga 88 pesawat udara musnah
[21]
,
tiada kakitangan USAAF terbunuh atau cedera teruk akibat letusan tersebut
[22]
ketika Perang Dunia II terus sengit di
Italy.
Daripada 6 Januari hingga 23 Februari 1944, aliran lava kelihatan di bibir gunung malah turut mengalir keluar.
Aktiviti itu terhenti seketika pada 23 Februari dan bersambung pada 13 Mac. Letupan-letupan kecil berlaku yang
membawa kepada letupan besar pada 18 Mac 1944.
[23]
Letusan itu boleh dilihat daripada Naples dan beberapa foto
diambil.
[24]
Beberapa kumpulan USAAF lain yang berpengkalan berdekatan gunung berapi tersebut jadi beberapa
perspektif berlainan mengenai letusan dan kemusnahan yang berlaku pada perkampungan tempatan direkodkan oleh
jurugambar dan kakitangan USAAF
[25]
.
Gunung berapi tersebut menjadi tidak aktif sejak itu. Selama berabad-abad, tahap senyap itu berbeza-beza dari
18bulan kepada 7 tahun, menjadikan keadaan reda dari aktiviti terkini yang paling panjang dalam hampir
500tahun. Walaupun Vesuvius dianggap tidak akan meletus dalam masa terdekat, bahaya yang ditimbulkan dari
letusan masa depan dilihat sebagai sangat tinggi berdasarkan kecenderungan gunung berapi tersebut untuk meletup
secara tiba-tiba dan sangat ganas, dan kepadatan penduduk di sekeliling gunung tersebut.
Gunung Vesuvius
10
Masa hadapan
Letusan pada 1822 merupakan salah satu dari
lima letupan subplinian yang pernah berlaku
sejak letusan pada 1631. Gumpalan letusan itu
naik sehingga kira-kira 14kilometer (8.7 bt).
Letusan plinian yang besar yang menghamburkan magma dalam
kuantiti kira-kira 1 km padu (0.24 batu padu), yang terkini sehingga
menenggelamkan Pompeii, telah berlaku selepas tempoh tidak aktif
selama beberapa ribu tahun. Letusan subplinian menghasilkan kira-kira
0.1 km padu (0.024 batu padu), seperti yang berlaku pada 472 dan
1631, telah menjadi lebih kerap dalam beberapa ratus tahun antaranya
dua tahun tersebut. Berikutan letusan pada 1631 hingga 1944, selang
beberapa tahun menyaksikan satu letusan yang agak kecil yang
mengeluarkan 0.001-0.01km magma. Nampaknya bagi Vesuvius,
jumlah magma yang dikeluarkan dalam satu-satu letusan meningkat
secara sangat kasar secara linear berselang dengan letusan yang
sebelumnya, dan pada kadar kira-kira 0.001 km padu (0.00024 batu
padu) bagi setiap tahun. Ini memberikan anggaran sebanyak 0.06 km
padu (0.014 batu padu) bagi setiap letusan selepas 60tahun tidak
aktiviti.
Magma yang terperap dalam ruang bawah tanah bertahun-tahun
lamanya akan mula melihat unsur takat lebur lebih tinggi seperti
pembentukan hablur olivine. Pelaksanaannya adalah dengan meningkatkan penumpuan gas-gas terlarut
(kebanyakannya stim dan karbon dioksida) dalam cairan magma yang masih tinggal, menjadikan letusan berikutnya
lebih ganas. Ketika magma yang kaya dengan gas menghampiri permukaan semasa letusan, penurunan suhu yang
banyak dalam tekanan disebabkan oleh pengurangan berat batu yang bertindih (yang jatuh ke kosong di permukaan)
menyebabkan gas untuk keluar dari larutan, sejumlah gas yang menambah secara mendadak daripada tiada apa-apa
kepada mungkin lebih banyak daripada magma yang mengiringinya. Di samping itu, penyingkiran bahan takat lebur
lebih rendah akan meningkatkan penumpuan komponen felsic seperti silikat berpotensi menjadikan magma tersebut
lebih likat, menambahkan lagi kepada sifat semulajadi sesuatu letusan.
Oleh itu pelan kecemasan jika suatu letusan berlaku mengandaikan kes paling buruk adalah letusan sama saiz dan
jenis seperti pada 1631 VEI 4. Dalam senario ini, lereng-lereng gunung yang memanjang sejauh lebih kurang
7kilometer (4.3 bt) daripada lohong, mungkin terdedah kepada aliran pyroclastic yang membersih semua di
bawahnya, sementara kawasan sekelilingnya mungkin mengalami jatuhan tephra. Kerana angin yang lazim bertiup,
pekan-pekan di selatan dan timur gunung berapi merupakan yang paling berisiko, dan dijangkakan pengumpulan
tephra melebihi 100 kg/m yang pada ketika ini orang ramai akan menghadapi risiko bumbung runtuh - mungkin
mencapai sejauh Avellino hingga ke timur atau Salerno hingga ke tenggara. Menuju Naples, ke barat daya, bahaya
jatuhan tephra ini diandaikan akan hampir-hampir menjangkau melewati lereng-lereng gunung berapi tersebut.
Kawasan tertentu yang akan terjejas oleh awan abu akan bergantung kepada keadaan tertentu sekitar letusan itu.
Gunung Vesuvius
11
Kawasan sekeliling gunung berapi itu kini padat
dengan penduduk.
Pelan tersebut mengandaikan antara dua minggu dan 20hari
[26]
notis
mengenai satu-satu letusan dan meramalkan pemindahan kecemasan ke
atas kira-kira 600,000orang, hampir kesemuanya terdiri dari mereka
yang tinggal dalam zona rossa ("zon merah"). Pemindahan
menggunakan keretapi, feri, kereta, dan bas dijangka akan mengambil
masa selama tujuh hari, dan mereka yang dipindahkan kebanyakannya
akan dihantar ke daerah lain negara itu bukannya ke kawasan selamat
dalam kawasan tempatan Campania, dan mungkin tidak akan pulang
untuk beberapa bulan. Bagaimanapun, dilema yang akan dihadapi
mereka yang melaksanakan pelan ini adalah bila untuk memulakan
pemindahan besar-besaran ini, kerana jika dimulakan terlalu lambat
banyak nyawa yang akan terkorban, manakala jika dimulakan terlalu
cepat sedangkan petanda-petanda letusan itu mungkin hanya amaran palsu. Pada 1984, 40,000orang dipindahkan
daripada kawasan Campi Flegrei, satu lagi kompleks gunung berapi dekat Naples, tetapi tiada letusan yang berlaku.
Usaha berterusan sedang dilakukan untuk mengurangkan populasi yang tinggal dalam zon merah, dengan
merobohkan bangunan yang didirikan secara tidak sah, mewujudkan satu taman negara di sekeliling lereng gunung
yang lebih tinggi untuk mengelakkan lebih banyak pembangunan dan dengan menawarkan insentif kewangan kepada
mereka yang berpindah dari situ. Sasaran dasarnya adalah untuk mengurangkan masa yang diambil untuk berpindah
dari kawasan tersebut kepada dua atau tiga hari, dalam tempoh lebih 20 atau 30 tahun.
Gunung berapi tersebut dipantau secara ketat oleh Osservatorio Vesuvio di Naples dengan jaringan luas seismik dan
stesen gravimetric, satu kombinasi geodetic array berasas-GPS dan synthetic aperture radar berasas-satelit untuk
mengukur pergerakan tanah, dan dengan tinjauan geofizik tempatan dan analisis kimia terhadap gas yang
dikeluarkan daripada fumarole. Semua ini dilakukan demi mengesan kenaikan magma di bawah gunung berapi.
Setakat ini, tiada magma yang dikesan dalam 10km dari permukaan, dan gunung berapi tersebut pada 2001, paling
buruk hanya berada pada peringkat awal persediaan untuk meletus. This status has apparently not changed much to
date.
Vesuvius hari ini
Kawasan di sekeliling Vesuvius secara rasminya diwartakan sebagai satu taman negara pada 5 Jun 1995.
[27]
Puncak
Vesuvius dibuka kepada pelawat dan terdapat satu rangkaian kecil laluan di sekeliling gunung tersebut yang
diselenggara oleh pihak berkuasa taman tersebut setiap hujung minggu.
Terdapat laluan melalui jalan raya 200 meter daripada puncak (diukur secara menegak), tetapi selepas itu hanya
terdapat laluan untuk pejalan kaki. Terdapat satu laluan berpilin di sekeliling gunung tersebut daripada jalan raya
hingga ke kawah.
Gunung Vesuvius
12
Rujukan
[1] http:/ / toolserver.org/ ~geohack/ geohack.php?pagename=Gunung_Vesuvius& params=40_49_0_N_14_26_0_E_type:mountain_
[2] Vesuvius, Italy (http:/ / volcano. und. nodak.edu/ vwdocs/ volc_images/ img_vesuvius. html), Volcano World
[3] The world's top volcanoes (http:/ / www. scenta.co.uk/ nature/ volcanoes/ volcanoes_worldwide. cfm), Scentia
[4] Pliny the Younger, Letters 6.16 (http:/ / www.bartleby. com/ 9/ 4/ 1065. html).
[5] Pliny the Elder, The Natural History (eds. John Bostock, M.D., F.R.S., H.T. Riley, Esq., B.A.) (http:/ / www. perseus. tufts. edu/ cgi-bin/
ptext?lookup=Plin.+ Nat. + toc) (translation)
[6] Strabo: Geography Book V Chapter 4 (http:/ / penelope. uchicago. edu/ Thayer/ E/ Roman/ Texts/ Strabo/ 5D*. html) (translation)
[7] Marcus Vitruvius Pollio: de Architectura, Book II (http:/ / penelope. uchicago. edu/ Thayer/ E/ Roman/ Texts/ Vitruvius/ 2*. html)
(translation)
[8] Patterns of Reconstruction at Pompeii (http:/ / www. iath. virginia. edu/ struct/ pompeii/ patterns/ sec-02. html)
[9] The Life of Nero (http:/ / penelope. uchicago.edu/ Thayer/ E/ Roman/ Texts/ Suetonius/ 12Caesars/ Nero*. html#20), Suetonius, The Lives of
the Caesars
[10] The Annals by Publius Cornelius Tacitus - Book 15 (http:/ / mcadams. posc. mu. edu/ txt/ ah/ tacitus/ TacitusAnnals15. html)
[11] Pompeii at the Minnesota State University E-museum (http:/ / www. mnsu. edu/ emuseum/ archaeology/ sites/ europe/ pompeii. html)
[12] Area Vesuvio (http:/ / www. areavesuvio.org) (in Italian) Retrieved on 18 August 2007
Account of 1785 eruption (http:/ / www.thrale.com/ history/ english/ hester_and_henry/ hesters_writings/ vesuvius. php) by Hester Thrale
Stromboli Online - Vesuvius & Campi Flegrei (http:/ / www. swisseduc. ch/ stromboli/ perm/ vesuv/ index-en. html)
Visiting Pompeii (http:/ / www. archaeology.co.uk/ cwa/ issues/ cwa4/ pompeii/ eruption. htm) Retrieved on 18 August 2007
Wall painting of Vesuvius found in Pompeii (http:/ / www. interviu. it/ cards/ maggio4/ maggio85. jpg)
[13] Haraldur Sigurdsson, Stanford Cashdollar and Stephen R. J. Sparks, "The eruption The Eruption of Vesuvius in A. D. 79: Reconstruction
from Historical and Volcanological Evidence" American Journal of Archaeology '86.1 (January 1982), pp. 39-51.
[14] 52 Minute MP3 Audio Discussion on the Theological significance of AD79 (http:/ / www. thekingdomcome. com/ whathappenedinad79)
Erupt Project - Vesuvius (http:/ / www.dur.ac.uk/ erupt.geolsci/ public/ volcanoes/ vesuvius. htm)
Herculaneum: Destruction and Re-discovery (http:/ / www. romanherculaneum. com)
Live Mount Vesuvius Webcams: from Casalnuovo (http:/ / www. vesuvioinrete. it/ e_webcam. htm), from Sorrento (http:/ / www. aminta. it/
LiveVesuviuscam.htm)
Official Vesuvius National Park website (http:/ / www.vesuviopark. it/ pnv/ home/ index. asp) (in Italian) Retrieved on 18 August 2007
[15] Pliny the Younger: eruption of Mt. Vesuvius, AD 79 (http:/ / www. idst. vt. edu/ thbecker/ 1124/ pliny. html)
[16] The Destruction of Pompeii, 79 AD (http:/ / www.eyewitnesstohistory. com/ pompeii. htm), Translation of Pliny's letters. Original. (http:/ /
www.thelatinlibrary. com/ pliny. ep6. html)
[17] Mentioned in Josephus, Jewish Antiquities, xx.7.2, and in a lost section of the work.
[18] Vesuvius National Park brochure (Adobe PDF) (http:/ / www. vesuviopark. it/ brochure_ENG. pdf)
Vesuvius National Park (http:/ / www.vesuvioinrete. it/ e_parco. htm)
Disaster preparedness page for the US Naval Support Actitivy Naples (http:/ / www. nsa. naples. navy. mil/ disasterprep/ vesuvius. html)
Guardian Newspaper article "Italy ready to pay to clear slopes of volcano" (http:/ / www. guardian. co. uk/ international/ story/
0,3604,970446,00.html#article_continue)
Tango Diva article - "Mount Vesuvius, the sleeping giant" (http:/ / tangodiva. com?page=features& j=1& cat=2& story_id=000397)
Explore Italian Volcanoes, at Dipartimento di Fisica "E. Amaldi" Universita' Roma Tre, Italy (http:/ / vulcan. fis. uniroma3. it/ vesuvio/
VESUVIO_1631-1944.html)
Image of Vesuvius at Volcano World (http:/ / volcano.und. nodak. edu/ vwdocs/ volc_images/ img_vesuvius. html)
Top volcanoes worldwide (http:/ / www.scenta.co.uk/ nature/ volcanoes/ volcanoes_worldwide. cfm) (i.e. Famous and recent eruptions)
BBC article discussing potential danger to modern inhabitants. (http:/ / news. bbc. co. uk/ 2/ hi/ europe/ 6247573. stm)
[19] (in Italian)
[20] Aviation and the effects of Volcano Ash (http:/ / www. nw. faa. gov/ releases/ volash. html), Federal Aviation Authority
[21] Aviation and the effects of Volcano Ash (http:/ / www. nw. faa. gov/ releases/ volash. html), Federal Aviation Authority
[22] [22] Casper, Jack A. and Ver Keljik, Eds., 489th Bomb Squadron Book, 1947.
[23] The eruption of Vesuvius of 1944 (http:/ / vulcan. fis.uniroma3. it/ vesuvio/ 1944eng. html)
[24] Mt. Vesuvius eruption, as seen from Naples, 1944 (http:/ / digitallibrary. smu. edu/ cul/ gir/ ww2/ mcsc/ italy/ pages/ mcs115it. htm)
[25] http:/ / www.warwingsart. com/ 12thAirForce/ Vesuvius. html
[26] In the shadow of the volcano (http:/ / www.guardian.co. uk/ life/ feature/ story/ 0,13026,1063345,00. html), UK Guardian newspaper, 16
October 2003
[27] Vesuvius portal website (http:/ / www.vesuvioinrete.it/ e_parco. htm)
Sumber dan Penyumbang Rencana
13
Sumber dan Penyumbang Rencana
Gunung Vesuvius Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=3307525 Penyumbang: Aurora, CommonsDelinker, Md. Farhan, Mena, Mikoka, 2 suntingan oleh tanpa nama
Sumber, Lesen dan Penyumbang Imej
Fail:Vesuvius from Pompeii (hires version 2 scaled).png Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Vesuvius_from_Pompeii_(hires_version_2_scaled).png Lesen: Creative
Commons Attribution-Sharealike 3.0 Penyumbang: Morn the Gorn
Fail:Vesuvius crater wall.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Vesuvius_crater_wall.jpg Lesen: Public Domain Penyumbang: Original uploader was ChrisO at
en.wikipedia
Fail:MountVesuvius.JPG Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:MountVesuvius.JPG Lesen: Public Domain Penyumbang: Original uploader was RichardMarcJ at
en.wikipedia
Fail:Vesuvius from plane.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Vesuvius_from_plane.jpg Lesen: Creative Commons Attribution 2.5 Penyumbang: Pastorius
Fail:Pompeii - Casa del Centenario - MAN.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Pompeii_-_Casa_del_Centenario_-_MAN.jpg Lesen: Public Domain Penyumbang:
WolfgangRieger
Fail:Dahl-Vesuvius.png Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Dahl-Vesuvius.png Lesen: Public Domain Penyumbang: Andre Engels, DenghiComm, Hailey C. Shannon,
Konstable, Leyo, Mechamind90, Rd232, RobertLechner, Shakko, 4 suntingan oleh tanpa nama
Fail:Joseph Wright of Derby - Vesuvius from Portici.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Joseph_Wright_of_Derby_-_Vesuvius_from_Portici.jpg Lesen: Public
Domain Penyumbang: DenghiComm, Shakko, Tungsten
Fail:Vesuvius1822scrope.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Vesuvius1822scrope.jpg Lesen: Public Domain Penyumbang: Bidgee, Billinghurst, Chiswick Chap,
Michael Linnenbach, Shakko, Tsarevna, 6 suntingan oleh tanpa nama
Fail:Naplesbay01.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Naplesbay01.jpg Lesen: Public Domain Penyumbang: Original uploader was Jeffmatt at en.wikipedia
Lesen
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0
//creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/

Anda mungkin juga menyukai