Anda di halaman 1dari 2

Rahsia makanan untuk hidup lebih bermakna

Manusia sanggup melakukan apa saja demi memastikan diri mahupun keluarga tesayang dapat
menjalani kehidupan penuh makna. Anda juga mungkin tidak terkecuali, prihatin dalam segala hal
termasuklah dalam penyediaan makanan seharian.
Selain factor kesihatan, terfikirkah anda bahawa terdapat sebahagian besar makanan yang
mengandungi tugas rahsiaamat penting untuk menyeimbangi aktiviti seksual kita.
Ingin tahu khasiatnya?jom baca ini.
Tiram atau kerang-kerangan
Kesedapannya bukan sekadar alas an kenapa ia digemari ramai. Lagipun dengan kandungan zat besi
yang ada, diatakan dapat merangsang tubuh si suami untuk menghasilkan hormone testeron lebih
banyak.

Asparagus
Dibandingkan dengan tiram, satu kaji selidik mendapati asparagus paling baik diamalkan oleh kaum
wanita kerana ia memberikan tenaga berpanjangan.

Coklat
Ia mengandungi unsur kimia cinta dipanggil phenylethylamine(PEA). Iaitu suatu zat yang sangat
penting bagi tubuh badan dalam melancarkan perjalanan darah menuju ke bahagian jantung.selain
dapat menstabilkan mood dan membangkitkan libido anda.

Telur Ikan(caviar)
Mempu memperbaiki sel-sel saraf yang rosak sehingga kulit anda akan menjadi semakin peka, dengan
setiap rangsangan.

Buah Anggur
Buah ini memiliki sifat hipoglikemia yang mampu mengatasi kelelahan, sama ada dimakan segar atau
dibuat minuman.tidak perlu bimbang kerana manfaatnya tetap sama.

Cili Padi
Dapat memulih serta merangsang kembali kekuatan seksual dalam tubuh individu yang memakannya.
Walaupun rasanya boleh menimbulkan kepanasan tetapi ia baik untuk otot terus aktif.

Ginseng
Penting untuk kesegaran tubuh seorang lelaki kerana ia member tenaga dalammmmman, sekali gus
meningkatkan produksi sperma lelaki.

Madu
Oleh kerana kandungan glukosanya mudah diurai sebagai sumber tenaga, ia mampu mengembalikan
tenaga yang hilang sebelumnya kerana seharian bekerja, dengan cepat.

Kacang merah
Lemak yang ada dalamnya dapat membantu tubuh dalam membentuk hormone yang diperlukan oelh
tubuh seseorang wanita.

Kacang Badam
Sebelumnya ia pernah dipercayai sebagai symbol kesuburan pada diri wanita. Selain aromanya yang
dapat membangkitkan perasaan ghairah. Utnuk mengetahui keberkesanannya, cuba makan kacang
bersama roti ataupun dicampur bersama buah-buahan segar selepas makan malam , anda pasti dapat
merasai manfaatnya.

Saderi
Banyak mengandungi sumber vitamin A,B,C dan D serta beberapa mineral yang baik bagi tulang dan
dapat melancarkan aliran darah di aeluruh tubuh.

Anda mungkin juga menyukai