Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sukan bola sepak merupakan sukan nombor satu di dunia, oleh itu setiap lapisan
masyarakat termasuk murid-murid di peringkat sekolah. Bola sepak dengan murid
merupakan perkara sinonim di peringkat sekolah terutama dalam matapelajaran
Pendidikan Jasmani. Murid-murid seolah-olah tidak mempunyai permainan lain
selain daripada bola sepak dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkara ini
dikuatkan lagi dengan budaya guru Pendidikan Jasmani pada masa kini yang lebih
gemar membiarkan murid mereka bermain bola sepak semasa proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berlangsung.
Bola sepak dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani bukanlah semata-mata
bermain namun ianya meliputi pelbagai aspek terutama aspek kemahiran. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) kemahiran adalah bermaksud kecekapan atau
kepandaian. Kemahiran dalam bola sepak merangkumi kemahiran menendang,
menahan, mengelecek dan kemahiran menjaring.
Guru yang peka akan situasi bahawa penguasaan kemahiran asas adalah
penting di kalangan murid-murid bagi permainan bola sepak akan melakukan
sesuatu di dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk
meningkatkan mutu permainan murid-murid di sekolah serta dalam matapelajaran
Pendidikan Jasmani. Penguasaan kemahiran asas bukan sahaja penting untuk
murid membuat sepakan atau gerakan dalam permainan bola sepak malah penting
untuk mengubah mutu permainan. Sekiranya masalah penguasaan kemahiran asas
ini tidak dapat diatasi di kalangan murid, ia akan merencatkan proses pengajaran
dan pembelajaran guru.
Justeru itu, sebagai seorang guru yang sedar akan situasi yang dihadapi dan
merasakan bahawa salah satu tanggungjawab guru ialah menyelesaikan masalah
ini, saya akan menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kemahiran asas
menjaring tepat ke sasaran menggunakan teknik ansur maju terhadap murid-murid
ini. Penyelidikan ini dijalankan terhadap beberapa orang murid tahun 4 yang telah
dikenalpasti menghadapi masalah di salah satu Sekolah Rendah di daerah
Semporna. Beberapa jenis ujian digunakan untuk mengenalpasti punca masalah
dan beberapa jalan penyelesaian akan digunakan bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid tersebut.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Sepanjang berada di Sekolah ini, saya telah diberikan tanggungjawab untuk
mengajar beberapa kelas dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Salah satu
daripada kelas tersebut ialah tahun 4 Cerdik. 4 Cerdik merupakan kelas terakhir bagi
semua kelas tahun 4 di Sekolah ini. Boleh dikatakan bahawa murid di dalam kelas
ini merupakan murid yang aktif.
Kemahiran menjaring merupakan asas paling utama dalam permainan Bola Sepak
kerana jaringan adalah penentu kepada kemenangan dalam sesuatu perlawanan.
Perkara ini menyebabkan saya kecewa kerana pada peringkat ini murid-murid
seharusnya telah menguasai kemahiran asas tersebut.
Sepanjang pemerhatian saya ketika melakukan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani kepada murid-murid tahun 4 Cerdik. Saya dapat
membuat rumusan awal bahawa hanya beberapa orang daripada murid lelaki dari
kelas ini mempunyai tahap penguasaan kemahiran asas yang lemah. Melalui
pemerhatian yang saya lakukan terhadap murid-murid bagi merungkai
permasalahan ini, saya telah mendapat beberapa jawapan iaitu mereka tidak pernah
diajar teknik yang betul semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mereka juga
kurang latihan serta tiada pendedahan terhadap kepentingan penguasaan
kemahiran. Bagi saya masalah ini tidak sepatutnya timbul kerana kemahiran asas
telah ditetapkan dalam sukatan.
Saya juga sempat berkolaborasi dengan guru-guru matapelajaran Pendidikan
Jasmani yang lain mengenai masalah ini. Mereka juga pernah melakukan sesuatu
untuk mengurangkan masalah ini tetapi mungkin kaedah yang digunakan gagal
menarik minat murid serta sukar dipraktikkan oleh murid. Hal ini menyebabkan
masalah penguasaan kemahiran asas ini tidak dapat diatasi dengan baik dan gagal
diselesaikan. Saya juga sempat melakukan perbualan secara tidak formal bersama
murid-murid dan ternyata mereka tidak berapa tertarik dengan cara atau teknik yang
diterapkan oleh guru yang melatih mereka. Bagi saya penyelesaian terhadap
permasalahan ini perlu disegerakan kerana mutu permainan bola sepak bergantung
kepada penguasaan kemahiran asas.
Saya akan mencuba sedaya upaya untuk menangani masalah ini kerana
ianya merupakan tanggungjawab saya untuk melahirkan murid yang bermutu.
Memandangkan permasalahan yang dihadapi oleh murid lelaki 4 Cerdik ini berpunca
daripada masalah penguasaan kemahiran asas, maka saya telah membuat satu
anjakan paradigma untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran asas menjaring menggunakan teknik ansur maju.
Sekiranya saya tidak mengatasi pada peringkat ini, mungkin masalah ini akan
berlarutan dan saya yakin murid-murid tidak akan berjaya ke peringkat yang lebih
tinggi sekiranya mereka menceburi diri dalam bidang sukan permainan bola sepak
serta seterusnya akan melenyapkan semangat mereka untuk terus bersaing.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Pengenalan
Fokus kajian saya ini adalah mengenai masalah penguasaan kemahiran asas
menjaring ke sasaran di kalangan murid.Murid saya mempunyai tahap penguasaan
yang lemah berbanding dengan murid-murid lain yang sebaya dengan
mereka.Mereka tidak dapat membuat sepakan yang tepat ke arah sasaran serta
tidak menggunakan teknik yang betul semasa melakukan kemahiran tersebut.
Secara amnya, permainan bola sepak adalah salah satu sukan yang
memerlukan kekuatan, kepantasan dan ketangkasan kaki. Ketangkasan bergantung
kepada koordinasi, kekuatan dan reaksi individu mengatasi momentum berat badan.
Jika murid dapat menguasai kemahiran ini dengan menggunakan kaki dengan baik
maka jaringan tepat dapat dilakukan semasa bermain bola sepak. Kemahiran ini
bukan sahaja dapat diaplikasikan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani sahaja malah mereka juga dapat menunjukkan kemahiran
mereka semasa mereka menghadiri pemilihan dan semasa perlawanan bola sepak,
sehubungan dengan itu, sudah pasti jurulatih akan memilih pemain yang dapat
menguasai kemahiran asas sebagai pemain sekolah atau di mana-mana peringkat.
Sekiranya penguasaan kemahiran ini tidak dapat dilakukan oleh murid dengan
baik maka ianya akan memberikan impak yang besar serta kesan negatif terhadap
diri mereka serta rakan pasukan. Jaringan gol merupakan satu motivasi kepada
rakan sepasukan serta dapat meletakkan seseorang itu di tahap yang lebih baik.


2.2 . Isu Dan Penyataan Masalah Kajian
Pengkaji telah melakukan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani termasuk permainan-permainan dalam
sukatan yang sedia ada. Pengkaji juga sempat mengadakan perlawanan bola sepak
semasa matapelajaran Pendidikan Jasmani tetapi malangnya murid-murid gagal
bermain dengan baik kerana mereka sukar untuk menguasai kemahiran asas
menjaring menyebabkan permainan mereka kurang bermutu dan tiada jaringan
dapat dilakukan. Mereka tidak dapat bermain dengan baik kerana mereka tidak
dapat menguasai kemahiran yang paling asas dalam permainan bola sepak ini iaitu
kemahiran menjaring.
2.3 Tinjauan Literatur Kajian
Sesuatu permainan yang menarik memerlukan penguasaan kemahiran yang
baik.Bagi meningkatkan penguasaan kemahiran, seseorang itu memerlukan
pelbagai bentuk latihan.Latihan memerlukan matlamat yang jelas sesuai dengan
kemahiran yang hendak dipelajari.Latihan yang disesdiakan juga haruslah memberi
fokus kepada pemain dari pelbagai aspek terutama fizikal dan kognitif.Ianya
bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pemain untuk menjalani
latihan.Menurut Mosston (1992) bagi mencapai objektif latihan yang luas seperti
menggalakkan minat, motivasi dan keseronokan, stail pengajaran yang luas
diperlukan kerana setiap satu mempunyai struktur stail pengajaran tingkah laku yang
khas dan guru memerlukan stail kerangka campuran.
Menurut Turner (1996) pendekatan model kemahiran terlampau berstruktur dan
tidak memberi peluang kepada murid untuk bermain secara berkesan dalam situasi
permainan.Dalam model kemahiran, berikut adalah aktiviti pelajaran yang dikatakan
berstruktur.Mula-mula dijalankan aktiviti memanaskan badan dan diikuti pula dengan
fasa kemahiran yang merupakan tumpuan utama pelajaran dan hanya pada
penghujung pelajaran murid-murid diberi peluang untuk bermain. Model kemahiran
dianggap tidak sesuai digunakan dalam situasi permainan kerana pemain tidak
dapat memindahkan kemahiran yang dipelajari dalam situasi permainan (Mitchell,
Griffin & Oslin,1994; Werner, Thorpe & Bunker,1996).
Di Malaysia, model latihan yang biasa digunakan untuk mengajar dan melatih
murid ialah model kemahiran dan belum ada yang menggunakan model latihan
taktikal (TGFU) seperti huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (PPK, 2002).
Disarankan jurulatih dan guru melatih murid menggunakan pelbagai bentuk model
latihan yang dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan, kecergasan, taktik,
minat dan sikap murid (Strand & Reeder, 1996).Bagi menjalankan program latihan
yang berkualiti dalam Pendidikan Jasmani, stail latihan dan bentuk latihan hendaklah
berfokus ke arah pelajar supaya minat dan motivasi serta prestasi dalam permainan
dapat ditingkatkan (Dyson, Griffin & Hastie, 2004; Pangrazi & Darst, 1991).
Prinsip-prinsip latihan menekan bahawa program latihan perlu dijalankan secara
beransur maju seiring dengan perkembangan psikomotor, kognitif, afektif serta
sosial (Bompa, 1999; Sanderson, 1989).Sehubungan dengan ini, program latihan
permainan ini dilatih dan diuji menggunakkan komponen permainan seperti taktikal,
kemahiran serta membuat keputusan (menggunakan pengetahuan deklaratif dan
prosedural) secara beransur maju melalui permainan mini. Program latihan
permainan yang berkesan dan diminati oleh murid boleh memberi kesan positif
untuk meningkatkan prestasi dan penglibatan diri dalam permainan sepanjang hayat
bagi menjaga tahap kecergasan dan kesihatan iaitu selari dengan Play Theory
(Sidentop, 2002)
3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Tujuan Kajian

i. Meningkatkan tahap kemahiran asas menjaring dalam permainan bola
sepak dalam kalangan murid tahun 4.

3.2 Objektif Kajian
ii. Melihat kesan kaedah latihan ansur maju dalam meingkatkan tahap
penguasaan kemahiran asas menjaring dalam bola sepak dalam
kalangan murid.
iii. Mengukur perubahan pencapaian murid dalam meingkatkan
kemahiran asas menjaring.
iv. Meningkatkan minat murid terhadap permainan bola sepak.

3.3 Persoalan Kajian
i. Adakah tahap penguasaan kemahiran asas menjaring dapat di
tingkatkan?
ii. Adakah kesan kaedah latihan ansur maju dapat meningkatkan tahap
penguasaan menjaring murid tahun 4.
iii. Adakah terdapat perubahan pencapaian murid dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran asas menjaring.


4.0. REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian pengkaji adalah secara kualitatif dan kuantitatif berdasarkan
Model Kemmis (1988). Model ini mengandungi langkah-langkah perancangan,
tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan
sesuatu tindakan itu. Model ini dipilih kerana ianya mudah difahami, diikuti dan
memberi saya idea yang jelas untuk melaksanakan kajian ini. Proses kajian tindakan
melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.
Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah
yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam
proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang
dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama
dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses
semula ke Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan
Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.
Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya.
Berikut adalah pelaksanaan tindakan yang telah dilakukan dalam menjayakan kajian
ini :









MODEL KAJIAN


Rajah 1 : Model Kemmis (1988)
MENGENAL PASTI
MASALAH & REFLEK
Kenal pasti isu
Analisis Isu
Reflek punca
MERANCANG
Merancang program
latihan
Prosedur pelaksanaan
aktiviti
Tempoh masa
Bahan yang diperlukan
Tentukan cara penilaian

BERTINDAK
Melaksanakan program
latihan



MEMERHATI
Ujian Pos dan Ujian Pra
Pemerhatian
Temu bual
REFLEK
Membuat kesimpulan
Merumuskan dapatan
Mencadangkan
penambahbaikan
Mencadangkan kajian
lanjutan
10

4.2. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah responden yang dipilih berdasarkan masalah yang
akan dikaji oleh pengkaji. Mereka ini terdiri daripada responden yang
mempunyai kemahiran paling minimum di dalam kelas mereka. Pengkaji
telah mengenalpasti mereka sewaktu melakukan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi tajuk kemahiran menjaring dalam bola sepak. Mereka ini
akan diberikan latihan yang telah pengkaji nyatakan di atas iaitu latihan
ansur maju selama empat minggu sewaktu pengkaji menjalani program
internship di Sekolah Rendah ini. Segala butiran mengenai mereka telah
pengkaji rekodkan bagi tujuan penyelidikan.

4.2.1 Latar Belakang Kumpulan
Kajian ini akan melibatkan 10 orang responden tahun 4 Cerdik. Pengkaji
hanya memilih 10 orang responden ini kerana mereka mempunyai
kelemahan penguasaan kemahiran asas menjaring yang paling ketara di
kalangan responden kelas mereka.
4.3. PELAKSANAAN TINDAKAN
Pengkaji telah merancang satu latihan bagi mengatasi permasalahan
yang timbul ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas menjaring
di kalangan responden kea rah gol. Latihan ini dinamakan latihan ansur maju
yang melibatkan tiga aktiviti yang mungkin dapat membantu murid-murid
ini.Antara aktiviti yang terdapat dalam latihan ini ialah sepakan tanpa alat,
sepakan menggunakan alat dan sepakan gawang gol.
11

4.3.1.Tindakan
Program latihan ini dirancang khas untuk murid-murid yang
bermasalah ini.Latihan ini dirancang secara berperingkat selama 4
minggu.Latihan ini dinamakan latihan ansur maju.Beberapa langkah dan
aktiviti perlu dilalui oleh murid-murid ketika melakukan latihan ini. Kaedah
latihan ini akan dijalankan seperti berikut :-
a) Teori Asas Kemahiran Menjaring
b) Menjaring Tanpa Bola & Menjaring Menggunakan Bola
c) Menjaring Berkumpulan
d) Menjaring Ke Arah Penjuru Gawang Gol
Pelaksanaan Tindakan
a) Teori Asas Kemahiran Menjaring
Latihan dijalankan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan iaitu
bermula dengan memberikan responden gambaran cara atau teknik yang
betul dalam kemahiran menjaring menggunakan kaedah teori. Kaedah ini
digunakan agar responden dapat melihat gambaran awal cara untuk
membuat kemahiran menjaring. Ini kerana kaedah teori ini memberi ingatan
kepada responden menggunakan kognitif mereka dahulu sebelum mereka
mengaplikasikan teori asas ini dalam membuat jaringan pada peringkat
seterusnya.
Latihan ini memerlukan saya sebagai pengkaji menyediakan beberapa
gambar cara menjaring menggunakan gambar sebenar ataupun
menggunakan kaedah ICT untuk ditunjukkan kepada responden. Kaedah ini
digunakan untuk memudahkan responden untuk memahami cara untuk
12

menyepak bola dengan betul kerana kebiasaannya responden sukar
mengaplikasikan teori dalam permainan yang mereka ceburi.
Oleh itu setelah latihan ini dibuat pengkaji menyediakan latihan ansur
maju yang memerlukan responden mengingati apa yang dipelajari oleh
mereka dalam langkah yang pertama ini agar mereka boleh mengaplikasikan
teori yang dipelajari ini dalam permainan bola sepak.
b) Menjaring Tanpa Bola & Menggunakan Bola
Latihan seterusnya ini merupakan latihan di mana setiap murid akan
melakukan menjaring tanpa menggunakan bola dan seterusnya
menggunakan dua biji bola sepak. Responden dikehendaki menjaring bola
pertama dengan perlahan manakala bola kedua ditendang dengan kuat.
Tujuan latihan ini adalah untuk sepakan responden tetap pada sasaran
ketika menjaring walaupun menyepak dengan perlahan atau kuat ke arah
gawang gol.
Rajah 1 : Menjaring Tanpa Bola & Menjaring Guna Bola

Sepakan Pertama
( Perlahan )


Sepakan Kedua
( Kuat )
13

c) Menjaring Berkumpulan
latihan peringkat seterusnya merupakan latihan menjaring dalam jarak 10
meter daripada gawang gol.Setiap responden akan menyepak bola
(menjaring) ke arah gawang gol sebanyak lima (5) kali dan sekiranya
responden dapat melakukannya serta memuaskan. Maka jarak di ubah
Skepada 20 meter.

Rajah 2 : Menjaring Berkumpulan








14

d) Menjaring Ke Arah Penjuru Gawang Gol
Peringkat terakhir fasa latihan ansur maju ialah merupakan latihan yang
untuk Menjaring ke arah penjuru gawang gol dari pelbagai sudut. Semua
responden perlu bergilir-gilir menjadi penjaring ke arah penjuru gawang gol
dalam lima (5) sudut yang berbeza..










Rajah 3 : Menjaring Ke Arah Penjuru Gawang Gol











Sudut 1 Sudut 5

Sudut 2 Sudut 4

Sudut 3







15


4.4. PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data adalah penting dalam melakukan sesuatu Kajian
Tindakan.Ianya bertujuan untuk memperolehi segala maklumat dan asas
yang kukuh supaya tindakan dapat dijalankan dengan tepat.Dalam kajian
yang saya lakukan, saya telah menggunakan beberapa kaedah
pengumpulan data yang relevan dengan kajian ini seperti kaedah
pemerhatian, ujian dan soal selidik.
4.4.1. Ujian Pra & Pasca
Kajian akan dijalankan dengan melaksanakan ujian pra bagi
mengambil skor responden melalui menjaring ke arah sudut gawang gol.
Ujian pra ini dilakukan bertujuan untuk melihat tahap penguasaan responden
terhadap menjaring ke arah gawang gol sebelum latihan diberikan. Satu
program latihan akan dilaksanakan setelah mendapat skor hasil daripada
ujian pra dan latihan ini dilakukan dalam tempoh masa empat minggu.
Setelah latihan dilakukan mengikut prosedur, satu ujian pasca akan
dilakukan bagi melihat sebarang perubahan terhadap peningkatan ataupun
penurunan prestasi responden terhadap penguasaan kemahiran menjaring
dalam permainan bola sepak.




16


Jadual 1 :Prosedur Ujian Menjaring
PERKARA KETERANGAN

Objektif


Menguji ketepatan menjaring yang dilakukan oleh
responden.

Alatan
Bola Sepak
Gawang gol







Kaedah
Perlaksanaan

Ujian Pra akan dilakukan terlebih dahulu.
Subjek berdiri di belakang bola di garisan yang
ditetapkan di hadapan gawang gol yang telah
disusun di hadapan sejauh 10 meter.
Setelah wisel dibunyikan subjek perlu menjaring
bola dengan menggunakan teknik yang betul ke
arah penjuru gawang gol dalam jarak 10 meter.
Subjek diberikan lima (5) kali percubaan
menjaring.
Skor yang akan di kira hanya jaringan yang
tepat ke arah penjuru gawang gol sahaja.
Langkah yang sama akan digunakan dalam
ujian pasca.



17










Rajah 4 : Ujian Menjaring 10 Meter
4.5. PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Jadual 2 : Rubrik Pemarkahan Ujian Menjaring
KRITERIA
PEMARKAHAN
LEMAH
0-1
SEDERHANA
2-3
BAIK
4-5


KETERANGAN
Responden
dapat menjaring
ke arah penjuru
gawang gol
hanya satu kali
dari lima
percubaan.

Responden dapat
menjaring ke
arah penjuru
gawang gol
hanya dua hingga
tiga kali dari lima
percubaan
. Responden
dapat menjaring
ke arah penjuru
gawang gol
hanya empat
hingga kali lima
dari lima
percubaan

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN









Sudut 1 Sudut 5

Sudut 2 Sudut 4
Sudut 3










18

Jadual Pelaksanaan Kajian
Tarikh
Aktiviti

2014

2014

2014

2014

2014

2014

2014

2014

2014

2014
Tinjauan
masalah

Penulisan
proposal

Merancang
kajian tindakan

Pelaksanaan
kajian tindakan

Perbincangan
berkenaan
masalah yang
timbul
sepanjang
pelaksanaan
kajian tindakan

Penulisan
refleksi kajian

Penulisan
laporan kajian

Pembentangan
hasil kajian


19

Kos Kajian
Bil. Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit Jumlah
Kos
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
7.
Jumlah











20

RUJUKAN
Bompa, T. O. (1999). Periodization Theory and methodology of training.
Champaign, IL,Human Kinetics.

Chandler, P., & Sweller, J. (1991). Cognitive Load Theory and the Format of
Instruction.Cognition & Instruction, 8(4), 293-240.

Mitchell, S. A., Griffin, L. L., & Oslin, J. L. (1994). Tactical awareness as a
developmentally appropriate focus for the teaching of games in
elementary and secondary physical education. The Physical Educator,
51(1), 21-28.

Mosston, M., & Ashworth, S. (2002).Teaching physical education.(5
th
Ed).
New York: Benjamin Cummings

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Matlamat dan Misi. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian sukatan pelajaran
kurikulum bersepadu sekolah rendah: Pendidikan Jasmani. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Turner, A. (1996). Teaching for understanding: Myth or reality?.Journal of
Physical Education, Recreation and Dance, 67(4), 46-48.

Shamuga, N. (2007). Kesan program latihan menggunakan model taktikal
dengan stail pengajaran berbeza terhadap murid pelbagai tahap
kemahiran permainan hoki. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

Soni Nopembri. (2004) Pembelajaran Terpadu Mata Pelajaran Pendidikan
Jasmani di Sekolah Dasar. Universitas Negeri Yogyakarta. Jurnal
Pendidikan Indonesia, Volume 1, No.1, 2004

http://lelakibelalang.blogspot.com/2010/11/penggunaan-kaki-bukan-dominan-
dalam.html dimuat turun pada 20 Ogos 2011

http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/kajian-
berkaitan-perkembangan-kemahiran.html dimuat turun pada 19 Ogos
2011
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/GAYADRIAP9800542
004TTP.pdf dimuat turun pada 20 Ogos 2011

http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2011/03/jenis-jenis-tendangan.html
dimuat turun pada21 Ogos 2011


21


LAMPIRAN A

Skor Ujian Pra

Sampel
Percubaan
Bilangan
Jaringan
1 2 3 4 5
Murid A
Murid B
Murid C
Murid D
Murid E
Murid F
Murid G
Murid H
Murid I
Murid J





22


LAMPIRAN B
Skor Ujian Pasca

Sampel
Percubaan
Bilangan
Jaringan
1 2 3 4 5
Murid A
Murid B
Murid C
Murid D
Murid E
Murid F
Murid G
Murid H
Murid I
Murid J

Anda mungkin juga menyukai