Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Saya Lim Yu Guo pelajar dari unit Pendidikan Prasekolah unit 1, PISMP
semester 4 telah menyiapkan kerja kursus saya dalam tempoh masa yang diberi.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
kita kerana sudi membantu dan memberi bimbingan yang secukupinya kepada saya
semasa dalam proses untuk menyiapkan kerja kursus ini. Pelbagai input dan
maklumat yang saya dapat daripada pensyarah telah menjadi panduan kepada saya
untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Selain itu, perbincangan antara saya dengan
pensyarah tentang penyelesaian kerja kursus ini sangat berkesan. Akhirnya, saya
berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang dijangkakan.
Di samping itu, tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan yang memberi cadangan dan idea yang bernas kepada saya semasa
saya menghadapi sebarang masalah atau kekeliruan dalam proses membuat kerja
kursus ini. Akhirnya, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ibu bapa yang sering memberi dorongan serta sokongan yang
penuh kepada saya sepanjang saya membuat kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai