Anda di halaman 1dari 2

Perkataan intuisi berasal daripada perkataan Latinintueor yang bermakna

memahami secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh


diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung. Aliran pemikiran ini merujuk
satu prosesmelihat dan memahami secara spontan.
Dari keratan akhbar ini seorang pelajar sanggup berkorban demi cintanya kepada
teman lelaki walaupun mengorbankan dirinya dengan bergelumang dengan dadah.
Pada usia begini, beberapa faktor yang menyebabkan murid apada usia begini telah
dikenal pasti. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini terus mempengaruhi
remaja ialah kekurangan perhatian daripada ibu bapa. Hal ini memang tidak dapat
dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu
bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan
keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa
yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan
mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan
mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang
dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.
Di samping itu, pengaruh rakan sebaya turut menyumbang masalah ini. Hal ini
demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan
sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan
bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka
terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan
terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan
menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional
pada setiap masa .
Tekanan yang dialami oleh remaja pada hari ini turut menjadi salah satu faktor
kewujudan masalah ini. Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran
untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar
mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu
tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka
terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni
pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya,
mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan
hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil
dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa
pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka
dalam sekelip mata sahaja. Namun, sedarkah mereka bahawa hal ini hanya akan
memusnahkan kehidupan dan masa depan mereka?
Natijahnya, kita harus berusaha dan bekerjasama bagi membanteras gejala ini agar
tidak membawa akibat yang lebih buruk. Para remaja juga harus membuat
pertimbangan yang wajar setiap kali menghadapi sebarang masalah. Sekiranya
terdapat komitmen yang tinggi dan berterusan untuk mengatasi masalah ini,
masalah penagihan najis dadah dalam kalangan remaja pasti dapat dibendung
dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai