Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2014





HBAE2203 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN



SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )
DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG MATEMATIK



NAME : ZAIDA BT ISMAIL
MATRICULATION NO : 700806035112001
IDENTITY CARD NO. : 700806035112
TELEPHONE NO. : 0198999449
E-MAIL : eyda_ismail@ymail.com
LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU






HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


1


ISI KANDUNGAN


BIL TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 2
2.0 SEJARAH BONEKA 3
3.0 JENIS-JENIS BONEKA DAN TEKNIK PENGGUNAAN 5
3.1 Boneka Tangan 5
3.2 Boneka Jari 6
3.3 Boneka Wayang Kulit 7
3.4 Boneka Lidi 7
3.5 Boneka Tali 8
4.0 BAHAN MEMBUAT BONEKA 8
5.0 TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BONEKA 9
5.1 Bahan-Bahan Yang Perlu Disediakan 9
5.2 Langkah Membentuk Dan Membuat Boneka Lidi 10
6.0 APLIKASI BONEKA 13
7.0 FUNGSI PERMAINAN BONEKA 14
8.0 PERSEMBAHAN HASIL KARYA DAN APRESIASI SENI
BONEKA
15
9.0 KESIMPULAN 17
BIBLIOGRAFI 18










HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


2



1.0 PENGENALAN

Seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita, menyampaikan mesej serta hiburan.
Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri. Namun ia memerlukan manusia
untuk menghidupkan atau menggerakkan wataknya dalam menyampaikan informasi kepada
penonton sekaligus membawa mereka ke dalam dunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu
cerita. Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa
jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorang dalang
untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.

Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digeraklakonkan oleh pemain sama ada
secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.Pelbagai objek boleh
dijadikan boneka sekiranya objek tersebut digerakkan oleh pemain. Semasa menggerakkan
boneka itu, pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak samaada menerusi dialog yang
dipertuturkan oleh pemain aksi boneka tanpa suara.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untiuk menyampaikan cerita
agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak. Di
samping itu, permainan boneka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, melahirkan
idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama
dalam kumpulan.

Jackman (1977) berpendapat, boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan dan dapat
menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif. Menurutnya lagi,
penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran afektif, kognitif dan fizikal.
Nillie Mc Caslin (1984) pula, menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat
bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang lebih
menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajaruntuk terus belajar.





HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


3

2.0 SEJARAH BONEKA


Boneka boleh dianggap termasuk mainan kanak-kanak yang paling tua . Namun fungsi
boneka dahulu lebih bersifat keagamaan . Boneka yang paling tua di antaranya yang dijumpai
di benua Eropah , berupa peninggalan kebudayaan Aurignacian yang sudah berusia 40,000
tahun . Kebanyakan yang ditemui adalah boneka perempuan dengan dada dan pinggul yang
sangat montok , yang melambangkan kesuburan . Salah satunya boneka tersebut adalah
Venus Willendorf, yang ditemui berhampiran Sungai Donan-Austria. Boneka tersebut
diperbuat daripada pahatan batu kapur setinggi 10 cm dengan warna merah yang sudah
pudar. Boneka lambang kesuburan juga ditemui di tempat penggalian di Mohenjo-Daro,
Pakistan .

Dalam kebudayaan prasejarah Mesir dan China, boneka digunakan sebagai pengganti korban
manusia yang dikuburkan bersama tokoh-tokoh penting. Dalam peninggalan budaya dari
Babylon dijumpai boneka berbentuk tatahan kayu rata, berwarna, berambut panjang yang
dibuat daripada untaian manik-manik tanah liat atau kayu. Ia telah dijumpai di beberapa
makam di Mesir yang berasal dari tahun 3000-2000 SM .

Boneka dari tanah liat yang dibuat untuk anak-anak pula ditemui di perkuburan Yunani,
Romawi dan Mesir kuno. Boneka yang dijumpai di makam Yunani dan Rom mempunyai
engsel di tangan dan kakinya membolehkan ia digerakkan. Sebahagian besar boneka Yunani
waktu itu berbentuk perempuan kerana ia disimpan oleh gadis-gadis sehingga menjelang
perkahwinan. Adalah menjadi tradisi para gadis Yunani dan Rom menjelang berkahwin
melakukan upacara keagamaan. Mereka meletakkan boneka di altar Artemis ( dewi para
gadis ) atau ke Altar Diana sekiranya ia orang Rom. Mengikut kepercayaan mereka, gadis
yang meninggal muda mewariskan koleksi anak patung pada temannya .

Di zaman pertengahan pula dijumpai boneka-boneka dari kayu. Beberapa daripadanya
mempunyai kaki yang boleh digerakkan. Boneka ini dimiliki oleh anak lelaki dan perempuan
dari keluarga berada. Boneka ini umumnya adalah boneka kuda yang cekap dari Keluarga




HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


4

Suci atau raja dan ratu sedangkan boneka anak-anak keluarga miskin hanya buatan sendiri
dari jerami, lebihan kain, batang jagung dan adunan roti.
.
Manakala boneka moden yang berwajah halus, cantik dengan tubuh dan pakaian indah,
muncul di abad XIV. Ideanya berasal dari orang Perancis yang membuat boneka khusus
untuk mempamerkan fesyen pakaian dan rambut. Tercatat boneka mode " pertama sebesar
manusia adalah hadiah yang diberikan Raja Richard II dari Inggeris kepada calon isterinya
pada tahun 1396. Robert de Varennes, tukang jahit Raja Charles VI, telah diupah untuk
mereka pakaian-pakaian anak patung itu sama dengan saiz tubuh si puteri kecil itu.

Pada tahun 1413, pembuatan boneka dari tanah liat untuk bahan mainan mula popular. Pada
abad ke 15, Nurnberg, Jerman telah menjadi tempat pembuat boneka dan mainan kanak-
kanak yang terkemuka di dunia. Selepas itu, boneka dari kayu mula dihasilkan untuk
menggantikan tanah liat. Paris turut tersenarai sebagai pengeluar boneka terbesar, yang
kebanyakan adalah boneka-boneka untuk mode. Di abad XIX, kemunculan pembuat-
pembuat boneka profesional semakin ramai. Boneka yang paling popular adalah boneka dari
Dresden yang berkepala porselin serta boneka Perancis yang kepalanya diperbuat daripada
keramik manakala tubuh boneka pula diperibuat daripada kulit yang kaku.
.
Tahun yang sama juga telah muncul boneka yang boleh memejam dan membuka mata serta
boleh berjalan. Berbekalkan kotak suara mekanik Johann Nepomuk Maelzel (1827), boneka
baru telah tercipta. Boneka ini boleh berkata " Papa " dan " Mama " sekiranya perut boneka
ditekan.

Bermula pada abad ke 15 di kota Nurembergm, Ausburg dan Sonnerberg, Jerman, boneka
mula dihasilkan untuk alat permainan kanak-kanak. Boneka tersebut tersebut diperbuat
daripada tanah liat, kayu dan lilin serta diberi pakaian yang menggambarkan penampilan
wanita Jerman pada masa itu. Pada masa yang sama, kilang pembuat boneka di Inggeris,
Perancis, Itali dan Belanda telah menghasilkan boneka yang sama dengan pakaian khas
daerah setempat. Boneka dari masing-masing negara ini banyak dijual untuk dijadikan




HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


5

cenderamata. Pada abad ke 16, Belanda telah mencipta mata boneka dari gelas dan dapat
digerakkan sehingga boneka dilihat seakan hidup.

Pada tahun 1675, boneka telah diperkemaskan lagi dengan rambut sehingga bentuknya sama
dengan boneka yang banyak dijumpai pada masa kini. Kemudian pada tahun 1710, sebuah
kilang pembuat boneka telah berjaya menghasilkan boneka yang dapat menangis disusuli
dengan boneka yang dapat berjalan pada tahun 1735.

Di akhir Perang Dunia I, Amerika telah mencatat sejarah sebagai negara pengeluar boneka
terbesar di dunia. Di antara tahun 1925 dan Perang Dunia ke-II, kilang membuat boneka
berjaya menghasilkan boneka yang lebih menarik dan lebih menyerupai bentuk yang
ditirunya. Boneka ini telah dilengkapi dengan mata yang dapat mengedip, dilengkapi dengan
bulu mata dan dapat membuka mulut sehingga terlihat deretan giginya yang rapi.


3. JENIS-JENIS BONEKA DAN TEKNIK PENGGUNAAN

Terdapat berbagai jenis boneka yang sering digunakan antaranya ialah boneka jari, boneka
tongkat, boneka sarung tangan, boneka wayang kulit, boneka pinggan kertas, boneka beg
kertas, boneka lidi dan boneka sudu.

3.1 Boneka Tangan






HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


6

Boneka tangan atau juga dikenali sebagai hand puppets lebih mudah disediakan dan lebih
praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan
pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk. Bagi menyediakan
boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg
kertas dan sampul surat. Bekas telur, bekas dadih dan lain-lain turut boleh digunakan seperti
watak kucing, tikus dan sebagainya. Dengan menggunakan boneka tangan, kanak-kanak lebih
bebas membuat pergerakan.


3.2 Boneka jari



Boneka jari atau dikenali juga dengan nama finger puppets merupakan boneka yang
dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Boneka jari dilakukan dengan memasukkan jari
ke dalam boneka yang bersaiz jari. Jari digerakkan semasa watak dimainkan. Boneka ini
boleh dibuat dari kertas yang dilukis wataknya. Saiz boneka adalah mengikut saiz jari kanak-
kanak. Boneka ini diwarnakan dan digam pada kelilin gbentuk watak tersebut kecuali pada
bahagian untuk dimasukkan jari. Boneka jari amat seronok digunakan kerana pelbagai watak
boleh dimainkan serentak.







HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


7

3.3 Boneka Wayang Kulit



Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal. Kemudiannya diwarna dan bentuknya
dipotong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik lutsinar dan kertas tebal.
Biasanya boneka ini nipis dan berbetuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-
tempat tertentu pada badan boneka ini.Semasa memainkan boneka ini, ia di empatkan di
bahagian belakang atau skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut
akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.
Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan Over head Projector
(OHP) sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.


3.4 Boneka Lidi






HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


8

Boneka ini seakan sama dengan boneka wayang kulit. Boneka ini diperbuat daripada bahan
yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada
anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Boneka dijulang
pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyang untuk menggerakkan anggota badan
tersebut.


3.5 Boneka Tali



Boneka Tali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache,
plaster-of-Paris atau kayu. Boneka menggunakan tali atau string puppets berbeza dari segi
saiz dan rupa bentuk. Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat
dengan tali bagi tujuan pergerakan.Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian
boneka yang boleg bergerak.Bahagian kaki dan tangan watak akan dibentuk supaya boleh
digerakkan dengan menggunakan tali.Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita
yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan menggelongsor.Tali yang
digunakan boleh berupa tali biasa ataupun tali tangsi .Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-
tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak







HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


9

4. BAHAN MEMBUAT BONEKA

Bahan dan peralatan membuat boneka adalah berbeza mengikut jenis boneka tersebut. Antara
bahan asas untuk membuat boneka ialah sarung tangan atau sarung kaki untuk membuat
boneka sarung tangan, kertas tebal dan plastik keras untuk membuat boneka wayang kulit
dan lidi, beg kertas atau beg mabuk udara untuk membuat boneka beg kertas, sudu kayu atau
senduk untuk membuat boneka sudu, perca kain untuk membuat boneka sarung kepala dan
sarung tangan, pinggan kertas untuk membuat boneka pinggan kertas, kayu untuk membuat
boneka tongkat dan lidi untuk membuat boneka lidi. Boneka dicipta mengikut kreativiti
individu yang menghasilkannya. Ini bererti seseorang itu tidak perlu menghabiskan banyak
duit untuk menghasilkan boneka kerana mereka juga boleh menghasilkan boneka daripada
bahan-bahan terbuang.


5. TEKNIK PEMBUATAN BONEKA

Proses membentuk dan membuat boneka bergantung kepada jenis dan ciri-ciri boneka yang
hendak dihasilkan. Selain itu juga, ia turut bergantung kepada jenis cerita dan mesej yang
hendak disampaikan. Sebagai contohnya, pemain hendak menyampaikan mesej
kekeluargaan dalam ceritanya dan memilih untuk menggunakan boneka lidi sebagai alat
persembahan maka teknik penghasilan seharusnya menjurus kepada elemen kekeluargaan
seperti penggunaan imej manusia dan penggunaan warna yang ceria agar mesej dapat dapat
disampaikan dengan efektif dan berkesan.

Berikut merupakan contoh teknik pembuatan boneka lidi yang boleh dijadikan panduan.

5.1 Bahan-Bahan Yang Perlu Disediakan

Kertas warna atau kertas corak, gam, gunting, pita pelekat, lidi sate dan pensel (Gambar di
bawah)






HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


10




5.2 Langkah Membentuk Dan Membuat Boneka Lidi



Langkah 1 :

Lakarkan rupa kuda kepang dengan menggunakan pensel.








HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


11

Langkah 2 :

Kemudian guntingkan lakaran yang telah dihasilkan.



Langkah 3 :
Untuk hiasan badan kuda kepang, guntingkan kertas corak dan kertas warna.
Kemudian hiaskan boneka kuda kepang
dengan menarik dan kreatif.







HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


12






Langkah 4 :

Akhir sekali..sediakan lidi dan lekatkan pada bahagian belakang boneka kuda kepang dengan
menggunakan pita pelekat...seperti gambar di atas...







HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


13




6. APLIKASI BONEKA

Boneka sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk
menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Pendengar iaitu kanak-kanak
akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengan khusyuk di samping
melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Melalui permainan
boneka juga kanak-kanak akan merasa seronok kerana mereka dapat meluahkan apa yang
terpendam dalam diri mereka dan ini akan menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif.
Mereka juga tidak akan berasa segan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang
disediakan oleh guru. Penggunaan boneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah
pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan
sebenar serta merangsang daya imaginasi.

Selain itu, boneka juga dapat memberi pengalaman kepada kanak-kanak belajar secara
berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Eve-Marie Arce (2000) dalam
bukunya Curriculum for Young Chidren-An Introduction menyatakan bahawa, boneka
adalah sesuatu yang unik. Ia boleh digunakan oleh guru untuk menyalurkan emosi kanak-




HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


14

kanak, kreativiti dan juga menyelesaikan masalah atau kebimbangan mereka. Kanak-kanak
mampu menghasilkan boneka mereka sendiri dengan bantuan daripada guru. Pelbagai bahan
boleh digunakan untuk menghasilkan boneka sama ada bahan-bahan terpakai, bahan
semulajadi dan juga bahan-bahan yang ada kaitan dengan sesuatu pembelajaran. Bahan-
bahan terpakai adalah seperti penutup botol minuman, batang aiskrim, bekas dadih, pnggan
kertas, stokin lama dan pelbagai lagi. Bahan semulajadi pula seperti daun, batu kecil, ranting,
akar pokok, kulit pokokdan bunga manakala bahan-bahan yang berkaitan dengan
pembelajaran pula seperti bulu burung yang dikaitkan dengan sains dan lain-lain yang sesuai.

Kebiasaannya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang tetapi juga
berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita-cerita tertentu.
Ketika boneka digerakkan, muzik latar, suara atau pun bunyi-bunyian dimainkan bagi
mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri atau
sekumpulan kanak-kanak.


7.0 FUNGSI PERMAINAN BONEKA

Permainan boneka mempunyai banyak fungsi yang positif untuk memperkembangkan bakat,
emosi, intelek dan spiritual. Antara fungsi tersebut adalah seperti ekspresi, informasi,
eksplorasi, persuasi dan melayan.

Fungsi ekspresi merujuk kepada pernyataan suka, benci, kagum, marah, bosan,dan sedih.
Dengan mendongeng/cerita boneka, baik pencerita mahu pun pendengar akan dapat
mengungkapkan pernyataan senang, benci, kagum dan sebagainya. Pencerita boleh
melontarkan soalan agar kanak-kanak dapat memperkembangkan ideanya. Selain itu,
pencerita juga boleh menimbulkan persoalan agar kanak-kanak berkeinginan untuk bertanya.
Dengan cara bergini, kanak-kanak akan dapat mengekspresi diri untuk melahirkan rasa
kagum, senang, benci dan sedih.




HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


15

Fungsi informasi pula merujuk kepada keupayaan untuk menyampaikan mesej atau maklumat
kepada orang lain. Dalam kelas penceritaan, baik pencerita ataupun si pendengar akan dapat
menyampaikan mesejnya kepada orang lain. Mesej tersebut pula merupakan perkara-perkara
yang biasanya mereka sudah pernah mendengarnya. Akan tetapi pada saat itu, mesej tersebut
muncul kembali kerana adanya simulasi.

Fungsi ekplorasi pula merujuki kepada keupayaan untuk menjelaskan sesuatu hal, perkara
dan keadaan. Kanak-kanak yang kreatif mempunyai kebolehan untuk menjelaskan sesuatu.
Ketika ia mengetahui sesuatu maka melalui stimulasi, mereka akan berusaha untuk
menjelaskan idenya.

Fungsi Persuasi puala merujuk kepada fungsi bahasa yang bersifat mempengaruhi atau
mengajak orang lain untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu secara baik. Pada tahap
selanjutnya kanak-kanak akan berusaha mengajak atau mendominasi temannya dengan
kemahuan atau keinginannya. Bahkan sering kali tejadi pertengkaran di antara mereka untuk
mempertahankan pendapat masing-masing.

Manakala fungsi melayan pula merujuk kepada keupayaan untuk menghibur. Komunikasi
yang wujud setiap hari antara pendengar dan pembicara pastinya mengandung elemen
kelucuan bahasa atau ekspresi dan gerak tubuh. Maka dalam penceritaan fungsi menghibur
adalah unsur yang mutlak. Seorang pencerita harus dapat menjalankan fungsi itu dengan baik.


8. PERSEMBAHAN HASIL KARYA DAN APRESIASI SENI BONEKA

Persembahan hasil seni berkait rapat dengan proses apresiasi seni kerana hasil seni yang telah
dihasilkan perlu dipamerkan untuk dinilai oleh guru dan rakan-rakan. Persembahan hasil
karya akan membolehkan nilai estetika dan sikap menghargai nilai dikembangkan. Di
samping itu juga, melalui peringkat perbandingan elemen-elemen pemupukan sikap untuk
menghargai hasil seni yang dihasilkan akan terhasil. Rice (1997) berkata:




HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


16


The goal of the teaching of art appreciation as a part of general education in the college
curriculum has been to introduce students to art, hoping to convey an understanding of the
value and role of art in our culture. But appreciating art is a much more complicated and
personal enterprise that may require more than an introduction. It is the attitudes and
actions within those definitions that create the dynamics of discovery for the individual who
appreciates. Teaching and learning about art are processes of discovery, and the findings
will impact the individual is future interactions with art. Clearly, coming to value and
understand or appreciate art is a complex undertaking.

Manakala Derlan (1987: 16) pula berpendapat bahawa apresiasi seni pada hakikatnya adalah
untuk mendapatkan apa yang disebut dengan pengalaman estetik. Penikmatan seni yang
terarah, sedar dan bertujuan akan menghasilkan pengalaman tersebut.

Sehubungan dengan itu, dalam kegiatan membentuk dan membuat boneka, persembahan
hasil karya boleh dilakukan dengan cara penceritaan, simulasi, lakonan, puisi dan syair.
Dengan menggunakan boneka yang dihasilkan sebagai alat untuk kegiatan di atas, perasaan
menghargai hasil seni, nilai seni, daya usaha, keyakinan diri akan terbentuk dengan
sendirinya. Selain itu juga, perasaan menghargai tokoh-tokoh terdahulu yang menghasilkan
boneka akan tersemat di dalam pemikiran dan hati kerana bermula dari tokoh-tokoh inilah
kefungsian boneka sebagai alat pembelajaran bermula.

Menurut Tabrani (1998), tingkatan apresiasi sebagai kejutan (surprise) yang terjadi ketika
kita berhadapan dengan sesuatu karya pada pandangan pertama sehingga jatuh cinta akibat
ciri-ciri kreasi karya yang iseng dan novel. Dalam apresiasi seni terjadi pula proses empati,
iaitu penilai atau pemerhati turut serta merasakan ungkapan, curahan hati seniman
perkaryanya. Turut serta merasakan suka duka, pikiran, perasaan, pandangan hidup dan
watak yang tercermin dalam karya seni tersebut.






HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


17

9.0 KESIMPULAN

Boneka pada asalnya merupakan satu alat yang digunakan manusia terdahulu untuk
menyampaikan hubungannya dengan tuhan, alam jin dan alam roh tetapi kini, fungsi dan
kegunaan boneka telah berubah. Boneka bukan sahaja digunakan sebagai alat permainan
kanak-kanak tetapi juga alat untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran.

Membentuk dan membuat boneka pula merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam
perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa
yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-
ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.

Membentuk dan membuat boneka juga memerlukan kebijksanaan memilih bahan yang
bersesuaian dengan jenis boneka yang hendak dihasilkan. Di samping itu, kesuaian warna dan
bahan juga turut mempengaruhi penceritaan berasaskan boneka yang dilakukan. Penghasilan
boneka pula mempunyai teknik tersendiri berdasarkan kepada bentuk dan jenis boneka.
Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-
watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

Fungsi dan peranan boneka ini memberikan impak terhadap sistem pendidikan. Selain
disenaraikan sebagai bidang yang perlu dipelajari melalui Pendidikan Seni Visual,
penggunaan boneka sebagai alat bantu belajar dalam semua mata pelajaran juga digalakkan
kerana melalui bidang membentuk dan membuat boneka dan penggunaan boneka sebagai
bahan bantu belajar, pemupukan sikap menghargai, berbangga, berkomunikasi dengan
berkesan dan ingin berjaya dapat dilakukan.

2822 patah perkataan






HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


18


BIBLIOGRAFI

Derlan (1987). Konsep Pembelajaran Apresiasi Seni. Dilayari daripada :
http://file.upi.edu/Direktori/FPBS/JUR._PEND._SENI_RUPA/197206131999031-
BANDI_SOBANDI/Model_Pembelajaran_Apresiasi.pdf Pada Febuari 27, 2014.

Eve-Marie Arce (2000). Curriculum for young children : an introduction. Albany, N.Y. :
Delmar.

Jackman (1977). Kreatif dan Imaginatif. Dilayari daripada :
http://www.slideshare.net/VaruniSankaranNair/kajian-ringkas-boneka
Pada Febuari 17,2014.

Nillie Mc Caslin (1984). Creative Drama in the Classroom. New York University.

Rice, R. W. (1997). Art Appreciation. (Online). In Art 360 Foundation of Art
Education. Dilayari daripada:
http://www.uncg.edu/art/courses/rwrice/360/AAprec.htm pada Febuari 27, 2014.

Tabrani, Primadi (1998). Proses Kreasi Apresiasi Belajar. Bandung;ITB.

Anda mungkin juga menyukai