Anda di halaman 1dari 5

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Konsep Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.
- Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang
dikehendaki.
- Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
- Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
- Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses
pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Definisi :
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan.

Tujuan Pentaksiran
1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
4. Memperbaiki pengajaran pembelajaran.

Prinsip Pentaksiran
Instrumen
Kumpulan yang ditaksir
Respons
Kumpulan yang menaksir
Skor
Ciri Pentaksiran Yang Baik
Kesahan Skor Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan
Kebolehpercayaan Skor Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan
Keobjektifan Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
Kebolehtadbiran Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat
atau berasaskan sekolah
Kemudahtafsiran Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon,
ketepatan tujuan mengadakan ujian
Kekomprehensifan Kertas soalan mewakili semua objektif penting dalam Sukatan Pelajaran /
PP
Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
Aktiviti yag bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Konsep Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian
tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus.
- Ujian : Suatu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu individu
(pelajar).
- Bahan ukur : Soalan yang kebolehpercayaan.
Suatu cara sistematik utk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. (aktiviti
pembelajaran)
R.M.Gagne
Dengan kata lain, pengujian ialah instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti atau kualiti
sesuatu pembolehubah (variable) yang terdapat pada subjek (pelajar).

Tujuan Pengujian
Mengukur:-kecergasan, kemahiran, pengetahuan atau atribut psikologi
Mengukur pembelajaran
Menentukurkan (prauji)
Mengukur pencapaian
Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)
Mendiskriminasi antara pelajar (memberi gred)
Memotivasikan pelajar
Menyediakan maklum balas kepada pelajar
Menyediakan maklum balas kepada guru
Mengukur keberkesanan pengajaran

Alat pengukur :
- Kognitif
- Psikomotor
- Afektif

Ciri-ciri Pengujian
1. Mempunyai kata tugas perbuatan seperti:
Tuliskan, Tunjukan, Senarai, Terangkan, Jelaskan, Bincang, Kenal pasti, Jumlahkan
1. Kenyataan kandungan berdasarkan kepada objektif kursus atau pengajaran dan
pembelajaran
2. Kerangka masa Satu minggu, satu jangka masa, atau akhir semester.

Instrumen Pengujian
Alat/ kaedah/ pendekatan/ mekanisme untuk mendapatkan respons (data) dalam pentaksiran bagi
mengukur penguasaan terhadap sesuatu bidang pembelajaran atau pengajaran.
Peringkat pengujian :
- Persediaan
- Pelaksanaan
- Pemeriksaan

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Kesimpulan :
Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
Satu cara mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu,
sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran.

Konsep Penilaian
Penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for
judging decision alternatives.
Stufflebeam et. al. (1971: xxv)

Penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Terry D. TenBrink (1974:8)

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan
tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang
pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.
Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu
pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.

Tujuan Penilaian
1. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam
perkara yang hendak diajar.
2. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau
mempelajari perkara yang telah disampaikan.
3. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat
kelas yang sama di sekolah.
4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
5. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
6. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran
atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Prosedur :
Persediaan Ujian.
Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi).
Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian.
Buat Analisis.
Interpretasi / Dapatan / Tindakan.

Jenis Jenis Ujian Penilaian
1. Penilaian mengesan penguasaan
- Kelemahan penguasaan
- Penilaian tidak formal
2. Penilaian mengesan kemajuan
KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
- Kemajuan tentang kemahiran
- Pengayaan /pemulihan
3. Penilaian mengesan pencapaian
- Pencapaian dalam beberapa topik
- Kedudukan kumpulan
- Cara formal

Perbezaan
Ciri
Jenis
PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF
Pengertian Formal atau tak formal untuk
mengesan penguasaan dan
kemajuan pelajaran dalam kelas
Ujian formal untuk mengesan
pencapaian dalam sesuatu
tahap persekolahan
Tujuan Mengesan penguasaan dan
kemajuan untuk membaiki
kelemahannya dengan serta
merta
Mengesan pencapaian pelajar
berdasarkan beberapa unit
pembelajaran dan
pemeringkatkan gred pelajar

Aktiviti
Menjalankan ujian formal atau
tak formal semasa waktu
pelajaran dengan secara
individu,kumpulan atau kelas.
Menjalankan ujian formal
dalam beberapa waktu
pelajaran secara kelas.
Masa Semasa mengajar sesuatu atau
beberapa kemahiran
Selepas mengajar beberapa
unit pembelajaran dan
pemeringkatkan
Bentuk Tidak formal : (pemerhatian dan
soal- jawab),atau
Formal : (ujian kertas- pensel dlm
masa singkat)
Formal : ujian kertas pensel
atau ujian lisan dalam jangkaan
masa yg sesuai

Sasaran
Secara individu, kumpulan.atau
kelas
Secara kelas

Liputan
Meliputi sesuatu kemahiran
(ujian tidak formal) atau
beberapa kemahiran (ujian
formal)
Meliputi beberapa unit
pembelajaran atau sesuatu
tahap persekolahan

Rekod
Tiada (bagi ujian taidk formal)
dan penggunaan senarai
semak/rekod prestasi (bagi ujian
formal)
Penggunaan rekod profil atau
pensijilan



Tindakan
Membetulkan kelemahan
dengan serta merta atau
menjalankan aktiviti
pemulihan/pengayaan dalam
kelas
Menempatkan pelajar dalam
kumpulan / kelas yang sesuai
Merancang dan mengubahsuai
pelajaran/kurikulum
Memberi sijil berdasarkan
pencapaian dlm pepeiksaan

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah :
1. Mengetahui keupayaan, kemahiran, atau pengetahuan asas sedia ada pelajar-pelajar dalam
perkara-perkara yang hendak diajar. Daripada ujian, guru dapat merancang dan merencana
pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang
keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
2. Membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan-rakan sekelas atau dengan peringkat kelas
yang sama di sekolah.
3. Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang
lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan
untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.
4. Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja
pemulihan dan pengayaan.
5. Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan
arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti
jurusan sains, sastera dan teknikal.
6. Membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas
meningkatkan pengajaran mereka.
7. Pelajar mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula
memperbaikinya.

Anda mungkin juga menyukai