Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.................................................................................................... 2
2.0 ANALISIS KLIP VIDEO......................................................................................... 4
2.1 KLIP VIDEO 1.................................................................................................. 4
2.2 KLIP VIDEO 2.................................................................................................. 7
2.3 KLIP VIDEO 3................................................................................................ 10
3.0 REFLEKSI........................................................................................................ 13
4.0 PENUTUP........................................................................................................ 15
5.0 RUJUKAN........................................................................................................ 17
6.0 LAMPIRAN....................................................................................................... 18

1.0 PENGENALAN

Apa yang kita tahu, pada zaman sekarang situasi guru dahulu dengan guru
sekarang sangat berbeza. Hal ini kerana, masyarakat dahulu sangat percayakan
guru dan mereka memandang tinggi martabat dan profesion perguruan ini. Lebihlebih lagi, guru dianggap sebagai insan yang sanggup berkorban demi anak murid
yang tercinta untuk memastikan anak didik mereka berjaya dan menjadi insan yang
berguna.

Namun senario yang melanda sekarang adalah di mana, profesion

perguruan ini dianggap remeh kerana ada yang menganggap guru adalah satu
kerjaya yang terakhir untuk dipilih kerana memiliki jumlah gaji yang tidak setimpal
dengan kerja yang dilakukan. Walau bagaimanapun, sekiranya terjadi sesuatu yang
tidak diingi oleh murid, guru adalah orang yang pertama yang akan dipersalahkan
kerana cuai melakukan tugas.
Sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang, pelbagai isu-isu dan berita
perihal seorang guru di dada akhbar dan di media massa kerana wujudnya segelintir
guru yang mencemarkan nama profesion ini. Contohnya adalah isu guru-guru yang
bermasalah, guru menerima rasuah dan kes mendera murid.

Tambahan,

bermacam-macam lagi berita dan isu-isu berkaitan dengan guru yang boleh kita
baca dan dapati dalam sehari-hari. Perkara tersebut sebenarnya agak memalukan.
Kerana "hanya nila setitik rosak susu sebelanga" menyebabkan ramai segelintir
masyarakat

memandang

rendah

pada

profesion

guru

sekarang.

Walaubagaimanapun, tidak semua guru seperti itu dan masih ada lagi guru yang
mempunyai sifat-sifat kemanusiaan dan sanggup untuk mendidik anak bangsa dan
mengharumkan nama negara.
Guru yang inovasi dan kreatif adalah guru yang mampu melaksanakan tugas
dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta boleh
memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan
seiring dengan cabaran dunia globalisasi.

Cabaran global kini memerlukan guru

mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara
kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili
oleh setiap murid yang berlainan bangsa. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay
2

Kim (2003) menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan


perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu.
Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan
warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains
dan Matematik.

Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan

negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran


dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Gurulah juga sebagai sumber
manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan
inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik.
Sehubungan dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan di institusi pengajian
tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka
dengan lebih efisyen dan berdaya saing dalam menempuh dunia moden disamping
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif
dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat
dimanfaatkan dalam bilik darjah.

Pendidikan kini menekankan penggunaan

teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru
iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi
komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang
mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran
dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu
mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf
antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi
pendidikan pemulihan menggunakan ICT ini merupakan salah satu contoh bahan
bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

Hakikatnya terdapat

pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru
dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara
dilaksanakan.

Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam

memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi
pemimpin kita pada masa akan datang.

2.0 ANALISIS KLIP VIDEO


2.1 KLIP VIDEO 1

Klip video yang bertajuk 13 year old girl fights male teacher in Oakland
Middle ini menunjukkan keberanian seorang pelajar perempuan menyerang gurunya
di dalam kelas. Berdasarkan perbualan yang didengar semasa rakaman dibuat,
pelajar tersebut menyerang gurunya atas sebab teguran yang dibuat oleh guru ke
atas dirinya. Oleh sebab tidak berpuas hati dengan teguran yang diberi, pelajar
tersebut mengambil keputusan untuk menyerang gurunya. Namun guru tersebut
kelihatan tenang dan tidak menaikkan lagi kemarahan pelajar perempuan itu.
Semasa pelajar itu menyerangnya, apa yang diperkatakan oleh guru tersebut adalah
im your teacher bermaksud saya guru awak.

Berdasarkan apa yang

diperkatakan oleh guru itu, jelas bahawa guru tersebut cuba merasionalkan kembali
pemikiran pelajar dengan mengingatkan beliau bahawa dengan siapa beliau sedang
bergaduh sekarang.

RAJAH 1
Bagi mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah melaksanakan satu pekeliling
yang dinamakan Tonggak Dua Belas. Tujuan pekeliling ini dilaksanakan adalah
sebagai panduan kod dan etika bagi penjawat awam khususnya seorang guru.
Berbalik semula kepada peranan guru dalam klip video tersebut, guru tersebut
4

mempunyai salah satu aspek daripada Tonggak Dua Belas yang dinyatakan dalam
RAJAH 1. Aspek tersebut adalah kekuatan sifat baik hati yang perlu ada dalam diri
setiap orang guru bukan sahaja di Malaysia, namun di persada antarabangsa
sekalipun perlu mengutamakan aspek ini. Huraian ataupun tingkahlaku positif yang
perlu bagi aspek ini adalah pemaaf dan berhemah tinggi manakala bagi tingkahlaku
negatif pula adalah kasar dan kurang sopan.
Oleh itu, guru di dalam video ini berjaya menunjukkan tingkahlaku positif di
mana beliau mampu berhemah tinggi walaupun diserang oleh pelajarnya.
Bayangkan sekiranya beliau merupakan seorang guru yang pendendam, kita sudah
pasti apakah yang akan terjadi kepada pelajar tersebut dalam klip video ini. Namun,
dapat dilihat sebenarnya punca pelajar tersebut menyerang guru itu berpunca
daripada guru itu sendiri. Perkara ini mungkin berlaku atas nasihat yang tidak kena
dengan caranya bagi pelajar tesebut.

Menurut Imam As-Syafie Sesiapa yang

menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu.


Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu.
Jadi berkemungkinan besar, pelajar tersebut berasa terhina dengan teguran yang
dibuat oleh guru itu.
Terdapat beberapa cara bagi menjalankan teguran yang betul dan berhemah
dalam Islam. Pertamanya, elakkan memberi nasihat dalam bentuk celaan. Maksud
celaan tersebut adalah seorang guru berniat untuk memberi nasihat atau teguran,
namun ayat yang digunakan adalah kasar dan bersifat mencela.
seorang pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah.

Contohnya,

Guru tersebut menasihatinya

denga ayat seperti Pemalasnya kamu ni! Kalau cikgu suruh budak kelas hujung pun
mesti dia boleh siapkan kerja ini!. Dapat dilihat bahawa bahasa yang digunakan
oleh guru tersebut telah menjatuhkan maruah pelajar yang sedang dinasihatinya.
Apa yang sebenarnya harus dilakukan oleh guru tersebut adalah mendengar terlebih
dahulu. Sementara peraturan ini terpakai kepada semua komunikasi yang baik, cara
ini menjadi penting apabila kita ingin memberi nasihat.
kompleks daripada apa yang dapat dilihat.

Isu-isu selalunya lebih

Dengan mendengar dahulu, kita

membuka ruang bagi pelajar untuk menerangkan dengan lebih terperinci keadaan
dan untuk guru lebih memahami sepenuhnya. Apakah 'point' memberi nasihat jika
maklumat hanya dapat separuh? Di samping itu, apabila guru mendengar terlebih
dahulu, menjadikan lebih kemungkinan pelajar lain akan mendengar apa yang akan
5

guru katakan.

Seseorang itu perlukan perhubungan dahulu sebelum dibetulkan.

Mendengar dengan empati itulah yang mewujudkan perhubungan yang baik antara
guru dengan pelajar.
Walau bagaimanapun, jika seseorang guru tidak mampu untuk memberi
nasihat atau teguran, cara yang lebih baik adalah merujuk kepada orang yang lebih
pakar iaitu kaunselor. Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) telah menggariskan
prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling yang sesuai digunakan di Malaysia.
Antaranya ialah bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Kaunseling
juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Guru perlu tahu bahawa
sesi kaunseling ini memakan masa dan tidak mengharapkan hasil yang cepat.
Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor
mengadakan sesi dengan pelajar . Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah
Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien
sahaja.

Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta

membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
klien.

Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan

kerahsiaan.
untuk

Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya

menjaga

diperbincangkan.

rahsia

berkaitan

cerita

atau

permasalahan

klien

yang

Hasilnya, pelajar akan berasa selamat untuk menceritakan

masalahnya dan kebarangkalian masalah ini dapat diselesaikan begitu tinggi.

2.2 KLIP VIDEO 2


6

Klip video ini bertajuk Baltimore City Teacher Gets Into It With One With Of
His Student Outside Of School. Video ini menunjukkan bagaimana seorang guru
yang pada mulanya menasihatkan muridnya bertukar menjadi agresif apabila
muridnya tidak mendengar nasihat beliau. Jadi, dapat dilihat berdasarkan video
tersebut, perkara tersebut berlaku berpunca daripada guru yang kelihatan stres
dengan kerjanya yang banyak. Buktinya adalah guru tersebut ada menyatakan satu
ayat seperti ini I have a lot of work to do rather than this yang bermaksud saya
mempunyai banyak kerja selain daripada hal ini. Oleh itu, jelaslah bahawa guru
tersebut gagal mengawal stres yang dihadapinya dan menyebabkan hilangnya
pertimbangan dalam membuat keputusan.

RAJAH 2

Menurut Kyriacou (2000) dalam modelnya seperti RAJAH 2, stres guru


merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti
tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada
tugasnya sebagai seorang guru. Maka stres merupakan tindak balas fizikal yang
biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan
ketidakseimbangan berlaku. Sebagai contoh, mari kita lihat situasi di mana seorang
guru di Malaysia yang baharu sahaja ditempatkan di sebuah sekolah kluster di
7

Selangor.

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang

dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan
kemenjadian murid. Oleh itu, sebagai guru yang baharu dan dianggap fresh oleh
pihak pentadbiran, kemungkinan guru tersebut untuk memegang beberapa jawatan
dan melaksanakan beberapa program sekolah adalah tinggi.

Jika guru tersebut

gagal untuk mengawal diri dari aspek fizikal dan mental kebarangkalian untuk guru
tersebut mendapat stres juga adalah tinggi.

RAJAH 3
Berdasarkan Rajah 3 iaitu kajian yang dilaksanakan oleh Health Outreach
Peer Educators H.O.P.E (2011), stres juga mampu memberi kesan positif kepada
penghidapnya.

Jika bertindak dengan betul, stres membolehkan seseorang

memberikan fokus dan peka terhadap situasi. Sebagai contoh, seorang guru ingin
mendapatkan status sebagai guru cemerlang sebagai laluan kerjaya yang lebih baik.
Dalam situasi tersebut, tindak balas stres boleh membantu individu untuk menangani
situasi yang bakal mendatang. Maka, stres pada kadar minimum adalah positif dan
8

dapat membantu individu semasa membuat persembahan dalam khalayak ramai,


teliti dalam setiap perkerjaan dan belajar dengan tekun untuk menghadapi ujian
yang harus dilaksanakan untuk mendapat status guru cemerlang.

Walau

bagaimanapun, stres yang melampau akan menyebabkan perkara negatif seperti


kemerosotan dalam kesihatan, perhubungan, perasaan, produktiviti dan seterusnya
menjejaskan kehidupan berkualiti.
Berbalik semula kepada kandungan video yang dibincangkan tadi, guru
tersebut boleh melaksanakan pelbagai cara bagi menangani stres yang beliau
sedang hadapi. Bagi isu yang pertama iaitu kerja yang banyak untuk disiapkan,
guru tersebut boleh membina satu jadual gerak kerja. Tujuannya adalah membantu
diri beliau sendiri dalam aspek pengurusan masa.

Jadual tersebut bukan

bermaksud jadual beliau di sekolah yang telah ditentukan oleh pihak pentadbiran,
tetapi adalah jadual beliau selepas waktu persekolahan.

Menurut Islam, masa

diibaratkan seperti emas di mana satu pertiga daripada 24 jam harus digunakan
sebaiknya untuk urusan perkerjaan.

Guru tersebut pasti akan lebih tenang dan

efektif dalam menguruskan kerjanya sekiranya beliau mematuhi jadual yang beliau
telah bina.
Bagi isu tekanan emosi yang datang dari murid pula, guru boleh cuba untuk
mengelakkan individu yang boleh menyebabkan stres kepadanya. Hal ini tidak
bermaksud tiada langsung komunikasi antara guru dan murid bermasalah tersebut.
Guru cuma perlu mengurangkan masa berhubungan dengan individu yang
menyebabkannya menghadapi stres. Sebaliknya, tambah dan kuatkan hubungan
atau jaringan dengan murid-murid yang lain untuk melindungi guru daripada stres.
Dalam pada masa yang sama, guru tersebut juga boleh berkongsi pandangan dan
luahan dengan murid-murid itu tadi. Perkara ini sememangnya sangat baik untuk
dilaksanakan kerana murid-murid sudah tahu apa yang akan membuatkan guru
mereka menghadapi tekanan.

Bahkan, murid yang bermasalah itu tadi mampu

untuk berubah atas nasihat rakan-rakannya.


2.3 KLIP VIDEO 3

Video klip yang bertajuk Teacher Attacks A Student ini menunjukkan seorang
murid cuba mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sedang
9

berlangsung.

Guru tersebut cuba untuk menegur murid itu dengan berhemah.

Namun setelah teguran guru diperlekehkan oleh murid tersebut, guru itu tidak
mampu untuk mengawal perasaannya dan terus menyerang murid tersebut.
Berdasarkan daripada keseluruhan video, dapat dilihat guru bertindak menyerang
atas satu perkataan yang diungkapkan oleh murid iaitu bitch! yang membawa
maksud perempuan murahan. Kes ini terjadi atas beberapa punca. Pertama adalah
kemungkinan bahawa strategi atau teknik yang digunakan oleh guru tersebut tidak
menepati kehendak generasi Y sekarang ini. Generasi Y ialah generasi yang tidak
dapat dipisahkan dengan internet. Generasi ini tidak lagi bergantung kepada media
massa yang terkeluarnya maklumat-maklumat padanya terkawal oleh autoriti.
Kawalan dan sekatan pada media massa inilah yang membuatkan generasi baru
mual dan bosan dengan corak berita yang sama sahaja saban hari. Generasi ini
semakin membiasakan diri dengan pertembungan idea-idea yang berbeza. Punca
yang kedua pula adalah, guru gagal untuk berfikir secara kreatif dan inovatif bagi
melengkapkan keperluan murid pada masa kini.

Bukti dalam video ini adalah

apabila murid mula mempersoalkan apa yang guru tersebut sedang buat Whats are
you doing dude? yang bermaksud apa yang sedang kamu buat? sedangkan guru
itu sedang mengajar.
Menurut Spencer (1994), inovasi ditakrifkan sebagai sesuatu yang dianggap
baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Oleh itu, seorang
guru yang bagus haruslah berfikiran secara kreatif bagi menjana inovasi. Tujuannya
adalah sebagai pembaharuan kepada cara ataupun teknik mereka bukan sahaja
dalam PdP, malah dalam segala perkara.

Antaranya adalah aspek pengurusan

kelas. Guru perlu lebih kreatif dalam menjadikan sesebuah kelas itu kelihatan ceria,
selesa dan sesuai sebagai tempat untuk mengumpul ilmu. Selain itu, susun atur
perabot di dalam kelas juga memainkan peranan yang begitu penting dalam
menimbulkan suasana yang selesa di dalam kelas.

10

RAJAH 4
Berdasarkan RAJAH 4 iaitu peta-peta pemikiran ataupun i-think ini boleh
digunakan oleh guru itu untuk berfikir secara lebih kreatif bagi mencipta inovasi. Kita
dapat lihat andainya guru tersebut sudah mampu untuk menguasai dan
mengaplikasikannyai, pasti emosi beliau tidak terganggu dek kerana gangguan
daripada murid yang bermasalah di dalam kelas itu.

Contoh yang dapat dilihat

adalah penggunaan peta buih. Guru tersebut boleh menyenaraikan apakah puncapunca murid mengganggu sesi PdP yang sedang berlangsung. Jadi, guru mampu
untuk menyenaraikan dan membuat pemerhatian apakah kehendak murid-muridnya
semasa sesi PdP berlangsung.

11

RAJAH 5
Di samping itu, berdasarkan

RAJAH 5 terdapat salah satu aspek iaitu

bertindak atas diri sendiri/kesedaran sebagai salah satu cara untuk menangani
stres. Guru tersebut perlu membuat refleksi bagi menambah baik amalan kendiri
beliau khususnya dalam PdP.

Oleh itu, cara mengatasi punca kedua yang

ditimbulkan dalam video ini adalah dengan memperkemaskan diri dengan teknikteknik pengajaran yang berkesan dan terkini.

Contohnya adalah pembelajaran

interaktif menggunakan kemudahan teknologi yang canggih kini seperti skype dan
google hangout. Pembelajaran tersebut mampu menarik perhatian murid-murid di
dalam kelas kerana perkara tersebut dianggap menarik oleh mereka.

Selain

menarik, guru dan murid mampu mencipta inovasi berasaskan teknologi tidak
semestinya ketika berada di dalam waktu persekolahan sahaja malah di mana
sahaja mereka berada.

Teknologi kini berada di hujung jari kita sahaja.

Jadi,

gurulah yang perlu menjana dan merangsang pemikiran murid bagi melaksanakan
sesuatu inovasi dan seterusnya meningkatkan kualiti PdP.

3.0 REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat illahi kerana berjaya juga saya menyiapkan tugasan


kerja projek bagi subjek EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa bagi semester ini.
Saya juga berasa teruja kerana berada dalam kalangan yang terpilih untuk
mempelajari subjek ini. Semasa proses melaksanakan tugasan ini, pelbagai perkara
baharu yang telah dapat saya pelajari.

Terutamanya adalah berkenaan dengan


12

emosi guru. Gangguan emosi jika berlarutan, akan menjadi penyakit yang lebih
serius dan boleh menyebabkan gangguan mental. Satu ilmu baru bagi saya di mana
sebelum ini, saya hanya melihat sudut gangguan emosi para guru adalah berpunca
daripada diri mereka sendiri ataupun murid. Namun, pada hakikatnya banyak lagi
punca-punca yang lain seperti tekanan daripada masyarakat, pentadbir dan juga ibu
bapa.

Contohnya, seorang guru perlu menjadi satu agen penyatuan.

Hal ini

bermaksud guru perlu menjadi contoh ataupun role model kepada masyarakat pada
masa kini. Jika seorang guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Pepatah
tersebut begitu sesuai bagi memperlihatkan harapan masyarakat terhadap
seseorang insan yang bergelar guru pada masa dulu, kini dan selamanya.
Di samping itu, ilmu baharu seterusnya yang saya peroleh adalah mengenai
stres. Setelah membuat sedikit rujukan melalui beberapa buah buku, jurnal dan
bahan internet saya mendapati terdapat juga stres yang dianggap sebagai positif.
Bayangkan seorang murid diminta untuk menyiapkan kerja sebelum waktu rehat
bermula dan siapa yang gagal menyiapkannya tidak dibenarkan untuk keluar
berehat. Aspek positif yang dapat dilhat berdasarkan contoh situasi tersebut muridmurid berasa stres kerana perlu menyiapkan kerja terlebih dahulu jika mahu keluar
berehat. Satu jalan mudah bagi guru untuk memastikan semua murid menyiapkan
kerja yang diberi oleh guru.
Seterusnya adalah, cara-cara untuk menangani stres. Saya tidak menyangka
begitu banyak cara-cara yang ditunjukkan dalam buku yang saya baca. Cara yang
diketengahkan dikira berkesan bagi saya.

Buktinya, semasa saya terasa begitu

malas untuk melaksanakan tugasan-tugasan saya, saya mengikut apa yang


diajarkan berdasarkan pembacaan saya ketika itu. Salah satunya adalah dengan
membuat perbincangan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugasan ini. Cara itu
nyata begitu berkesan kerana stres saya berkurangan kerana tahu apa yang hendak
dilaksanakan bagi tugasan ini.
Selain itu, banyak isu semasa yang dapat saya peroleh apabila mempelajari
subjek ini. Antaranya ialah penggunaan i-think dalam proses PdP. I-think merupakan
salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggalakkan seorang
guru untuk mencetus kreativiti dan menjana inovasi.
merupakan dua aspek yang tidak dapat dipisahakan.

Kreativiti dan inovasi


Sebagai seorang guru,
13

kepentingan dua aspek ini perlu ditekankan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
berwibawa dan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) selari dengan
hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Gurulah yang
memainkan peranan yang penting bagi memastikan PPPM dan salah satu anjakan
utamanya untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian
pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa
tercapai.
Akhir sekali, sebagai seorang bakal guru, saya mendapat sedikit input
daripada pensyarah subjek saya ini, mengenai tips-tips untuk menjadi seorang guru
yang cemerlang. Apa yang saya peroleh, kami sebagai bakal guru dalam generasi Y
perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Guru

merupakan segalanya bagi seorang murid sehinggakan mereka lebih mempercayai


guru daripada ibu bapa mereka.

Jadi, jelaslah bahawa seorang guru itu harus

mempersiapkan diri mereka dengan pengisian jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial bagi memastikan penghasilan murid-murid secara holistic berjaya dicapai.
Satu perkara yang akan saya pegang adalah gurur perlu kenal pasti diri sendiri dan
bijak untuk memilih langkah terbaik agar dapat menangani segala cabaran dengan
berkesan.

4.0 PENUTUP

Dengan memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan


berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif
kepada bidang pendidikan di negara ini. Oleh itu, dalam melahirkan modal insan
peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.
Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses
pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan,
tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh
14

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam


kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh
pihak guru.
Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha
memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga
motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di sekolah.

Usaha mentransformasikan profesion keguruan

menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat


kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus
teratas. Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat
ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan
pendidikan.
Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130
negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini.

Sebahagian besar

pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan
Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di
peringkat tinggi. Bagi memperkasa pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan
diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan,
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit
(EDU). Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting
bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan
negara.
Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan
atas keupayaan

sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan

persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat


bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang
diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.

Ini juga

memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu
mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua
15

daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem. Kejayaan dan kecemerlangan murid


dan

pelajar

banyak

bergantung

pada

pembelajaran (PdP) guru di dalam kelas.

kehebatan

proses

pengajaran

dan

Jika guru dapat menyampaikan isi

pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya
serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.
Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet
dan peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah
pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang
berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang. Ingatlah bahawa guru
yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan
tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi
mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam kehidupan.

5.0 RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya, A. R. (2007). Guru sebagai pemimpin. Kuala Lumpur::


PTS Professional Publishing.
Hamzah, Z. A. (2012). Peranan Guru Dalam Melonjak Transformasi. Kuala
Lumpur.
Ibrahim, M. S. (1992). Penilaian Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Unit Doktor
Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kartono, K. (1994). Pemimpin dan kepemimpinan. Jakarta: Raja Grafindo
Persada.
Mansor, D. A. (14 5, 2014). Guru dan Cabaran Semasa. Retrieved 5 8, 2014,
from Utusan Online:
16

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaransemasa
Miskon, S. I. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Pustaka, D. B. (2011). Pendidikan Negara. Pelita Bahasa , 8-11.
Rashid, N. A. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Sang, M. S. (1998). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Ying, B. P. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Gurur.
Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

6.0 LAMPIRAN

17

KLIP VIDEO 1

KLIP VIDEO 2

18

KLIP VIDEO 3

19

Anda mungkin juga menyukai