Anda di halaman 1dari 17

KEBUDAYAAN MELAYU

WORLD VIEW MASYARAKAT MELAYU

BMM3114

Disediakan oleh :
Alif Amirul Azrin Bin Ahmad Shamsuddin 911112-11-5425

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga boleh dinilai sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Menurut Edward B. Tylor (1871) pula, budaya ialah suatu keseluruhan sistem yang kompleks, yang dalamnya terkandung unsur-unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

WORLD VIEW EKONOMI


Kata orang lama-lama Indah khabar dari rupa sangatlah berkesan jika digunakan bagi menggambarkan keadaan ekonomi yang banyak berlaku ketika ini. Peribahasa tersebut bermaksud perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. Contohnya, ramai terutamanya kaum Melayu yang tertipu untuk membeli sesuatu barang yang dijual melalui internet.

WORLD VIEW EKONOMI


Pepatah Beringat sebelum kena amat sesuai untuk situasi pada zaman sekarang ini. Saya sendiri pernah mengalami situasi tersebut di mana, saya dijanjikan dengan sebuah telefon pintar yang canggih namun berharga agak murah daripada harga asal. Tanpa usul periksa, saya terus memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun penjual tersebut. Akhirnya, apa yang dihajati tidak kesampaian kerana apa yang sampai di tangan saya hanyalah sekotak bekas menyimpan tisu. Saya berasa sangat hampa. Hal ini disebabkan saya sendiri yang terburu-buru untuk membeli tanpa menanyakan sesiapa yang lebih pakar berkaitan perniagaan internet.

WORLD VIEW EKONOMI


Bak kata pepatah Bagai aur dengan tebing yang bermaksud perhubungan yang sangat akrab dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Pepatah ini seharusnya dihayati oleh majikan kerana sangat mementingkan hubungan yang baik sesama insan terutamanya dengan pekerja mereka sendiri.

Jadi, barulah kerja yang dilakukan akan membuahkan hasil yang bermutu tinggi dalam sistem negara kita.

WORLD VIEW EKONOMI


Usahawan perlu menyedari bahawa setiap pekerja mempunyai bakat yang tersendiri. Sesuai dengan simpulan bahasa memerah otak,seharusnya usahawan pada masa kini harus bersama dengan pekerja untuk memikirkan jalan penyelesaian tentang sesuatu perkara dengan cara yang terbaik. Oleh itu, usahawan perlu memberi kesempatan kepada pekerja menyelesaikan tugas dengan menggunakan kreativiti. imaginasi, dan inovasi mereka sendiri.

WORLD VIEW EKONOMI


Akhir kata semua pihak perlu bergabung tenaga, idea serta pengalaman sesuai dengan peribahasa yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

Bermaksud sesuatu perkara tidak akan dapat dicapai tanpa usaha.

WORLD VIEW POLITIK


Kalau orang Melayu mahu terus berkuasa alam politik orang Melayu mesti sanggup berjuang dan mencari jalan Bermaksud berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. Orang Melayu mesti tahu apakah yang mereka perjuangkan itu.

WORLD VIEW POLITIK


Sediakan payung sebelum hujan Bermaksud berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana Hendaklah diamalkan oleh para pemimpin Melayu kini.

WORLD VIEW POLITIK


Pepatah ada menyebut, Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Bermaksud kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah. Seperti mengundi calon bukan Melayu yang pada zahirnya sudah jelas akan hanya mementingkan kepentingan kaum mereka sendiri.

WORLD VIEW POLITIK


Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Bermaksud kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya. Masih banyak perkara yang perlu dipertingkatkan oleh pemimpin politik berbangsa Melayu kini.

WORLD VIEW POLITIK


Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Bermaksud bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula. Orang lain memang berusaha membunuh kita. Dadah, isu skandal, dan rasuah mesti difikirkan sebagai taktik-taktik orang lain bagi membunuh politik Melayu.

WORLD VIEW SOSIAL


Yang lama dikelek, yang baharu didukung. Peribahasa ini bermaksud yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. Begitu banyak budaya yang diserap masuk ke dalam masyarakat Melayu kita pada masa kini.

WORLD VIEW SOSIAL


Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Bermaksud tidak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. Pepatah tersebut sesuai untuk ditujukan kepada masyarakat kita yang hanya pandai menunding jari menyalahkan kerajaan jika berlaku kes-kes tertentu.

WORLD VIEW SOSIAL


Haruan makan anak & harapkan pagar,pagar makan padi. Bermaksud seseorang itu melanggar amanah yang diberikan. Berkaitan dengan amanah, isu pecah amanah juga dilihat begitu banyak berlaku dalam masyarakat kita.

WORLD VIEW SOSIAL


Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh . Bermaksud buat sesuatu perkara dengan bantuan lebih baik daripada bersendirian. Kita mesti bergabung tenaga bagi melaksanakan sesuatu perkara ke arah kebaikan dan untuk manfaat semua.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai