Anda di halaman 1dari 10

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

Azfa Hanani karya Hallis Azhan Mohd Hanafiah


Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir



1. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan nilai tanggungjawab dalam
novel tersebut. (7m)

AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
tanggungjawab terhadap tugas yang
diamanahkan. Buktinya, Azfa Hanani
telah melaksanakan tugas sebagai
pengerusi forum Hari Sumbangsih
dengan cemerlang sekali.

tanggungjawab terhadap kesalahan
yang dilakukan. Buktinya, Azfa Hanani
tetap mengeposkan buku-buku rujukan
SPM yang dipinjamnya itu kepada
Cikgu Zamin.

tanggungjawab untuk
membahagiakan orang lain. Buktinya,
Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai
Tengku Murni kerana bertanggungjawab
untuk memastikan Datin Maziah kembali
pulih daripada tekanan perasaan yang
dihadapinya.
nilai tanggungjawab terhadap
kesejahteraan hidup orang lain.
Contohnya Ludin menunaikan
tanggungjawab menjaga anak
saudaranya Itai setelah Tau mengambil
keputusan untuk menyendiri di dalam
hutan kerana malu dengan tindakan
isterinya Ipah melarikan diri.

Nilai tanggungjawab terhadap ahli
keluarga dipaparkan melalui hubungan
antara Profesor Zaidah dan
Amira. Profesor Zaidah berasa risau
setelah Amira dihanyutkan oleh arus
deras dan apabila Amira menangis
kerana risau akan Jacinta yang pengsan,
Profesor Zaidah memeluk dan membelai
Amira untuk menenangkannya.

Tanggungjawab menjaga khazanah
alam dilaksanakan oleh Malique yang
telah mencipta virus sendiri bagi
menggagalkan projek mencari emas oleh
John Ohara yang boleh memusnahkan
hutan tersebut.



2. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu contoh
peristiwa berkaitan teknik saspens yang terdapat dalam setiap novel. (8m)
AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
Peristiwa Pertemuan Azfa dengan
datin Maziah buat kali pertama
Ketika Syafinaz memberitahu Azfa
Hanani bahawa Datin Maziah sudah
sedar dan dia mengajak Azfa Hanani
turun menemui Datin Maziah. Azfa
Hanani berdebar-debar semasa
menuruni anak tangga. Pembaca
Peristiwa Amira terjatuh ke dalam sungai
Pembaca berasa suspens dengan
peristiwa Amira terjatuh ke dalam sungai
setelah tergelincir dari batu yang licin.
Pembaca suspens sama ada Amira
selamat atau sebaliknya.

Peristiwa Amira diselamatkan oleh Itai
tertanya-tanya tentang apakah reaksi
Datin Maziah apabila melihat Azfa
Hanani buat kali pertama.

Peristiwa Azfa dipanggil ke bilik
Pengetua
Azfa yang telah melakukan kesalahan
mencuri buku gelisah apabila dipanggil
ke bilik pengetua. Tambahan
pula, pencuri buku di perpustakaan telah
dikenal pasti oleh pihak
sekolah. Pembaca tertanya-tanya tujuan
Azfa dipanggil, sama ada berkaitan
dengan buku yang hilang atau
sebaliknya.

Peristiwa terbongkarnya penyamaran
Azfa Hanani
Datin Maziah mengetahui penyamaran
Azfa setelah mendengar pergaduhan
antara Azfa dengan anaknya Tengku
Muzaffar. Pembaca tertanya-tanya
tentang peristiwa seterusnya yang bakal
menimpa Azfa.
dan Tau
Amira telah diselamatkan oleh orang asli
yang tidak dikenali. Pembaca dan watak
Amira sendiri suspens apabila
diselamatkan oleh dua Orang Asli sama
ada mereka jujur atau sebaliknya.

Kehilangan Jacinta juga satu suspens.
Pembaca dan Amira tertanya-tanya ke
masa Jacinta menghilang.

Peristiwa cemas semasa kenderaan
yang dipandu oleh Pak Lias ketika
menuruni bukit menyebabkan pembaca
berasa suspens. Apakah mereka akan
jatuh ke dalam gaung yang dalam?

Gerakan mencari Malique juga satu
suspens sama ada Malique berjaya
dijumpai atau sebaliknya dia mengalami
nasib yang sama seperti pemandu lori
balak atau pekerja OHara yang hiang.



3. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, nyatakan kritikan
sosial yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8m)
AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
a. Masyarakat yang mementingkan
darjat.
Tengku Muzaffar menghalang hubungan
adiknya Tengku Murni dengan Ekran
kerana menyangka Ekran berasal
daripada keluarga miskin.

b. Masyarakat yang buruk sangka.
Datuk Tengku Makmur menghina Azfa
Hanani dengan mengatakan Azfa Hanani
hanya bekerja menyamar sebagai
Tengku Murni untuk mendapatkan upah.
Beliau telah mencampakkan wang
berjumlah RM500.00 kepada Azfa
Hanani sebagai upah.

a. Sikap ibu bapa yang terlalu
mementingkan kerja sehingga
mengabaikan perasaan anak.
Profesor Zaidah terlalu memberi
perhatian kepada kerjayanya iaitu sibuk
menjalankan kerja cari gali arkeologi di
Desa Karpus sehingga anaknya Amira
hampir lemas dibawa arus sungai. Sikap
Profesor Zaidah ini mendapat teguran
Pak Lias.

b. Masyarakat yang mudah percaya
kata-kata dan pujukan orang lain.
Ludin membenarkan Johnny meneroka
gua yang begitu disayangi oleh Tau.
Ludin termakan dengan kata-kata manis
Johnny sehingga akhirnya Johnny
c. Masyarakat yang terlalu mengikut
perasaan.
Datin Maziah bertindak mengikut
perasaan dengan menampar Azfa
Hanani dan menghalaunya keluar dari
rumah tanpa memberi peluang kepada
Azfa Hanani untuk menjelaskan hal
sebenar.

d. Masyarakat yang mementingkan diri
sendiri.
Iskandar mendesak Azfa Hanani agar
menaiki motosikal bersamanya kerana
dia mahu menghantar Azfa Hanani
pulang ke rumah sedangkan perbuatan
itu dianggap kurang wajar kerana berlaku
pergaulan bebas.


membawa lari Ipah dan Sabi.

c. Masyarakat yang tidak
bertanggungjawab terhadap keluarga.
Ipah sanggup meninggalkan suaminya
Tau dan anak kecilnya Itai kerana
mengikut Johnny setelah sekian lama
tinggal bersama-sama masyarakat
Orang Asli. Tindakannya ini
menyebabkan Tau tinggal kesunyian dan
hidup menyendiri di dalam hutan.



4. Watak dalam novel berperanan untuk menhidupkan penceritaan. Huraikan
dua watak sampingan dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. (7m)
AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
Datin Maziah

Penyayang
Ibu yang penyayang,
terutamanya terhadap
anak perempuan
tunggalnya, Tengku
Murni

Sukar menerima
kenyataan / dugaan
hidup
Tertekan sebagai
akihat kematian anak
bongsunya, Tengku
Murni.

Hidup dalam
Profesor Zaidah

tekun
Dia tekun melakukan kerja cari gali yang dibantu oleh Dr.
Zawawi dan Rosdi sehingga dia tidak memberikan
perhatian yang sewajarnya kepada anaknya Amira. Setiap
penemuan baru akan dianalisis dengan teliti.

Penyayang.
Contohnya Prof. Zaidah sayangkan anaknya Amira. Dia
menyesal kerana tidak memberikan perhatian kepada
Amira selepas Amira diselamatkan daripada lemas oleh Itai
dan Tau

Mudah bekerjasama dengan orang lain
Prof. Zaidah telah bekerjasama dengan Tau untuk
mengesan tempat yang terdapat artifak sejarah berupa
lakaran lukisan prasejarah dan kapak batu dalam sebuah
kesunyian
Sering berasa
kesunyian setelah
Tengku Datuk Makmur
bernikah dengan
seorang gadis muda
gua batu kapur

Bertanggungjawab mengekalkan alam semulajadi
Prof. Zaidah juga bersungguh-sungguh ingin membuktikan
kewujudan manusia prasejarah di kawasan hutan itu agar
ia dapat diisytiharkan sebagai kawasan simpanan kekal


5. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, gambarkan tiga latar
masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. (7m)
AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
Masyarakat pelajar yang gigih
menuntut ilmu.
Cth : Walaupun Azfa Hanani tidak
mampu membeli buku rujukan namun dia
sanggup meminjam buku-buku rujukan
dari perpustakaan sekolah untuk
membuat ulang kaji.

Masyarakat atasan yang memandang
rendah kepada orang bawahan.
Cth: Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku
Makmur memandang rendah terhadap
Azfa Hanani kerana dia miskin dan
berasal dari kampung ketika baru
menjejakkan kaki ke banglo mewah
mereka.

Masyarakat yang bertanggungjawab.
Cth : Pak Long dan Mak Long
bertanggungjawab dan sanggup
memelihara Azfa Hanani walaupun
mereka banyak mempunyai anak dan
hidup susah.

Masyarakat yang sanggup berkorban.
Cth : Azfa Hanani sanggup berkorban
dengan menyamar sebagai Tengku
Murni demi membantu Datin Maziah
yang mengalami tekanan selepas
kematian Tengku Murni.

Masyarakat yang penyayang.
Cth : Amira menunjukkan kasih
sayangnya kepada ibunya, Prof. Zaidah
dengan menjaga ibunya selepas terlibat
dalam kemalangan kereta yang dipandu
oleh Pak Lias.

Masyarakat yang komited terhadap
tugas.
Cth : Profesor Zaidah seorang ahli
arkeologi yang begitu tekun ketika
menjalankan tugas sehingga pada suatu
ketika dia sedar bahawa dia telah
mengabaikan anaknya, Amira.

Masyarakat pelajar yang suka akan
cabaran
- Setiap kali cuti sekolah, Amira akan
menyusul ibunya di tapak cari gali seperti
di Bukit Mat Raya untuk membantu
ibunya menjalankan kerja-kerja
arkeologi.

Masyarakat yang materialistik
sehingga mengabaikan kepentingan
alam.
Cth : John OHara melakukan kajian
untuk memastikan hutan Bukit Mat Raya
mengandungi emas atau sebaliknya
tanpa memikirkan kemungkinan hutan
belantara akan pupus akibat perbuatan
menggali emas.




6. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan teknik plot yang
digunakan oleh pengarang. (7m)
AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
Imbas kembali
Afza Hanani teringat
akan pak long, mak
long, dan sepupu-
sepupunya di
kampung.berlaku
semasa Azfa sedang
menikmati makanan
(ayam) yang menjadi
kesukaan anak-anak
Pak Long. Azfa
berasa sedih
memikirkan makanan
yang dimakan oleh
keluarga pak longnya

Saspens
Ketika Syafinaz
memberitahu Azfa
Hanani bahawa Datin
Maziah sudah sedar
dan dia mengajak Azfa
Hanani turun menemui
Datin Maziah. Azfa
Hanani berdebar-
debar semasa
menuruni anak
tangga. Pembaca
tertanya-tanya tentang
apakah reaksi Datin
Maziah apabila
melihat Azfa Hanani
buat kali pertama.
imbas kembali
Peristiwa yang telah berlaku pada zaman 1950-an yang
menjadi punca kepada konflik dalam diri Tau. menceritakan
tentang Ipah, seorang berketurunan Inggeris boleh berada
di dalam hutan itu. Pesawat yang dipandu oleh Ridley
bersama isterinya Brenda telah terhempas. Anak mereka
Samantha terselamat dan dibesarkan oleh Jidin, bapa
kepada Tau. Anak itu diberi nama Ipah.

teknik kejutan.
peristiwa Amira terkelincir apabila terpijak batu licin dan
jatuh ke dalam sungai berarus deras. Dia hanyut dan
diselamatkan oleh Itai dan Tau. Kemalangan yang
menimpa Prof. Zaidah dan Pak Lias juga merupakan satu
kejutan. Peristiwa itu membuatkan Prof. Zaidah cedera
pada tangan kiri.

teknik suspens dalam novel ini.
Peristiwa cemas semasa kenderaan yang dipandu oleh Pak
Lias ketika menuruni bukit menyebabkan pembaca berasa
suspens. Apakah mereka akan jatuh ke dalam gaung yang
dalam?

teknik dialog
melalui dialog antara Itai dengan Amira dan Jacinta ketika
Itai berkunjung ke khemah mereka. Itai datang untuk
melawat Amira dan Jacinta selepas kejadian Amira lemas
dan Jacinta sesat di hutan. Melalui dialog mereka,
pembaca mendapat tahu bahawa Itai seorang pelajar
sekolah di Bandar dan tinggal di asrama. Dia belajar
berburu daripada Pak Cik Tau.




7. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan peristiwa
klimaks yang membawa kepada penyelesaiaan masalah dakan setiap novel
tersebut. (8m)
AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
- Hanani berpeluang bersemuka
dengan Ekran dan mendengar
penjelasan daripada Ekran tentang
hubungannya dengan Tengku Murni
terputus atas sebab-sebab tertentu.

- Melalui diari Tengku Murni,
Hanani mendapat tahu bahawa
hubungan Ekran dan Tengku Murni
terputus disebabkan oleh Tengku
Muzaffar yang menghalang
Peristiwa kejayaan Amira mengesan jejak
Malique
Semasa di dalam gua itu Amira telah
mengesan tapak kaki yang tidak berkasut
menuju lebih jauh ke dalam gua. Mereka
akhirnya sampai ke puncak gunung.

Mereka menemui Malique disembunyikan
oleh makhluk berkaki dua dan berbulu lebat.
Mereka berusaha untuk membawa Malique
turun dari gunung itu.
hubungan tersebut demi menjaga
nama baik keluarga meraka.

- Hanani berasa terhina lalu terjadi
pertengkaran antara mereka.

- Pertengkaran itu menyebabkan
Datin Maziah mengetahui tentang
penyamaran Hanani.

- Akibatnya Hanani ditampar dan
dihalau oleh Datin Maziah.
Namun kemunculan makhluk berbulu lebat itu
menyebabkan mereka berhadapan dengan
halangan. Makhlum itu mahu Malique
diserahkan kepadanya.

Keengganan mereka untuk menyerahkan
Malique menyebabkan makhluk itu mula
menyerang Pak Lias. Namun Pak Lias berjaya
menangkis serangan tersebut.

Ludin sampai ke situ dan meminta Tau
menghentikan perbuatan tersebut. Kata-kata
Ludin telah mengejutkan mereka yang berada
di puncak gunung itu



8. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan cabaran yang
dihadapi oleh watak utama dan cara watak tersebut menghadapi cabaran
tersebut. (8m)

AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
cabaran semasa mencari orang hilang.
Amira yang begitu risau dengan kehilangan
Malique telah meminta bantuan Itau untuk
mencari Malique. Dia sanggup menempuh
cabaran semasa mencari Malique yang
hilang.
Pencarian mereka melalui mobile disk yang
dijadikan petunjuk telah membawa mereka
ke puncak Gunung Gua Gajah. Di sana
Amira, Itau dan beberapa orang lain telah
berhadapan dengan makhluk berkaki dua
dan berbulu lebat sebagaimana yang
diceritakan oleh Itai kepadanya.
Penyelesaian meminta bantuan Pak Lias
dan Roslan untuk mencari lelaki itu.

cabaran untuk menghadapi hukum adat
masyarakat Orang Asli.
Hal ini berlaku apabila Amira mengikut Itai
mendapatkan ketulan emas untuk diberikan
kepada Jacinta. Perbuatan Itai telah
melanggar adat masyarakat Orang Asli.
Penyelesaian mengikut nasihat Itai agar
mereka menerima apa sahaja hukuman yang
akan dikenakan atas mereka.

cabaran ketika hampir lemas di
sungai.Amira telah terjatuh ke dalam sungai
cabaran dalam menjalani cara
hidup yang baharu.
Hal ini dapat dilihat apabila Azfa
Hanani terpaksa menyamar sebagai
Tengku Murni. Cara penyelesaian,
dia terpaksa mempelajari segala
perwatakan dan gerak-geri Tengku
Murni agar penyamarannya dapat
meyakinkan Datin Maziah bahawa
dirinya ialah Tengku Murni.

cabaran bagi meneruskan
pelajaran.
Azfa Hanani terpaksa mencuri buku
rujukan di perpustakaan
memandangkan kesempitan hidup
yang dialaminya sehinggakan tidak
mampu untuk membeli buku-buku
rujukan. Selain itu, dia terpaksa
berulang-alik sejauh 30 kilometer
setiap hari untuk ke sekolah bagi
mendapatkan ilmu.
Sara penyelesaian menerima
tawaran untuk menyamar sebagai
Tengku Murni

cabaran bagi menyesuaikan diri di
sekolah baharu.
yang mengalir deras semasa menunggu
Malique. Nasibnya baik apabila diselamatkan
oleh Itai, seorang remaja orang Asli yang
baik hati. Cabaran dan pengalaman itulah
yang menyebabkan dia mengenali Itai dan
Tau
Azfa Hanani terpaksa menghadapi
sikap buruk Budak Glamour yang
tidak suka akan dirinya kerana seiras
dengan Tengku Murni. Cara
penyelesaian - dia tetap bersikap
tenang dan merendah diri walaupun
mereka tidak suka akan dirinya.



9. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang
disampaikan secara imbas kembali. (7m)
AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
Peristiwa penangkapan pencuri buku di
pusat sumber
Azfa teringat kembali berita yang
disampaikan oleh Nordin, bahawa bukan
dia yang dituduh sebagai pencuri
buku, sebaliknya pencuri buku yang
telah ditangkap ialah pelajar lelaki yang
tinggal di asrama.

Ingatannya terhadap keluarga pak long
Azfa teringat kembali sikap anak-anak
pak long yang akan berebut-rebut
apabila sesekali mak long menggoreng
ayam. Sepupunya yang kecil akan
meratah ayam goreng dengan berselera
sekali.
Peristiwa pesawat yang dipandu Ridley
terhempas.
Imbas kembali peristiwa yang
menyebabkan Ipah berada di
hutan/perkempungan orang asli. Ridley
dan isterinya meninggal, hanya
Samantha (Ipah) yang terselamat dan
dipelihara oleh Jidin, bapa Tau.

Tau teringat kembali peristiwa dia
ditinggalkan oleh Ipah.
Ketika itu dia sedang memerhatikan desa
karpus. Dia teringatkan perkahwinannya
dengan Ipah. Ipah melarikan diri dengan
seorang lelaki bersama-sama anak lelaki
mereka, iaitu Sabi. Ekoran itu, Tau mula
mengasingkan dirinya kerana malu
kepada masyarakatnya.





10. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, terangkan penyelesaian/
peleraian atau bahagian akhir cerita dalam novel tersebut. (7m)
AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
Keluarga Datin Maziah datang ke rumah pak
long Hanani. Mereka memberitahukan rahsia
bahawa merekalah yang menjadi punca
kemalangan sehingga menyebabkan kematian ibu
dan bapa Hanani. Mereka berjanji akan akan
menebus dosa itu dan akan memberikan kasih
sayang kepada Hanani. Hanani diterima semula
tinggal di banglo Datin Maziah. Kali ini dia tidak
perlu menyamar sebagai Nini lagi.
peristiwa Malique yang berjaya
menggagalkan usaha cari gali
emas di hutan kediaman
masyarakat orang Asli dengan
mencipta virusnya sendiri.

Peristiwa rahsia makhluk
berbulu yang terbongkar telah
menjelaskan segala-galanya
tentang siapa Malique dan
hubungannya dengan
Sementara itu, Hari Sumbangsih berjaya
mengumpulkan sebanyak RM16 655.00.
Iskandar pula terbunuh dalam kemalangan dan
Laili yang membonceng motosikal itu cedera
parah.
Semasa Hanani ke rumah Ekran, dilihatnya
Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran
menyiapkan sebuah gerai.
Akhirnya, Hanani mendapat tahu akan latar
belakang keluarga Ekran yang sebenarnya.
Tau. Tau terpaksa
menyembunyikan Malique
kerana dia tidak ingin lagi
kehilangan anak yang
dirinduinya itu.

Amira, Jacinta, Itai dan Malique
sedang membina kejayaan
dalam bidang masing-masing.


11. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga nilai kasih
sayang yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. (8m)
AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
Kasih sayang terhadap keluarga
- Azfa Hanani menyayangi keluarga pak
long. Dia sanggup menerima tawaran
menyamar sebagai Tengku Murni kerana
ingin membantu keluarga pak long.
- Pak long dan keluarganya menyayangi Azfa
Hanani mereka telah menjaga dan
membesarkan Azfa
Hanani dengan penuh kasih sayang
walaupun miskin.

Kasih sayang anak terhadap ibu bapa
- Kasih sayang anak-anak Datin Maziah
terhadapnya . Anak-anak Datin Maziah
seperti Tengku Mazran,Kak
Finaz (menantu), Tengku Muzaffar sanggup
bersusah payah menyelamatkan ibunya
daripada menghadapi tekanan jiwa.

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
- Datin Maziah menyayangi anaknya Tengku
Murni Datin Maziah amat menyayangi
anaknya Tengku Murni dan hampir gila
apabila kehilangan anaknya itu.

Persoalan kasih sayang ibu
terhadap anaknya
- Porfesor Zaidah yang sayang
akan anaknya sehingga sanggup
meninggalkan tapak arkeologi
kerana ingin mencari Amira yang
telah ke Gunung Gua Gajah untuk
menyelamatkan Malique.

Persoalan kasih sayang suami
terhadap isteri
- Tau terlalu sayang akan isterinya
Ipah sehingga mengalami tekanan
perasaan setelah isterinya melarikan
diri dan membawa anak mereka
Sabi.

Persoalan kasih sayang bapa
terhadap anak kandung
- Tau berjaya mendidik Itai sehingga
mampu memikul tugas sebagai Tuk
Batin. Tau juga melarikan dan
menyembunyikan Malique kerana
yakin Malique ialah anaknya Sabi
yang dibawa lari oleh isterinya.



12. Pembaca turut berasa sedih dan mungkin mengeluarkan air mata apabila
membaca sebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang mengundang rasa sedih
pembaca dalam novel yang anda kaji. (7m)
AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
Peristiwa Pak Long Madi tidak mampu
membeli pakaian sekolah yang baru
untuk Azfa Hanani. Menyediahkan
kerana kemiskinan Pak Long
menyebabkan Azfa Hanani memakai
pakaian sekolah yang lama.

Azfa Hanani menolak jawatan
pengawaskerana tidak mampu
membeli pakaian pengawas
sekolah. Menyedihkan kerana Azfa
Hanani tidak mahu menyusahkan Pak
Longnya untuk membeli pakaian
pengawas yang mahal harganya kerana
kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula
menanggung kos rawatan anaknya,
Zuraini yang lumpuh.

Peristiwa kemalangan jalan raya 16
tahun yang lalu yang menyebabkan
kematian ibu bapa Azfa Hanani akibat
kecuaian Tengku Makmur.
Azfa Hanani tercampak keluar melalui
tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal
dunia di tempat kejadian. Datin Maziah
yang berasa kasihan melihat Azfa
Hanani yang masih bayi dan sedang
menangis lalu menyusukannya di tempat
kejadian.

Peristiwa Azfa Hanani dihalau oleh
Datin Maziah apabila rahsia
penyamarannya terbongkar.
Semasa Azfa Hanani bertengkar dengan
Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah
mendengar pertengkaran tersebut dan
mengetahui penyamaran Azfa Hanani.
Datin Maziah telah menampar Azfa
Hanani dan memaksanya menunjukkan
bukti bahawa dia ialah Tengku Murni.
Datin Maziah menghalau Azfa Hanani
apabila dia tidak dapat membuktikan
Peristiwa masyarakat orang asli
memulaukan atau meminggirkan
kehadiran Samantha dalam kalangan
mereka.
Kehadiran Samantha yang berambut
perang dan bermata biru dianggap pelik.
Penduduk hutan menolak kehadiran
Samantha atau Ipah kerana dianggap
menghilangkan semangat hutan. Ada
cadangan daripada penduduk orang asli
di situ supaya Ludin menyerahkan Ipah
ke hutan semula. Ludin terpaksa
berhadapan dengan cabaran besar untuk
mempertahankan tindakannya.

Peristiwa Amira bersedih apabila
J acinta hilang di hutan kerana ingin
mencarinya yang terjatuh dari Air
Terjun Angin lalu dihanyutkan oleh
arus sungai.
Amira rasa bersalah apabila mengetahui
Jacinta hilang dan pengsan di hutan
kerana ingin mencarinya yang
dihanyutkan oleh arus deras setelah
jatuh dari Air Terjun Angin. Peristiwa ini
menyedihkan kerana menonjolkan
hubungan setiakawan antara dua orang
sahabat

Peristiwa Profesor Zaidah kemalangan
mengakui kesibukannya dalam kerja
menyebabkan perhatian terhadap
anak gadisnya terabai
Dalam peristiwa ini Profesor Zaidah telah
memeluk Amira dan Jacinta sambil
bertangis-tangisan. Peristiwa ini
menyedihkan kerana sebagai seorang
ibu, Profesor Zaidah sanggup merendah
diri dann mengakui kesilapannya
sehingga mengabaikan anak gadisnya
Amira
dirinya ialah Tengku Murni.


13. Jelaskan peristiwa yang menarik berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari. (7m)

AZFA HANANI KEMBARA AMIRA
Peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh
Abang Mazran dan Kak Finaz untuk
menyamar sebagai Tengku Murni
-Peristiwa ini menarik kerana Azfa tidak
perlu risau lagi memikirkan
kepayahannya untuk meneruskan
pelajaran dan dalam masa yang sama
Abang Mazran berjanji untuk membantu
mengubati Zuraini, anak pak longnya
yang lumpuh.

Peristiwa Azfa Hanani menolak
pelawaan Iskandar untuk membonceng
motosikal berkuasa tingginya.
-Peristiwa ini menarik kerana Azfa
Hanani merupakan seorang gadis yang
tahu menjaga maruah dirinya, tambahan
pula dia tidak mengenali Iskandar.

Peristiwa Azfa Hanani yang terpaksa
berulang-alik ke sekolah dengan menaiki
bas sejauh 30 km sehari.
-Peristiwa ini menarik kerana Azfa
Hanani seorang pelajar yang gigih dan
tabah menuntut ilmu
Peristiwa Amira memulangkan ketulan
emas yang diberi oleh Itai.
-Peristiwa ini menarik kerana
menunjukkan Amira jujur dan ikhlas. Dia
telah memulangkan seketul emas yang
diambil dari sungai kepada Ludin kerana
dia tidak mahu penduduk kampung
maragui Itai

Peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun
Angin lalu hanyut.
-Peristiwa ini menarik kerana
menunjukkan kebaikan Orang Asli Suku
Semai menyelamatkan seorang gadis
seperti Amira.

Peristiwa Amira menemui mobile disk di
lantai gua.
-Peristiwa ini menarik kerana dapat
membongkar misteri kehilangan Malique
dan penemuan mobile disk ini dapat
membantu memberitahu mereka
kedudukan Malique.

Anda mungkin juga menyukai