Anda di halaman 1dari 4

1.

KETIBAAN WAKIL TELEKOM MALAYSIA



Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan masuk ke dewan.

2. SALUTASI

BUNGA ANGGERIK KEMBANG BERSERI
KEMBANG MENGHIASI PERKARANGAN ISTANA
DIHARUMI PULA KEMBANG KENANGA
SELAMAT DATANG KE MAJLIS INI
MERAIKAN MAJLIS KITA BERSAMA
BERSYUKUR DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA.

Bismillah


Yang Berusaha,
Puan Roslina Bt Othman
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Endah

Yang Dihormati
Encik Mohd Osman Bin Satimin
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Kampong Endah

Yang Diraikan,
Ustazah Honimah Bahuri

Yang Dihormati,
Guru-guru penolong kanan, ahli jawatankuasa PIBG SK Morib,guru-guru,
para guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,
ibu bapa serta murid-murid sekalian, assalamualaikum dan salam
sejahtera.




3. ALUAN MC

Hadirin yang dimuliakan,

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana limpah dan
inayah-Nya dapat juga kita berkumpul di Dewan Sekolah Kebangsaan
Kampong Endah untuk menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

4. BACAAN DOA

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu majlis menjemput Yang Dihormati Ustaz ___________________
Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

-Doa-

Majlis mengucapkan terima kasih.

5. UCAPAN GURU BESAR SK KAMPONG ENDAH

Hadirin yang dihormati,

Agenda majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan mendengar
ucapan daripada guru besar Sekolah Kebangsaan Kampong Endah. Untuk
itu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Roslina Bt Othman
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.





6. UCAPAN YDP PIBG

Hadirin sekalian,

Seterusnya adalah ucapan daripada Yang Dipertua PIBG SK Kampong
Endah. Untuk itu majlis menjemput Yang Dihormati Encik Mohd Osman
Bin Satimin untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

7. UCAPAN USTAZAH HONIMAH

Hadirin yang budiman,

Majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang
diraikan ,Ustazah Honimah bt Bahuri untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

8. PERSEMBAHAN MURID

Hadirin sekalian,

Kini tibalah saat kemucak iaitu persembahan murid sempena majlis pada
hari ini.Majlis mempersilakan persembahan pertama





11. JAMUAN
Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi maka kita tangguhan
seketika majlis bagi meneruskan Jamuan Sempena Aidilfitri.Untuk itu
majlis mempersilakan Yang berusaha Puan Guru besar mengiringi Dif
jemputan untuk menikmati jamuan yang telah disediakan dan hadirin dan
hadirat dipersilakan menikmati juadah yang telah disediakan.Saya selaku
pengacara pada pagi ini memohon maaf andai ada terkasar bicara terguris
rasa sepanjang mengendalikan majlis.Wallahualam, assalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai