Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN
Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid murid.
Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid murid
melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan.
Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa
yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang
morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas. Salah satu daripadanya ialah
aspek tanda baca. Murid murid memandang remeh terhadap aspek tanda baca.
Walhal, tanpa mereka sedari, aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi
peperiksaan mereka terutama pada bahagian penulisan karangan. Saya telah
mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah dalam segi
penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. . Oleh yang demikian, saya akan
menjalankan satu penyelidikan dalam salah satu aspek masalah yang sering
dilakukan oleh murid murid iaitu dalam aspek tatabahasa. Kesalahan yang
dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Murid
murid mengambil sikap sambil lewa terhadap kesalahan ini. Mereka tidak
menggunakan huruf besar pada tempat yang betul. Sebagai contohnya, pada
permulaan ayat, pada awal kata nama khas dan sebagainya. Penyelidikan
ini dijalankan terhadap murid murid kelas 3 Bestari yang dikenal pasti
berdasarkan ujian yang dirancangkan. Saya ingin meningkatkan kemahiran murid
dalam penggunaan huruf besar ini supaya kesalahan ini tidak menjejaskan markah
peperiksaan murid.


2.0 FOKUS KAJIAN
Saya mengajar di kelas 3 Bestari yang terdiri daripada 44 orang murid yang tidak
banyak masalah pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid murid yang
pandai dan berada di kelas yang pertama bagi tahap itu. Semasa menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya mendapati kebanyakan
murid melakukan kesilapan dalam penulisan huruf besar, sama ada dalam menulis
perkataan, ayat mahupun karangan pada tempat yang sepatutnya. Oleh yang
demikian, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan penguasaan penggunaan
huruf besar dalam kalangan murid ini .

Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid
disebabkan murid keliru dalam aspek penggunaan huruf besar serta keliru dengan
konsep penggunaan kata nama am dan kata nama khas . Oleh itu saya telah
melaksanakan teknik pengajaran berkumpulan, teknik warna dan latih tubi bagi
mengatasi masalah murid.

Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan
teknik dan strategi yang sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh
saya terhadap masalah penggunaan huruf besar yang pernah dilakukan oleh
pengkaji terdahulu antaranya Zailan (2005), Meimon (2009), Noraini (2009),
Madihah (2005), Zaridah (2006), Abdul Karim@ Husaini (2003), Senua@Senia
Chundi (2003) dan Mahmud (2003).

Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah
Kebangsaan Islah. Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, namun
masih belum ada kajian tentang masalah penggunaan huruf besar dilakukan di
sekolah ini. Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran
Penguasaan Penggunaan Huruf Besar Dalam Kalangan murid Tahun Tiga Bestari
ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk (a) meningkatkan penguasaan penggunaan
huruf besar dalam kalangan murid dalam kalangan murid Tahun Tiga Bestari; (b)
menilai keberkesanan teknik warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah
penggunaan huruf besar yang betul dalam penulisan ayat murid Tahun Tiga Bestari;
dan (c) Mengukur perubahan pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Islah yang terletak di kawasan
bandar Kota Bharu. Kajian yang dijalankan oleh saya ini adalah terhadap murid
Tahun Tiga Bestari. Kelas ini merupakan kelas yang pertama bagi tahun tiga di
sekolah ini. Murid murid dalam kelas ini terdiri daripada 44 orang iaitu 14 lelaki dan
30 perempuan. Saya telah menjalankan ujian diagnostik ke atas 44 orang murid ini
bagi mengenal pasti responden yang bermasalah. Hasil ujian diagnostik ini dianalisis
dan seramai tujuh orang murid telah dijadikan responden kajian.

5.0 TINDAKAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam peringkat tinjauan masalah ini saya telah membuat pemerhatian terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. saya
mendapati murid murid mengalami masalah dalam penulisan ayat. Kesalahan
yang dilakukan adalah dalam aspek penulisan huruf besar. Saya turut melihat rekod
murid, buku latihan dan markah ujian bulanan bagi mendapatkan maklumat
berkaitan dengan permasalahan yang dikenal pasti. Selain itu, saya turut berbual
bersama guru kelas dan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di kelas
tersebut.

5.2 Pelaksanaan Tindakan

5.2.1 Sesi pengajaran berkumpulan
Saya menerangkan konsep kata nama khas dan kata nama am kepada responden.
Saya telah meminta responden mengkategorikan kata nama khas dan kata nama
am berdasarkan petikan yang telah diberikan. Selain itu, dalam strategi ini juga saya
telah menerangkan konsep kata nama khas mengikut kategori masing masing dan
meminta responden mengklasifikasikan kata nama khas mengikut kumpulannya.

5.2.2 Menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna
Saya telah menggunakan teknik warna ini dalam latih tubi yang diberikan kepada
responden. Disebabkan setiap responden mempunyai masalah yang berbeza dalam
aspek penggunaan huruf besar ini, saya telah menyediakan latihan yang berbeza
bagi setiap responden mengikut permasalahan yang dihadapi. Responden perlu
menggunakan pensel warna dalam setiap huruf besar yang terdapat dalam ayat.
Item latihan adalah seperti berikut :

1. Membaca ayat yang diberi tanpa penggunaan huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar pada tempat
yang betul menggunakan pensel warna.

Dalam situasi ini,responden menulis setiap huruf besar dengan menggunakan
pensel warna melalui latih tubi. Setiap permulaan huruf sama ada dalam perkataan
atau ayat yang berhuruf besar perlu ditulis dengan menggunakan pensel berwarna.
Ini bagi membantu daya ingatan responden terhadap penggunaan huruf besar
melalui teknik warna.

5.2.3 Mengenal pasti kata nama khas dalam teks yang dibaca.
Saya telah menjalankan strategi yang ketiga iaitu mengenalpasti kata nama khas
yang terdapat dalam petikan yang dibaca. Saya telah mengedarkan surat khabar
kepada responden dan ketujuh tujuh orang responden diminta mengenal pasti kata
nama khas yang terdapat dalam petikan akhbar yang dipilih oleh mereka. Saya juga
telah menggunakan teknik bacaan buku cerita binatang bagi responden yang
mengalami masalah dalam penggunaan huruf besar dalam Kata Nama khas
Haiwan. Saya meminta responden membaca buku cerita binatang yang terdapat
dalam pusat sumber sekolah dan seterusnya mengenal pasti dan menyenaraikan
Kata Nama Khas Haiwan yang terdapat dalan cerita binatang tersebut.

Saya juga menjalankan teknik bimbingan dalam membantu responden mengatasi
masalah yang dihadapi oleh mereka. Aktiviti ini dijalankan sekali dalam tempoh
kajian. Teknik bimbingan ini dapat mendekatkan diri saya dengan responden dan
memudahkan proses peneguhan dan penambahbaikan dilakukan. Aktiviti yang
dijalankan adalah :

1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang
sesuai menggunakan warna.

6.0 DAPATAN KAJIAN
Saya telah menjalankan ujian pra dan ujian pos ke atas responden yang terlibat.
Perbandingan markah bagi ujian pra dan pos mengikut kategori permasalahan
adalah seperti di bawah :


BIL NAMA UJIAN PRA UJIAN POS
KT
( % )
KB
( % )

KH
( % )
KHR
( % )
KT
( % )

KB
( % )

KH
( % )

KHR
( % )

1

2

3

4

5

6

7
Muhamad Syazwan bin Mustapha

Wan Muhammad Afif bin Wan
Maizudin

Iryani Akmal binti Ahmad Bakri

Nur Afrina Shazleen binti Muhamad
Shahidi

Nur Damia Batrisyia binti Zulkalnain

Nur Shahnaz binti Muhd Affendy

Sharifah Musyaibah binti Syed Kamal
-

65

-

60

65

-

-
45

-

-

65

-

30

25
65

50

60

-

65

-

-
40

-

50

-

-

-

-
-

90

-

95

95

-

-
100

-

-

85

-

90

85
90

90

85

-

95

-

-
95

-

95

-

-

-

-
PETUNJUK
KT Kata Nama Khas Tempat
KB Kata Nama Khas Benda
KH Kata Nama Khas Haiwan
KHR Kata Nama Khas Hari

Setiap responden kajian mengalami masalah yang berbeza dalam aspek
penggunaan huruf besar ini. Tiga orang responden mengalami masalah dalam
penulisan kata nama khas tempat. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan
pencapaian mereka dengan perbezaan min sebanyak 30 markah. Manakala
terdapat empat orang responden mengalami masalah dalam menulis kata nama
khas benda. Peningkatan markah yang diperoleh mereka pada ujian pos
menunjukkan bahawa objektif kajian adalah tercapai. Ini dibuktikan dengan
perbezaan min markah bagi ujian pra dan pos kata nama khas benda ini iaitu
sebanyak 48.75 markah. Seterusnya, empat orang responden juga mengalami
masalah dalam menulis kata nama khas haiwan. Namun, selepas analisis ujian pos
dibuat, saya mendapati berlaku peningkatan pencapaian pada keempat empat
responden ini. Perbezaan min markah ujian pra dan ujian pos kata nama khas
haiwan ini adalah sebanyak 30 markah. Analisis yang dibuat terhadap dua
responden yang mengalami masalah dalam menulis kata nama khas hari juga telah
menunjukkan peningkatan dan dibuktikan dengan perbezaan min markah sebanyak
50 markah.

7.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan
yang saya jalankan ke atas semua responden. Saya mendapati bahawa ketujuh
tujuh responden menunjukkan peningkatan pencapaian mereka dalam pasca ujian
berbanding pra ujian. Perkara ini membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan
penguasaan penggunaan dalam kalangan murid ini telah berjaya dilaksanakan.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan
murid dalam penggunaan huruf besar ini maka saya bercadang untuk
memperluaskan kajian terhadap aspek tanda baca dan ejaan. Saya turut bercadang
untuk melakukan kajian ini terhadap semua murid tahun tiga di sekolah ini.

9.0 RUJUKAN
Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa.
Jurnal Kajian Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya
dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan
Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR
dan JPB Sri Aman-Betong.
Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md.Nor. ( 2003 ). Tahap Penguasaan Tatabahasa Bahasa
Melayu di Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim
Johor Bharu. Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.
Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis
dalam Kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit
Pendidikan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak.
Semya Chundi. ( 2003 ). Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar
Seorang Murid Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding Seminar Kajian
Tindakan 2003. Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.
Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). Jadual Formula Warna Kaedah untuk
Menerangkan Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan
Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai