Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan pada tahun 2003
pada dua peringakat iaitu sekolah rendah dan sekolah menegah. Peringkat pertama PPSMI ini
dilaksanakan diperingkat Tahun 1 iaitu diperingkat sekolah rendah, manakala peringkat kedua
merupakan peringkat sekolah menegah pada Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah. Dasar ini
merupakan cadangan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad
pada tahun 2003. PPSMI sebenarnya adalah berdasarkan konsep memantapkan bahasa Inggeris dan
memartabatkan bahasa Melayu. Dapat dilihat bahawa bahasa Melayu tetap dimartabatkan dan tidak
disishkan oleh dasar PPSMI ini. Menurut mantan Perdana Menteri kita yang ke-4, dasar ini digubal
dengan harapan dasar ini menjadi kelebihan kompetitif disebabkan bahasa Inggeris menjadi agenda
penting dalam pemodenan negara dan kebolehan negara bersaing dalam era globalisasi. Dalam
mencapai kemajuan dalam era globalisasi ini generasi masa kini dan akan datang mestilah mampu
menguasai sains dan teknologi di tahap yang tinggi serta berupaya menjana ilmu dan teknolgi baru
di masa akan datang dan sekaligus menyumbang kepada himpunan harta intelektual negara dalam
era ekonomi berasakan pengetahuan yang perlu dipertingkatkan.
Dalam mencapai matlamat dalam ini terutamanya, Sains dan Matematik memainkan peranan dan
menjadi batu asas kepada kemajuan dan pembagunan negara. Perkembangan dalam bidang ini
berlaku dengan cepat dan penyelidikan kepada setiap aspek sains dan matematik berlaku hampir
setiap hari. Maka pendedahan kepada perubahan ini perlu dikemaskini oleh setiap individu. Pada
masa kini, maklumat dan penerokaan yang ditemui kebanyakkannya terdapat dalam bahasa Inggeris.
Maka bahasa Inggeris menjadi satu unsur yang penting dalam mengembangkan Sains dan
Matematik. Boleh dikatakan bahawa PPSMI ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar dapat
memperolehi ilmu pengetahuan sains dan teknolgi yang sebahagian besar sumbernya adalah dalam
bahasa Ingeris.

Anda mungkin juga menyukai