Anda di halaman 1dari 8

BAHAN BANTU MENGAJAR

PELAJARAN 1: Bercuti ke Pulau Langkawi



Bercuti di Pulau Langkawi
Pada cuti sekolah yang lalu, Aina sekeluarga berkunjung ke Pulau
Langkawi. Mereka bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang.
Inilah pengalaman pertama Aina menaiki kapal terbang. Dia berasa sungguh
gembira.
Aina tiba di Lapangan Terbang Langkawi. Kemudian, mereka
sekeluarga menaiki teksi menuju hotel tempat penginapan mereka sepanjang
berada di Pulau Langkawi. Pada hari pertama, Aina dan keluarganya melawat
beberapa tempat menarik di Pulau Langkawi. Mereka mengunjungi Makam
Mahsuri, Padang Mat Sirat, Tasik Dayang Bunting, dan Telaga Tujuh.
Pada hari kedua pula, Aina sekeluarga berkelah di Pantai Cenang.
Pantai itu bersih dan indah. Aina dan adik-adiknya mandi-manda di tepi
pantai. Mereka juga membina istana pasir yang indah. Ayah Aina
merakamkan aksi mereka sekeluarga dengan kameranya. Rakaman itu akan
dijadikan kenangan keluarga mereka.
Ibu Aina membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Sebelum pulang,
mereka sekeluarga mengambil gambar di Dataran Lang. Di dataran itu
terdapat sebuah patung helang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi.
Patung itu di cetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat
iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad.


LEMBARAN 1







Tempat-tempat menarik di
Pulau Langkawi
Tempat-tempat
menarik
di Malaysia








BAHAN BANTU MENGAJAR: Pelajaran 2: Negaraku indah LEMBARAN 1
Tempat-tempat menarik di Malaysia








A Famosa Pantai Port Dickson Zoo Negara





Muzium Negara Cameron Highland Fraser Hill
LEMBARAN 2

Malaysiaku Indah.

Pantaimu,
Bersih memutih pasirnya,
Terbentang luas membiru lautnya,
Mencipta kedamaian, memberi ketenangan hati pengunjungnya.

Tanah tinggimu,
Menghijau seluas mata memandang,
Tanpa tercemar udaramu, dingin dan segar,
Menggamit hati, meruntun jiwa.

Malaysiaku,
Pelbagai tempat penuh sejarah di dadamu,
Mengumpul segala khazanah lamamu,
Menjadi sumber bagi setiap pencinta sejarah,
Lambang unik negaraku.

Malaysiaku Indah,
Semoga terus abadi segala keindahanmu,
Semoga menjadi lambang kemegahan semua wargamu,
Sejahteralah Malayasiaku.
LEMBARAN 3
Tuliskan semula sajak dengan tulisan berangkai yang cantik dan kemas

________________________


















LEMBARAN 1
BAHAN BANTU MENGAJAR:
Pelajaran 3: Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah

Melawat ke Melaka Bandaraya Bersejarah
Sabtu, 22 Mei
8.00 pagi Kami sekeluarga bertolak ke Melaka untuk makan angin di
sana. Perjalanan melalui Lebuh Raya Utara Selatan riuh
dengan celoteh ayah yang bercerita tentang kenangannya
sewaktu kecil hinggalah berkeluarga.
10.00 pagi Kami tiba di Bandar Hilir. Kami sekeluarga minum di si sebuah
gerai berhampiran Padang Pahlawan. Kemudian, kami menaiki
Menara Tamingsari. Di sini, kami dapat menyaksikan
pemandangan sekitar Bandar Hilir dengan jelas.
11.30 pagi Ayah membawa kami melawat tempat-tempat bersejarah di
sekitar Bandar Hilir. Menurut ayah, tidak sah kunjungan ke
Melaka jika tidak ke tempat-tempat bersejarah ini. Kami
melawat Kota AFamosa, Istana Melaka, Muzium Negeri, dan
Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan .
1.00 petang kami singgah di Masjid Al Azim untuk bersembahyang Zohor
sebelum ke lokasi-lokasi menarik di sekitar Air Keroh. Di Air
Keroh, kami hanya sempat ke Zoo Melaka dan Taman Mini
Malaysia.
5.00 petang Kami bertolak pulang. Ayah berjanji akan membawa kami ke
tempat yang belum sempat kami kunjungi jika kami
berpeluang ke Melaka lagi.


LEMBARAN 2

Tulisankan catatan berdasarkan pengalaman kamu melawat ke
tempat-tempat menarik di Malaysia. Kamu boleh menggunakan isi-isi
yang berikut di dalam karangan kamu.

-Tarikh dan hari lawatan.
-Tempat tempat menarik yang di lawati.
- Aktiviti sepanjang lawatan.
- Perjalanan balik.
-Perasaan.

Anda mungkin juga menyukai