Anda di halaman 1dari 7

BAHASA MELAYU SET A

Yang Mana Betul?


oleh

PILIH JAWAPAN YANG PALING TEPAT
Pamer SATU Soalan
Suraya terpesona dengan suasana pagi yang __________ dan nyaman di pulau itu.
? hening
? jernih
? bersih
? nyaring
Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah mengawasi dan mengambil berat __________ anak-anak baik
dari segi pergaulan mahupun perkembangan sahsiah mereka..
? tentang
? terhadap
? kepada
? pada
Ular tedung itu _____________ di bawah akar pokok yang besar di belakang rumah Pak Abu.
? membelit
? menyusur
? melingkari
? melalui
Seseorang teman yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya ___________ ke kancah maksiat.
? terjerumus
? terperosok
? termusnah
? terikut
Kawasan pedalaman di Sabah hanya boleh ___________ melalui jalan sungai sahaja.
? dilalui
? dihubungi
? disusun
? direntas
___________ Ustaz Wan Sulaiman dalam bidang agama memang diakui dan disegani oleh
masyarakat tempatan.
? Kebolehan
? Kecekapan
? Kegigihan
? Kearifan
Golongan remaja semakin lupa akan budaya ketimuran yang selama ini menjadi ___________
generasi terdahulu.
? kehebatan
? kesukaran
? kebanggaan
? kesenangan
Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan rakyat masih belum mencapai ___________ yang membanggakan.
? tahap
? aras
? paras
? tingkat
Saban petang Mak Limah bakul yang berisi sayuran untuk dijual pada keesokan harinya.
? mengangkat
? menjunjung
? menjinjing
? memikul
Sampah sarap ___________ di Stadium Bukit Jalil setelah sambutan malam tahun baru berlangsung
malam tadi.
? berterbangan
? bergelimpangan
? berhamburan
? bertaburan
Berdasarkan laporan, kebanyakan kes ____________ kanak-kanak dilakukan oleh Ibu bapa yang
menghadapi masalah rumah tangga.
? penjualan
? pemukulan
? pembulian
? penderaan
Para peniaga diminta menyimpan barang secukupnya untuk memenuhi keperluan orang ramai
apabila __________ musim perayaan.
? mendatang
? menjelang
? mengunjung
? menanti
Rakyat jelata dari seluruh ___________ negeri itu berkumpul di hadapan istana untuk menyambut
Hari Kemerdekaan.
? pelosok
? daerah
? kawasan
? kampung
Pasukan Dayana bertepuk tangan sambil melompat _____________ sebaik saja mereka diumumkan
sebagai johan pertandingan drama.
? kebisingan
? ketinggian
? kemeriahan
? keriangan
Kerajaan merancang hendak membina klinik di seluruh kawasan _____________ negeri Sabah.
? pendalaman
? pedalaman
? mendalam
? kedalaman
Masyarakat pada zaman ini perlu ________________ sikap agar lebih maju dalam semua bidang.
? perubahan
? menggubah
? mengubah
? ubah
Semasa saya ______________ di hospital, jururawat selalu datang untuk mengambil suhu badan
saya.
? dirawat
? menggubah
? mengubah
? ubah
_______________ budak kecil itu telah berjaya menambat hati tetamu yang datang itu.
? Keletah
? Perwatakan
? Perangai
? Tabiat
Guru mestilah menunjukkan perilaku yang baik kepada anak murid kerana kesannya boleh
mempengaruhi mereka. Keadaan ini dikatakan
? seperti batu jatuh ke lubuk.
? bagai ayam mengeram telur.
? bagaimana acuan begitulah kuihnya.
? seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
Ahmad seorang yang berpengalaman dalam bidang penulisan novel tetapi dia tidak suka
menunjukkan kelebihannya. Keadaan ini dikatakan
? bagai haruan makan anak
? seperti ikan pulang ke lubuk.
? bagai cembul mendapat tutupnya.
? seperti harimau menyembunyikan kukunya.
Pak Tam dikenali sebagai tokoh mahaguru silat yang terkenal tetapi beliau tidak berminat untuk
mencurahkan ilmunya kepada anak-anak muda dikampungnya. Sikap beliau itu laksana
? api dalam sekam
? kacang lupakan kulit
? rumput di tepi jalan
? pokok yang tidak berbuah
Hampir semua rumah di Aceh itu musnah dilanda ombak Tsunami. Keadaan ini dikatakan
? seperti padang jarak padang terkukur.
? seperti ikan pulang ke lubuk.
? seperti hujan jatuh ke pasir.
? seperti ikan dalam belat.
Setelah hampir 20 tahun bertugas di luar negara, dia pulang ke kampung halaman untuk menabur
bakti kepada masyarakat kampungnya. Situasi ini dikatakan
? seperti sampah hanyut
? seperti si buta mendapat tongkat
? bagai si kudung mendapat cincin
? bagai sirih pulang ke gagang
Penduduk Kampung Gemilang selalu bermuzakarah dan bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu
projek sama ada projek kecil mahupun projek besar di kampung tersebut. Situasi amalan penduduk
Kampung Gemilang boleh dianggap
? Bagai aur dengan tebing
? Bagai isi dengan kuku
? Bagai ikan pulang ke lubuk
? Bagai enau dalam belukar
Lantaran tidak pernah pergi ke Putrajaya, Daim menjadi seperti __________ apabila tiba di sana
semasa menyertai rombongan sekolahnya.
? katak di bawah tempurung
? anak ayam kehilangan ibu
? rusa masuk kampung
? cicak makan kapur
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah mengambil tindakan yang ___________ kepada para
peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati pada musim perayaan.
? sewajibnya
? sekerasnya
? secukupnya
? sewajarnya
Keharmonian rumah tangga adalah ___________ sikap mempercayai dan persefahaman antara
suami isteri.
? berpandukan
? berteraskan
? bertiangkan
? berbentuk
Polis berjaya ___________ demontrasi yang diadakan di hadapan bangunan mahkamah itu.
? meleraikan
? membantutkan
? membubarkan
? membolehkan
Pembinaan kilang di kampung ini secara tidak langsung ___________ peluang pekerjaan kepada para
belia.
? memain
? memula
? menyentuh
? membuka
Encik Mazlan mendapat ____________ daripada pihak polis kerana telah bekerjasama memberi
maklumat sehingga tertangkapnya peragut bersiri.
? pengiktirafan
? penghargaan
? penghormatan
? penganugerahan
Ibu bapa perlu mengawasi kegiatan luar anak-anak secara ___________ agar mereka tidak akan
terjebak dengan kegiatan yang boleh merosakkan mentaliti dan sikap anak masing-masing.
? semua
? menyeluruh
? bersatu
? ikutan
Usaha kerajaan menggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah atas ___________ tentang pentingnya
kesejahteraan yang sama rata antara penduduk di Malaysia.
? kemahuan
? kejayaan
? kesedaran
? keinginan
Para pemimpin ______________ rakyat menyokong proses mempercepatkan pemulihan ekonomi.
? memaksa
? menggesa
? mengerah
? merayu
Majikan yang pernah memberhentikan pekerja akan mengalami ____________ mendapatkan
tenaga kerja.
? kemusnahan
? keperitan
? kesukaran
? kepayahan
Pada zaman kegawatan seperti ini, kaum belia patut ___________ apa-apa sahaja peluang pekerjaan
yang ada.
? merampas
? merebut
? memiliki
? mengambil
Amni __________________ hasratnya untuk membeli baju itu kerana harganya amat mahal.
? menyimpankan
? membatalkan
? menundakan
? menunaikan
Azra tidak ________________ sikap kakaknya yang suka mencampuri urusan peribadinya.
? kesenangan
? senang
? menyenangkan
? menyenangi
Hubungan antara kedua-dua buah negara itu semakin ______________ dan bila-bila masa sahaja
boleh meletuskan persengketaan.
? nazak
? genting
? tenat
? dingin
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang ___________ undang-undang atau peraturan dalam
sesebuah negara.
? membawa
? membantut
? menuntut
? melanggar
Jumlah pelajar yang terbabit dalam kes ___________ dalam negeri Selangor bagi tempoh sepanjang
tahun 2004 ialah sebanyak 15 610 kes.
? salah kelakuan
? salah laku
? salah sikap
? salah biadap
Menurut seorang menteri, pencemaran alam sekitar berpunca daripada ___________ pembangunan
yang tidak terkawal.
? kelakuan
? kegiatan
? kecuaian
? kenaikan
Peribahasa Melayu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing amat sesuai dalam ___________
masyarakat penyayang.
? memainkan
? meninggikan
? mewujudkan
? menggambarkan
Laporan tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakan perpustakaan sekolah adalah
kerana buku-buku tersebut sudah ___________ zaman.
? kekuatan
? kelemahan
? kerosakan
? ketinggalan
Faktor alam dan struktur jalan raya itu sendiri merupakan punca ___________ peningkatan kadar
kemalangan jalan raya.
? berlakunya
? bermulanya
? berkisar
? bertanggungjawab
Petani-petani membuat ___________________ daripada kain baju yang buruk-buruk untuk
menghalau burung di sawah.
? bayang-bayang
? umang-umang
? patung-patung
? orang-orang
Setiap kali menjelang musim perayaan, pengusaha pusat beli-belah ______________ mengadakan
jualan murah.
? bergegas-gegas
? berlumba-lumba
? bergesa-gesa
? terburu-buru
Orang muda itu baik perwatakannya dan ____________ sekali ia menyakiti hati sesiapa saja.
? jarang
? jarang-jarang
? kadang-kadang
? sedikit
Seorang pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar telah _______________ untuk menyampaikan
ceramah dalam majlis itu.
? disuruh
? diminta
? diundang
? dipanggil
Perdana Menteri telah _______________ pelancaran kempen kebersihan peringkat kebangsaan di
Kuala Lumpur.
? merasmikan
? meresmikan
? menjalankan
? membuat
Polis berjaya menangkap pencuri itu setelah _______________ tindak-tanduk mereka.
? mengintai
? mengintip
? melihat
? mengendap

Anda mungkin juga menyukai