Anda di halaman 1dari 7

BAHASA MELAYU (PERIBAHASA)

PILIH JAWAPAN YANG PALING TEPAT


PAMER SATU SOALAN
Untuk memiliki kehidupan yang sempurna, kita perlulah memiliki _____________ dan keperibadian
yang terpuji.
? akal budi
? akal kancil
? akal geladak
Kira-kira 30 tahun yang lalu, Pak Hamid berhijrah ke bandar, kini beliau dan keluarganya
___________________ ke pedalaman pula.
? berpatah arang
? beralih angin
? murah hati
Perselisihan faham antara kedua-dua orang sahabat itu sukar diselesaikan kerana mereka telah
______________.
? berpatah arang
? hidung tinggi
? jinak-jinak merpati
Pengacara majlis yang sepatutnya mengendalikan majlis itu tidak dapat hadir, Ahmad terpaksa
menjadi _______________ bagi menggantikannya.
? bidan terjun
? batu loncatan
? patah kandar
Hamid dan rakan-rakannya terpesona oleh gaya penari tarian tradisional Thailand yang
____________ itu.
? langkah seribu
? cupak hanyut
? mencuci mata
Pasukan bola sepak itu tewas sebagai akibat segelintir pemainnya yang _____________ dengan
menerima rasuah daripada pasukan lawan.
? patah hati
? berpaling tadah
? buruk siku
Badannya semakin kurus ______________________sejak penyakit kencing manisnya semakin serius.
? bagai ayam dimakan tungau
? bagai jatuh ditimpa tangga
? seperti aur ditarik songsang
Pemimpin kedua-dua buah negara itu berbual-bual sambil bergurau senda, keakraban mereka
_______________________.
? bagai cicak dengan kapur
? bagai dakwat dengan kertas
? bagai pelita kehabisan minyak
Peragut itu melarikan diri _______________________ apabila dikejar oleh penduduk kampung yang
berang dengan tindakannya.
? bagai beruk dapat cincin
? bagai kumbang putus tali
? seperti rusa masuk kampung

"Rahim itulah satu-satunya adik kamu. Walaupun dia bersalah dalam hal ini, dia tetap adik
kamu juga. Maafkanlah dia," kata Mak Limah kepada Razali.

Peribahasa yang sesuai dengan nasihat di atas ialah ...
? air dicincang tidak akan putus
? sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
? buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
? menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

Penduduk Taman Permai sentiasa bermuafakat dan saling membantu dalam segala perkara
demi kebaikan bersama.


Peribahasa yang berikut sesuai bagi menggambarkan situasi di atas, kecuali...
? kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
? ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni
? terapung sama hanyut, terendam sama basah
? berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Setelah sekian lama bekerja dan tinggal di bandar, Dr. Salim akhrinya berpindah ke kampung
setelah tiba waktu persaraannya. Semua anggota keluarganya turut serta berpindah ke
kampung.


Peribahasa yang menggambarkan tindakan Dr. Salim dan keluarganya itu ialah ...
? beralih angin
? berbelah bagi
? mengikut jejak
? membawa diri
Selepas seminggu kemalangan jalan raya yang mengorbankan kedua-dua orang ibu bapanya, rumah
kediamannya pula terbakar. Keadaan yang menimpanya diibaratkan...
? bagai ayam disambar helang.
? berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
? sudah jatuh ditimpa tangga.
? bagi kumbang putus tali.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Maksud paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah
? seseorang yang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha untuk mencapainya.
? sabar mengerjakan sesuatu, lama-lama berhasil juga.
? pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan.
? setiap orang mempunyai pendapat sendiri

Ibu : Kamu perlu menabung sebahagian daripada gaji kamu itu untuk persediaan semasa
kecemasan.
Farah : Baiklah ibu. Saya akan sentiasa beringat-ingat.


Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah
? sediakan payung sebelum hujan.
? ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
? sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
? sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
Kami tidak menyangka bahawa Azhar berniat jahat terhadap Mansor, kerana sebelum ini dia
berkawan baik dengan Mansor.
Sikapnya itu diibaratkan
? seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
? diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat.
? rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan
? masak di luar, mentah di dalam

Zahlia : Nanti kalau kamu berpindah ke Sabah, janganlah kamu melupakan saya. Rajin-
rajinlah mengutus surat kepada saya.
Dilla : Walaupun kita berjauhan, saya tidak akan melupakan kamu. Kita berkawana baik sejak
kecil lagi.


Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah
? ada gula, ada semut
? jauh di mata dekat di hati
? sirih pulang ke gagangnya
? kalau ada asap, tentu ada api
Anaknya itu tidak pernah mendengar nasihat ibu bapa. Perangainya tetap seperti dahulu.

Peribahasa yang berikut dapat menggambarkan sikap si anak dalam petikan di atas kecuali
? masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
? mencurahkan air ke daun keladi
? didengar ada, dipakai tidak
? lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang

Lisa dan Mashita berkawan baik sejak kecil lagi, mereka senetiasa bersama-sama ke mana-
mana.


Peribahasa yang berikut sesuai bagi menggambarkan situasi di atas, kecuali
? bagai dakwat dengan kertas
? bagai aur dengan tebing
? bagai isi dengan kuku
? bagai hempedu lekat di hati

Sidang hadirin yang saya hormati,
Sebagai wakil rakyat di sini, saya tidak lupa akan janji-janji saya sewaktu kempen pilihan raya
dahulu. Oleh itu, saya tetap menunaikan janji-janji tersebut. Sebagai contoh, pemberian
bantuan pada hari ini merupakan salah satu janji yang telah saya katakan dahulu. Saya....


Kata-kata wakil rakyat dalam ceramahnya di atas dapatlah disamakan dengan makna peribahasa
? kalau baik jadikan teladan, kalau tak baik jadikan sempadan
? jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
? orang mengantuk disorongkan bantal
? jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya
Lee Ming dan Pang Chin sering bergaduh. Mereka tidak boleh bertemu walaupun seketika.

Keadaan ini diibaratkan
? seperti anjing dengan kucing
? seperti harimau mendapat nama
? seperti kera mendapat bunga
? seperti itik pulang petang

Siti : Saya risau kerana orang menuduh saya mengambil barang Fatimah
Rose : Jika engkau tidak mengambilnya, kenapa engkau harus risau?
Siti : Memang saya tidak mengambilnya tetapi tiada siapa yang percaya
pada penjelasan saya.
Rose : Jangan takut dan risau, Siti. Lambat-laun kebenaran akan menang
juga.


Rose sewajarnya menasihati Siti dengan menggunakan peribahasa
? ayam terlepas tangan bau tahi
? berani kerana benar, takut kerana salah
? berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
? baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Penduduk Flat Sri Suria sudah malas untuk menegur sekumpulan remaja yang berbuat bising pada
waktu malam di kawasan mereka kerana nasihat yang diberikan tidak diendahkan oleh mereka.
Keadaan ini dikatakan
? bagai menarik rambut dalam tepung
? bapa borek anak rintik
? seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
? bagai mencurah air ke daun keladi
Mengikut adat orang-orang tua, semasa bertandang ke rumah orang lain hendaklah kita membawa
buah tangan. Kata orang
? hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
? hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
? harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
? hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Walaupun pertandingan itu telah selesai, namun masih ada orang yang mempertikaikan keputusan
hakim. Itulah kata orang
? pipit hendak menjadi enggang
? nasi sudah menjadi bubur
? rumah sudah pahat berbunyi
? sudah terhantuk baru tengadah
Perangai Fauzi sudah berubah selepas dia berjaya menjadi usahawan. Dia tidak mahu lagi berkawan
dengan kawan-kawan lamanya yang dianggap hendak menumpang kesenangannya saja. Peribahasa
yang sesuai dengan penyataan di atas ialah...
? jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi
semakin tegak.
? sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
? diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat.
? berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kamarul pemuda yang panas baran. Pantang diusik dia pasti akan mengamuk. Semua
rakannya sudah maklum benar dengan sikap buruknya itu. Sungguhpun demikian, ia rajin
dan baik hati. Sikapnya itu saling tak tumpah seperti ayahnya semasa muda-muda dulu.

Peribahasa yang berikut sesuai bagi menggambarkan situasi di atas, kecuali...
? bapa borek anak rintik.
? berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
? bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya.
? ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Kita haruslah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. Jika tidak kita akan dianggap...
? seperti harimau menyembunyikan kuku.
? bagai kacang melupakan kulit.
? laksana katak diharung ular.
? laksana burung diam dalam sangkar.
Halim kesal kerana dia pernah menyakiti hati ibunya. Namun, dia tidak sempat untuk meminta maaf
daripada ibunya kerana ibunya sudah tiada.
Penyataan tersebut diibaratkan...
? ada padi masak, adalah pipit.
? air dicencang tiada putus.
? sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
? nasi sudah menjadi bubur.
Setiap tugas yang diberikan hendaklah kita lakukan dengan bersungguh-sungguh hingga selesai. Kita
tidak harus melakukannya separuh jalan saja. Jika tidak, kita akan dikatakan...
? bagai melepaskan batok di tangga.
? seperti abu di atas tunggul.
? seperti rusa masuk ke kampung.
? bagai api di dalam sekam.

Anda mungkin juga menyukai