Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

Mata Pelajaran Kajian Tempatan


Tahun 5 Bestari
Bilangan Murid 29 Orang
Tarikh 2 Mac 2014
Masa 9.15 pagi 10.15 pagi (1 jam)
Topik 3.2 Geografi fizikal
Tajuk Kecil b. Cuaca dan iklim
Perincian Huraian ii Faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim di
Malaysia
- kedudukan
- angin monsun
- ketinggian
- kepulauan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran,murid dapat;
1.Menerangkan sekurang-kurangnya 1 daripada 4 faktor
yang mempengaruhi cuaca dan iklim di Malaysia melalui
pembentangan kumpulan
2.Menjelaskan pengaruh iklim terhadap kegiatan manusia
aktiviti teka dan tampal
Pengetahuan Sedia
ada
Murid mengetahui dan dapat merasai cuaca dan iklim di
sekolah dan tempat tinggal
Nilai Murni Kebersihan fizikal,kekemasan, Cakna kepada persekitaran
Unsur Patriotisme Mencintai dan Menjaga alam sekitar negara

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

BIL

SUMBER

KUANTITI
1. Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5 29 buah
2. Komputer,LCD,Speaker 1 buah
3. Klip Lagu Titik Hujan 1 buah
4 Slaid Faktor mempengaruhi Iklim dan Cuaca 1 buah
5. Nota faktor-faktor mempengaruhi cuaca dan
iklim (kumpulan)
4 helai
6. Kad Manila, pen marker 4 buah
7. Nota tambahan faktor-faktor mempengaruhi
cuaca dan iklim
29 buah


Prosedur Pelaksanaan


Elemen Pendidikan
Bestari

Catatan

Set Induksi (5 minit)



KB:
-Mengenalpasti

TKP:
-Muzik
-Kinestetik

Sumber P&P
-Klip video lagu Titik
Hujan




1.Guru memainkan klip video
lagu titik hujan untuk didengari
dan dihayati oleh murid.

2. Kemudian murid semua di
minta bangun dan menyanyikan
sekali lagu tersebut dengan
gaya tersendiri.

3. Selesai murid menyanyikan
lagu tersebut,guru mengaitkan
lagu tersebut dengan topik
pembelajaran untuk hari
tersebut


Langkah 1 (15 Minit)


KB :
-Menghubungkait

TKP:
-Naturalis













Sumber P&P
-Slaid Faktor
mempengaruhi Iklim dan
Cuaca



Penerapan Nilai:
-Cakna kepada
persekitaran


1. Murid di pilih secara rawak
untuk meletakkan tangan
mereka menghala ke tingkap.

2. Guru kemudiaan mengajukan
soalan :
a) apakah keadaan tangan anda
sama ada sejuk atau panas?
b)Bagaimanakah cuaca di luar
pada hari ini?

3. Berdasarkan jawapan murid
guru menekan simbol cuaca
yang terdapat pada slaid Faktor
mempengaruhi Iklim dan Cuaca
menerangkan berkenaan cuaca
untuk hari ini.

4. Seterusnya menggunakan
slaid tersebut guru
memperkenalkan faktor faktor
mempengaruhi Iklim dan Cuaca:
-Kedudukan Malaysia
-Angin dan Hujan
-Ketinggian dari Aras Laut
-Kepulauan


Langkah 2 (25 Minit)




KB :
-Mencirikan
-Menjana Idea

TKP:
- Interpersonal
-Verbal-Linguistik







Sumber P&P :
-Buku teks Kajian
Tempatan Tahun 5
- Kad manila
- pen marker
-Nota faktor-faktor
mempengaruhi cuaca
dan iklim

Penerapan nilai:
-Kerjasama
-Kekemasan



1. Murid kemudian dibahagikan
kepada 4 kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan 1
faktor iaitu :
-Kumpulan 1 (Kedudukan
Malaysia)
-Kumpulan 2 (Angin dan Hujan)
-Kumpulan 3 (Ketinggian dari
Aras Laut)
-Kumpulan 4 (Kepulauan)

3. Murid diminta membina satu
peta minda berkenaan faktor-
faktor tersebut dalam kumpulan
masing berdasarkan rujukan
pada buku teks Kajian
Tempatan Tahun 5 (ms21-24).

4. Murid juga diedarkan dengan
nota berkenaan faktor-faktor
mempengaruhi cuaca dan iklim

5. Murid kemudian dalam
kumpulan di minta
membentangkan peta minda
ciptaan mereka.

6.Guru dan murid bersoal jawab
berkenaan peta minda faktor-
faktor mempengaruhi cuaca dan
iklim.









Langkah 3 (10 minit)




KB :
-Menyelesaikan masalah

TKP:
-Intrapersonal





Sumber P&P:
- Kad ayat

Penerapan unsur
patriotisme:
-Mencintai dan
menghargai alam sekitar
negara

1. Murid secara rawak diberikan
kad kad ayat.

2. Manakala guru telah
membahagikan 4 Pengaruh
Iklim terhadap kegiatan ekonomi
penduduk di papan tulis :
-Pertanian
-Perikanan
-Pelancongan
-Pembalakan

3. Murid yang diberikan kad
tersebut perlu memadankan kad
perkataan tersebut dengan 4
Pengaruh Iklim terhadap
kegiatan ekonomi dengan betul.

4.Berdasarkan aktiviti tersebut
guru menerangkan kepada
murid terhadap pengaruh Iklim
terhadap kegiatan ekonomi.

Penutup (5 minit)


TKP :

-Verbal-Linguistik

Sumber P&P :
-Nota tambahan faktor-
faktor pengaruhi cuaca
dan iklim

Penerapan nilai:
-Kebersihan fizikal

1.Guru memberikan peringatan
kepada murid menjaga
kesihatan terutama pada waktu
cuaca panas yang melanda
Malaysia sekarang (Stroke
Haba)

2. Guru mengedarkan nota
berkenaan topik pembelajaran
untuk hari ini.

3. Guru merumuskan isi
pembelajaran untuk hari ini.






FAKTOR MEMPENGARUHI CUACA DAN IKLIM MALAYSIA
1.Angin dan Hujan
Malaysia menerima tiupan angin Monsun Timur Laut dan
Monsun Barat Daya.
Angin Monsun Timur Laut Bertiup antara bulan November
hingga Mac.
Angin Monsun Barat Daya bertiup antara bulan Mei hingga
September.
Angin Sumetera bertiup antara bulan April hingga Mei dan
antara bulan September hingga Oktober
Hujan di Malaysia dipengaruhi oleh tiupan angin monsun.
Oleh itu, Malaysia menerima hujan sepanjang tahun.
Jumlah hujan di Malaysia secara purata ialah 2600 mm
setahun.

2. Kedudukan Malaysia
-Malaysia adalah Negara yang terletak pada garisan lintang
1U hingga 7U
-Malaysia mengalami iklim jenis khatulistiwa yang panas dan
lembab sepanjang tahun.
-Suhu di Malaysia adalah tinggi dan hampir sekata sepanjang
tahun.
-Purata suhu di Malaysia adalah 27C Perbezaan suhu setiap
bulan adalah kecil iaitu 1C hingga 2C



3.Ketinggian Dari Aras Laut

- Suhu di sesuatu kawasan dipengaruhi ketinggian bentuk
muka bumi.
- Semakin tinggi sesuatu kawasan, suhunya semakin rendah
kerana kurang mendapat haba pembalikan dari bumi.
- Sebagai contohnya suhu di Tanah Tinggi Cameron Highlands
ialah 18C manakala di Kuala Lumpur, purata suhunya 28C.
- Contoh tanah tinggi di Malaysia
+ Gunung Ledang
+ Banjaran Tahan
+ Cameron Highland
+ Bukit Fraser
+ Genting Highland
+ Gunung Kinabalu


4. Kepulauan
- Kawasan pinggir laut mempunyai julat suhu harian yang lebih
kecil berbanding dengan kawasan pedalaman
-Perbezaan ini disebabkan pengaruh tiupan bayu darat dan
bayu laut yang berperanan menyederhanakan suhu di kawasan
pinggir laut
Ciri-ciri bayu darat :
~berlaku pada waktu malam ~angin bertiup dari darat ke laut
~darat kehilangan haba lebih cepat~menjadi sejuk (tekanan
udara tinggi)
~laut menjadi panas (tekanan udara rendah)
Ciri-ciri bayu laut :
~berlaku pada waktu siang~bertiup dari laut ke darat~laut
kehilangan haba dengan cepat~menjadi sejuk (tekanan udara
tinggi)~daratan menjadi panas lebih cepat berbanding laut
(tekanan udara rendah)

ontona ota aru rik C

Anda mungkin juga menyukai