Anda di halaman 1dari 9

1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-
Nya serta keredhaan-Nya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang
diamanahkan kepada saya ini. Sesungguhnya tugasan ini memberikan makna yang
amat besar kepada saya sebagai bakal pendidik.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz
Razimi Hussin selaku pensyarah pembimbing mata pelajaran Ulum Hadis dan
rakan-rakan saya yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang banyak
kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada
kedua ibu bapa saya serta ahli keluarga yang kerana tidak putus-putus memberikan
sokongan dan galakan serta kata-kata perangsang kepada saya ketika menjalankan
tugasan ini. Sesungguhnya sokongan daripada anda semua adalah pembakar
semangat kepada diri saya untuk lebih berusaha gigih bagi menyiapkan tugasan ini
dengan lebih baik.
Akhirulkalam, saya ingin memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang
kecatatan atau kelemahan dan kekurangan pada tugasan yang saya buat ini.
Diharapkan agar anda semua terus memberikan sokongan yang padu kepada saya
pada masa akan datang. Sekian sahaja ucapan saya buat masa ini.















2

DEFINISI HADIS (SUNNAH)

Hadis dari segi bahasa bererti perkataan atau percakapan. Dari segi istilah
ialah perkataan dari Nabi Muhammad s.a.w. Namun sering kali kata ini mengalami
perluasan makna sehingga disinonimkan dengan sunnah sehingga bererti segala
perkataan (sabda), perbuatan, ketetapan mahupun persetujuan dari Nabi
Muhammad s.a.w. yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama. Hadis
sebagai sumber hukum dalam agama Islam memiliki kedudukan kedua pada
tingkatan sumber hukum dibawah Al Qur'an. Ibn Hajar memberi pengertian hadis
iaitu apa-apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Ayub bin
Musa al-Husaini al-Qarimi al-Kufi yang lebih dikenali sebagai Abu al-Baqa, hadis
ialah suatu istilah bercerita atau mengkhabarkan atau juga memberitahu yang
disandarkan perkhabaran atau penceritaan tersebut kepada Rasulullah s.a.w. dari
segi perkataan, perbuatan dan juga ikrar.(Asmawi, 2003).

Dari segi bahasa al-Sunnah bererti jalan atau cara hidup sama ada ianya
terpuji mahupun tercela. Dari segi istilah ulama-ulama hadis mengatakan bahawa
takrifannya adalah sama seperti al-hadis. Sunnah juga berlawanan dengan bidah.
Imam Syatibi berkata seseorang itu dikatakan mengikuti sunnah sekiranya dia
melakukan amalan yang bertepatan dengan amalan Rasul s.a.w. atau amalan yang
tidak wujud pada zamannya, sahabat dan salafusolah.

Sunnah juga diakui oleh jumhur ahlul hadis bahawa ianya termasuk amalan
para sahabat, kerana adalah maklum bahawa sahabat sentiasa beramal bertepatan
dengan sunnah Rasul s.a.w. Ini ditegaskan oleh Imam Syatibi di dalam kitabnya
bahawa sunnah sahabat adalah sebahagian dari sunnah Rasul s.a.w. berdasarkan
hadis yang bermaksud:
Hendaklah kamu berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah Khulafa ar-
Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah bersungguh-sungguh (kacip gigi
geraham)
Riwayat Abu Dawud. (Ahmad Fauzan, 2007).



3

KEWIBAWAAN DAN PERANAN AS-SUNNAH DALAM MASYARAKAT HARI INI

1. Sebagai Penjelasan Terhadap Al-Quran.

Dalam situasi masyarakat hari ini, ada segelintir yang tidak berpegang dengan as-
sunnah. Jika mereka hanya menggunakan Al-Quran dan tidak mahu menggunakan
as-sunnah, maka mereka tidak akan mengetahui keterangan selanjutnya dalam
sesuatu ibadah. Oleh itu, harus patuh kepada Al-Quran, juga harus patuh kepada
Hadis / Sunah Nabi SAW supaya umat Islam tidak akan sesat. Keharusan untuk taat
kepada hadis / sunah nabi ini antara lain berdasarkan firman Allah SWT.
W-ONOgC4 -.- 4OcO-4
:^UE ]OEOO> ^@g
dan Taatlah kamu kepada Allah dan rasulnya, supaya kamu diberi rahmat.

(Al-Imran 3: 132).

2. Berfungsi menetapkan dan menguatkan undang-undang yang telah
ditentukan oleh Al-Quran, maka dalam hal ini keduanya bersama-sama
menjadi sumber undang-undang.
Undang-undang yang terdapat di dalam al-Quran telah dikuatkan oleh hadis.
Contohnya al-Quran hanya menyatakan kewajipan mengeluarkan zakat. Tetapi
hadis telah menerangkan dengan jelas tentang cara berzakat. Masyarakat akan
memahami dengan lebih mendalam sekiranya kedua-dua sumber ini diguna pakai
dalam kehidupan.
Matlamat utama adalah untuk mengatur hidup manusia atas asas maruf dan
mengenepikan mungkar. Mungkar bererti segala macam dosa dan kejahatan yang
selalunya dikecam oleh naluri manusia sebagai jahat.
"Jika kamu menghukum, putuskanlah dengan adil terhadap mereka. Allah menyukai
orang-orang yang berlaku adil"
(Surah Al-Maidah: 42)

4

Dalam pemerintahan Islam, keadilan datang dari hukumnya sendiri. Hukum ini tidak
berat sebelah kerana Allah yang menciptakannya, maka hukum tersebut merupakan
keadilan yang mutlak. Setiap anggota masyarakat berkewajipan mencegah
ketidakadilan, mengingatkan pemimpin yang melakukan tindakan yang melampaui
batas dan menasihati hakim ketika mereka keliru. Ini bermakna dalam Islam konsep
ingat mengingati antara satu sama lain amat dititikberatkan. Firman Allah yang
bermaksud:
"dan bertolong-tolonglah kamu atas kebaikan dan berbakti dan janganlah kamu
tolong menolong atas dosa atau permusuhan"
(Surah al-Maidah: 5)
3. Hadis Membentuk Perpaduan Dalam Masyarakat
Melalui setiap sendi ajarannya, Islam membentuk penganutnya supaya menjadi
umat yang yang bersatu. Mereka bukan sahaja beriman dengan tuhan yang satu,
tetapi juga berpegang dengan kitab yang satu, melakukan ibadah yang satu
menghadap ke arah satu kiblat, mengikut manhaj atau method yang satu dan
menuju ke arah matlamat yang satu.

Hadis dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. Begitu banyak sekali
dapat kita temui dalam Hadis. Islam memperakui persaudaraan sejagat di kalangan
penganut lslam. Sebarang persengketaan yang timbul di kalangan masyarakat
Islam, wajiblah dicari jalan perdamaian, sekalipun dengan menggunakan kekuatan
jika perlu bagi memastikan perpaduan umat tidak terjejas. Malah kewajipan
mengusahakan perdamaian di kalangan umat Islam tidak kurang darjatnya dari
ibadat-ibadat utama seperti sembahyang, seperti yang dinyatakan dalam sebuah
hadis yang bermaksud:

Mahukah aku memberitahu kamu amalan yang lebih afdal dari sembahyang, puasa
dan sedekah, iaitu mendamaikan antara dua golongan yang bersengketa; kerana
kerosakan hubungan di kalangan umat Islam boleh membinasakan."


5

Sekalipun dusta adalah satu akhlak yang dicela dalam Islam tetapi
memandangkan perpaduan merupakan kewajipan yang penting ia dibenar dalam
usaha mewujudkan perdamaian seperti yang dinyatakan hadis yang bermaksud:

" Bukanlah pendusta orang yang mendamaikan di antara manusia; lalu ia
menyampaikan perkara yang baik.

Ini tidak menghairankan kerana Rasulullah S.A.W amat mementingkan perpaduan di
kalangan umatnya dan melarang perpecahan di dalam banyak Hadis-hadisnya
seperti:
"Jemaah itu adalah rahmat dan perpaduan itu adalah azab, sesiapa yang
memecahkan perpaduan, maka ia bukanlah dari golongan kita." "Pertolongan Allah
adalah berada bersama jemaah (kumpulan terbesar)", "Janganlah kamu
bersengketa; kerana umat sebelum kamu telah bersengketa lalu mereka binasa."

4. Hadis Membentuk Akhlak Mulia Dalam Kalangan Masyarakat

"Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia."
(Hadis Riwayat Mali, Ahmad Hakim, at-Tabrani dan al-Bukhari)

Di antara panduan membentuk akhlak mulia di dalam hadis ialah :

a) Menundukkan pandangan
"Pandangan itu satu daripada panah-panah iblis."
(Hadis Riwayat al-Hakim dan at-Tabrani)

b) Malu
"Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau lebih daripada enam puluh cabang, yang
paling afdal ialah kalimah 'Lailahaillallah' dan yang paling rendah ialah membuang
sesuatu yang boleh menyakitkan di jalan dan malu itu satu cabang daripada iman."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


6


c) Bersifat benar dan jujur
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya sifat benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu
membawa ke syurga dan seseorang itu terus bersifat benar sehinggalah beliau
ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar. Sesungguhnya dusta itu
membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka, seseorang itu
akan terus berdusta sehinggalah mereka ditulis di sisi Allah sebagai seorang
pendusta." (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

5. Hadis dapat Membantu Ekonomi Umat Islam apabila Mengaplikasikannya
Contohnya zakat yang wajib dibayar oleh semua umat Islam mampu membantu
golongan miskin. Hal ini akan membantu mengurangkan kadar kemiskinan di dalam
masyarakat.
Asas-asas ekonomi Islam atau keistimewaannya bolehlah dirumuskan kepada 3
perkara:
1. Gabungan antara perkara yang tetap dengan perkara yang berubah.
2. Gabungan antara dua maslahah iaitu antara maslahah individu dan maslahah
umum.
3. Gabungan antara maslahah kebendaan dan keperluan kerohanian.
Ekonomi Islam dari usul merupakan Iqtisad Ilahi (Ekonomi yang bertunjangkan
sistem tuhan) manakala dari segi pelaksanaan merupakan Iqtisad wadaie iaitu
ekonomi yang menggabungkan antara asas yang tetap dengan perkara
pelaksanaan yang berubah.
Asas yang tetap iaitu dari segi asas-asas yang terkandung dalam al-Quran dan as-
Sunnah seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Usul-usul ini tidak berubah
walaupun berlakunya perubahan tempat dan masa.


7

Asas yang berubah dan berkembang iaitu cara pelaksanaan berdasarkan usul-usul
yang tetap yang boleh berubah kerana faktor persekitaran, tempat dan masa yang
dikenali sebagai sistem ekonomi Islam seperti ijtihad Saidina Umar bin Khatab
yang menganggap tanah pembukaan di Syam dan Iraq sebagai pemilikan negara
dan tidak lagi menyerahkan tanah tersebut kepada individu pembukanya sebagai
harta rampasan perang iaitu Ghanimah
6. AS-SUNNAH SUMBER PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT
1. Peringkat Awal Manusia
Semasa ibu mengandung, digalakkan supaya banyak membaca Al-Quran dan ketika
bayi itu dilahirkan sangat dituntut supaya dilaungkan azan pada telinga kanan dan
iqamah di telinga kiri.
Sebenarnya masyarakat telah lama mengamalkan ajaran berteraskan as-sunnah
dalam kehidupan mereka sejak di dalam kandungan ibu mereka lagi.
2. Peringkat kanak-kanak dan dewasa manusia
Pendidikan Keimanan
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ukuran seseorang tidak terletak pada kekuatan ia berkelahi tetapi ketahanan itu
terletak pada kemampuannya menguasai nafsu ketika dia marah
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pendidikan Ibadah
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Suruhlah anakmu sembahyang pada waktu mereka berumur 7 tahun dan
pukullah mereka jika tidak mahu sembahyang sewaktu mereka berumur sepuluh
tahun dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur.
(Hadis Riwayat Abu Daud, Al-Tarmizi, Ahmad, Al-Hakim, Bukhari dan Muslim)





8

Pendidikan Akhlak
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
Muliakan anak-anakmu dengan memperbaiki sopan-santunnya
(Hadis Riwayat ibnu Majah dan ibnu Abbas)

Pendidikan Keluarga
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
Setiap bayi dilahirkan dengan fitrah. Hanya ibu bapalah yang menjadikan ia
Yahudi atau Nasrani atau Majusi
(Hadis Riwayat Al-Tabrani dan Baihaqi)

Pendidikan Kesihatan
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya aku wajibkan mereka bersugi
setiap kali hendak sembahyang sebagaimana aku wajibkan mereka berwudhu
(Hadis Riwayat Bazzar dan Tabrani)

Pendidikan Kerjaya
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Semulia-mulia pekerjaan itu ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

3. Peringkat Akhir Kehidupan dan pendidikan manusia
Jika dilihat dari sudut pendidikan, jelaslah masyarakat sebenarnya mengaplikasikan
konsep sunnah sepanjang hayat. Sehinggalah di penghujung kehidupan manusia,
iaitu pada saat-saat nazak mereka diajarkan dengan kalimah syahadah seperti yang
dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w dan akhir sekali, pendidikan sunnah
berakhir di liang lahat apabila mayat itu dibacakan talkin.


9

BIBLIOGRAFI

Ahmad Fauzan Abu Muadz alfauzani bin Yahaya, 2007. Mari mengenal Ilmu Hadith.
Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru.
Asmawi haji Ehsan, 2003. Ilmu Hadith, hadith sebagai sumber hukum Islam. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ariffin Omar dan Zaini Nasohah, 2005. Hadith daif ciri-ciri dan hukum. Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
Jawiah Dakir, 1996. Kewibawaan Al-Tafsir dan Al-Hadis. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai